Anda di halaman 1dari 4

JURNAL MINGGU

KELIMA

Bilangan Jurnal : Ke – 5

Minggu Pratikum : 5

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 28 Februari 2010 hingga 4 March 2010

Tajuk Jurnal : Masalah murid terlalu aktif sehingga kelas menjadi bising

1. MASALAH / PERISTIWA

Minggu ini pula, saya menghadapi masalah dengan pelajar kelas saya. Di dalam
kelas saya kebanyakan pelajar sangat aktif untuk menjawab soalan yang ditanya oleh
guru. Tetapi kesilapan yang mereka buat adalah bising dan merebut untuk menjawab
soalan yang ditanya. Setelah sahaja guru menanya soalan pelajar mula menjerit dan
membuat bising dan menjawab sebelum guru tanya kepadanya. Contohnya, pelajar
yang bernama Nagajodi, Asitharan, Sarvini dan sebagainya. Semua pelajar dalam kelas
saya menjawab dalam satu masa yang sama dan ini menganggu pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas.

2. ANALISIS

Punca bagi masalah tersebut di atas adalah kerana murid-murid dalam kelas
saya ini ingin mencari pemerhatian guru dan ingin menunjukkan dirinya sebagai murid
yang terbaik dalam kelas. Selain itu, mereka juga ingin menjawab secara kumpulan
bukan individu. Ini telah dibuktikan setelah saya tanya seorang demi seorang. Semasa
mereka menjawab secara kumpulan suara juga menjadi kuat dan bising. Semasa tanya
secara individu walaupun mereka tahu mereka buat tak tahu dan menjawab dengan
suara yang lembut sehingga tidak dapat mendengar. Ini menganggu guru semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

3. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

1. Saya akan memastikan semua murid mendapat peluang yang sama rata untuk
menjawab.
2. Jika mereka mengulangi masalah yang sama saya tidak akan memberi ganjaran
kepada mereka.
3. Saya akan rampas ganjaran yang telah beri untuk kumpulan.

4. TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN

Saya akan berusaha untuk mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu.
Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini. Jika masalah, ini dapat
diatasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan dengan baik. Semua murid
juga akan mendapat peluang yang sama dan pengajaran dan pembelajaran juga dapat
dijalankan seperti yang telah dirancang.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai