Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGU KEEMPAT

PENULISAN JURNAL
MINGGU : 4 PRAKTIKUM
TAJUK

: MASALAH KAWALAN KELAS

TARIKH

: 16 FEBRUARI 2014 20 FEBRUARI 2014

ISU / MASALAH
Minggu ini merupakan minggu keempat saya menjalankan praktikum di Prasekolah
Cemerlang, SK Gong Bayor. Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai
gelagat murid-murid yang agak merisaukan. Antara masalah yang dihadapi adalah
murid-murid tidak memberi tumpuan, masalah kawalan murid, masalah murid tidak
menunjukkan kerjasama dalam kumpulan. Apabila mengadakan aktiviti kumpulan,
terdapat beberapa orang kanak-kanak mula mengganggu rakan-rakannya yang lain
apabila mereka bosan. Tambahan pula, apabila guru meminta meminta murid
memilih ahli kumpulan sendiri, mereka bergaduh sesama sendiri kerana berebut ahli
kumpulan dan apabila guru membahagikan kumpulan secara rawak, mereka tidak
dapat berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat memainkan peranan dalam
kumpulan dengan baik. Hal ini menyebabkan kegangguan kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran yang bakal berlangsung.

ANALISIS MASALAH
Menurut Eileen (2000) dalam kajiannya tentang kawalan kelas, selalunya sistem
kawalan kelas yang lemah menjadi punca utama kebanyakkan proses PdP tidak
dapat dijalankan dengan baik. Keadaan ini timbul disebabkan oleh beberapa perkara
seperti, kurangnya minat murid terhadap proses PdP serta kaedah tradisional dalam
proses PdP masih digunakan. Tambahan pula, kurangnya rasa hormat kepada guru
serta hilang rasa tanggungjawab sebagai seorang murid juga menyebabkan mereka
sering tidak mengendahkan tugas dan arahan yang diberikan oleh guru. Saya selaku
guru mereka, perlu lebih peka dan mengambil berat tentang keperluan anak-anak
murid saya. Oleh itu, murid-murid akan memberikan kerjasama yang baik kepada
saya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

CADANGAN
Bagi menyelesaikan masalah kawalan kelas, saya perlu menggunakan pendekatan
yang berbeza sekiranya pendekatan yang saya cuba lakukan tidak berjaya. Selain

itu, saya juga perlu mula menggunakan penegasan dengan murid-murid tetapi tidak
menghilangkan minat mereka untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlansung. Tambahan pula, saya
perlu sentiasa memahami masalah serta keperluan murid-murid supaya sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan seperti yang telah dirancang. Sebagai
seorang guru prasekolah perlu mengambil berat dalam membahagikan murid ke
dalam kumpulan yang seimbang di mana setiap kumpulan ada murid yang pandai
dan ada murid yang lemah.

TEMPOH MASA
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu kerana masalah
pengawalan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ini akan mengambil
masa yang agak lama untuk berjaya diselesaikan. Masalah ini juga dapat
mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah
ini tidak dapat diatasi secepat mungkin,sudah tentu objektif yang telah dirancangkan
tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh guru.

TINDAKAN SUSULAN
Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah tingkah laku pada diri sendiri.
Kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku perlu diberi nasihat dan diambil
perhatian kerana mereka perlu mengubah tingkah laku mereka dan perlu bersifat
mendengar kata guru. Menurut Atkinson (1990) tingkah laku bermasalah adalah
merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai
sesuatu masyarakat. Pada pendapat saya, tingkah laku bermasalah yang ada pada
murid-murid dapat diubah dengan menggunakan Kaedah ganjaran dan hukuman.
Sebagai seorang guru prasekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam
mengatasi masalah ini dan perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya dengan betul.

KESIMPULAN
Masalah kawalan kelas boleh wujud disebabkan oleh kurangnya kesedaran muridmurid tentang pentingnya menjaga kelakuan dan kesan tingkah laku mereka
terhadap PdP harian. Sekiranya tidak membetulkan keadaan ini, murid-murid pasti
dalam kelas tidak akan mengubah tingkah laku bermasalah yang ada pada mereka
sekarang. Guru prasekolah perlu mempunyai sikap yang tegas terhadap kanakkanak semasa proses P&P dijalankan. Selain itu, guru perlu mempunyai sikap yang
penyayang dan penyabar bagi menghadapi masalah kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai