Anda di halaman 1dari 7

JURNAL MINGGU 3

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan


ISU : GANJARAN DAN HUKUMAN SEBAGAI MOTIVASI MURID

1. Masalah/Isu:
Becker (1963) menjelaskan murid bermasalah merupakan sekumpulan murid yang
mewujudkan penyelewengan dengan melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh
sesebuah organisasi. Tambah beliau lagi, kumpulan murid ini melanggar peraturan tersebut
dengan melakukan kesalahan terhadap murid lain yang dianggap bukan kumpulan mereka.
Pifer (2000) turut memberikan definisi yang hampir sama seperti mana di atas bahawa murid
bermasalah merupakan murid yang kurang serasi dengan peraturan piawai yang dipatuhi
oleh murid lain. Selanjutnya, Denzin (2004) menyenaraikan tiga ciri utama murid bermasalah
iaitu (a) murid bertingkah laku mengikut kehendak mereka sendiri, (b) tingkah laku tersebut
tersasar daripada norma yang ditetapkan oleh masyarakat setempat, dan (c) bertindak
mengikut peraturan yang ditafsir sendiri oleh murid dan kumpulan yang menyetujui
pengubahsuaian peraturan tersebut.

Pada minggu ketiga praktikum ini, masalah yang dihadapi ialah terdapat segelintir
murid yang kurang bermotivasi belajar dan menganggu murid yang lain semasa proses PdP.
Kenakalan dan tidak berdisiplin mereka menganggu kawalan kelas.

2. Analisis Isu yang difokuskan (Isu dan Punca):

Motivasi mempengaruhi bidang pertumbuhan, perkembangan, pembelajaran dan


pencapaian manusia. Menurut Saniah et al. (2000), para guru pada dasarnya bersetuju
bahawa semua jenis tingkah laku adalah disebabkan oleh motivasi. Pelajar yang dianggap
kurang bermotivasi adalah pelajar yang kurang bermotivasi untuk membuat sesuatu yang
dijangkakan oleh guru. Kaedah nasihat, berbual-bual dan berdamping dengan pelajar
merupakan langkah Nurul Ain Hamsari & Azizi Yahaya/ Journal of Educational Psychology &
Counseling 32 yang sesuai bagi membolehkan guru meningkatkan motivasi pelajar-
pelajarnya. Hal ini kerana memotivasikan diri sendiri adalah tenaga yang mengangkat diri
seseorang itu ke tahap yang diingininya (Azizi et al., 2005).

Brophy (2003) pula menjelaskan ciri-ciri murid bermasalah seperti mana berikut iaitu
(a) kesukaran. Murid tersebut sukar untuk diajar disebabkan mereka sukar untuk dikawal
dan memiliki kurang tanggungjawab terhadap tingkah laku, (b) kekangan masa. Murid
bermasalah menghadapi masalah yang besar dan memerlukan runding nasihat secara
perseorangan bagi beberapa bulan, dan (c) kekecewaan. Akibat faktor di atas, murid
bermasalah memerlukan waktu yang lama untuk dipulihkan dan guru akan berasa kecewa
dengan maklum balas yang diberikan mereka akibat sikap tidak berterima kasih dan kurang
bermotivasi untuk belajar.

3. Kajian lampau

Menurut Abdul Rahman (1998), motivasi adalah dorongan untuk mengubah sikap mental
manusia dan usaha yang dilakukan secara berterusan untuk membangkitkan kesedaran
dalam diri seseorang agar dapat bergiat usaha untuk mencapai kejayaan. Selain itu,
Kamaliah (2005), menyatakan terdapat dua jenis kategori motivasi iaitu motivasi intrinsik dan
motivasi ekstrinsik. Motivasi juga dikelaskan kepada beberapa aspek berdasarkan kepada
sumbernya (Weiner, 1990).

Dalam Teori Hierarki Keperluan Maslow, beliau menjelaskan keperluan manusia


yang melibatkan teori motivasi naluri dan pengurangan-dorongan berlaku dalam pola yang
agak mekanikal yang bertujuan untuk kehidupan dan mengurangkan ketegangan (Saniah et
al., 2000). Hal ini kerana tingkah laku adalah digerakkan oleh keinginan untuk
perkembangan. Azizi dan Jaafar Sidek (2006), menyatakan bahawa motivasi dianggap
sebagai unsur yang membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Manakala dalam Teori Skinner pula, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner
juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh
peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting
kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa
hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau
denda. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu
diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan
kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner
membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan
negatif.

a) Pengukuhan Positif

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan,
yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah,
peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah
ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau
menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan
sebagainya.

b) Peneguhan Negatif

Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang
diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi
anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu
dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan
anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini
(leteran bapa). Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau
mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah
kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah
laku tersebut.

4. Cadangan dan Idea:

Bagi isu dan masalah ini, pertama sekali adalah saya mencari beberapa maklumat daripada
internet. Saya turut melihat laman sosial beberapa orang guru yang aktif yang ada
melaksanakan ganjaran dan hukuman dalam memotivasikan murid dalam kelas.
Berdasarkan pemerhatian saya, cadangan itu sangat baik untuk dijalankan semasa saya
mengajar terutamanya pada tahap 2.

Selain itu, saya telah menemu bual dan berbincang dengan guru kelas serta guru
mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk lebih mengenali latar belakang, kelakuan
dan masalah yang mungkin dihadapi oleh murid-murid saya. Ini adalah untuk memudahkan
saya mengenal pasti punca masalah kawalan kelas tersebut boleh berlaku dan kemudian
mencari jalan penyelesaian yang sesuai bagi mengatasi masalah ini.

Pada hari Rabu minggu ketiga praktikum ini, saya telah memperkenalkan satu set
peraturan-peraturan yang ringkas kepada murid-murid dalam kelas. Peraturan-peraturan
tersebut saya paparkan dalam bentuk PowerPoint dan juga satu jadual untuk dilekatkan
dalam kelas. Peraturan-peraturan yang dikenakan adalah seperti berikut:

1. Murid-murid dikehendaki untuk tidak membuat bising sewaktu P&P dijalankan.

2. Murid-murid boleh berbincang dalam kumpulan sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan,


tetapi dengan nada suara yang lembut.
3. Murid-murid harus bekerjasama dalam kumpulan masing-masing sekiranya aktiviti
berkumpulan dijalankan.

4. Murid-murid harus mematuhi segala arahan yang diberikan oleh guru sewaktu P&P
dilaksanakan.

5. Murid-murid harus menghantar kerja rumah atau kelas yang diberikan pada masa yang
telah ditetapkan.

Saya turut memberikan murid satu kad ganjaran. Murid-murid yang sentiasa
mendengar arahan dan menyiapkan semua tugasan yang diberikan, saya akan rekodkan di
kad ganjaran mereka. Murid yang mempunyai rekod terbanyak, akan mendapat hadiah
misteri pada setiap hujung bulan. didapati bahawa apabila saya memperkenalkan kaedah
ganjaran dan hukuman kepada murid-murid, mereka kelihatan seronok dan gembira. Ini
menunjukkan kaedah yang digunakan telahpun berupaya menarik minat murid. Walaupun
terdapat sedikit masalah apabila pembahagian kumpulan dilaksanakan, namun masalah
tersebut dapat diselesaikan setelah perbincangan dibuat. Sewaktu aktiviti berkumpulan
dijalankan, kelihatan terdapat beberapa orang murid yang duduk diam dan tidak melibatkan
diri dalam aktiviti kumpulan. Murid-murid ini menunjukkan sikap cuba mengasingkan diri.
Setelah saya melihat keadaan ini berlaku, saya cuba untuk mendapatkan maklum balas dari
mereka. Melalui maklum balas yang diperolehi, didapati mereka ini sebenarnya adalah malu
dan berasa kurang senang untuk bekerjasama dengan rakan mereka. Pada ketika itu, saya
telah memberikan kata-kata galakan kepada mereka agar cuba untuk melibatkan diri.
Secara keseluruhannya, PdP berjalan dengan lancar.

5. Tempoh masa penyelesaian

1 Minggu (22 hingga 26 Ogos 2022)

6. Tindakan Susulan

Pada setiap kali sebelum saya memulakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP),
saya akan memberikan kad ganjaran murid-murid untuk mereka melihat dan mengira
berapa rekod mereka. Ini supaya murid sentiasa ingat akan peraturan kad ganjaran ini dan
akan lagi fokus semasa PdP. Setelah proses PdP berakhir, saya akan mengambil semula
kad tersebut agar pada PdP seterusnya tidak ada murid yang tinggal atau hilang kad jika
mereka pegang sendiri.
7. Penilaian Kejayaan

Selaku seorang guru, saya mempelajari banyak perkara yang baharu menerusi kajian
tindakan ini. Ini merupakan kali pertama saya melaksanakan satu kajian tindakan di sekolah.
Dengan ini, banyak halangan dan cabaran telah saya lalui. Masalah yang dijumpai pun tidak
kurang. Namun, setiap masalah yang dihadapi telah saya cuba untuk selesaikan dengan
sebaik-baikya. Masa bagi seorang guru sememangnya amat terhad. Bukan sahaja perlu
menjalankan kajian tindakan di sekolah, tetapi juga perlu menjalankan proses P&P di dalam
kelas, menyemak buku, menghasilkan kertas soalan ujian dan sebagainya. Oleh itu,
pengurusan masa yang efektif bagi seorang guru sememangnya amat penting. Saya akan
meminta pandangan dari pensyarah dan guru pembimbing saya untuk memberi penilaian
dan komen tentang tahap penilaian kejayaan saya agar saya dapat memperbaiki segala
kelemahan dari semasa ke semasa.

8. Kesimpulan/Refleksi

Melalui kajian ini, dapat saya simpulkan bahawa kaedah ganjaran dan hukuman ini telah
banyak membantu dalam mencapai objektif pengajaran saya iaitu meningkatkan
keberkesanan kawalan kelas dan juga meningkatkan minat murid-murid terhadap P&P saya.
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang
telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui peningkatan
bilangan murid yang memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, selain itu,
didapati seramai 90% murid dapat menjawab dengan betul semua latihan yang diberikan.

Saya berharap agar murid-murid saya akan terus bermotivasi dan bukan sekadar
inginkan ganjaran tetapi ilmu yang diterapkan dalam jiwa sebagai bekalan hidup.
Sumber Rujukan

Nurul Ain Hamsari dan Azizi Yahaya. (2012). Peranan Motivasi Pembelajaran, Gaya
Keibubapaan dan Sikap dengan Pencapaian Akademik. Journal of Education
Psychology & Counselling, 5, 30-57.

Rahil Mahyuddin. (2002). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.
Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbing

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Tarikh:

Tandatangan:

Nama:

Pandangan / Komen Guru Pembimbing

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Tarikh:

Tandatangan:

Nama:

Anda mungkin juga menyukai