Anda di halaman 1dari 3

Bilangan jurnal

: 13

Minggu praktikum

: 13

Tarikh peristiwa / kejadian : 23 April 2016


Tajuk jurnal

: Tidak menghantar kerja rumah yang diberikan guru

1. Masalah
Pada minggu lepas, saya telah mengajar kelas 5 Bestari bagi mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Pada akhir waktu kelas, saya menyuruh semua murid
menghantar hasil karya mereka untuk disemak. Namun begitu, kebanyakan murid
tidak menghantar hasil karya mereka. Saya juga memberi peluang kepada mereka
untuk menghantar hasil karya mereka di luar waktu Pendidikan Seni Visual, namun
mereka tetap tidak menghantarnya.
2. Analisis Masalah
Pada pandangan saya, gejala tidak menghantar kerja rumah ini perlu dibendung
dengan segera. Ini kerana jika dibiarkan sikap murid yang tidak menghantar kerja
rumah ini akan menyebabkan mereka malas melaksanakan tugasan dan mengambil
sikap sambil lewa terhadap pelajaran. Budaya ini perlu dibendung agar tidak
melahirkan pelajar yang tidak berkualiti. Menurut Coleman, Hoffer dan Kilgore
(1981), menyatakan bahawa kerja rumah merupakan satu bentuk latihan yang perlu
untuk membentuk persekitaran dan pencapaian akademik yang cemerlang.
Sekiranya murid-murid tidak menyiapkan kerja rumah, maka guru sukar membuat
penilaian terhadap prestasi pembelajaran semasa murid tersebut.
Menurut data yang diperolehi daripada National Assessment of Educational
Progress (NAEP), didapati bahawa kebanyakan pelajar dalam semua tahap
memperuntukkan masa kurang sejam secara puratanya untuk melaksanakan kerja
rumah. Faktor yang menyebabkan kegagalan murid-murid menyiapkan kerja rumah
ialah bebanan kerja rumah yang terlampau banyak sehingga murid-murid merasa
terbeban dengan kerja rumah yang diberikan setiap hari. Disamping itu, jadual
harian yang padat turut memberikan kesan kepada murid untuk menyiapkan kerja
rumah yang diberikan guru. Ini kerana murid berada di sekolah dengan aktiviti yang
pelbagai terlalu lama berbanding masa di rumah. Selain itu, ditambah pula dengan
kelas tambahan yang perlu dihadiri secara peribadi di waktu malam.

Ketidakfahaman terhadap sesuatu mata pelajaran juga turut menyebabkan


murid tidak menghantar kerja rumah kerana tiada bimbingan untuk menyiapkan kerja
rumah di pihak ibu-bapa. Selain itu, sikap tidak minat terhadap sesuatu mata
pelajaran turut menyumbang kepada sikap malas dan tidak mahu mencuba
menyelesaikan kerja rumah yang diberikan oleh pihak guru. Kelemahan yang
didapati sekiranya murid tidak menghantar hasil karya atau kerja rumah ialah guru
tidak dapat menilai prestasi murid tersebut. Guru juga tidak dapat membuat
penilaian terhadap prestasi pengajaran dan menyelidik kembali kelemahan guru
sewaktu proses penyampaian ilmu kepada murid.
Selain itu, kerja rumah turut memberikan banyak kesan positif kepada muridmurid. Ini kerana ianya bukan sahaja menjadi faktor kepada peningkatan
pencapaian akademik tetapi ianya juga mampu untuk melatih murid-murid
menjadi individu yang lebih bertanggungjawab (Curtis& Nourie, 1989; Eipstein, 1988;
Johnson & Pontius, 1989; Stein, 1988;Worsham, 1981). Kerja rumah juga akan
berfaedah

bila

mana

ianya

disediakan

berkait

dengan

tajuk dan

objektif

pembelajaran, sesuai dengan tahap kemampuan murid, dikumpul dan dibincang di


dalam kelas, disokong oleh ibu bapa, diberikan secara kerap dan diberikan dengan
tujuan untuk melihat maklum balas terhadap pengajaran guru.
3. Kajian Lampau
Sewaktu di alam persekolah dahulu, guru saya amat menitikberatkan mengenai
kerja rumah. Setiap pelajar yang di ajar perlu menyiapkan kerja rumah sebelum
kelas berakhir. Semua pelajar berusaha untuk menyiapkan kerja sekolah yang
diberikan oleh guru kerana selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran, guru
akan memberikan tugasan lain yang perlu disiapkan di rumah.
4. Cadangan
Pihak guru boleh mengambil pelbagai inisiatif positif untuk menggalakkan murid
menyiapkan tugasan yang diberikan. Antaranya ialah :
- Melaksanakan kaedah ganjaran untuk mengalakkan murid menyiapkan kerja
sekolah di rumah. Contohnya kaedah sticker. Melalui kaedah ini, guru menyediakan
satu papan laporan yang ditampal di dalam kelas yang mengandungi senarai nama
pelajar dan tarikh latihan diberikan. Setiap kali murid menyerahkan latihan yang
telah disiapkan, guru akan menyerahkan sticker kepada murid dan murid akan
menampal sticker tersebut pada ruangan nama mereka. Ini dapat memberikan

motivasi kepada pelajar untuk menyiapkan kerja rumah di mana hadiah akan
diberikan pada akhir bulan.
- Sistem kawalan sosial memfokuskan tentang ganjaran dan dendaan. Penyelesaian
masalah ini dilakukan dengan mengenalpasti murid-murid yang sering tidak
membuat tugasan karya atau kerja rumah. Saya akan menyenaraikan nama murid
yang bermasalah ini dengan bergerak ke setiap kumpulan untuk mengenalpasti
nama mereka. Teguran dan amaran lisan akan dikenakan dahulu. Sekiranya muridmurid masih leka, saya akan menyuruh mereka datang ke meja guru dan membuat
karya tersebut di hadapan saya. Hal ini membolehkan saya memerhatikan kerja
mereka dan memastikan mereka melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru.
- Selain itu, saya juga cuba untuk refleks tentang cara pengajaran saya dalam
memastikan murid boleh mengikuti langkah pengajaran saya. Justeru, untuk
menaikkan semangat murid-murid agar menyiapkan kerja rumah yang diberikan,
saya akan memberikan peneguhan positif seperti memberikan cop perkataan baik,
bagus, pandai dan rajin apabila menyemak hasil karya mereka. Teori Bandura
menekankan bahawa motivasi akan mendorong penglibatan murid dengan lebih
berkesan dalam sistem pembelajaran. Kata-kata perangsang sedemikian juga akan
memberi motivasi kepada murid-murid untuk terus berusaha dengan lebih gigih
untuk menyiapkan kerja mereka kerana mereka akan berasa kerja mereka dihargai
dan disanjungi.
5. Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini untuk sesi pengajaran akan datang
dan akan sentiasa bersedia dengan kerenah murid-murid yang selalu memberikan
pelbagai alasan. Saya akan cuba pastikan murid-murid tersebut menghantar hasil
karya mereka untuk disemak supaya saya dapat mengenalpasti kelemahan setiap
pelajar saya.

Anda mungkin juga menyukai