Anda di halaman 1dari 24

LAPORAN PERCUMA KESALAHAN PEMAKAIAN COLI YANG

MEROSAKKAN PAYUDARA WANITA MALAYSIA

Disediakan Oleh :
Wan Sufi
2013

www.PakarPayudara.com

KANDUNGAN
1.0

KESALAHAN PEMAKAIAN COLI YANG MEROSAKKAN PAYUDARA WANITA


MALAYSIA

2.0

PEMAKAIAN COLI

3.0

KESALAHAN MEMAKAI COLI

4.0

MENGUKUR PAYUDARA

5.0

BENTUK PAYUDARA

6.0

PEMILIHAN COLI YANG SESUAI

7.0

PETUA MENDAPATKAN PAYUDARA YANG CANTIK

8.0

PENJAGAAN PAYUDARA

9.0

PENUTUP

www.PakarPayudara.com

1.0

KESALAHAN PEMAKAIAN COLI YANG MEROSAKKAN PAYUDARA WANITA


MALAYSIA

Payudara ialah bahagian ventral atas pada badan manusia dan juga mamalia. Payudara bagi wanita lebih
ketara berbanding lelaki dan mengandungi kelenjar mama yang merembeskan susu untuk memberi makan
bayi. Payudara bagi seorang wanita mula berkembang selepas baligh. Payudara merupakan khazanah yang
amat berharga bagi setiap wanita dan setiap wanita mempunyai bentuk payudara yang berlainan. Saiz dan
bentuk payudara juga boleh mempengaruhi jiwa dan perwatakan seseorang.
Apa yang dipandang lelaki pada tubuh wanita selain wajahnya pastinya bahagian dadanya. Begitu juga
ketika melakukan hubungan seks, selain yang di bawah sana, suami biasanya akan memfokuskan
rangsangan pada bahagian payudara isterinya.
Sebab itulah payudara dikatakan sebagai aset kaum hawa. Kerana kepentingan ini maka wanita haruslah
mengetahui dengan jelas informasi berkenaan bahagian tubuh ini. Jangan terpengaruh dengan fakta salah
tentangnya yang selalu beredar dari mulut ke mulut mahupun internet tentangnya. Kali ini menyenaraikan
beberapa perkara penting tentang payudara yang wajib diketahui oleh wanita.
Payudara hadir dalam pelbagai bentuk dan ukuran. Tidak ada wanita yang bentuk dan ukuran payudaranya
sama. Rata-rata berbeza ukuran payudara kiri dan kanan malah ada yang agak jauh bezanya. Walaupun ia
merupakan perkara semula jadi namun ianya tetap juga harus berwaspada. Perbezaan bentuk payudara juga
boleh disebabkan oleh pertumbuhan tumor.
Ukuran payudara setiap wanita ditentukan oleh faktor genetik dan hormon estrogen. Ia mula membesar pada
usia 10 tahun dan terus berkembang hingga usia 20 tahun. Pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi
hormon estrogen seperti pil perancang atau krim boleh membuatkan payudara membesar terutama sekiranya
digunakan secara berterusan, jaringan payudara ini memang akan bertambah dengan cepat.
Akan tetapi payudara tidak mempunyai jaringan otot, bermakna ianya tidak boleh menambah ukurannya
dengan bersenam. Namun khabar baiknya, senaman atau olahraga mampu mempengaruhi pembesaran otot
dada. Sekiranya otot dada berkembang, secara automatik payudara akan kelihatan lebih besar padahal
ukurannya tidak berubah.
www.PakarPayudara.com

Payudara merupakan bahagian manusia yang unik daripada bahagian lain. Terdapat beberapa bahagian yang
ada di bahagian payudara. Seperti gambarajah di bawah ini, ada tiga bahagian utama payudara secara
struktur makroskopik :
1. Korpus (badan) iaitu bahagian yang membesar
2. Areola - iaitu bahagian yang kehitaman/ kemerahan di tengah
3.

Papilla atau puting iaitu bahagian yang menonjol di puncak payudara yang di kelilingi oleh areola.

www.PakarPayudara.com

Areola
Letaknya mengelilingi puting susu dan berwarna kegelapan yang disebabkan oleh penipisan dan
penimbunan pigmen pada kulitnya. Perubahan warna ini bergantung dari corak kulit dan adanya kehamilan.
Pada wanita yang corak kulitnya kuning langsat akan berwarna jingga kemerahan, bila kulitnya kehitaman
maka warnanya akan lebih gelap. Selama kehamilan warnanya akan menjadi lebih gelap dan warna ini akan
menetap untuk selanjutnya, jadi tidak kembali lagi seperti warna aslinya semula.
Pada kawasan ini akan terdapatnya kelenjar peluh, kelenjar lemak dari Montgomery yang membentuk
tuberkel dan akan membesar selama kehamilan. Kelenjar lemak ini akan menghasilkan suatu bahan yang
dapat melicinkan kalang aerola) payudara selama menyusui. Di bawah ini kalang payudara terdapat duktus
laktiferus yang merupakan tempat penampungan air susu. Luasnya kalang payudara adalah 1/3 1/2 dari
payudara.

www.PakarPayudara.com

Putting
Pada tempat ini terdapat lubang-lubang kecil yang merupakan muara dari duktus laktiferus, hujung-hujung
serat saraf, pembuluh darah, pembuluh getah bening, serat-serat otot polos yang tersusun secara sirkuler
sehingga bila ada kontraksi maka duktus laktiferus akan memadat dan menyebabkan puting susu ereksi
(menegang), sedangkan serat-serat otot yang longitudinal akan menarik kembali puting susu tersebut.

Lobulus
Payudara terdiri dari 15-25 lobus. Masing-masing lobus terdiri dari 20-40 lobulus, selanjutnya masingmasing lobulus terdiri dari 10-100 alveoli dan masing-masing dihubungkan dengan saluran air susu (sistem
duktus) sehingga merupakan suatu pohon. Bila diikuti pohon tersebut dari akarnya pada puting susu, akan
didapatkan saluran air susu yang disebut duktus laktiferus.
Di daerah kalang payudara duktus laktiferus ini melebar membentuk sinus laktiferus tempat penampungan
air susu. Selanjutnya duktus laktiferus terus bercabang-cabang menjadi duktus dan duktulus. Tiap-tiap
duktulus yang pada perjalanan selanjutnya disusun oleh sekelompok alveoli. Di dalam alveoli terdiri dari
duktulus yang terbuka, sel-sel kelenjar yang menghasilkan air susu dan mioepithelium yang berfungsi
Kawasan payudara ini sangat sensitif dan member tindakbalas terhadap penggunaan dan pemakaian sesuatu
bahan terhadapnya. Pemakaian sabun dalam jumlah besar dapat meningkatkan risiko kerosakan puting
payudara, terutama kekeringan dan retak. Kepekaan puting payudara dan daerah di sekitarnya sangat
meningkat segera setelah bersalin.
Payudara itu sendiri adalah kelenjar yang terdiri dari beberapa bahagian, termasuk jaringan kelenjar,
jaringan ikat, darah, getah bening, saraf dan jaringan lemak. Jaringan lemak adalah apa yang kebanyakan
mempengaruhi ukuran payudara wanita. Ukuran payudara tidak memiliki efek pada jumlah susu atau kualiti
susu seorang wanita
.

www.PakarPayudara.com

2.0

PEMAKAIAN COLI

Coli ialah pakaian dalam bagi wanita. Tujuan utamanya adalah untuk menyokong payudara tetapi juga
digunakan sebagai tarikan nafsu. Saiz coli dirujuk dengan menggunakan nombor dan huruf (contohnya
34B). Nombor diambil berdasarkan ukuran sangkar rusuk di bawah payudara. Huruf pula adalah ukuran
berapa besar payudara daripada sangkar rusuk. Contohnya, seseorang dengan beza tiga inci di antara ukuran
payudara dan ukuran sangkar rusuk perlu memakai coli bersaiz mangkuk C. Namun ini tidak selalunya
benar kerana coli daripada pereka yang berlainan mempunyai saiz yang berbeza. Kebanyakan wanita lebih
suka mencari jenama dan saiz yang mereka selesa dengan mencuba dahulu.
Ukuran coli atau saiz coli sering ditandakan oleh pengilang coli dengan satu kod yang terdiri daripada suatu
nombor dan satu huruf besar abjad Latin. Pelbagai sistem yang berbeza digunakan di dunia, berdasarkan
pada sama ada ukuran tubuh dalam inci ataupun sentimeter. Penentuan saiz berubah-ubah antara pakaian
yang dikilangkan oleh kilang yang berlainan; biarpun pemadan coli profesional pun sering memberi hasil
yang tidak konsisten. Buat masa kini tiada piawaian umum untuk membuat definisi bagi sistem saiz coli
yang berdasarkan ukuran inci. Disebabkan demikian, pelanggan harus selalu memastikan bahawa pakaian

www.PakarPayudara.com

itu adalah padan dengannya, daripada hanya begantung pada saiz coli yang ditandakan. Cara-cara berikut
menggambarkan amalan kini di Amerika Syarikat dan United Kingdom.. Semua ukuran adalah dalam inci.

Mula-mula ukur lilitan tubuh secara langsung di bawah buah dada dengan ketat. Ini dikenali
sebagai saiz bingkai atau band bawah.
Untuk mengira saiz band, tambah 5 kalau saiz bingkai ialah nombor ganjil (1, 3, 5...), atau 4 kalau
nombor itu genap (0, 2, 4...), Saiz coli lazimnya ada dalam saiz band dipisah dengan 2 inci, semua
dalam nombor genap).
Selepas itu ukur lilitan buah dada dengan longgar termasuk bahagian yang paling montok, semasa
berdiri tegak dengan lengan di sisi. Ini dikenali sebagai saiz dada.
Saiz mangkuk ialah perbezaan antara saiz dada dan saiz bingkai, ditukar kepada huruf mengikut
jadual berikut:

Perbezaan antara saiz dada


dan saiz bingkai (inci)

Saiz mangkuk

Saiz mangkuk

(UK dan Australia) (lain-lain di Eropah dan AS)

Kurang daripada 1 inci

AA

AA

2 inci

3 inci

4 inci

5 inci

6 inci

DD

E atau DD

www.PakarPayudara.com

7 inci

F atau DDD

8 inci

9 inci

FF

10 inci

11 inci

GG

12 inci

13 inci

HH

14 inci

15 inci

JJ

Isipadu yang sebenar bagi mangkuk coli bergantung bukan saja pada saiz mangkuk yang dikira seperti
tersebut, tetapi juga menambah mengikut saiz bingkai. Lagipun, kebanyakan pengusaha coli menggunakan
isi padu mangkuk yang sama untuk coli yang berkaitan dengan peningkatan saiz mangkuk dan
penurunan saiz bingkai. Contohnya, isi padu mangkuk adalah sama bagi 30D, 32C, 34B, 36A, dll. Inilah
kenapa saiz coli ada "saiz saudara" yang dikaitkan dengan cara ini dengan isi padu mangkuk yang sama
(misalnya 32C dan 34B). Oleh itu kadangkala adalah mungkin bagi dua saiz saudara berpadan dengan
sempurna, kerana kedua-duanya adalah saiz yang sama, dan perbezaan dalam saiz bingkai boleh
diselesaikan dengan menggunakan kail yang berbeza pada tali belakang.
www.PakarPayudara.com

Ada yang mengatakan bahawa pemakaian coli berkawat akan meningkatkan risiko terkena kanser payudara.
Kawat atau besi pada coli dikatakan akan menekan sistem limfatik pada payudara hingga membuatkan racun
berkumpul dan meningkatkan risiko terkena kanser. Sebenarnya tiada hubungan antara bentuk, jenis atau
ukuran coli dengan kanser payudara. Hanya pemakaian coli dengan ukuran yang salah akan mempengaruhi
bentuk payudara dan keselesaan pemakainya selain memakai coli berkawat semasa tidur akan menyebabkan
payudara sukar bernafas.
Payudara boleh mengendur kerana kehamilan dan juga proses menyusui. Ketegangan payudara juga
mungkin berubah semasa menjelang haid. Jadi payudara tetap akan menjadi kurang elastik apa lagi kalau
wanita jenis yang malas bersenam. Selain itu kesan pengenduran itu boleh dikurangkan dengan memakai
coli yang tepat ukurannya dan bagus kualitinya bagi mendukung payudara.

www.PakarPayudara.com

3.0

KESALAHAN MEMAKAI COLI

(Gambar oleh Kosmo!)


Berikut adalah beberapa cara untuk mengenalpasti bahawa pemakaian coli yang salah:
1. Menggelebeh atau bulging payudara akan menggelebeh dan ianya akan terkeluar dari cawan coli
2. Fabrik antara cawan coli tidak menyentuh tulang dada.
3. Pengikat di belakang coli terangkat.
4. Terdapat bekas birat berwarna merah di atas bahu apabila coli ditanggalkan.
5. Payudara kelihatan kendur atau tidak kelihatan seperti bentuk yang betul.
6. Apabila merasakan seperti bahu seperti ditarik ke hadapan.
7. Jika kain di dalam cawan coli ada kedutan.
8. Jika di sisi payudara dan belakang menggelebeh.
9. Dawai besi pada coli seperti menyucuk kulit dada.
10. Jika tali coli tergelincir dari bahu.

www.PakarPayudara.com

4.0

MENGUKUR PAYUDARA

Memakai coli perlu mengikut saiz dan bentuk payudara seseorang. Jika ianya tidak bersesuaian, ia akan
member kesan terhadap payudara tersebut. Payudara mempunyai berbagai saiz dan rupa bentuk. Pemilihan
coli adalah penting untuk keselesaan dan dapat membentuk struktur payudara yang menarik.
Di sini disediakan tips memilih coli yang sesuai :1) Ukur Lingkaran Badan
Ambil pita pengukur dan lilit badan bawah payudara (dekat area tulang rusuk bawah payudara). Ukuran
dikira dalam unit inci. Jika hasil ukuran nombor genap, tambahkan 4 inci. Jika ukuran nombor ganjil,
tambahkan 5 inci.
Contoh:
Ukuran lilit badan pada pita pengukur menunjukkan angka 28, jadi ukuran coli ialah 32. (28+4=32).
Sekiranya ukuran lilit badan adalah 29, maka ukuran coli yang sesuai ialah 34. (29+5=34).
2) Ukuran cawan
Ukuran pada cawan@cup bra adalah merupakan bahagian paling penting. Pilih saiz cup yang tepat supaya
payudara boleh bernafas dengan betul. Ukur lilit badan pada bahagian paling depan payudara (bahagian
puting paling menonjol). Bundarkan ukuran tadi kepada nombor genap. Kira perbezaan dengan angka
ukuran lilit badan yang telah dibuat awal-awal tadi. Contoh:
Ukuran lilitan badan tadi = 28 . Ukuran lilitan payudara = 31. Jadi perbezaan ialah 3 inci.
Perbezaan 1 inci = Cup Size A
Perbezaan 2 inci = Cup Size B
Perbezaan 3 inci = Cup Size C
Perbezaan 4 inci = Cup Size D

www.PakarPayudara.com

5.0

BENTUK PAYUDARA

Pelbagai bentuk payudara yang terdapat pada wanita samada ianya menarik, menawan atau pun tidak. Setiap
wanita semestinya mengidamkan bentuk yang anjal dan montok yang mana menjadi kegilaan kaum lelaki
untuk mendapatkannya. Payudara merupakan simbol seks bagi setiap lelaki yang melihat wanita. Bentuk
payudara yang pelbagai ini kadang-kadang membuatkan wanita rasa rendah diri dan mahu menjadikan
payudara mereka lebih anjal dan menarik. Teradapat pelbagai cara untuk mendapatkannya dan yang mudah
adah dengan menjalani pembedahan di bahagian payudara mengikut bentuk yang diidamkan tanpa
mengambil masa yang panjang.

www.PakarPayudara.com

6.0

PEMILIHAN COLI YANG SESUAI

Pemilihan saiz coli yang salah boleh mengakibatkan kerosakan jangka panjang pada tisu dan bentuk
payudara sekiranya terus dibiarkan. Pada peringkat awal perkembangan biologi tubuh wanita, payudara
adalah agak kecil dan tidak kelihatan. Pada usia sekitar 10 tahun pula, lapisan lemak di bawah epidermis
masih lagi tidak terlalu tebal manakala ketika mencapai tahap matang, berlaku perkembangan optimum
tubuh wanita. Ketika inilah pertumbuhan payudara mulai matang. Memiliki payudara yang cantik
merupakan aset seorang wanita. Namun semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh,
dan pengabaian penjagaannya, menyebabkan payudara jatuh atau kurang menarik.

Pakai Coli Yang Sesuai


Golongan wanita perlu memakai coli yang bersesuaian dengan saiz payudara bagi menguatkan sokongan
luar di samping meningkatkan keselesaan dan memberi bentuk tubuh yang cantik. Cara memilih coli juga
perlu betul, iaitu dengan mengambil kiraan ukur lilit bahagian bawah payudara dan ukuran lilit payudara.
Kedua-dua jumlah ini ditolak dan hasilnya adalah ukuran yang diperlukan.
Contoh : jika ukuran bawah ialah 84 sentimeter (sm) ditolak ukuran payudara 72 sm menjadikan beza 12 sm.
Coli ukuran mangkuk A ialah 10 sm, B pula 12.5 sm dan C ialah 15 sm. Jika beza diperoleh 12 sm
bermakna diperlukan coli B cup.
Pemakaian coli yang salah dan tidak sesuai juga boleh mengakibatkan masalah-masalah belakang, sakit
kepala, ketegangan leher, ruam dan menarik struktur ligamen pada tubuh badan. Walau bagaimanapun,
setakat ini masih belum ada ujian yang membuktikan bahawa coli penyebab kanser payudara.
Apa pun, menjadi satu kelaziman wanita gemar memakai coli yang mempunyai mangkuk yang terlalu kecil
atau terlalu longgar di bahagian tubuh bagi menampakkan bentuk yang menawan. Memakai coli yang salah
bukan sahaja tidak menyenangkan malah mungkin merimaskan. Jadi bagi mengelakkan terjadinya perkara
yang lebih memudaratkan, wanita dinasihatkan memakai coli yang sesuai dan selesa dengan kehendak
payudara.
www.PakarPayudara.com

Tips Pemilihan Coli


* Pastikan tali coli di belakang tidak terangkat. Sekiranya terangkat, ia bermaksud coli tersebut terlalu
besar untuk dipakai.
* Tali coli tidak terjatuh di bahu. Penyelarasan tali tersebut diperlukan atau gunakan tali yang lebih lebar.
* Pastikan payudara tidak terjojol keluar dari mangkuk coli.
* Pastikan coli yang digunakan selesa dan tidak terlalu ketat.

Cara Memakai Coli Yang Betul


# Letakkan tali coli ke kedua-dua bahu.
# Tundukkan badan dan baiki kedudukan payudara sehingga memenuhi mangkuk coli.
# Pastikan tali coli di belakang dicangkuk kemas.
# Berdiri lurus dan selaraskan tali coli supaya berada di kedudukan yang betul.
# Pastikan coli berada di kedudukan selesa dan tidak terangkat serta tidak terlalu ketat.
Coli yang longgar atau ketat akan merosakkan rupa pakaian samada mahal atau tidak serta merasa tidak
selesa.
www.PakarPayudara.com

"A perfect bra gives you the required support while making you feel comfortable."
Memakai coli yang betul bukan sahaja memberi keyakinan tetapi juga secara tidak langsung dapat
merampingkan pinggang dan membuat kelihatan langsing. Selain itu, memakai coli yang betul juga dapat
mengurangkan implikasi kesihatan. Namun mencari coli yang betul pasti mengambil masa dan kesabaran.

7.0

PETUA MENDAPATKAN PAYUDARA YANG CANTIK

Selain dari mendapatkan pemakaian coli yang bersesuaian, cara lain untuk mendapatkan payudara yang
menarik adalah dengan mengamalkan petua atau cara tradisional lama. Penjagaan payudara mengikut cara
tradisional juga boleh diamalkan di masa kini. Pada kebiasaannya petua atau penjagaann secara tradisional
ini lebih menggunakan bahan yang mudah didapati. Di sini terdapat empat petua yang dapat digunakan bagi
mencantikkan payudara wanita.

Petua 1: Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya
seperti dahulu. Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau.
Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan
tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali. Menurut orang tua yang memberikan
petua ini , petua ini dipanggil Petua Sayang Suami. Semoga kebahagiaan rumahtangga akan bertambah seri
lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan.
Petua 2: Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih
suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.
Petua 3: Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali
seminggu.
Petua 4: Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam.

www.PakarPayudara.com

8.0

PENJAGAAN PAYUDARA

Semestinya setiap wanita menginginkan bentuk payudara yang indah atau seimbang dengan tubuh
badannya. Maksud indah di sini tidak hanya semata-mata dipandang dari saiznya samada besar atau pun
kecilnya payudara, tetapi kesihatan payudara itu sendiri yang harus diprihatinkan. Dengan itu memiliki
payudara yang sihat bermaksud memiliki payudara yang indah. Penjagaan payudara dapat lakukan dengan
pelbagai cara samada dengan cara moden atau tradisional.
Payudara akan kelihatan lebih cantik dan menawan dengan cara penjagaan dengan betul. Terdapat pantang
larang yang dikenalpasti di dalam penjagaan payudara. Payudara adalah aset bagi setiap wanita dan
seharusnya ianya menjadi suatu perkara yang penting dalam menjadikan ianya mahkota wanita serta
menjadi daya penarik untuk kaum lelaki. Antara cara penjagaan payudara adalah dengan melakukan
senaman, urutan, menyiram air yang dingin dan mengambil pemakanan yang seimbang.
1. Bersenam dengan melakukan riadah atau senaman secara konsisten, ketekunan, kesabaran dan teratur.
Senaman sebaiknya dilakukan pada waktu pagi iaitu setelah bangun dari tidur kerana otot-otot masih dalam
keadaan relaks.
Aktiviti berenang adalah senaman yang terbaik bagi payudara kerana semua otot-otot yang berhubungan
dengan otot-otot payudara bekerja dengan baik. Malahan gerakan air dingin sangat baik untuk memperlancar
peredaran darah di sekitar payudara. Gerakan air bukan hanya baik peredaran darah, tapi juga sangat baik
pengaruhnya bagi kulit.
Berjogging adalah lebih disukai oleh wanita, namun ia sesungguhnya kurang sesuai bagi kesihatan dan
keindahan payudara kerana jaringan-jaringan yang menguatkan ikatan penyokong payudara akan
mengendur. Akibatnya payudara akan cepat menjadi kendur, lebih-lebih lagi jika memakai coli yang tidak
sesuai.
Di sini ada beberapa cara untuk menguatkan otot pektoral iaitu melalui cara senaman biasa dan yoga. Teknik
moden ini dapat member rangsangan yang baik kepada kesihatan khususnya kepada payudara disamping
untuk kelihatan catik dan menawan.

www.PakarPayudara.com

Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara
melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi
mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini
sampai 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan ketika berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral
ketika menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengankat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan
berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.
Jika senaman yoga menjadi pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulai dengan dalam posisi yoga. Depakan
kedua lengan separas bahu. Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah.
Kembalikan posisi lengan hingga sejajar dengan bahu. Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian ganti posisi, lengan
kiri ke atas dan lengan kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut masing-masin 10 kali.

2. Urutan payudara amalan mengurut payudara bertujuan untuk menyihatkan serta memantau daripada
barah atau kanser payudara selain mengindahkannya. Jika wanita rajin mengamalkan mengurut payudaranya
sendiri, maka segala nutrisi dan zat dari tabiat pemakanan yang baik akan disalurkan ke payudara melalui
pengaliran darah yang lancar ke seluruh tubuh badan. Namun, cara-cara urutan haruslah betul agar tidak
memudaratkan payudara nanti.

www.PakarPayudara.com

Percaya atau tidak sebenarnya minyak aromaterapi boleh digunakan untuk mengurut serta menganjalkan
payudara. Sentuhan yang lembut dan urutan yang sempurna akan dapat memberi rangsangan kepada saluran
darah di payudara. Cara urutan yang disyorkan adalah dengan mengurut ke luar, ke bawah dan ke dalam
mengikut aliran payudara. Jika dibandingkan dengan penggunaan masker dank rim, cara menggunakan
minyak aromaterapi lebih efektif kerana ia akan memudahkan urutan dan minyak akan lebih cepat menyerap
ke dalam saluran.

3. Siram air dingin penyiraman air dingin waktu pagi pada payudara sangat baik kerana akan meransang
tisu-tisu dan otot-otot payudara. Ini juga disebut sebagai water therapy.

4. Pemakanan yang seimbang pengambilan pemakanan yang seimbang adalah sangat penting dalam
penjagaan kesihatan dan keindahan payudara.

Kecantikan payudara sememangnya penting dan menjadi kemestian kepada setiap wanita mengidamkan
bentuk dan saiz payudara yang menawan. Ianya bukan sahaja menjadikan seseorang wanita kelihatan cantik
malah dapat menjadi tumpuan serta perhatian dari kaum lelaki. Dalam keghairahan wanita ingin
www.PakarPayudara.com

mendapatkan kecantikan payudara, kesihatan payudara adalah penting. Salah satu punca kematian yang
tinggi di kalangan wanita adalah kanser payudara. Di samping menjaga kecantikan payudara, kesalahan
memakai coli adalah perkara yang perlu dielakkan. Walaupun dilihat kesilapan itu adalah kesalahan yang
kecil tetapi ianya turut menyumbang kepada lanjutan punca kepada kanser payudara.
Dalam merawat payudara adalah perlu lebih berhati-hati dibandingkan dengan perawatan tubuh lainnya. Hal
tersebut adalah kerana kulit penutup payudara lebih lembut dan tipis dibandingkan kulit bahagian tubuh
wanita yang lain. Dan perlu diperhatikan juga bahagian puting susu, dimana pada bahagian tersebut kulitnya
lebih lembut dan lebih peka lagi. Dan untuk membuat payudara menjadi indah, ianya perlu dirawat sentiasa.
Menjaga dan memelihara kesihatan payudara penting sekali untuk dilakukan oleh wanita, agar payudara
tidak mudah diserang berbagai penyakit-penyakit terutamanya pembunuh nombor satu wanita iaitu kanser
payudara.

5. Bersihkan payudara - Payudara yang sihat adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting
yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting
dan arela, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuhi minyak zaitun
untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.

6. Penggunaan Coli - Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dan bukannya sekadar melekap di situ
sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh
kehamilan dan waktu menyusu anak.

7. Penyusuan - Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak
terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak payudara. Cara
mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu sebelum
menyusu atau tuam air suam untuk melegakan kesakitan. Kelebihan menyusukan anak dapat menghindarkan
www.PakarPayudara.com

dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu mengecutkan rahim kembali kepada asal (selepas
bersalin).
8. Ramasan - Elakkan pasangan membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual)
dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini kerap boleh
membuatkan payudara kendur lebih cepat.
Disamping untuk mendapatkan kecantikan dan bentuk payudara yang menawan, kesihatan payudara perlu
diambil berat. Berikut ini ada beberapa cara untuk menjaga kesihatan payudara:
Kurangkan makan makanan berlemak
Pola pemakanan yang tinggi lemak haiwan boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Menurut para ahli,
pola makanan yang mempunyai kaya lemak boleh menghasilkan zat kimia dalam usus yang waktu
berhubungan sama bakteria akan mengubahnya jadi estrogen sebagai penyebab kanser. Estrogen ini
kemudian disimpan dalam jaringan lemak payudara sehingga ia membentuk sel dalam kawasan ini lebih
mungkin tumbuh menjadi kanser.
Banyakkan makan makanan berserat tinggi
Konsumsi buah-buahan dan sayuran penting untuk mencegah kanser payudara. Serat yang terkandung dalam
sayuran, seluruh jenis gandum dan buah-buahan dapat mempengaruhi metabolisme estrogen dalam tubuh,
dan menurunkan estrogen dalam darah.
Makan banyak sayuran
Makan banyak sayuran seperti brokoli, kubis brussel, sayuran hijau seperti kangkung dan bayam, dan lobak
cina, baik untuk kesihatan payudara kerana mengandungi komponen sulfur yang disebut indoles. Indoles
sebenarnya membantu mengurangi estrogen dari tubuh dan mencegahnya tumbuh menjadi kanser payudara.
Hanya sayuran jenis ini yang diketahui boleh mengubah estrogen dalam tubuh, dan mencegahnya untuk
berkembang menjadi kanser payudara.

www.PakarPayudara.com

Banyakkan Makan ikan

Penelitian menunjukkan bahawa banyakkan makan makanan ikan laut setiap minggu seperti tuna, salmon,
makarel, dan sardin boleh membantu mencegah kanser payudara. Minyak omega yang biasanya ditemukan
dalam ikan ini bisa membantu memperkuat sistem kekebalan dan menghalangi pengaruh tumor yang
menyebabkan kanser.
Senaman secara teratur
Penelitian dimana wanita yang melakukan olahraga aerobik selama 3 hingga 8 jam atau lebih perminggunya,
sedikit kemungkinannya untuk terserang kanser payudara dibandingkan mereka yang tidak pernah olah raga
sama sekali.

www.PakarPayudara.com

Berjumpa doktor

(Gambar Oleh Visualphotos)


Setiap orang digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan mengetahui tahap
kesihatan yang optima. Wanita seharusnya juga turut mendapatkan khidmat nasihat serta ujian kesihatan dari
doktor secara berkala. Keadaan payudara juga perlu dititikberatkan dalam pemeriksaan doktor untuk
mengenalpasti keadaan yang sihat serta disamping itu dapat menganjalkan keadaan payudara atas nasihat
doktor. Sebarang usaha secara senaman, pemakanan seimbang dan pemakanan tambahan perlu mendapat
nasihat dari doktor bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini.
Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya
sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat
haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan.
Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, hendaklah berjumpa doktor.

www.PakarPayudara.com

9.0

PENUTUP

Ramai wanita yang mahu payudara yang cantik dan tegang. Namun begitu, perincian apa yang cantik dan
macam mana yang tegang adalah tidak nyata. Setiap wanita perlu tahu, payudara adalah berbeza bagi setiap
wanita, daripada segi saiz, bentuk, warna dan ketegangan. Hanya kerana melihat gambar seorang model
iklan dengan payudara yang cantik, seseorang wanita mahu menurutnya. Setiap payudara yang dimiliki
adalah sesuatu anugerah dan kita perlu menjaganya dengan baik.
Perkara paling utama adalah memakai coli yang bersesuaian dengan bentuk dan saiz buat dada. Jangan
memakai coli yang saiz terlalu kecil, ini akan membuat diri tidak selesa. Apabila memakai coli yang kecil
dan dada dirasakan seperti terkeluar, maka saiz itu adalah kecil. Juga jangan terlalu besar sehingga payudara
tidak masuk dengan kemas dalam coli, ia juga menimbulkan rasa tidak selesa.
Bahagian tengah coli, penyambung antara dua mangkuk coli, apabila dipakai sepatutnya selasa berada pada
atas tulang dada.. Cuba tarik nafas dalam-dalam sewaktu mencuba coli yang baru. Apabila memakai coli
sepatut rasa seperti payudara dipegang kemas dan apabila nafas ditarik pegangan itu tidak sepatutnya
membuat rasa tidak selesa, kemas tetapi tidak terlalu ketat.
Untuk memastikan coli yang sesuai adalah ketika hendak membelinya perlu mencuba terlebih dahulu.
Sewaktu mencuba, lakukan juga aktiviti yang biasa dilakukan, seperti menghayunkan tangan, melompatlompat kecil, berlari-lari anak atau jika coli itu digunakan untuk senaman atau sukan, lakukan gerakan sukan
yang ingin lakukan. Ia sepatutnya selesa dipakai dan kedua-dua payudara kurang pergerakan sebab ia
dipegang kemas oleh coli yang dicuba.
Perlu diingatkan bahawa kecantikkan payudara yang dimiliki hendaklah dipeliharanya dengan sebaikbaiknya. Tidak perlu menghabiskan duit dengan membuat pembedahan silikon mahupun membeli barangan
yang mahal. Hanya perlu menjaga payudara dari peringkat awal sahaja iaitu dengan memakai coli yang
bersesuaian. Sesungguhnya, jika ianya tidak dijaga dari peringkat awal perkembangan payudara, bentuk
payudara akan menjadi tidak menawan.

www.PakarPayudara.com

Anda mungkin juga menyukai