Anda di halaman 1dari 20

Permainan Tradisi

Rakyat Malaysia kaya dengan warisan tradisi bangsanya yang masih wujud; dipelihara, dipulihara bahkan diamal
kan sebagai suatu khazanah yang terus mekar dan segar. Permainan Tradisi ini boleh dibahagikan kepada dua je
nis iaitu Permainan Anjung dan Permainan Laman.
Permainan Anjung merupakan permainan yang mudah dan sering dimainkan di anjung-anjung rumah
sahaja dan memerlukan pergerakan yang terbatas. Contohnya; batu seremban, congkak, dam
haji dan sebagainya. Manakala permainan laman pula terdiri daripada jenis permainan yang memerlukan
kawasan yang luas, pergerakan yang lincah dan aktif seperti galah panjang, sepak raga,
kabbadi dan sebagainya.
Sehubungan itu, permainan tradisi ini dilihat dapat merealisasikan gagasan 1Malaysia yang berteraskan bentuk
seni budaya dan mempunyai titik sentuhannya yang tersendiri seperti dapat merapatkan hubungan antara
masyarakat. Di samping itu, permainan tradisi ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang dapat
mempertahankan dan mengamalkan budaya tempatan.

Jenis
Objek Warisan

:
:

Permainan Laman
Galah Panjang

Permainan tradisional yang dimainkan di luar rumah. Terdapat dengan dua kumpulan yang terdiri daripada
kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang daripada empat
orang.

Jenis
Objek Warisan

:
:

Permainan Anjung
Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar
memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat
orang atau lebih.

Jenis

Permainan Anjung

Objek Warisan

Dam Haji

Permainan ini melibatkan dua orang pemain sahaja bagi satu pihak pasukan. Peralatannya ialah papan dam
berpetak berlainan warna secara berselang dan dua puluh empat biji buah dam atau tir (yakni dua belas biji
untuk setiap permainan) dengan warna yang berbeza.

Jenis
Objek Warisan

:
:

Permainan Laman
Sepak Raga

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan
dengan salah seorang melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu
dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang
membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya
tidak jatuh ke bumi.

Jenis
Objek Warisan

:
:

Permainan Laman
Katuk Keli

Permainan ini memerlukan dua pasukan yang diwakili tiga orang setiap pasukan. Undian membentuk pasukan
dan menetapkan pasukan pertama bermain dijalankan. Permainan ini mempunyai empat tahap permainan iaitu
cungkil mata, pukul gong, pukul lambung dan patuk ayam (katuk keli). Penentuan kemenangan dilakukan dengan
mengira jumlah mata/ sukat.

Jenis
Objek Warisan

:
:

Permainan Laman
Tating Lawi

Permainan ini turut dikenali sebagai Chap teh dipercayai telah dibawa oleh migrasi China ke Tanah Melayu.
Dinamakan sepak bulu ayam, tating lawi atau jambak lawi kerana bulu yang digunakan diperbuat daripada
bulu ayam (3 atau 4) yang diikat pada keping getah atau kertas tebal. Pengiraan mata mensyaratkan setiap
pemain dimestikan untuk menating lawi sehingga ke paras pinggang dengan cubaan sebanyak tiga kali sahaja.
Kemenangan dikira berdasarkan kepada tatingan terbanyak.

Jenis
Objek Warisan

:
:

Permainan Laman
Ketinting

Permainan laman ini sering dimainkan oleh kanak-kanak terutamanya kanak-kanak perempuan yang melompat
dari satu kotak ke kotak-kotak yang lain (terdiri daripada sembilan kotak). Ada juga yang menggelarkannya
sebagai tip-tap toe. Permainan ini sering dimainkan antara dua atau lebih dalam dua kumpulan yang berlawan.

Jenis
Objek Warisan

: Permainan Laman
:

Kuit

Permainan ini amat popular di kalangan kaum Kedayan di daerah Limbang, Sarawak. Asal permainan ini tidak
diketahui sepenuhnya tetapi kaum Kedayan telah lama memainkan permainan tersebut sebagai hiburan di waktu
kelapangan dan juga di majlis-majlis keramaian tidak mengira lapisan usia mahupun jantina.

Jenis
Objek Warisan

: Permainan Laman
:

Kabbadi

Permainan Kabaddi merupakan permainan tradisional yang berasal dari negara India dan dipercayai telah
berusia ribuan tahun. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada 12 orang pemain
sepasukan, iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan. Bagi setiap sesi permainan, satu
pasukan akan bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang satu lagi bertindak sebagai pihak
lawan.

Jenis
Objek Warisan

:
:

Permainan Anjung
Congkak

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di
atas tanah dan buahnya daripada biji saga, biji salak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Permainan ini telah wujud
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, dan tersebar meluas di Dunia Melayu.

Jenis
Objek Warisan

:
:

Permainan Laman
Gasing

Permainan gasing popular di seluruh Malaysia. Permainan gasing terdapat di negara ini. Sejak zaman berzaman,
dimainkan sebagai mengisi masa lapang, terutama di kalangan masyarakat agraria sementara menanti musim
panas. Kemudian menjadi acara pertandingan di antara kumpulan, kampung, mukim atau daerah.

Jenis
Objek Warisan

:
:

Permainan Laman
Wau Tradisi Malaysia

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, ia dikenali juga sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah
pantai Barat Semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana.
Seawal kurun ke-15, wau telah dimainkan oleh orang Melayu sebagaimana tercatat dalam Sejarah
Melayu tentang anak raja dan penduduk Melaka bermain layang-layang.

http://www.heritage.gov.my/index.php/warisan-tidak-ketara/adat-abudaya/permainan-tradisi

TATING LAWI

Tating Lawi

Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk menating bola lawi. Bilangan pemain
ialah beberapa pasukan atau satu (1) orang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini
ialah Bola lawi. Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

http://www.kkmm.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=537:tatinglawi&catid=65:dokumen&Itemid=147&lang=en

JEJAK BUDAYA BANGSA PERMAINAN


TRADISONAL
JEJAK BUDAYA BANGSA PERMAINAN TRADISONAL
SMAHADZIR
1. Permainan Kelereng
PERMAINAN kelereng tergolong dalam jenis permainan laman. Tujuan permainan ini ialah untuk mendorong kelereng
ke padan atau ke garisan penamat. Permainan kelereng boleh dimainkan oleh beberapa pasukan dan setiap pasukan
terdiri daripada satu orang. Peralatan yang digunakan ialah rim basikal dan patok sangga sepanjang 50 cm.
Gelanggang yang digunakan untuk permainan kelereng mestilah berpermukaan rata dengan dibuat lorong larian
berlebar 1 meter dan jauh 40 meter.

Selepas diberi aba-aba, peserta hendaklah mendorong rim dengan menggunakan patok sangga mengikut

lorong masing-masing dari paduk ke padan. Peserta boleh menangkap rim apabila rim menuju ke arah lorong lawan.
Jika rim tersebut jatuh, peserta hendaklah mendorong semula rim tersebut dari tempat jatuh.
Kemenangan dikira berdasarkan kepada peserta yang tiba dahulu di padan atau apabila pihak lawan diisytiharkan
batal atau mati atau dibuang dari gelanggang kerana melakukan sesuatu kesalahan yang boleh menyebabkan batal,
mati atau dibuang gelanggang.
Peserta akan dikira mati sekiranya mendepani aba-aba atau paduk sebanyak tiga kali. Peserta juga akan dikira mati
sekiranya memasuki lorong pihak lawan sewaktu perlumbaan. Bagi kesalahan batal, berlaku apabila peserta tidak
menyangga rim ke padan. Buang gelanggang berlaku apabila terdapat mana-mana peserta atau pemain yang
melakukan sesuatu perbuatan yang kurang sopan sebanyak tiga kali. Buang gelanggang juga akan berlaku sekiranya
terdapat mana-mana pemain berbuat sesuatu yang bukan dalam permainan.
2. Permainan Jengkek Kapal Terbang
MATLAMAT utama bagi apa jua permainan tentunya tidak lari daripada memberi hiburan dan kegembiraan. Di samping
itu, secara tidak langsung wawasan riadah ialah untuk mengeluarkan peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap
kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati dan menghidupkan sesuatu permainan, kemahiran diperlukan
untuk menyesuaikan permainan. Konsep ini cukup terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampungkampung terutamanya sejak dahulu hingga hari ini. Permainan ini popular dengan nama Jengkek Kapal Terbang.
Permainan ini boleh dikatakan sudah sebati kepada kanak-kanak perempuan memandangkan sebahagian

besar pemain yang mengambil bahagian ialah kanak-kanak perempuan. Namun begitu, tidaklah terlalu janggal
sekiranya kanak-kanak lelaki pun turut bermain sama. Namun, kapal terbang itu diperolehi daripada petak atau
gelanggang itu yang khusus dibina untuk bermain.
Gelanggangnya terdiri daripada petak-petak empat persegi yang disusun sedemikian rupa yang menampakkan imej
sebuah kapal terbang. Terdapat lima petak empat segi yang dilakarkan sebaris. Pada petak ke empat terdapat
tambahan satu petak lagi di kiri dan satu lagi di kanan yang menimbulkan rupa sekali imbas seperti sayap kapal
terbang. Di sebelah kanan pada petak pertama pula terdapat tambahan petak yang berukuran separuh petak yang
dipanggil tangga yang kelihatan seperti ekor kapal terbang.
Kawasan bermain jengkek ini tidak perlu luas. Memadai jika kawasan itu dapat menampung 8 buah petak.

Kanak-kanak perempuan terutamanya tetap menunjukkan kewibawaan mereka. Sedar dan tahu pentingnya
keselamatan, mereka memberikan perhatian yang sewajarnya ke atas tapak permainan. Jika terdapat tunggul atau
kayu, maka dibersihkan dahulu. Keselamatan tapak perlu dititikberatkan kerana tapak tidak mudah dipindahpindahkan. Paling kurang, permainan ini dimainkan oleh 2 orang. Jika lebih ramai yang terlibat, tentu lebih seronok.
Sebelum itu buah untuk permainan mesti disediakan, ianya diperbuat daripada sesuatu objek yang agak sesuai
contohnya kepingan papan, penutup botol dan apa sahaja asalkan berat agar hasil lemparan nanti lebih mantap. Bagi
menentukan siapa yang layak mula dahulu, satu undian yang unik dijalankan. Masing-masing berdiri bahu-membahu
membelakangi garisan tadi. Kemudian masing-masing melempar buah secara membelakang, sejauh yang mungkin.
Siapa yang jauh mendapat hak bermain yang pertama.
Permainan ini nampak mudah tetapi akan menyusul pelbagai halangan yang semakin lama semakin sukar. Dalam
pusingan pertama pemain disyaratkan membawa buah dengan cara menatangnya di atas belakang tapak tangan.
Jika buah terjatuh, pemain dikira mati. Ini bermakna pemain seterusnya mendapat peluang berjengkek. Jika
pemain berjaya menamatkan 9 ting dan 2 brak tanpa menjatuhkan buah, dia perlu melambung buah dan
menyambutnya secara kaut dengan kedudukan tapak tangan menghala ke bawah.

Kemudian barulah dia berhak mendapatkan rumah. Buah mestilah mendarat di mana-mana petak iaitu dengan
melempar membelakangi gelanggang untuk mendapatkan rumah. Dengan itu, pemain lain tidak boleh bertingting lagi
dalam petak rumah orang. Pemain lain boleh bertingting di petak rumah orang dengan kebenaran tuannya.
Nilai juara dalam permainan tingting kapal terbang terletak pada kemewahan iaitu banyaknya rumah yang berjaya
dimiliki seseorang pemain. Malah permainan itu terpaksa ditamatkan apabila semua petak sudah bertukar menjadi
rumah. Namun bukanlah secepat dan semudah itu menukarkan semua petak menjadi rumah. Seandainya buah
yang dilemparkan mendarat di rumah sendiri, maka rumah itu dikira hangus iaitu bertukar menjadi petak semula
dan pemain dikira mati.
Sebenarnya, permainan ini juga ada pengajaran nilai-nilai moral iaitu semangat kerjasama, timbang rasa,
tolak ansur, saling menghormati dan kesabaran.
3. Permainan Tuju Para
TUJU PARA yang biasanya untuk mengikat bungkusan, dijadikan satu alat istimewa dalam permainan kanak-kanak.
Ternyata ilham kanak-kanak begitu kreatif dan memungkinkan apa sahaja objek dijadikan permainan. Mungkin
setelah meneliti sifat-sifat gelang getah yang menganjal dan memberi (elastik), tercetuslah ilham untuk mewujudkan
sejenis permainan dalam bentuk melastik atau membidas.
Permainan tuju para adalah bukti bahawa kanak-kanak memang kreatif dalam mempelbagaikan permainan. Dalam
permainan ini, peralatan yang diperlukan ialah sejumlah getah dan dua batang kayu lurus kira-kira 30 cm. Jika tidak
ranting atau batang anak kayu sudah memadai. Gelang mudah didapati. Biasanya kedai-kedai runcit memang ada
gelang getah. Harganya pun murah. Ini memberi peluang kanak-kanak terbabit bermain dengan selesa tanpa
kekangan masalah kewangan.
Dua orang pemain sudah memadai bagi memainkan permainan tuju para. Namun, apalah seronoknya bermain dalam
bilangan sekecil itu. Jika bermain beramai-ramai barulah ada semangat hendak bersaing. Permainan ini hanya
memerlukan satu kawasan kecil kerana tidak ada pergerakan aktif seperti berlari atau melompat. Bahkan
keseluruhan aktiviti agak pasif. Sebelum permainan dimulai, kedua-dua kayu itu dipacak ke tanah dalam keadaan
selari. Kayu-kayu itu disebut tiang. Jarak di antara tiang ke tiang bergantung kepada keadaan. Kalau ramai pemain
dan banyak getah yang hendak dipasang, jaraknya agak jauh.
Gelang getah yang disidai pada alang hendaklah dipasang pada kedudukan hampir mencecah tanah. Seelok-eloknya 1
inci dari tanah. Bagi membidas gelang-gelang getah yang disangkut di alang, satu alat khas yang dipanggil getah ibu
diperlukan. Getah ibu ini daripada gelang getah juga. Getah ibu mempunyai struktur kelapa yang terdiri daripada
satu atau beberapa urat gelang getah, bergantung kepada saiz getah ibu. Fungsi kepala ialah untuk menghasilkan
anjalan dalam proses membidas.
Menentukan siapa memulakan permainan Tuju Para agak mudah. Para pemain akan berbaris di belakang satu garisan
panjang dalam kedudukan selari, bahu-membahu dan menghadap getah-getah yang disidai di alang. Maka pemain
yang berbaris di kanan sekali berhak memulakan permainan. Pemain akan menunjukkan ibunya ke arah ratusan getah
yang disidai di alang di hadapannya. Misinya ialah membidas gelang-gelang getah itu sehingga bertaburan di atas
tanah. Dia perlu memastikan gelang-gelang getah yang jatuh dari alang itu tidak bersentuhan atau berhubung dengan
tiang, alang atau mana-mana getah yang masih tersidai di alang.
Biasanya bidasan yang kuat akan membuatkan gelang-gelang getah itu terpelanting atau terlantun dan jatuh
berselerak di tanah dalam lingkungan yang luas. Jika bidasan menyipi atau getah ibu terbelit atau terlekat di getah
alang, peluang bermain akan tertutup serta merta. Bertuahlah pula peluang pemain yang berjaya menceriakan
gelang-gelang getah itu dari alang atau tiang berkaran. Dia akan mengutip gelang-gelang getah itu dan membilang
jumlah gelang getah yang diperolehi adalah jumlah mata diperolehi. Setelah semua gelang getah disatukan pemain
pun ditamatkan. Masing-masing pun membilang mata yang dipungut.
4. Permainan Rebut Tiang
ADA waktunya permainan di halaman rumah tidak dapat dijalankan kerana hujan lebat. Jadi sementara menunggu
hujan reda, kanak-kanak desa suka berkumpul di bawah rumah (kolong rumah) daripada membuang masa tidak
berbuat sesuatu, mereka akan menjalankan permainan yang sesuai bagi menghilangkan jemu atau memanaskan
badan.

Sekiranya tidak terdapat tiang rumah atau rumah terlalu rendah sehingga sukar untuk berlari dan memeluk tiang,
batang pokok juga boleh digunakan. Kanak-kanak masyarakat Orang Asli selalunya memacakkan bulu sebagai
pengganti tiang. Malah, dalam permainan rebut tiang, tiang-tiang buluh yang dipacakkan itulah yang menjadi alat
utama.
Permainan ini boleh dilangsungkan dengan jumlah pemain yang sedikit atau ramai. Kesemua pemain mesti

berkumpul di tengah-tengah permainan iaitu pada kedudukan sama jauh dengan semua tiang. Masing-masing
mencangkung dalam satu bulatan dengan kedudukan menghadap ke dalam bulatan. Apabila dikira 1, 2, 3 dengan cara
berjalan itik, masing-masing berlumba-lumba menuju ke mana-mana tiang pilihan. Siapa lambat dia tidak dapat tiang
untuk dibuat rumah. Maka bermulalah kemelut merebut tiang dalam permainan merebut tiang ini.
Pergerakkan pertukaran rumah mesti cepat dan lancar. Persetujuan bertukar tiang perlu dibuat secara

senyap dan bahasa isyarat supaya tidak disedari oleh perebut tiang. Sekiranya pertukaran tiang dibuat dengan tiang
yang agak jauh (supaya lebih hebat) pemain mestilah lebih pantas. Namun risiko ini jarang diambil oleh pemain
kerana masing-masing tahu pahitnya menjadi perebut tiang. Malang tak berbau. Ada pemain yang tergesa-gesa dan
terlanggar antara satu sama lain lalu terjatuh, tertiarap, terlentang dan sebagainya. Kecemasan seperti ini adalah
peluang keemasan bagi si perebut tiang kerana ada 1 atau 2 tiang yang kosong untuk diambilnya.
Dalam permainan rebut tiang, pemain, gelaran juara pastinya mencerminkan kehebatan pemain. Juara ialah pemain
yang tidak pernah kehilangan rumah iaitu tidak pernah menjadi perebut tiang. Pemain ini tentu tangkas
pergerakkannya untuk berlari merebut tiang dan tajam penglihatannya untuk mengintai peluang yang sesuai.
Sesungguhnya permainan merebut tiang ini hanya berdasarkan ketangkasan dan tiada sebarang mata dipungut. Tiada
juga denda kecuali kebosanan berlari ke sana ke mari untuk merebut tiang. Permainan hanya berakhir apabila
masing-masing sudah keletihan.
5. Permainan Tating Lawi
SATU lagi permainan waktu saya kecil dulu ialah permainan tating lawi. Permainan ini tergolong dalam jenis
permainan laman. Tujuannya ialah untuk menating lawi. Permainan tating lawi mestilah dimainkan oleh beberapa
pasukan iaitu tiga orang seregu bagi satu pasukan. Peralatan yang digunakan ialah lawi. Gelanggang untuk permainan
tating lawi mestilah berpermukaan rata. Selalunya lawi diperbuat dari bulu ayam (bahagian ekor ayam jantan) yang
dicucukkan pada gabus dan diikat pula dengan tali getah.
Permainan tating lawi akan dimulakan dan ditamatkan apabila aba-aba diberikan oleh seorang rakan yang

dilantik sebagai pengadil bertugas. Sewaktu bermain, setiap orang pemain akan diberikan tiga peluang tating mula
dalam masa tiga minit atau mana-mana yang terdahulu. Selepas tamat tiga minit atau berlaku tiga kali jatuhan,
tating mula hendaklah diberikan kepada rakan pemain yang berikutnya.
Tatingan mula hendahlah menggunakan kaki sendiri. Pemain juga boleh menggunakan mana-mana anggota badan
selain daripada tangan namun begitu tatingan lawi yang melepasi paras pinggang sahaja yang akan dikira mata.
Kemenangan dikira berdasarkan kepada pasukan yang paling banyak sekali membuat tatingan. Jika jumlah tatingan
yang dibuat oleh pasukan yang bertanding sama atau seri, setiap pasukan akan memilih seorang rakan dari pasukan
mereka untuk menating sehingga berlaku jatuhan selama satu minit. Jika berlaku seri juga, seorang peserta lagi akan
menating selama satu minit. Jika masih juga seri, undian akan dijalankan.

Jatuhan berlaku sekiranya lawi jatuh ke lantai. Jatuhan juga berlaku sekiranya lawi terkena tangan. Satu

jatuhan akan dikira sekiranya lawi terkena tangan. Buang gelanggang berlaku apabila terdapat mana-mana peserta
atau pemain yang melakukan sesuatu perbuatan yang kurang sopan sebanyak tiga kali. Buang gelanggang juga akan
berlaku sekiranya terdapat mana-mana pemain berbuat sesuatu yang bukan dalam permainan.
6. Permainan Perik Mata
SATU lagi permainan masa lapang sewaktu saya kecil dulu ialah permainan perik mata. Perik mata juga dikenali
sebagai konda-kondi memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat
untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan
kawasan lapang. Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, 15cm dan 30cm
panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil
anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.
Undian secara wan to som dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang

harus memainkan terlebih dahulu.


Permainan Pertama
Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan
untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang
lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu
sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang
sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambilalih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal
menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena
kayu panjang.
Jika kayu itu masuk ke dalam lubang ataupun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma

pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang
atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang.
Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.
Permainan Kedua
Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu
panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat. Sekali bagi pemain
lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang
diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi.
Permainan Ketiga
Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di
tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik,
kayu pendek akan melentik ke udara.

Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan

menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu
panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi
perlawanan ini.
7. Permainan Laga Biji Getah
ZAMAN saya kecil-kecil dulu banyak permainan yang tidak payah mengeluarkan wang untuk dimainkan pada masa
terluang. Bagi saya dan rakan-rakan saya yang lain, waktu itu bermain tidak kira apa jenis dan caranya tetap mengisi
masa dan menggembirakan. Ada permainan yang tidak memerlukan tempat dan waktu yang khusus. Ada satu objek di
ladang getah yang mencetuskan idea untuk dijadikan permainan iaitu biji getah. Tidak sukar untuk mendapatkannya,
lebih-lebih lagi jika bertepatan musim biji getah luruh.
Dalam permainan laga biji getah ini, kekuatan dan ketahanan tempurung dan ketahanan biji getah inilah

yang hendak diuji. Permainan laga biji getah ini hanya sesuai untuk kanak-kanak lelaki sahaja. Ini kerana untuk
memecahkan biji getah itu memerlukan tenaga yang banyak dan tapak tangan yang kuat. Dari segi teknik, permainan
ini agak pasif tetapi mendedahkan kepada kecederaan tapak tangan sekiranya kurang berhati-hati. Permainan ini
hanya memerlukan kekuatan tapak tangan semata-mata. Berdua pun sudah memadai untuk menyempurnakan
permainan ini. Namun penglibatan lebih ramai pemain pastinya lebih menyeronokkan.
Para pemain masing-masing menyediakan buah getah, yang terbaik di antara semua buah getahnya dipanggil jaguh.
Biasanya biji getah yang kuat adalah padat isinya, bersaiz kecil dan bersudut atau berbucu sedikit. Bucu ini nanti
akan menjadi penukul untuk membinasakan biji-biji getah pencabar. Bagi menentukan siapa dahulu bermain,
jaguh masing-masing akan dicabar dalam ujian ke atas 10 biji getah yang diberi secara rawak oleh pengadil. Pemilik
jaguh yang berjaya menewaskan banyak biji getah adalah layak menduduki tempat terawal bermain.
Pemain yang berhajat untuk berlawan hendaklah menyediakan seberapa banyak biji getah yang mungkin. Mata
diperolehi apabila jaguh masing-masing berjaya memecahkan satu biji getah yang diberi oleh pengadil. Pengadil
akan memberi mata cara menghadiahi 1 biji getah. Biji getah yang ini bukan untuk diuji tetapi hendaklah disimpan
sebagai bukti pungutan mata. Jika jaguh tewas kepada biji getah pencabar, peluang bermain terpaksa diserahkan
kepada pemain lain.
Bagi mengelakkan penipuan, pengadil akan mengenalpasti yang mana biji getah pencabar. Biasanya pengadil
menanda biji getah pencabar dengan cara mengikisnya sedikit. Ada juga pemain yang nakal dan cuba menipu untuk
menang. Penipuan dibuat dengan cara melagakan biji getah pencabar dengan ketul batu yang disembunyikan dalam
genggaman. Ini menjadi tanggungjawab pengadil untuk mengelakkannya. Begitulah seronoknya permainan ini.
Ibubapa tentunya tidak keberatan mengizinkan anak-anak menghabiskan masa dengan permainan ini. Dan selalunya
saya dan rakan-rakan akan bermain di mana-mana saja terutama di bawah rumah kerana teduh dan sejuk.
8. Main Tarik Upih
DALAM suasana akan pulang berhariraya di kampung, entah mengapa fikiran ini tiba-tiba saja teringatkan waktu
kecil-kecil dahulu. Sementara menunggu masa berbuka puasa, saya dan beberapa orang rakan akan bermain tarik
upih. Tatkala itu permainan tersebut merupakan satu permainan yang amat menyeronokkan kami. Halaman rumah
yang rata kendati berdebu adalah tempat yang terbaik untuk kami bermain. Menarik upih selalunya diberi kepada
rakan-rakan lelaki yang berbadan sasa dan kuat sementara penunggang upih merupakan rakan-rakan yang berbadan
kurus, ringan ataupun perempuan.

Sebagai pengkaji budaya Melayu, saya dapati permainan tarik upih tergolong dalam jenis permainan

laman. Tujuannya ialah untuk menyangga rakan ke padan. Permainan tarik upih mestilah dimainkan oleh beberapa
pasukan yang mengandungi seramai dua orang seregu untuk satu pasukan. Permainan ini mestilah dimainkan di atas
permukaan yang rata melalui sebuah lorong selebar satu meter dan berjarak empat puluh meter. Jika tidak ada
lorong, keliling halaman rumah boleh dijadikan gelanggang permainan.
Sewaktu permainan akan berlangsung, peserta hendaklah dalam keadaan menyangga kaki rakan. Selepas

aba-aba diberikan oleh seseorang yang dilantik menjadi pengadil, permainan hendaklah dimulakan dengan peserta
menarik upih mengikut lorong masing-masing dari paduk menuju ke padan. Jika sekiranya sanggaan terjatuh,
peserta yang terlibat hendaklah membina semula sanggaan tersebut di tempat jatuh tadi. Peserta tidak dibenarkan
menukarkan penarik upih sewaktu di dalam perlumbaan.
Kemenangan dikira berdasarkan kepada peserta yang tiba dahulu di padan atau apabila pihak lawan diisytiharkan
batal atau mati atau dibuang dari gelanggang kerana melakukan sesuatu kesalahan yang boleh menyebabkan batal,
mati atau dibuang gelanggang. Peserta akan dikira mati sekiranya mendepani aba-aba atau paduk sebanyak tiga
kali. Peserta juga akan dikira mati sekiranya memasuki lorong pihak lawan sewaktu perlumbaan. Bagi kesalahan
batal, berlaku apabila perlumbaan yang tidak di dalam sanggaan atau berlaku pertukaran penarik upih sewaktu dalam
perlumbaan.
Buang gelanggang berlaku apabila terdapat mana-mana peserta atau pemain yang melakukan sesuatu perbuatan yang
kurang sopan sebanyak tiga kali. Buang gelanggang juga akan berlaku sekiranya terdapat mana-mana pemain berbuat
sesuatu yang bukan dalam permainan.
Namun begitu, sewaktu saya kecil dahulu tidak ada undang-undang dalam permainan ini. Kami akan

bermain mengikut suka hati kami sendiri. Sesiapa saja boleh menjadi penarik upih atau penunggang dan tidak pernah
ada istilah mati atau buang gelanggang dalam kamus permainan ini.
9. Permainan Capelong
BILA duduk bersendirian sambil melihat kanak-kanak zaman sekarang bermain play station, saya terkenang permainan
saya waktu kecil dulu iaitu permainan capelong. Walaupun permainan capelong ini tidak sehebat play station tetapi
capelong mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Selain dari dapat membentuk kerjasama yang baik, persahabatan
yang erat dan usaha yang bersungguh-sungguh kerana segala peralatan dibuat sendiri, ia juga dapat membina daya
kreativiti seseorang kanak-kanak.
Untuk membuat capelong, pagi-pagi lagi saya telah menyelitkan parang milik bapa saya di pinggang dan

mulai meredah belukar untuk mencari batang buluh yang sesuai. Setelah siap, terpaksa pula saya memanjat pokok
cenerai untuk mendapatkan buah putiknya sebagai peluru capelong. Selalunya dalam soal ini saya tidak keseorangan,
ramai lagi rakan saya termasuk juga rakan perempuan akan bersama-sama. Di situlah letaknya keseronokkan dan
keakraban persahabatan yang sehingga kini masih melekat erat dalam sanubari saya.
Permainan capelong juga dikenali dengan nama senapang buluh terutama oleh kanak-kanak di kampung saya.
Senapang buluh merupakan alat permainan yang ringkas. Seperti namanya, ianya diperbuat dari seruas buluh yang
panjangnya dipotong mengikut keperluan si pembuat. Namun panjang laras senapang yang biasa adalah lebih kurang
sekaki. Terdapat tiga komponen peralatan capelong atau senapang buluh iaitu laras, gandar pengepam (dipanggil
gucuh atau gocoh) dan hulu. Buluh temiang paling baik untuk tujuan ini. Boleh dikatakan ia merupakan sejenis

pump-gun tradisional yang berkuasa rendah. Gucuh atau gocoh biasanya juga diperbuat dari buluh (buluh biasa yang
lebih tebal kulitnya) diraut kerana ia lurus dan boleh dibentuk bulat dengan senang. Sekali imbas ia kelihatan seperti
pam tangan basikal.
Hulu senapang panjangnya lebih tiga inci atau kurang. Dan biasanya melibatkan bahagian yang mengandungi ruas
untuk berfungsi menopang gucuh dengan baik selain dari senang untuk digenggam. Selain dari untuk digenggam, hulu
ini penting untuk membolehkan peluru senapang dipupuh terlebih dahulu sebelum diasak jauh ke dalam laras.
Mudah untuk senapang yang telah siap dioperasikan. Sebiji peluru diasak terlebih dahulu. Ia dipupuh rata-

rata supaya muat-muat memenuhi lubang laras sehingga ia menjadi separa kedap ruang udara. Peluru kedua juga diisi
menggunakan metod yang sama. Oleh kerana ia dipupuh rata-rata, kedua-dua peluru berkenaan akan memenuhi
ruang laras. Udara terperangkap di antara peluru pertama dan kedua. Peluru capelong atau senapang buluh yang
sering digunakan ialah buah cenerai muda atau kertas yang telah direndam di dalam air. Buah cenerai akan
dimasukkan sebiji-sebiji sementara kertas yang telah direndam hendaklah digintil terlebih dahulu sebelum
dimasukkan ke dalam lubang capelong sebelum ditolak dengan gucuh.
Sewaktu melepaskan peluru buah cenerai harus berhati-hati kerana jika terkena mata kawan boleh menjadi buta.
Selalunya, untuk menjaga mata dari terkena peluru capelong, kami akan menggunakan lekar sebagai perisai. Lekar
yang kami ambil di dapur milik emak yang sering meletakkan periuk panas selepas memasak begitu berkesan dalam
aspek penjagaan mata dan tidak ada sesiapa pun antara kami yang buta akibat tembakan peluru capelong. Lekar
tersebut dibubuh tali getah di dua bahagian tepinya kemudian diikatkan di belakang kepala. Di sini wujud satu
kreativiti minda yang wajar dipuji kerana penggunaan lekar tercipta secara spontan.
Begitulah. Sewaktu bertemu kembali rakan-rakan sepermainan waktu kecil dulu setelah lebih 30 tahun berpisah,
segala kenangan silam gesit terbayang kembali. Datangnya begitu lunak, meresap ke dalam nubari, menerobos
wilayah sukma dengan satu kesyahduan perasaan yang tersendiri dan tanpa sedar ada air mata yang mengalir lesu.
Betapa kenangan silam sewaktu kecil itu amat menusuk perasaan kerana di dalamnya terselit seribu nilai
persahabatan, erti kasih sayang, kesepaduan, kerjasama, tolak ansur, gembira bersama, menangis bersama dan yang
lebih penting tidak pernah secuit pun tercetus bibit-bibit kebencian dan persengketaan antara kami. Segalanya
mesra, dalam senyum dan gurau senda.
Kadang-kadang saya impikan dunia ini kembali berputar ke zaman silam, zaman waktu saya kecil dulu agar saya
dapat menikmati lagi hidup dalam suasana penuh keriangan tanpa sebarang nestapa dan lara. Tapi, sudah tercatat
sebagai sunan al-khaun, masa yang lepas tak mungkin akan kembali lagi. Hanya tersimpan dalam arkib memorabilia
yang tak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayat.

Sepak bulu ayam


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Buah sepak bulu ayam.

Sepak Bulu Ayam merupakan sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Ia
juga dikenali sebagai sebuyam atau chapteh.
Permainan ini boleh dimainkan secara berseorangan atau lebih. Sekiranya ia dimainkan secara
berseorangan, pemain akan cuba menyepaknya seberapa banyak yang mungkin dan seberapa
lama yang mungkin. Ini biasanya dikenali sebagai menimang. Menimang juga boleh dimainkan
lebih daripada satu orang, dan pemain bergilir menimang bulu ayam, sementara pemain lain
mengira berapa kali sepakan dibuat.
Sekiranya ia dimainkan lebih dari satu pemain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh
dibentuk. Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan
adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.

Membuat Bola[sunting | sunting sumber]


Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu ayam
yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). Sebatang paku
sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4sm.
garispusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat.
Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucok paku menembusi
ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan disekeliling paku tadi dan
diikat dengan getah sekrap atau getah gelang dengan kemas. Jika untuk mendapatkan
kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Tating Lawi
Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk menating bola lawi.
Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau satu (1) orang sepasukan. Alatan yang
digunakan di dalam permainan ini ialah Bola lawi. Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

http://alissa-lisa.blogspot.com/2010/10/permainan-tradisional-yang-semakin.html

PERMAINAN TRADISIONAL
Koba
Permainan ini amat mudah dilakukan dan ia menggunakan dua jenis alat sahaja iaitu sekeping
serpihan batu leper dan kotak rokok. Dalam hubungan ini lazimnya kanak-kanak pada masa dahulu
suka mencari dan mengumpulkan kotak rokok untuk digunakan dalam permainan ini. Tempat
bermain tidak memerlukan kawasan yang luas. Setiap permainan memerlukan sekurang-kurangnya
2 orang. Bilangan pemain yang paling sesuai ialah 3 atau 4 orang.

Layang-Layang

Permainan layang-layang atau wau mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli terutama pada bentuk layang-layang atau
wau itu sendiri. Di Malaysia lazimnya permainan layang-layang dilakukan selepas musim menuai padi atau pada masa
nelayan tidak dapat pergi ke laut menangkap ikan. Antara jenis layang-layang ialah Layang-layang Baruk, Layang-layang

Puyuh, Layang-layang Burung dan yang terkenal ialah Wau Bulan.

Sabung Ayam
Permainan 'menyabung ayam' disebut juga sebagai 'berlaga ayam'. Berdasarkan pelbagai peristiwa
dan cerita yang tertulis di dalam buku-buku hikayat termasuk juga cerita-cerita mulut, kononnya
'menyabung ayam' merupakan permainan utama bagi golongan di raja di rantau ini di zaman
lampau. Kononnya pertaruhan antara raja-raja di zaman dahulu dalam permainan 'menyabung
ayam' ini hingga ke tahap mempertahankan negeri masing-masing.

Biji Saga
Permainan ini juga dikenali dengan nama 'main buah saga'. Nama yang lebih tepat ialah biji saga
kerana bahan yang dijadikan alat permainan ini adalah biji saga. Permainan ini sesuai dimainkan
oleh kanak-kanak perempuan. Bagaimanapun ada juga kana-kanak lelaki yang bermain permainan
ini. Tempat bermain yang paling sesuai ialah di atas simen. Lazimnya apabila permainan ini
diadakan, rakan-rakan sebaya akan duduk berhampiran untuk menyaksikan kecekapan dan
kebolehan sesesorang pemain melagakan biji saga yang diselerakkan di atas lantai.

Berlaga Kerbau dan Lembu


Kegemaran berlaga lembu atau kerbau terdapat di kalangan masyarakat petani khususnya yang
berusaha menyerjakan sawah padi. Di antara tempat yang kerap diadakan permainan tersebut
adalah Perlis, Kedah dan Kelantan. Menurut keterangan orang tua-tua salah satu tujuan
mengadakan permainan ini adalah untuk menggalakkan orang memelihara lembu atau kerbau
dengan baik. Permainan ini juga adalah untuk hiburan. Bagaimanapun dalam perkembangannya,
permainan berlaga lembu dan kerbau telah menimbulkan gelaja kurang sihat dalam masyarakat
setempat. Temasya tersebut telah menjadi tempat orang mewujudkan satu jenis perjudian.

Congkak

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak.
Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah
congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak
pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan
oleh dua orang sahaja.
Ia merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran menapak akhir. Bilangan
pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Papan congkak dan cakak.
Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang mengandungi sekampong 5, 7, 8 atau 9. Rumah Anak serta 1 Rumah Ibu.
Tiap Rumah Anak diisi cakak.
Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan
congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".
Cara-cara Bermain Congkak

a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya
masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di
kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah
lawannya itu.
(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah,
maka ia mati dalam kerugian.
(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki
berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam
kampung ianya dikira kalah

Batu Seremban
Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk memungut mata timbangan
terbanyak. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau satu (1) orang sebelah / sepasukan.
Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Lima (5) uncang (3 cm persegi satu butir).
Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

Ceper
Permainan ini hampir sama bentuknya dengan 'main koba' tetapi bahan yang digunakan adalah

berbeza. Bahan-bahan yang dijadikan alat permainan ini ialah tutup botol minuman yang diperbuat
daripada timah dan ia dileperkan. Satu lagi alat yang digunakan ialah kepingan serpihan batu
seperti yang digunakan dalam permainan koba.

Dam Aji
Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengalahkan pihak lawan.
Bilangan pemain ialah dua orang seperlawanan dan satu (1) orang sepasukan. Alatan yang
digunakan di dalam permainan ini ialah Tir dan Papan Dam. Gelanggangnya adalah Permukaan
rata.

Dam Harimau
Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran menapak
akhir. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini
ialah Papan congkak dan cakak. Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang mengandungi
sekampong 5, 7, 8 atau 9; Rumah Anak serta 1 Rumah Ibu. Tiap Rumah Anak diisi cakak.

Galah Panjang
Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan dan matlamat permainan adalah untuk mengalahkan
pihak lawan melalui jumlah Bilon yang diperolehi. Pemain terdiri daripada regu iaitu tiap-tiap regu
mestilah mengandungi lima (5) orang pemain ( empat (4) orang pemain dan satu (1) simpanan ).
Perlawanan di dalam permainan ini adalah berkonsepkan Pertahan oleh satu regu dan Penyerang
oleh satu regu yang lain. Gelanggang Galah panjang di bina di eprmukaan yang rata dan mendatar.

Gasing
Permainan gasing merupakan permainan untuk orang lelaki muda dan dewasa. Bagaimanapun ada
juga jenis gasing keciltetapi bentuknya sama dimainkan oleh golongan kanak-kanak. Gasing kanakkanak ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu 'gasing Melayu' dan 'gasing Cina'. Pada masa dahulu
permainan gasing merupakan sejenis permainan yang mendapat perhatian umum dan ramai
peminatnya. Di samping bermain sebagai riadah dan memenuhi masa lapang, permainan ini
dimeriahkan melalui perlawanan antara pasukan di peringkat kampung, daerah dan negeri.

Getah
Permainan ini dinamakan 'main getah' kerana bahan yang digunakan ialah getah halus berbentuk
gelang yang digunakan sebagai pengikat bungkusan atau barang-barang kecil. Ia sesuai dimainkan
oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan dan biasanya mereka bermain di dalam rumah. Tempat
bermain adalah di atas simen atau lantai papan yang tidak berlubang. Permainan ini merupakan
permainan masa lapang terutama di musim hujan kerana pada masa itu kanak-kanak terpaksa
berada di dalam rumah. Untuk meluangkan masa lapangnya mereka melakukan permainan ini.

Guli
Permainan guli amat digemari oleh kanak-kanak di merata-rata tempat di Malaysia. Ia tidak
memerlukan ruang atau padang yang luas. Di kampung-kampung, biasanya kanak-kanak bermain
guli di halaman rumah. Permainan ini tidak mempunyai musim tertentu. Alat permainan ini hanya
merupakan benda bulat yang diperbuat daripada batu dan kapur. Lazimnya 2 jenis guli akan
digunakan iaitu guli batu dan guli kapur.

Gusti Tangan
Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk merebahkan tangan lawan.
Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah
Meja. Gelanggangnya adalah Satu ( 1 ) permukaan meja dengan lebarnya antara 0.6 0.8 meter;
Dilukis dua ( 2 ) lengkang dengan garis pusat 0.1 meter untuk letak siku; Jarak antara dua (2)
lengkang (diukur pada pusat) ialah antara 30 cm 40 cm

Ketingting
Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk mengimbang badan ke padan/
paduk. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau tiga (3) orang seregu sepasukan. Alatan
yang digunakan di dalam permainan ini ialah Gundu/ Tagan. Gelanggangnya adalah permukaan
yang rata; dibina Rumah Ketinting yang mengandungi 9 petak segi empat sama berukuran 40 cm
setiap petak iaitu Satu petak loteng, Dua petak serambi, Satu petak tengah, Satu petak-kelek,
Dua petak-lambur, Dua petak-tangga. Jarak paduk dengan tangga 5 meter.

Ketuk Keli
Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk mengukur sukat terbanyak.
Bilangan pemain ialah 3 orang seregu sebelah/ sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam
permainan ini ialah Ketuk sepanjang 40 sm, bergarispusat 2 sm, Keli sepanjang 15 sm bergaris
pusat 2 sm. Gelanggangnya adalah Kawasan lapang mengandungi Rumah di sudut berukuran 3 sm
lebar X 16 sm panjang, Dua (2) watas bersudut tepat (90) dibina dari pangkal sudut rumah. Watas
lengkok papan berjarak 2.5 meter diukur dari sudut.

Sepak Bulu Ayam


Di beberapa daerah di negeri Johor permainan ini dikenali dengan nama ' sepak yem'. Ia sangat
digemari oleh kanak-kanak lelaki di peringkat sekolah rendah. Alat yang digunakan dalam
permainan ini ialah serangkai empat helai bulu ayam yang diperbuat. Rangkaian bulu ayam itu
dicacak serta diikat di atas sekeping kertas tebal atau sekeping getah yang berukuran dua inci
garis pusat. Permainan ini ialah menyepak bulu ayam itu ke atas, seberapa kali yang dapat tanpa
jatuh ke tanah.

Sepak Raga Ratus


Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk menimbang bola. Bilangan

pemain ialah beberapa pasukan atau lima (5) orang seregu sepasukan. Alatan yang digunakan di
dalam permainan ini ialah Bola raga. Gelanggangnya adalah permukaan rata, dibina lengkang
bulatan bergaris pusat tiga (3) meter.

Sorok-Sorok
Permainan ini merupakan permainan masa lapang. Di sesetengah tempat ia dipanggil dengan
nama 'main ibu' atau 'main induk'. Permainan sorok-sorok dilakukan oleh sekurang-kurangnya dua
orang dan selebih-lebihnya sepuluh orang. Ia lebih sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki.
Namuin demikian, ada juga kumpulan kanak-kanak perempuan yang bermain sorok-sorok sesama
mereka. Tujuan permainan ini adalalah untuk mencari pemain-pemain yang menyorokkan diri di
sesuatu tempat.

Tating Lawi
Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk menating bola lawi. Bilangan
pemain ialah beberapa pasukan atau satu (1) orang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam
permainan ini ialah Bola lawi. Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/5499-permainan-tradisional.html

Anda mungkin juga menyukai