Anda di halaman 1dari 11

B.

MODEL ASSURE BOLEH MEMBANTU GURU MERANCANG PENGAJARAN


SECARA SISTEMATIK DAN MENINGKATKAN HASIL PEMBELAJARAN MURID.
ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN PENYATAAN DI ATAS? BERIKAN
JUSTIFIKASI YANG SESUAI.
Ya, saya bersetuju. Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan,
guru digalakkan merancang rancangan pengajaran secara sistematik supaya
teknologi dan media (alat dan bahan bantu mengajar) yang digunakan benar-benar
memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Sistematik
bermaksud tiap-tiap langkah dalam model ini akan menerima imput daripada
langkah-langkah sebelumnya dan akan memberi output kepada langkah seterusnya.
Model ASSURE boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dan
teknologi dalam rancangan mengajar instruksi (Heinich, Molenda, Russell dan
Smaldino, 1982, 1996).
MODEL ASSURE
Rancangan mengajar atau persediaan mengajar boleh didefinisikan sebagai
suatu rancangan murid yang mengandungi unsur-unsur seperti pengetahuan sedia
ada murid, objektif murid, media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set
induksi, perkembangan, penilaian dan penutup untuk satu atau dua waktu
pengajaran. Faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa
menyediakan rancangan mengajar adalah tujuan utama atau matlamat yang
mahu dicapai dari pengajaran yang hendak disampaikan serta impaknya terhadap
penerimaan isi pelajaran dan pemahaman murid.
Kemahiran dalam reka bentuk instruksional sangat perlu bagi guru dan
pembina bahan instruksional. Ia dapat membantu guru merancang pembinaan dan
penggunaan media dan kaedah yang sesuai. Model Reka Bentuk instruksional
ASSURE, (Heinich, 1982) bertujuan menyediakan panduan merancang dan
mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Justeru itu
penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan Model Reka Bentuk tersebut bagi
memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum.

Terdapat enam langkah penting dalam Model ASSURE yang boleh digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi saya perancangan pengajaran
yang rapi dan tersusun akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan di mana pengajaran dan pembelajaran berlaku sebagai proses
perkembangan secara berperingkat.
Berdasarkan model ASSURE, enam langkah utama adalah seperti berikut :-
A Analyze learner (menganalisis murid)
S - State objective (menyatakan objektif pengajaran)
S - Select method (memilih kaedah,media dan bahan sumber pengajaran)
U Utilize media and materials (menggunakan media dan bahan)
R Require learner perticipation (memerlukan penglibatan murid yang aktif)
E Evaluate and revise (menilai hasil pembelajaran dan buat penambahbaikan)

Langkah-langkah pengajaran menggunakan Model ASSURE
1. Analyze learner (menganalisis murid)
Sebelum saya memulakan pengajaran, langkah pertama yang perlu saya
lakukan adalah menganalisis setiap murid dalam kelas saya. Ini penting kerana
melalui penganalisaan ini, saya dapat mengenali dan memahami ciri-ciri murid,
tahap pengetahuan, pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran murid kerana
setiap murid mempunyai tahap yang berbeza antara satu sama lain.
Selain daripada itu, saya juga mendapatkan maklumat murid melalui
pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, temubual dengan ibu
bapa/penjaga, guru kelas dan matapelajaran murid serta rakan sebaya. Berdasarkan
kepada penganalisisan dan pemerhatian saya, didapati murid-murid kelas
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:


1. Emosi dan tingkahlaku
Didapati murid-murid mempunyai ciri-ciri seperti perasaan terlalu merendah diri,
risau, takut, sedih, cepat bosan terhadap muridan, malas dan pasif;
2. Sosial
Murid-murid didapati, gelisah, pendiam, suka menangis dan selalu ponteng sekolah
dan kurang berkeyakinan. Hasil pemerhatin juga didapati murid-murid ini kurang
mendapat perhatian daripada ibu bapa/penjaga di rumah dalam bidang pendidikan.
3. Kesihatan
Hasil pemerhatian, didapati murid-murid lemah pergerakan psikomotor, badan yang
kurang sihat, masalah penglihatan, kurang mementingkan kebersihan diri.
4. Kesedaran belajar
Murid-murid kurang bersedia untuk belajar, kurang perbendaharaan kata dan kurang
pemahaman.
5. Pengamatan
Murid-murid tidak mangenal bentuk, saiz, warna, turutan, keliru dengan arah, tidak
boleh mengingat kembali, lemah pergerakan dan tidak kreatif.
6. Kebolehan
Hasil pemerhatian juga mendapati murid kelas 2 Cerdik ini suka melakukan aktiviti
yang berkaitan dengan muzik dan nyanyian. Ini kerana mereka telah didedahkan
dengan aktiviti hiburan baik di rumah mahu pun di persekitaran tempat kediaman
mereka..
Melalui proses, saya menganalisis murid-murid yang memerlukan pemulihan
dan bimbingan ini, ia membantu saya untuk memilih media, teknologi dan kaedah
yang sesuai dengan mereka. Dalam hal yang demikian, saya sememangnya telah
sedia maklum bahawa murid-murid tersebut mempunyai masalah dalam menguasai
kemahiran membaca dan menulis. Maka adalah lebih sesuai saya menggunakan
bahan bukan cetak pada peringkat permulaan, saya akan melakukan ujian
diagnostik. Ujian ini bertujuan untuk mengenal pasti zon kemahiran asas membaca
yang tidak dikuasai oleh murid-murid. Berdasarkan ujian ini, saya boleh
mengkelaskan murid mengikut tahap kemahiran mereka. Ini bagi memudahkan saya
untuk merancang pengajaran mengikut kemahiran asas mereka.
Berdasarkan analisis murid-murid di atas, ia dapat dikelompokkan kepada
tiga perkara penting iaitu;
1. Ciri-ciri umum merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap/tingkatan,
latar belakang sosio-ekonomi dan sebagainya. Dengan mengetahui ciri-ciri ini, guru
dapat menjadikannya asas dalam pemilihan bahan media. Untuk mengetahui ciri-ciri
lain, guru haruslah meneliti rekod murid serta berinteraksi dengan murid secara
langsung.
2. Komoentensi khusus peringkat masuk berkait dengan pengetahuan dan
kemahiran sedia ada murid tentang tajuk dan kandungan muridan. Maklumat ini
diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Aspek ini
tidak boleh diperkecilkan kerana kesannya sangat besar kepada pembelajaran
murid. Misalnya cara mengenal perkataan kata adjektif. Andainya ada murid yang
tidak memahami lagi konsep kata adjektif, sudah pasti mereka gagal mengikuti
pembelajaran. Tegasnya, guru tidak harus mengandaikan semua muridnya
mempunyai pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang sama.
3. Stail pembelajaran merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat
menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak
balas dengan persekitaran. Tegasnya, stail ini akan memberi kesan yang besar
kepada murid ketika mereka belajar melalui pelbagai kaedah dan media.
2. S-State (menyatakan objektif pengajaran). Setelah saya dapat menganalisis
ciri-ciri umum murid dan mengetahui tahap penguasaan kemahiran asas membaca,
langkah seterusnya ialah saya perlu menyatakan objektif pengajaran yang hendak
dicapai. Objektif pembelajaran diambil daripada sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia dirancang berdasarkan
Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Ini perlu dilakukan dengan teliti kerana saya perlu melihat setiap perubahan
tingkah laku yang berlaku pada murid saya sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran. Saya perlu menyatakan objektif pengajaran yang jelas, boleh dilihat
perubahan tingkah laku dan dapat dicapai. Sebagai contoh, sebelum pengajaran
bermula saya telah menetapkan objektif pengajaran bahawa murid dapat membina
dan mengeja secara lisan lima perkataan kata adjektif dengan betul.
Saya perlu memilih perkataan tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada
dan persekitaran mereka. Ini bagi memudahkan meraka untuk membina dan
mengeja perkataan tersebut. Selain daripada itu, saya menyediakan bahan bantu
mengajar seperti kad imbasan bergambar dan kad kata adjektif. Dalam langkah ini,
harus diingat bahawa hasil pembelajaran bukan bertujuan menyekat murid untuk
belajar, Cuma ia merupakan tahap yang minimum tentang apakah yang sepatutnya
dipelajari oleh mruid daripada pengajaran yang dilakukan.
Seperkara lagi, apa yang dipelajari itu bukan perkara lama, tetapi sesuatu
yang baru kerana pembelajaran itu sendiri bermakna perubahan atau pembaharuan.
Ini bermakna hasil pembelajaran harus difokuskan kepada apakah pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.
3. S Select Method ( memilih kaedah, media dan bahan sumber pengajaran).
Bagi langkah ketiga, saya perlu memilih kaedah, media dan bahan yang
bersesuaian dengan kemahiran membaca perkataan kata adjektif. Pertama saya
perlu memastikan kaedah yang digunakan mestilah bersesuaian dengan ciri-ciri
murid, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta objektif.
Kedua, saya juga mesti melihat format media yang bersesuaian seperti
gambar, foto, slad, audio serta video interaktif. Saya perlu mengambil kira kumpulan
murid, keupayaan, objektif serta maklum balas dalam memilih format media yang
bersesuaian. Ketiga, saya juga perlu melilih, mengubahsuai atau menghasilkan
sumber pengajaran dan pembelajaran di mana bahan sumber adalah merujuk
kepada isi muridan yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagi murid pemulihan, saya memilih kaedah pembelajaran masteri. Kaedah
pengajaran ini memang sesuai dengan murid pemulihan. Melalui kaedah ini, saya
akan memastikan murid saya telah menguasai satu kemahiran, kemudian barulah
saya akan memperkenalkan dengan kemahiran yang lain. Bagi murid yang tidak
menguasai kemahiran kata adjektif, mereka akan mempelajari kemahiran tersebut
sehingga berjaya menguasai. Sepanjang proses pengajaran, teknik latih tubi akan
sentiasa diterapkan.
Kebiasanya, saya akan memilih media yang interaktif untuk murid pemulihan.
Ini kerana murid pemulihan kurang berminat terhadap pelajaran kerana mereka tidak
boleh menaakul. Oleh itu, saya biasa memilih media yang boleh merangsangkan
pembelajaran seperti video, permainan atau aktiviti berasaskan teknologi. Saya
memilih bahan-bahan bantu belajar yang mudah digunakan oleh murid pemulihan
seperti kad imbasan perkataan, kad cantuman kata adjektif.
Kad tersebut disediakan berwarna warni dalam saiz yang berbeza serta tahan
lama. Warna amat penting dalam menarik minat murid pemulihan untuk belajar dan
warna yang terang akan dapat merangsan minda mereka. Saya menyediakan kad
tersebut dalam kuantiti yang banyak supaya murid dapat mempelajari perkataan
baru setiap hari sehingga mereka menguasai kemahiran tersebut.
4. U-Utilize Media and Materials (menggunakan media dan bahan). Persoalan
yang penting dalam langkah ini ialah, bagaimana sesuatu media dan bahan sumber
dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid. Oleh itu, saya perlu menyemak, pratonton,
mengkaji bahan sumber sebelum digunakan serta sesuai dengan persekitaran bilik
darjah. Kad-kad cantuman perkataan dan kad imbasan yang dibekalkan dan dibina
sendiri diletakkan di sudut yang mudah dicapai oleh murid.
Secara tidak langsung, minat murid pemulihan untuk belajar sendiri terbina.
Saya akan menggunakan media dan bahan dengan secara optimum. Media
pengantar utama bagi murid pemulihan adalah laptop dan LCD. Pembelajaran
secara interaktif berbantukan komputer dapat menarik minat murid pemulihan untuk
mencuba perkara yang baru. Paparan slaid perkataan kata adjektif yang jelas,
gambar yang mudah difahami serta berwarna-warni di samping penggunaan lagu
dan nyanyian yang sesuai dapat meningkatkan tahap pembelajaran murid
pemulihan.



5. R-Require Learner Perticipation (memerlukan penglibatan murid). Tidak
dapat dinafikan murid orang asli mempunyai perasaan rendah diri dan tidak
mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Saya perlu merancang seuatu pembelajaran
yang melibatkan murid orang asli secara aktif bagi menghasilkan perubahan tingkah
laku yang diharapkan. Bagi saya penglibatan murid orang asli dalam proses
pengajaran dan pembelajaran amat penting.
Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan
mengekalkan pemglibatan murid orang asli. Melalui penggunaan gambar, gambar
bersiri, video, dan nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dapat
mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan penglibatan murid orang
asli secara aktif. Ini sekali gus memudahkan saya menilai tingkah laku dan
pemahaman mereka terhadap pembelajaran dalam langkah seterusnya. Selain
daripada itu, saya juga merancang supaya semua murid terlibat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Murid-murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan di mana setiap
kumpulan akan mengedarkan kad cantuman suku kata kata adjektif yang berlainan.
Setiap ahli dalam kumpulan mesti bekerjasama untuk membina perkataan kata
adjektif yang bermakna iaitu hasil dari cantuman dua kad suku kata. Setiap
kumpulan mesti membina 10 perkataan kata adjektif dan perkataan kata adjektif
yang telah dibina akan ditulis di papan putih. Perkataan-perkataan yang dibina
adalah berdasarkan pengalaman dan persekitaran murid orang asli.
6. E-Evaluate and Revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian)
Dalam langkah terakhir ini, saya perlu membuat penilaian dan
pengubahsuaian berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Peringkat ini
penting dalam sesuatu langkah kerana untuk mendapatkan maklum balas dan
penilaian yang dibuat oleh murid orang asli. Oleh itu, saya mengadakan satu sesi
refleksi bersama-sama murid. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklum balas
terhadap tahap penguasaan murid dalam pembelajaran yang baru dilakukan.

Dalam langkah ini, beberapa persoalan boleh digunakan untuk melihat penilaian dan
seterusnya membuat pengubahsuaian. Antara persoalan yang boleh digunakan
sebagai panduan adalah :
1. Adakah objektif pengajaran saya pada hari ini tercapai?
2. Adakah media dan bahan sumber yang saya gunakan dapat membantu
murid menguasai kemahiran?
3. Adakah murid dapat menguasai kehamiran asas membaca perkataan kata
adjektif?
4. Adakah bahan sumber yang saya gunakan memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran.
5. Adakah suasana pembelajaran yang terhasil selesa dan kondusif?
Soalan-soalan ini akan membantu saya mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diubahsuai bagi
pengajaran dan pembelajaran seterusnya.
Di penghujung sesi pengajaran, saya akan mengedarkan lembaran kerja
yang berkaitan dengan perkataan kata adjektif dengan bimbingan guru. Antara
aktiviti yang dijalankan dalam lembaran kerja tersebut adalah memadankan
perkataan kata adjektif dengan gambar yang betul, murid menulis suku kata kata
adjektif berdasarkan gambar yang diberi dan murid mewarnakan gambal yang betul
berdasarkan suku kata kata adjektif yang diberi. Melalui aktiviti ini, saya dapat
menilai sejauh mana objektif yang dirancang dapat dicapai. Ini juga membolehkan
saya melihat tahap penguasaan murid terhadap kemahiran yang telah diterapkan.





Selain daripada senarai di atas, terdapat beberapa senarai lain yang boleh
dijadikan garis penduan ketika menilai median, iaitu;
1. Amat kreatif dan berkaitan dengan isu yang menarik minat murid;
2. Menyokong pemikiran tinggi;
3. Memperkembangkan kemahiran berfikir;
4. Menyampaikan kandungan secara mendalam;
5. Merangsang naluri ingin tahu murid;
6. Murid dapat melibatkan diri secara aktif;
7. Membolehkan penerokaan isu secara mendalam;
8. Menghubungkait bidang muridan; dan
9. Meningkatkan nilai murni.
Selain daripada menggunakan soal selidik dan senarai semak, penilaian terhadap
media dan kaedah juga boleh dilakukan melalui:
1. Perbincangan dengan kelas;
2. Temubual dengan setiap murid; dan
3. Pemerhatian.







KESIMPULAN
Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak
akan dapat mencapai kompetensi dalam pengajaran. Semua guru yang
melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan penuh minat akan sentiasa
memikirkan apa yang perlu dilakukan dan bagaimana mereka merancang untuk
melaksanakannya. Justeru itu, Proses Pengajaran dan Pembelajaran perlu
dirancang dengan teliti untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang tercapai.
Oleh yang demikian, Model Reka Bentuk Instruksional ASSURE boleh
digunakan untuk membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dalam
bilik darjah kerana hanya dengan perancangan pengajaran yang berkesan
membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang
diharapkan disamping mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan rasa hormat
mereka terhadap guru sekaligus membantu membina disiplin yang positif melalui
proses pengajaran yang sistematik dan menarik.
Perancangan mengajar merupakan susun atur pengajaran agar pembelajaran
dapat berlaku secara berstruktur. Pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang
berkembang secara berperingkat (Yusup Hashim (2000). Justeru itu penyampaian
pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat. Menurut Yusuf Hashim
(1998), rancangan pengajaran yang berorentasikan bilik darjah tidak menggalakkan
guru membina bahan pengajaran, sekadar hanya memilih bahan sahaja. Alasannya
jelas; kerana ia menjimatkan masa.
Namun, realiti masa kini menunjukkan jumlah bahan pengajaran yang
tersedia ada masih kecil, dan ini bermakna guru masih perlu menyediakannya
sendiri. Dengan menggunakan Model ASSURE, ia dapat membantu guru
merancang pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media. Melalui
Model ASSURE, ia memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran
berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancang
pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.

Dalam Model Reka Bentuk ASSURE ini, Analisis Murid sangat perlu jika
sesuatu media hendak digunakan dengan berkesan kerana ia harus disesuaikan
dengan ciri-ciri murid, pengetahuan perlu ada dan stail pembelajaran mereka sama
ada dari kalangan murid auditori, visual atau kinestatik. Objektif pengajaran pula
perlu dinyatakan dengan jelas dan harus difokuskan kepada pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang baru untuk dimurid dan ia merupakan tahap minimum
yang perlu dicapai oleh murid daripada pengajaran yang dijalankan.
Selain dari itu, kaedah pengajaran yang digunakan haruslah sesuai dan dipilih
berkait rapat dengan objektif, kandungan pengajaran dan kumpulan sasaran atau
murid kerana terdapat beberapa peringkat dalam pengajaran yang memerlukan
beberapa kaedah yang berbeza sama ada secara kelas, berkumpulan atau individu.
Pemilihan media pula harus bersesuaian dengan kaedah yang dipilih dan keperluan
penggunaanya dalam satu-satu pengajaran sama ada menggunakan media sedia
ada, mengubah suai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan.
Selain dari itu, murid juga harus dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti
perbincangan, kuiz dan projek bagi memastikan proses pembelajaran berlaku. Bagi
melihat keberkesanan rancangan pengajaran yang dibuat, penilaian perlu dilakukan
sama ada sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran yang melibatkan aspek
pencapaian murid dan pembelajaran yang dihasilkan seterusnya keberkesanan
media dan kaedah pengajaran yang digunakan.
Penjelasan di atas jelas menunjukkan bahawa Model Rekabentuk ASSURE
mengandungi elemen-elemen penting yang boleh dijadikan satu panduan untuk
merancang pengajaran agar matlamat utama yang diharapkan dari pengajaran
tersebut dapat dicapai. Melaluinya juga guru dapat mengintegrasikan ketiga-tiga
aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu yang perlu
dilakukan secara berterusan untuk melahirkan murid yang berfikiran kritis dan
kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti yang
dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Anda mungkin juga menyukai