Anda di halaman 1dari 16

Permainan Baling Tin ini merupakan sejenis permainan kanak-kanak tradisional.

Ia dimainkan
secara berkumpulan.

Biasanya 15 tin susu kosong diperlukan untuk permainan ini. Tin disusun mengikut urutan 5,4,3,2,
dan yang paling atas 1.
2 kumpulan yang bermain tin yang disusun hendaklah dibaling dengan mengunakan selipar untuk
diruntuhkan, setelah tin diruntuhkan pihak lawan perlu membaling selipar untuk menghalang pihak
lawan dari menyusun semula tin. Jika tin Berjaya di susun permainan adalah dikira menang .
TARIK UPIH

Wrote by Unknown 6:50:00 PM


Tarik upih merupakan satu permainan kanak-kanak yang dimainkan oleh kanak-kanak di beberapa
negara ASEAN. Upih pinang adalah pelepah/"pangkal" daun pokok Pinang. Lazimnya apabila pelepah ini
tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Ketika pelepah ini jatuh ia masih berguna. Daun pinang dari
pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut. Selain pelapah
pinang, pelepah kelapa juga digunakan.

Beberapa orang budak sedang bermainan tarik upih.

Cara Permainan

Permainan ini dimain secara berkumpulan.

Upih ini mesti dimain dengan dua orangatau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi
duduk di atas upih.Upih ni boleh dinaiki oleh seorang, dua orang, tiga orang atau berapa saja asalkan
muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu. Biasanya muat setakat seorang dua sahaja.
Biasanya yang lebih tua/besar akan menjadi penarik, sementara yang kecil menjadi penunggangnya.
Setiap ahli diwajibkan menarik setiap ahli kumpulan dimana peserta pertama akan menarik peserta
kedua dari titik permulaan sehingga ke garisan penamat dan mereka akan bertukar peranan. Peserta
kedua akan menarik pesertapertama ke garisan permulaan semula dan ini dianggap sebagai satu
pusingan. Maka seterusnya ahli kumpulan yang lain akan meneruskan permainan sehingga semua ahli
telah melakukan aktiviti.
Peraturan Permainan

1. Seorang peserta akan menjadi penarik, sementara seorang lagi sebagai penunggang- duduk atas
upih.

2. Peserta yang sampai di garisan penamat dikira sebagai pemenang.

3. Peserta perlu mengulang semula permainan sekiranya penunggangnya jatuh dariupih sebelum
sampai ke garisan penamat.

4. Penunggang tidak dibenarkan untuk membantu penarik semasa pertandingan

5. Peserta yang mengganggu dan memasuki kawasan pihak lawan akan dikeluarkan dari pertandingan.
BATU SEREMBAN (SELAMBUT)

Wrote by Unknown 8:28:00 PM

Selambut

Pemain 1 - 5 atau lebih

Julat umur tiada had

Masa penyediaan -

Masa permainan tiada had

Peluang rawak Rendah

Kemahiran yang diperlukan Melambung, menangkap

Selambut atau juga dikenali sebagai Batu Seremban atau Serembat ialah sejenis permainan tradisional
yang dimainkan di Malaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung,
manakala di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Seremban. Ia biasanya dimainkan
oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang.

Permainan selambut cuma memerlukan beberapa biji buah. Guli kaca, biji getah, anak batu kerikil atau
ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasa digunakan, lazimnya sebanyak lima biji. Selain itu,
karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan.

Permainan ini sering dimainkan di waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah, di taman atau di
mana sahaja yang terdapat permukaan yang rata dan bersih. Para pemain duduk di atas lantai, dan
bermain mengikut giliran
Share:
GULI

Wrote by Unknown 8:24:00 PM

Guli adalah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat atau akik. Ia
biasanya dimainkan oleh kanak-kanak. Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah permainan lain,
contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk nostalgia atau warna estetiknya.

Permainan

Guli adalah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat atau akik. Ia
biasanya dimainkan oleh kanak-kanak. Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah permainan lain,
contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk nostalgia atau warna estetiknya.

Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya
dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak
melebihi lima orang.

Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang
digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih
dan sebesar ibu jari kaki.
Gelanggang

Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1 m. Di tengah-tengah bulatan tersebut
dilekukkan sebuah lubang sebesar 10 cm lebar dan sedalam 7 cm dengan menggunakan tumit kaki yang
dihentakkan ke tanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak
3 m daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.

Cara bermain

Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang
induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang
pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.

Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar
terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan
kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke
atas guli pemain lainnya.

Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke
dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada
berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal
permainan.

Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki
memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan.
Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.

Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain
selesai giliran.

Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain
yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah
guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah
itu jauh dari kawasan bulatan.
BALING SELIPAR

Wrote by Unknown 7:42:00 PM

Permainan baling selipar atau susun selipar merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak
Malaysia. Ia sama seperti permainan baling tin cuma ditukar kepada selipar. Tiga selipar diperlukan
untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk menjatuhkan.

Ia sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika berkumpul bersama rakan dan taulan. Permainan
ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan hanyalah selipar yang selalunya dipakai oleh masyarakat
diMalaysia. Permainan tradisional ini juga boleh dilakukan di pelbagai majlis sukan rakyat.

Cara permainan

Permainan ini boleh dimainkan oleh sesiapa sama ada kanak-kanak lelaki atau perempuan. Permainan
ini memerlukan selipar yang tidak terlalu keras atau tebal kerana hal ini boleh menyebabkan pemain
boleh tercedera terkena balingan yang dibuat pihak lawan dam sebaliknya. Selipar yang dikumpulkan
haruslah dibentuk tegak menjadi tiga segi dan satu selipar lagi digunakan untuk membuat balingan.

Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling selipar
kearah selipar yang telah disusun. Setiap pemain boleh membuat lontaran sebanyak tiga kali untuk
menjatuh selipar yang telah disusun. Jika lontaran yang dilakukan tidak terkena pada sasaran, giliran
pihak lawan pula mengambil alih untuk melakukan lontaran seterusnya.

Jika selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan utama berusaha mematikan lawannya dengan
membuat balingan selipar dan disasarkan pada pihak lawan. Kemenangan dikira berdasarkan jika pihak
lawan dapat menyusun semula selipar-selipar tersebut menjadi tiga segi dan melangkah susunan
tersebut

Permainan susun selipar masih diingati dan dimainkan sehingga sekarang. Permainan ini masih
mempunyai peminat tersendiri dikalangan kanak-kanak dan belia terutamanya di kampung dan desa. Di
kawasan bandar, apabila ada majlis luar yang melibatkan permainan tradisional, pertandingan susun
selipar dijadikan satu acara yang paling diminati.
GALAH PANJANG

Wrote by Unknown 7:51:00 PM

Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di
atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada
bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah
panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika
bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini
melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang
mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh
gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka
mereka boleh menang dengan mudah.

Cara bermain
Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan
kepantansan setiap pemain.

1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada
pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2
meter x 1.5 meter.

2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-
dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.

3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak
diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana
garisan depan atau belakang.

4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan
tangannya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke dalam gelanggang.

5. Penjaga akan menjaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.

6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga
gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.

7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan
permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.

Syarat permainan

1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat
gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.
2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan

bertukar giliran antara penjaga dan penempuh

Share:

Anda mungkin juga menyukai