Anda di halaman 1dari 16

Diinspirasikan oleh Harapan

Dedikasi kepada Penjagaan

MASALAH
PAYUDARA YANG
SERING DIALAMI

Bagaimanakah anda boleh pastikan ia normal?


Menjaga payudara anda
Masalah-masalah yang sering dialami

Satu Inisiatif Pendidikan oleh Pusat Barah Nasional Singapura


MASALAH PAYUDARA YANG SERING DIALAMI

Kandungan
Pengenalan ..................................................................................3
Mengenai payudara anda ................................................................4
Perubahan biasa ...........................................................................5
Bagaimanakah anda boleh pastikan ia normal? .................................5
Menjaga payudara anda .................................................................6
Masalah yang sering dialami ...........................................................6
Ujian-ujian yang boleh dilakukan ......................................................8
Pertanyaan-pertanyan yang anda boleh tanyakan doktor anda ...........10
Jawapan kepada soalan yang sering ditanya ...................................11
Unit-unit rawatan & sokongan di NCCS ...........................................13
Sumber-sumber Internet ...............................................................13
Glosari ........................................................................................14

Ucapan terima kasih khas kepada individu-individu berikut yang telah menyumbang
kepada pembikinan buku ini:
Kandungan:
Dr Ho Gay Hui | Konsultan Kanan, Jabatan Onkologi Pembedahan, NCCS
Dr Yong Wei Sean | Konsultan, Jabatan Onkologi Pembedahan, NCCS
Miss Flora Yong | Pengurus, Divisyen Bantuan Masyarakat dan Kedermawaan
Teks:
Cik Jenna Teo | Pengurus Jururawat Kanan, Perkhidmatan Pendidikan & Maklumat Barah

Nombor Dokumen. CEIS/2012/07/02

Penafian
Pusat Barah Nasional tidak mengesahkan atau mempromosikan penggunaan sebarang produk yang disebut di dalam buku ini. Maklumat yang
disampaikan adalah secara ringkas bagi pemahaman dan ilmu sahaja. Ia tidak mengesyorkan pengurusan sendiri masalah kesihatan atau menggantikan
konsultasi dengan doktor anda. Anda tidak sepatutnya mengenepikan nasihat perubatan atau berlengah dalam mendapatkannya disebabkan apa yang
anda baca di sini.

Edisi pertama June 2000. Disemak 2002 dan 2007. Ini edisi 2012.

Hakcipta @ Pusat Barah Nasional (S)


Semua hakcipta terpelihara. Sebarang bahagian penerbitan ini tidak boleh dicetak semula, disimpan dalam sistem dapatan semula, atau disiarkan,
dalam apa juga bentuk atau cara, elektronik, mekanikal, imbasan, rakaman, kalau tidak dengan kebenaran bertulis sebelum itu daripada pihak penerbit.
Pengenalan

P ayudara kita penting kerana sebab-sebab yang berbeza. Perasaan kita


terhadap payudara kita seringkali mempengaruhi bagaimana kita melihat
imej badan kita dan diri kita sendiri. Tidak ada bentuk atau saiz payudara yang
sempurna. Payudara wanita datang dalam berbagai bentuk dan saiz dan adalah
penting kita berasa selesa dengan payudara kita.

Payudara kita melalui banyak perubahan sepanjang hidup kita. Kebanyakan


perubahan ini adalah normal dan disebabkan paras hormon reproduktif yang
berubah-ubah dalam badan kita. Paras hormon berubah semasa ovulasi, haid,
mengandung dan putus haid.

Dengan meningkatnya usia kita, paras hormon kita berkurangan secara beransur-
ansur dan kita mungkin mengalami berbagai perubahan payudara dada kita.
Ia termauk rasa sakit yang luarbiasa dan/ atau bengkak atau berbenjol-benjol,
penarikan kedalam pada puting, atau mungkin juga lelehan daripada puting.
Walaupun kebanyakan perubahan ini benign (bukan barah), ia boleh membuat kita
cemas dan bimbang. Adalah penting perubahan-perubahan ini diperiksa dengan
teliti oleh seorang doktor.

Kami harap buku kecil ini akan menjawab sebahagian soalan yang anda mungkin
ada mengenai perubahan payudara. Jika anda mendapati buku ini berguna,
kongsilah dengan keluarga dan teman-teman anda. Dan sekiranya anda ada soalan
mengenai kandungan di dalam buku ini atau ada sebarang maklumat yang anda
cari yang tidak terdapat dalam buku ini, sila hubungi Talian Bantuan Barah di talian
6225 5655 bagi maklumat lanjut.

Buku-buku maklumat lain mengenai barah juga boleh diperolehi daripada


Perkhidmatan Pendidikan dan Maklumat Barah, Pusat Barah Nasional Singapura.
Hubungi Talian Bantuan Barah untuk meminta senaskhah. Bagi versi elektronik
buku ini dan buku-buku lain, sila ke laman web kami: http://www.nccs.com.sg.

3
MENGENAI PAYUDARA ANDA
Payudara anda adalah organ berkelenjar yang direka untuk menghasilkan susu selepas mengandung.
Tisu payudara mengembang ke bawah daripada tulang selangka ke bahagian tepi badan ke ketiak. Tisu
payudara terdiri daripada banyak kelenjar khas yang membuat susu selepas kelahiran bayi. Kelenjar-
kelenjar itu terdiri daripada pundi susu di mana susu dihasilkan, dan saluran-saluran yang mengalirkan
susu ke puting. Kelenjar-kelenjar ini diatur dalam 15 hingga 20 cuping. Kelenjar-kelenjar itu dikelilingi
oleh tisu berserat yang membantu memberikan payudara struktur dan bentuknya. Payudara anda juga
mengandungi pembuluh-pembuluh darah, kelenjar limfa dan urat saraf. Kelenjar limfa disambungkan
dengan sebuah sistem aaluran limfa kepada kelenjar limfa di ketiak anda. Kelenjar dan saluran limfa ini
adalah sebahagian sistem limfa yang membantu badan anda melawan jangkitan.

Nodus Limfa

Saluran susu

Kelenjar susu

Puting

Tisu lemak

4
PERUBAHAN BIASA PADA PAYUDARA
Payudara anda akan menjalani banyak perubahan apabila anda baligh dan akan terus berubah dengan
meningkatnya usia anda. Pada awalnya tisu payudara tebal, struktur kelenjar yang diperlukan untuk
menghasilkan susu tetapi lama-kelamaan ia akan kurang berkelenjar dan lebih berlemak. Apabila anda
putus haid, kebanyakan kelenjar susu anda sudah pun digantikan dengan lemak. Justeru, payudara anda
akan menjadi lembut dan kurang berbenjol apabila anda semakin tua.
Perubahan pada payudara anda juga akan berlaku seiringan dengan haid bulanan anda (kitaran haid).
Ia mungkin terasa bengkak, sakit atau berbenjol sejurus sebelum haid anda. Ini normal dan disebabkan
respons badan kepada perubahan paras hormon. Adalah normal bagi tisu payudara tumbuh sedikit dan
mengandungi cecair pada bahagian awal kitaran bulanan. Cecair diserap kembali apabila paras hormon
anda berkurangan pada permulaan tempoh haid anda. Perubahan-perubahan normal ini akan berterusan
setiap bulan sehingga anda putus haid.

BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH PASTIKAN IA NORMAL?


Cara terbaik untuk mengetahui payudara anda dan apa perubahan normal atau luarbiasa ialah dengan
memeriksa dengan kerap payudara anda sendiri. Wanita-wanita yang mengamalkan pemeriksaan
payudara diri (BSE) setiap bulan dengan cepat mengenal bentuk dan rasa payudara mereka yang normal.
Mereka kemudian berupaya mengesan perubahan luarbiasa dengan mudah.
Ada beberapa cara untuk mempelajari BSE dengan betul. Anda boleh bertanya doktor anda untuk mengajar
anda atau anda boleh mempelajarinya sendiri dengan menggunakan risalah -risalah penerangan BSE
yang boleh didapati daripada Persatuan Barah Singapura, Lembaga Penggalak Kesihatan, Yayasan Barah
Payudara dan Pusat Barah Nasional Singapura.
Adalah amalan yang baik untuk bertanya doktor anda untuk memeriksa payudara anda secara tetap
pada setiap tahun. Mamogram (x-ray payudara) dan ultrasound payudara juga alternatif yang boleh
dibincangkan dengan doktor anda. Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai mamogram, pengesanan
awal dan langkah-langkah mencegahnya, sila hubungi Talian Bantuan Barah di talian 6225 5655 atau
e-mel kepada cancerhelpline@nccs.com.sg.
Mamogram adalah x-ray khas untuk payudara yang menggunakan kadar radiasi yang rendah. Mamogram
digunakan untuk memeriksa wanita yang sihat bagi tanda-tanda barah payudara sebelum wanita itu
sendiri menyedari akan apa-apa perubahan atau sebelum benjol dapat dirasa. Ia dipanggil pemeriksaan
mamogram.
Jawatankuasa Nasional dalam Penjagaan Barah (NCCC) mengesyorkan pemeriksaan mamogram
setiap tahun bagi wanita-wanita berusia anatara 40 dengan 49 tahun dan mamogram dua tahun sekali
bag wanita berusia 50 tahun ke atas. Kajian di Barat telah menunjukkan bahawa barah payudara
kerap dihidapai wanita berumur dan penyelidikan telah membuktikan bahawa dengan program yang
diselaraskan, pemeriksaan mamogram boleh mengesan barah awal mengurangkan kadar kematian
akibat barah payudara.
Walaupun setiap wanita menghadapi risiko menghidap barah payudara, risikonya bertambah dengan
meningkatnya usia kita. Tisu payudara dalam wanita muda selalunya lebih tebal. Ini membuatkannya
susah mengesan perubahan kecil dalam payudara. Memandangkan tidak ada bukti menunjukkan faedah
pemeriksaan mamogram bagi wanita di bawah usia 40 tahun, ujian ini tidak disyorkan kepada wanita
dalam kumpulan usia ini. Namun, sekiranya anda mengalami tanda-tanda yang membimbangkan anda,
sila dapatkan nasihat doktor anda. Sekiranya ada sejarah barah payudara yang kuat dalam keluarga
anda, khususnya pada usia muda, anda juga boleh mendapatkan nasihat doktor anda atau kunjungi Klinik
Penilaian Risiko dan Pencegahan (REAP) di Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) untuk mendapatkan
nasihat. Untuk membuat janji temu, sila hubungi talian 6436 8088. 5
MENJAGA PAYUDARA ANDA
• Periksa payudra anda setiap bulan. Lakukan Pemeriksaan Payudara sendiri Diri (BSE) seminggu
sebelum hari pertama tempoh haid anda. Jika anda tidak lagi datang haid, pilih tarikh yang mudah
diingat setiap bulan.
• Laporkan sebarang perubahan kepada doktor anda, contohnya bengkak dan kemerah-merahan,
adanya benjol, perubahan kulit atau lelehan daripada puting.
• Jalani pemeriksaan tahunan payudara dengan doktor anda.
• Berbincang dengan doktor anda mengenai faedah pemeriksaan payudara.

MASALAH YANG SERING DIALAMI


Sakit payudara
Sakit pada payudara ada sering berlaku dan dipanggil mastalgia. Payudara anda bertindak kepada
perubahan berkaitan kitaran haid anda. Ramai wanita mengalami kesakitan pada tahap yang berbeza
dan/ atau sakit sebelum, atau semasa tempoh haid mereka. Ini biasa, tetapi kadangkala kesakitan itu
boleh menjadi teruk dan menganggu rutin harian.

Selalunya apa yang diperlukan ialah kunjungan ke doktor bagi mendapatkan jaminan bahawa rasa sakit itu
bukan kerana barah. Bagi sesetengah wanita, kesakitan mungkin terlalu teruk dan memerlukan rawatan.

Tip-tip bagi mengurangkan kesakitan


Menyusuli jaminan daripada doktor anda, ada beberapa perkara mudah yang mungkin anda boleh cuba
jika anda mengalami sakit payudara. Cubalah beberapa idea ini sebelum mengetahui apa yang sesuai
untuk anda.
• Pakai coli penyokong yang bagus - ada sesetengah wanita yang mendapati bahawa memakai coli
penyokong pada setiap masa, walaupun untuk tidur, membantu mengurangkan pergerakkan
payudara. Pastikan coli itu tidak terlalu ketat untuk mengelak daripada menjadikan payudara anda
terasa sempit.
• Pad panas – cuba tekapkan pad panas yang dibalut tuala pada payudara anda.
• Mandi menggunakan air yang hangat.
• Mandi air sejuk atau pek air batu – Ada wanita yang mendapati mandi dengan air sejuk atau
menekapkan pek air batu pada payudara mereka lebih berkesan.
• Kurangkan pengambilan kafein atau menjauhi terus juga boleh mengurangkan sakit pada payudara.
Kafein terkandung dalam kopi, teh, kola dan coklat. Mengurangkan kadar garam dan lemak dalam
diet anda juga mungkin berfaedah.
• Minyak Bunga Evening Primrose – wanita lain mendapati bahawa Minyak bunga Evening Primrose,
yang diambil dalam bentuk pil atau cecair, boleh mengurangkan sakit atau tanda-tanda prahaid.
Minyak bunga Evening Primrose boleh dibeli di farmasi dan kedai-kedai makanan kesihatan tanpa
preskripsi. Jika semua kaedah ini tidak membantu, anda mungkin perlu menemui pakar payudara.
Rawatan lebih rumit mungkin disyorkan.

6
Perubahan fibrosistik benign
Perubahan fibrosistik benign sering berlaku dan menjadi punca sista dan benjolan
benign dalam payudara. Istilah “perubahan fibrosistik benign” secara amnya
merujuk kepada keadaan yang boleh berlaku dengan peningkatan usia dan
dalam wanita yang mempunyai payudara yang dianggap lebih sensitif
kepada perubahan hormon bulanan. Bagi sesetengah wanita berkenaan,
payudara mereka tidak boleh kembali seperti sedia kala selepas haid
sebelum mereka dirangsang lagi bagi pertambahan hormon pada
bulan seterusnya. Selepas berbulan dan bertahun, tisu payudara
menjadi tebal beransur-ansur dengan kebenjolan tambahan,
kesakitan atau pembentukan sista (cysts). Masalah-
masalah ini selalunya hilang selepas putus haid.
Bagaimanapun, bagi wanita yang menjalani
terapi penggantian hormon, tanda-tanda ini
mungkin berlanjutan.
Sista (Cysts)
Sista adalah pundi yang mengandungi cecair
dan amat sering berlaku. Ia mungkin sebahagian
daripada perubahan fibrosistik. Lebih satu sista boleh
berlaku pada satu-satu masa. Sista mungkin terasa lembut
atau keras dan kadangkala sakit bila disentuh. Kebanyakan sista tidak
berbahaya, tetapi sebarang benjolan yang boleh dirasa patut diperiksa oleh
doktor anda untuk memastikan bahawa ia benigna. Sebuah pemeriksaan ultrasound mungkin digunakan
untuk mengesahkan bahawa benjolan itu adalah sista.
Doktor anda mungkin memilih untuk mengambil cecair daripada sista dengan mengunakan picagari
(syringe) dengan jarum yang halus. Prosedur ini dipanggil penyedutan menggunakan jarum. Ia mungkin
menyebabkan sedikit ketidakselesaan, tetapi ia tidak sepatutnya terlalu sakit. Doktor anda mungkin
menghantar cecair itu ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskop. Sista tersebut selalunya hilang
selepas cecair dikeluarkan. Ia mungkin datang kembali dan perlu disedut buat kali kedua. Jika ini kerap
berlaku, anda mungkin perlu mengeluarkannya menerusi pembedahan.
Fibroadenomas
Fibroadenomas adalah benjolan tisu bersabut yang tidak berbahaya. Ia selalunya terasa keras dan
bergetah dan mempunyai tekstur licin. Fibroadenoma mungkin boleh bergerak di satu bahagian payudara
anda. Meskipun ianya lebih kerap terdapat pada wanita muda yang berusia antara 18 dengan 30 tahun,
ia juga boleh didapati pada wanita yang berusia 30 tahun atau lebih. Sama seperti benjolan yang lain,
adalah penting ia diperiksa oleh doktor anda. Anda mungkin mendapati anda perlu menjalani ujian lanjut
atau biopsi.

Lelehan puting atau penarikkan puting ke dalam


Lelehan daripada puting anda atau penarikkan puting ke dalam perlu diperiksa doktor anda. Jika anda
sedang memberi susu badan, adalah normal bagi susu meleleh daripada puting antara sesi menyusu.
Selepas bayi anda putus susu badan, anda mungkin mendapati cecair seperti susu keluar. Ini bukan
luarbiasa; cuba jangan memicit puting anda kerana ia hanya akan merangsang pengaliran susu. Selalunya
lelehan itu akan berhenti secara beansur-ansur. Jika ia berterusan, atau warnanya atau kepekatannya
berubah, anda patut berjumpa doktor anda. Jika anda mengalami lelehan baru dan berlaku ‘penarikkan
puting ke dalam’, jumpa doktor anda. Ujian selanjutnya mungkin perlu.
7
UJIAN-UJIAN YANG BOLEH DILAKUKAN
Apabila anda berjumpa doktor untuk memeriksa masalah tersebut, doktor akan memeriksa payudara
anda. Jika anda perhatikan perubahan khusus, seperti benjolan, cuba tunjukkan bahagian itu dengan
jelas. Ini akan membantu pemeriksaan doktor.

Doktor anda mungkin akan menasihatkan anda untuk menjalani beberapa ujian supaya diagnosis yang
tepat boleh dibuat dan untuk memastikan masalah anda benign (bukan kanser). Ujian-ujian tersebut
mungkin termasuk salah satu daripada berikut.

Mammogram
Jika anda mempunyai benjolan dan anda berusia lebih 35 tahun, mamogram selalunya disarankan untuk
membantu diagnosis. Mamogram memeriksa kehadiran dan posisi benjolan juga masalah lain payudara
dada anda. X-ray lebih terperinci mungkin diperlukan berbanding dengan pemeriksaan mamogram.
Kehadiran luarbiasa mungkin ditemui meskipun tidak ada benjolan yang dirasa dalam payudara.

Kadangkala benjolan yang boleh dirasa tidak akan dilihat pada mamogram. Ujian lain diperlukan untuk
memastikan sama ada benjolan itu barah ataupun bukan. Jika anda baru menjalani mamogram, jangan
lupa membawa x-ray anda (dan laporan jika ada) apabila bertemu konsultan.

8
Ultrasound
Satu lagi ujian yang anda mungkin jalani ialah ultrasound. Ujian ini menggunakan gelombang bunyi
frekuensi tinggi untuk mengimbas payudara anda. Getaran gelombang bunyi ini dipantul tisu payudara
anda dan diubah menjadi isyarat elektrik yang dilihat sebagai imej pada skrin. Ultrasound tidak
menggunakan radiasi.
Ujian ini selalunya boleh membezakan antara benjolan pejal dengan sista (cysts).

Sedutan jarum halus


Bagi ujian ini, doktor anda menggunakan picagari (syringe) dengan jarum halus untuk mengeluarkan
cecair atau sel daripada benjolan payudara. Ia selalunya tidak sakit. Jika benjolan itu hanya sista (cysts),
mengeluarkan cecair dengan cara ini selalunya akan menghilangkan sista (cysts) tersebut. Namun, jika
benjolan itu pejal, doktor akan mengeluarkan sedikit sel daripadanya. Sel-sel itu kemudian akan dihantar
ke makmal bagi pemeriksaan di bawah mikroskop.

Biopsi Jarum Empulur


Kaedah ini mengeluarkan cebisan tisu daripada bahagian yang luarbiasa dengan menggunakan jarum
garis pusat lebar. Anestetik setempat akan digunakan untuk melalikan payudara, diikuti dengan potongan
kecil pada kulit bagi membolehkan jarum dimasukkan dengan mudah. Jika keluarbiasaan itu tidak dapat
dirasakan, prosedur ini boleh dilakukan dengan bantuan ultrasound atau x-ray.

Biopsi payudara jarum bergaris pusat lebar (Mammotome®)


Biopsi Payudara Mammotome® menggunakan alat bantuan vakum untuk mendapatkan sampel tisu
daripada luka yang tidak dapat dirasa. Sampel kecil diambil daripada payudara menggunakan jarum
bergaris pusat lebar yang arahkan dengan tepat ke luka yang disyaki dengan menggunakan x-ray atau
ultrasound. Prosedur ini kurang invasif berbanding biopsi pembedahan biasa. Ia dilakukan sebagai
prosedur pembedahan sehari. Ia mempunyai keupayaan mengambil sampel luarbiasa yang kecil dipanggil
microcalcification, yang membolehkan diagnosis awal barah payudara. Ia dilakukan di bawah anestetik
setempat dan mengambil masa sekitar 30 hingga 45 minit. Prosedur ini selalunya tidak sakit, tetapi anda
mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan.

Biopsi Eksisi
Biopsi eksisi melibatkan pengeluaran benjolan atau sampel mencurigakan melalui pembedahan untuk
diperiksa di bawah mikroskop. Ia akan memberikan diagnosis tepat bergantung kepada saiz dan posisi
benjolan itu. Anda boleh pulang ke rumah pada hari yang sama.
Jika anda kurang pasti bagaimana biopsi akan dilakukan, minta pakar bedah menerangkan apa yang
akan berlaku. Anda juga mungkin ingin tanya mengenai saiz dan posisi parut, sama ada anda akan terasa
sakit dan berapa lama anda tidak boleh bekerja.

Menghadapi masalah payudara boleh menyebabkan anda rasa tertekan, khususnya jika anda perlu
menjalani banyak ujian. Meskipun anda berasa lega dapat menjalani kesemuanya, ia mungkin mengambil
masa yang lama sedikit untuk menghilangkan kebimbangan anda. Tanya doktor anda mengenai
pemeriksaan lanjutan. Berbual dengan pasangan anda, keluarga atau rakan boleh membantu.

9
SOALAN-SOALAN YANG ANDA BOLEH TANYAKAN
KEPADA DOKTOR
Apabila anda berjumpa doktor anda, anda perlu spesifik mengenai kebimbangan anda. Contohnya
bahagian payudara yang terjejas, berapa lamakah anda mengalami masalah itu, adakah benjolan itu ada
sepanjang masa? Soalan-soalan berikut mungkin membantu perbincangan dengan doktor anda:

Mengenai penyakit anda


1. Pada pendapat anda apakah punca kesakitan payudara saya?
2. Bagaimanakah saya mengurus kesakitan payudara?
3. Apakah yang anda boleh rasa pada payudara?
4. Perlukah saya berjumpa pakar payudara?
5. Adakah saya mempunyai risiko barah payudara yang tinggi?
6. Apa yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan risiko
barah payudara?

Mengenai ujian-ujian
1. Ujian apakah yang saya perlukan untuk memeriksa benjolan?
2. Apakah saya perlukan mamogram?
3. Apakah hasil ujian-ujian saya?
4. Perlukah saya menjalani lebih banyak ujian?

Mengenai rawatan
1. Apakah rawatan-rawatan yang ada?
2. Rawatan apakah yang anda syorkan dan kenapa?
3. Apakah kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku bagi rawatan ini?
4. Bolehkah ia dielak atau dikawal?
5. Adakah kesan-kesan sampingan ini sementara atau tetap?
6. Berapa lamakah rawatan ini?
7. Bagaimanakah rawatan ini berfungsi dan bagaimana ia dilaksanakan?
8. Bolehkah saya gunakan ubat-ubatan herba atau makanan tambahan semasa rawatan saya?
9. Apa yang akan belaku jika saya pilih untuk tidak menjalani sebarang rawatan?
10. Bolehkah saya kembali bekerja semasa menjalani rawatan saya?
11. Apakah saya akan dirawat sebagai pesakit luar atau dimasukkan ke hospital?

Berkenaan rawatan susulan


1. Berapa kerapkah perlu saya kembali bagi pemeriksaan doktor?
2. Siapakah yang perlu saya hubungi jika saya mahu menukar temu janji saya?

Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan lain, anda mungkin ingin menambah kepada senarai ini. Usah
kekok meminta doktor menerangkan jawapan-jawapan kepada anda jika anda tidak memahaminya. Ia
juga baik untuk menulis butiran perkara yang telah dibincangkan sebagai rujukan dan peringatan apabila
anda perlukannya.
10
JAWAPAN KEPADA SOALAN-SOALAN UMUM
S. Apakah kebanyakkan benjolan payudara disebabkan oleh barah?
J. Tidak. Hanya dua daripada 10 benjolan disebabkan barah. Ini bermakna 80% benjolan payudara benign.
Namun, kemungkinan sebuah benjolan menjadi barah bertambah dengan bertambahnya usia anda. Ada
sesetengah wanita tidak mempunyai benjolan yang pasti, tetapi merasakan kebenjolan am pada payudara
mereka. Selalunya doktor anda mampu meyakinkan anda sama ada ini normal, tetapi adalah penting
anda meminta doktor anda memeriksa bagi mengesan sebarang perubahan.
S. Apakah jenis benjolan benign yang sering berlaku?
J. Benjolan benign yang paling kerap berlaku ialah perubahan fibrosistik, sista (cysts) payudara, dan
fibroadenomas. Semua ini sering digambarkan sebagai bukan barah, pundi kecil mengandungi cecair
yang mungkin terasa sepertu benjolan. Ia mungkin keras atau bergetah dan datang dan pergi dengan
kitaran haid. Seorang wanita juga boleh mempunyai hanya satu benjolan payudara yang mungkin besar
atau kecil. Ia selalunya berlaku semasa wanita itu subur.
S. Apakah yang perlu saya lakukan apabila saya menemui benjolan?
J. Benjolan dalam wanita yang belum putus haid mungkin akan dipantau bagi tempoh satu dua bulan untuk
melihat jika ada perubahan. Ia mungkin berkaitan dengan hormon yang turun naik dan kitaran haid.
Sebarang benjolan luarbiasa yang berterusan patut diperiksa oleh doktor anda. Telefon dan buat temu
janji.
S. Bolehkan benjolan benign menjadi barah?
J. Kemungkinan barah berkembang dalam benjolan benign sama seperti pada bahagian lain payudara.
Namun, adalah penting bagi anda untuk pertama, memastikan bahawa benjolan tersebut benign.
S. Bolehkan barah payudara dikesan awal?
J. Ujian-ujian dan pemeriksaan digunakan untuk mengesan penyakit, seperti barah, pada individu yang
tidak mempunyai sebarang tanda-tanda. Matlamat ujian ialah untuk mengesan barah sebelum ia mula
menyebabkan simptom-simptom. Barah payudara yang boleh dirasa selalunya besar dan besar
kemungkinan telah merebak melampaui payudara. Sebaliknya, barah payudara yang ditemui semasa
pemeriksaan besar kemungkinan kecil dan masih terkandung dalam payudara. Saiz barah payudara dan
sejauh mana ia telah merebak adalah faktor-faktor paling penting dalam meramal prognosis seorang
pesakit wanita. Menemukan barah payudara seawal mungkin meningkatkan peluang rawatan yang
berjaya. Dengan mengikuti garis panduan pemeriksaan barah payudara meningkatkan peluang bahawa ia
boleh didiagnosis pada peringkat awal dan berjaya dirawat.
S. Jika saya mempunyai masalah benjolan benign apakah saya lebih berkemungkinan mendapat
barah payudara?
J. Kadang-kadang ada sesetengah wanita dengan masalah benjolan benign berisiko lebih tinggi sedikit.
Namun, anda perlu membincangkannya dengan doktor anda.
S. Bolehkah masalah benign berulang?
J. Secara umumnya tidak, tetapi segelintir wanita akan mengalami benjolan benign yang baru pada masa
depan.
S. Apa akan terjadi jika benjolan itu ternyata barah?
J. Jika barah payudara dikesan awal, ia mempunyai peluang lebih baik untuk dirawat.Doktor anda akan
membincangkan diagnosis dan pilihan rawatan terbaik bagi anda. Anda juga boleh menghubungi Talian
Bantuan Barah di talian 6225 5655 bagi mendapatkan maklumat umum dan kaunseling bagi payudara
dada juga khidmat sokongan yang ditawarkan.
11
S. Saya baru menjalani mamogram dan pakar berkata ia menunjukkan microcalcification. Apa
maksudnya?
J. Beberapa kondisi boleh menbawa kepada jumlah kecil kalsium tebentuk dalam tisu payudara.
Microcalcification adalah butiran kecil kalsium, saiznya kurang daripada 1 mm, yang dilihat sebagai titik-
titik putih terang pada latarbelakang gambar mamogram yang berwarna kelabu/ hitam. Sebanyak 4
daripada 10 barah payudara mengandungi kelompok microcalcification. Microcalcification lebih kerap
berlaku semasa kondisi prabarah saluran karsinoma dalam payudara (DCIS) di mana ia dilihat dalam tiga
suku daripada keseluruhan kes.
Dalam mamogram, microcalcification mungkin menunjukkan tanda awal adanya barah. Dengan
kelompok-kelompok butiran kalsium dilihat meskipun tiada benjolan yang dirasakan dan benjolan tidak
dilihat pada filem mamogram.
Microcalcification juga berlaku dalam beberapa kes benjolan yang sama sekali benign, kondisi buah ada
ini termasuk fibroadenomas dan papillomas. Selalunya para pakar boleh melihat daripada bentuk dan
corak butiran kalsium sama ada barah besar kemungkinan ada. Jika terdapat ketidakpastian, doktor anda
akan mengaturkan biopsi untuk mendapatkan jawapan yang pasti.
S. Bagaimanakah jika ada barah payudara dalam keluarga saya?
J. Risiko wanita yang mempunyai sejarah keluarga yang mengidap barah payudara sebelum putus haid
seperti ibu dan/atau kakak mungkin meningkat. Jika anda bimbang mengenai sejarah barah payudara di
dalam keluarga anda, bincanglah dengan doktor anda. Anda juga mungkin ingin berunding dengan pakar
payudara.
S. Apakah parut biopsi mudah dilihat?
J. Parut biopsi selalunya kecil dan akan kurang jelas kerana ia akan pudar dengan edaran masa. Ada
sesetengah wanita tidak bimbang mengenai parut, sementara bagi yang lain ia mungkin sesuatu yang
membimbangkan. Jika anda perlukan biopsi, periksa dengan pakar bedah anda sebelumnya mengenai
saiz dan posisi parut yang akan ditinggalkan. Sila rujuk kepada doktor anda sebelum menggunakan apa-
apa pada bahagian tersebut.
S. Bolehkah saya menyusukan anak selepas biopsi?
J. Ya. Biopsi tidak akan menjejas keupayaan anda menyusukan anak. Walaupun anda perlukan biopsi
semasa menyusukan anak, anda masih boleh terus melakukannya selepas prosedur itu. Sila berbincang
dengan doktor anda.
S. Apa yang patut saya lakukan jika doktor saya kata saya tidak perlu bimbang tentang masalah
payudara saya, tetapi saya tetap berasa bimbang?
J. Jika doktor anda menyarankan bahawa masalah anda berkaitan hormon, anda mungkin ingin tunggu
sehingga kedatangan haid anda untuk melihat sama ada masalah tersebut masih ada. Jika ya atau anda
masih lagi khuatir, jumpa semula doktor anda atau dapatkan pandangan kedua. Anda juga boleh
menghubungi Talian Bantuan Barah di talian 6225 5655 atau e-mel: cancerhelpline@nccs.com.sg
S. Apa yang boleh saya lakukan sendiri untuk terus menikmati kesihatan payudara yang baik?
J. Periksa payudara anda sendiri setiap bulan.
• Ambil mamogram dasar pada usia 40 tahun dan kemudiannya seperti yang disyorkan oleh penyedia
penjagaan kesihatan anda.
• Jalani pemeriksaan payudara secara tetap dengan penyedia penjagaan kesihatan anda.
• Pantau sejarah kesihatan keluarga anda.

12
UNIT-UNIT RAWATAN & SOKONGAN DI NCCS
Jabatan Onkologi Radiasi (Besmen 2)
• Untuk pertanyaan : 6436 8058
• Untuk janji temu : 6436 8181

Jabatan Onkolgi Radiasi (Blok 2, Besmen 1, SGH)


• Untuk pertanyaan : 6321 4210 / 6326 5147
• Untuk janji temu : 6321 4211

Unit Rawatan Ambulatori (Tingkat 3)


• Jasmine Suite : 6436 8134
• Morning Glory Suite : 6436 8160
• Kaunter Penyambut Tamu : 6436 8100
• Unit Penjadualan temujanji : 6436 8088
• Pertanyaan Umum : 6436 8000
• Jabatan Onkologi Psikososial : 6436 8126
• Meja Pertanyaan Farmasi Pesakit Luar : 6436 8091
• Talian Bantuan Barah : 6225 5655

SUMBER-SUMBER BARAH DI INTERNET


Persatuan Onkologi Klinikal Amerika Susan G. Komen Breast Cancer Foundation
www.cancer.net/all-about-cancer www.komen.org/
Institut Barah Payudara Westmead University of Pennsylvania
www.bci.org.au www.oncolink.com/types/article
Cancer Care, Inc.
www.cancercare.org
Pusat Barah MD Anderson
www.cancerwise.org
Institut Barah Nasional
www.nci.nih.gov
Perpustakaan Nasional Perubatan, USA
www.medlineplus.gov

RUJUKAN
• ‘Common Breast Problems’ oleh Majlis Barah Victoria, Australia
• ‘All about early breast cancer’ oleh Pusat Penyelidikan Kesihatan Perubatan Nasional, Pusat Barah
Payudara Nasional, Australia
• ‘What you need to know about breast cancer’ oleh Institut Kesihatan Nasional, Institut Barah Nasional,
Amerika Syarikat
13
GLOSARI
Benign
– Bukan kanser. Benjolan benigna mungkin tumbuh perlahan tetapi tidak merebak ke bahagian lain badan.
Biopsi
– Pengeluaran sampel tisu daripada badan untuk pemeriksaan di bawah mikroskop bagi membantu
diagnosis.
Sista
– Pundi yang mengandungi cecair. Sista selalunya benigna.
Fibroadenoma
– Benjolan benigna payudara yang pejal yang terdiri daripada tisu serat. Ia benigna tetapi mungkin perlu
dikeluarkan bagi memantikan bahawa ia benigna.
Hormon
– Bahan kimia yang dihasilkan tubuh yang membantu mengawal dan menyelaras berbagai fungsi tubuh
termasuk pertumbuhan, metabolisme dan pembiakan seperti horman wanita, oestrogen, yang dihasilkan
oleh ovari.
Malignan
– Berbarah dengan potensi menceroboh tisu dan merebak ke bahagian lain badan.
Mamogram
- Sejenis x-ray khas payudara yang menggunakan kadar radiasi yang rendah. Ia boleh digunakan untuk
mengesan benjolan dalam payudara sebelum ia dapat dirasakan (mamogram pemeriksaan), atau
membantu mendiagnos masalah payudara.
Mastalgia
– Sakit, ketidakselesaan atau ketegangan pada payudara yang selalunya dikaitkan dengan kitaran haid.
Menopaus
– Biasanya dipanggil sebagai ‘perubahan kehidupan’ apabila haid seorang wanita berhenti dan beliau tidak
lagi mampu mengandung.
Kitaran haid
– Tempoh masa daripada permulaan satu haid kepada yang berikutnya dikenali sebagai kitaran haid. Kira-
kira sebulan sekali, otak menghantar mesej menerusi hormon kepada salah satu ovari untuk melepaskan
telur. Sementara telur dipersiap untuk dilepaskan, selaput rahim mula menebal. Jika telur ini tidak
disenyawakan, selaput tersebut tidak diperlukan dan meninggalkan rahim menerusi faraj. Ia dikenali
sebagai datang haid.
Palpable
– Boleh dirasa melalui sentuhan.
Prognosis
– Satu ramalan mengenai punca penyakit; peluang sembuh.
Ultrasound
– Penggunaan gelombang bunyi frekuensi tinggi dan bukan x-ray untuk memeriksa struktur badan yang
berbeza. Ia diubah menjadi isyarat elektronik untuk menjadi imej pada skrin. Boleh membantu diagnosis
benjolan payudara.

14
BAGAIMANA ANDA BOLEH BANTU KAMI BANTU ORANG
LAIN
Jabatan Pendidikan Barah merupakan sebahagian penting perkhidmatan sokongan Pusat Barah Nasional
Singapura untuk sesiapa sahaja di Singapura. Dua cabang Jabatan Pendidikan Barah adalah:
• Perkhidmatan Pendidikan dan Maklumat Barah (CEIS)
• Program-Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit
CEIS menyediakan jalinan penting bagi sesiapa yang terjejas oleh barah. Ia besar kemungkinan perhentian
pertama bagi seseorang yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit tersebut. Kami menawarkan
maklumat telefon, sokongan, kaunseling dan hubungan dengan profesional kesihatan, sukarelawan atau
kumpulan/pertubuhan sokongan barah. Jururawat-jururawat yang telah menerima latihan penjagaan barah
mengedalikan kaunseling melalui telefon. Mereka boleh mengongsi kemahiran mereka dan membincangkan
pilihan-pilihan yang ada untuk membantu para pemanggil menghadapi diagnosis barah.
Juga tersedia secara percuma bagi orang awam ialah berbagai penerbitan mengenai jenis-jenis barah
khusus, pencegahan dan rawatan barah.
Program-Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit menawarkan senarai program-program pendidikan dan
terapeutik yang lengkap pada fasa berbeza pengalaman barah pesakit. Ia dilakukan menerusi kumpulan-
kumpulan sokongan dan bantu diri, retreat, program-program orientasi dan perkhidmatan berkawan.
Program-program sokongan keluarga pula menyediakan sokongan kepada para penjaga dan anak-anak
pesakit barah.
Hubungi talian kami untuk mendapatkan bantuan apabila ia diperlukan. Namun, apa yang telah kami capai
sejauh ini tercapai hanya kerana sokongan dan galakan daripada pada penderma kami yang baik hati.
Pembiayaan adalah kunci bagi memastikan kami mampu memenuhi tahap permintaan bagi khidmat kami.
Jika anda ingin membuat sumbangan kepada inisiatif-inisiatif ini, anda boleh menghantar cek pangkah yang
dibuat kepada “Community Cancer Fund”. Pada belakang cek sila tuliskan:
i) Nama & nombor NRIC anda.
ii) Alamat e-mel & nombor telefon anda.
Butiran diperlukan bagi pengecualian cukai. Sila hantar cek ke:
Community Cancer Fund

Divisyen Bantuan Masyarakat & Kedermawaan


Pusat Barah Nasional, Singapura,
11, Hospital Drive,
Singapura 169610

Untuk keterangan, sila hubungi 6236 9440. Sebagai alternatif anda boleh e-mel kami di donate@nccs.
com.sg.
Tiada jumlah yang terlalu kecil. Jika setiap daripada kita boleh memainkan peranan kecil, kita boleh
membantu mereka yang menderita akibat barah.

Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih di atas perbuatan baik anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai barah, sila hubungi
Talian Bantuan Barah di talian: 6225 5655
atau e-mel cancerhelpline@nccs.com.sg
ISNIN - JUMAAT : 8.30 pagi hingga 5.30 petang

SABTU, AHAD : TUTUP


& CUTI UMUM

............................................................................................................................

INI ADALAH SEBUAH INISIATIF PENDIDIKAN AWAM OLEH:


Perkhidmatan Pendidikan & Maklumat Barah
Divisyen Bantuan Masyarakat & Kedermawanan
Pusat Barah Nasional Singapura
11 Hospital Drive
Singapura 169610
Laman web: www.nccs.com.sg
Reg No. 199801562Z

Anda mungkin juga menyukai