Anda di halaman 1dari 25

(Al-A'raf : 189)

40 Minggu Kehamilan
7:58 PM

viaemma , Posted in INFO - Kehamilan , 4 Comments

Update

Trimester
Minggu

Info

26th

March

2011

Pertama
ke-0

Minggu ini adalah minggu darah haid turun. Pengakhiran minggu ini bermulanya
episod sebuah kehidupan jika telur dapat disenyawakan pada waktu subur nanti.

Minggu

ke-1

Minggu ini adalah minggu menunggu dan akan memulakan proses


pertama bayi. Anda mungkin akan melayari internet mengenai info mengenai waktu
subur
dan
pelbagai
maklumat
bagaimana
untuk
hamil.
Apa
yang
berlaku
pada
anda?
Minggu ini dikira sebagai minggu menungggu untuk waktu subur. Hari pertama
kehamilan biasanya dikira seawal hari terakhir haid. Sebelum hamil, uterus akan
menebal menandakan ia bersedia untuk hamil. Biasanya berat uterus yang menebal
mencecah 1100 gram berbanding uterus sebelum menebal hanya 70 gram.
Pengambilan nutrisi anda Nutrien Penting Untuk Wanita Dan Lelaki

Vitamin A - [Perempuan - Untuk pengeluaran telur dan meningkatkan


produktiviti kesihatan] [Lelaki - Sperma yang sihat]

Vitamin B - [Perempuan - Mencegah kecacatan saraf dalam fetus]


[Lelaki - Meningkatkan hormon lelaki]

Vitamin C - [Perempuan - Untung pengeluaran telur dan meningkatkan


produktiviti kesihatan] [Lelaki - Menambah kuantiti sperma.]

Zink - [Perempuan - Untuk pengeluaran telur dan meningkatkan


produktiviti kesihatan] [Lelaki - Menambah kuantiti sperma.]

Lain-lain
mineral [Perempuan Mieningkatkan
kesihatan
(magnesium), Menyahtoksid badan (Selanium), Mengimbangi gula dalam
darah (kronium)] [Lelaki - Miningkatkan kuantiti sperma (magnesium),
meningkatkan kesuburan (selenium)]

Asid Amino - [Perempuan - Membina dan membaiki sel-sel tisu]


[Lelaki - Sperma yang sihat dan menambahkan bilangannya]

Minggu

ke-2

Secara rasminya, anda masih bukan dipanggil wanita hamil pada minggu ini.
Lapisan uterus pula terus menebal sebagai persediaan untuk persenyawaan. Apabila telur
disenyawakan ianya akan tertanam di dalam uterus. Lain-lain perubahan waktu itu mungkin
anda mendapati cecair dari servik anda sedikit bertambah dan agak berlendir dan kental seperti
putih
telur.
Ini
menunjukkan
waktu
subur
anda
bermula.

Minggu

ke-3

Jika pusingan haid anda agak lewat berbanding purata haid 28 hari, minggu
ini juga berkemungkinan untuk proses mengovulasi. Bagaimanapun, jika anda mempunyai
kitaran haid yang tetap 28 hari, pengovulasi akan berlaku pada hari ke-14 bagi kitaran haid
anda. Jika nasib menyebelahi anda, sperma dan telur akan bercantum. Berikut adalah apa yang
akan berlaku didalam uterus anda jika telur
anda berjaya disenyawakan:

23 kromosom ibu dan 23 kromosom bapa akan bercantum apabila sperma


dan telur bersatu.
Zigot (telur yang disenyawakan) akan meneruskan 3 hari perjalanan dari
tiub fallopian menuju ke uterus. 3 hari lagi diambil untuk tertanam di uterus
sebelum ianya melekat dan mengembang sebagai bayi di dalam uterus untuk
selama 9 bulan akan datang.
Mungkin akan berlaku sedikit pendarahan setelah proses implantasi.
Kadang-kadang sesetengah orang ingat mereka didatangi haid dan tidak
hamil. Yang membezakannya adalah darahnya sedikit sahaja berbanding
darah haid biasa.

Minggu

ke-4

Minggu ini anda boleh mengesan samada anda hamil atau sebaliknya. Pada
pertengahan atau pengakhiran minggu ini, anda boleh menggunakan ujian kehamilan sendiri
dirumah yang boleh dibeli di farmasi. (Itupun jika kitaran haid anda 28 hari tetap).

Jika ujian menunjukkan anda positif, bermakna bayi anda telah dua minggu menjalani proses
pembesaran. Saiz bayi anda kini antara 0.36 dan 1mm panjang. Lapisan sel ektoderma akan
berevolusi menjadi sistem saraf bayi (termasuk otak bayi). Lapisan endoderma pula akan
menjadi saluran pencernaan, hati, pankreas dan tiroid manakala lapisan mesoderma akan
menjadi rangka, tisu perantara, sistem darah, sistem urogenital dan otot-otot bayi. Minggu ini
juga tali pusat bayi akan terbentuk dan ia berfungsi sebagai laluan masuk makanan, oksigen
serta
sistem
pembuangan
sisa
untuk
bayi
hidup
di
dalam
rahim.

Minggu

ke-5

Minggu ini adalah minggu untuk anda memikirkan soal kewujudan bayi di
dalam perut anda yang tidak boleh di pandang remeh. Anda seharusnya menyesuaikan diri
dengan persediaan menerima orang baru di dalam hidup anda. Ini termasuklah perubahan dari
segi gaya hidup serta pemakanan. Dan dalam minggu ini juga anda akan merasa simptomsimptom
kehamilan
seperti
muntah-muntah
dan
sebagainya.
Kini bayi anda berukuran 1.25mm panjang atau secara kasarnya ia sebesar satu biji benih epal.
(bukan sebiji epal). Penghujung minggu ini bayi anda akan mula membina system-sistem organ
utama bayi. Walaupun miniscule, badan bayi anda adalah kompleks pada peringkat ini.

Minggu

ke-6

Kepada anda yang masih ragu-ragu terhadap kehamilan anda, mungkin


sekarang baru anda benar-benar dapat menerima hakikat bahawa anda telah hamil setelah
masih lagi tidak didatangi haid. Oleh itu, adalah sangat baik untuk anda merancang pemakanan
dan
sebagainya
bermula
saat
ini
sehingga
bayi
anda
dilahirkan.
Apa
yang
berlaku
pada
bayi
anda?
Minggu ke enam hingga minggu ke sepuluh adalah minggu permulaan pertumbuhan bagi
embrio. Tempoh ini amat penting buat tumbesaran organ bayi. Kebanyakan kecacatan bayi
bermula di dalam masa yang kritikal ini. Maka amatlah wajar untuk menjaga pemakanan serta
gaya
hidup
anda.
Walaupun jantung bayi anda hanyalah sebesar biji popi pada ketika ini, tetapi kita boleh melihat

gelombang denyutan bayi melalui ujian ultrasound. Paru-paru bayi dan otak bayi anda juga mula
terbentuk pada ketika ini. Dalam masa 5 bulan akan dating, lebih daripada 100 bilion neurons
akan terbentuk di dalam otak bayi, cukup untuk menampung daya pemikiran bayi anda
sepanjang hidupnya nanti. Penghujung minggu ini, bayi berukuran lebih kurang 4mm panjang.
Apa
yang
berlaku
pada
anda?
Berat badan anda mungkin naik satu paun jika anda makan makanan berkhasiat. Jika anda
merasa loya, berat badan anda menurun. Tetapi kadang-kadang walaupun berat badan anda
pada kadar biasa, anda mungkin merasa badan anda sedikit berisi. Jika ini adalah kehamilan
pertama anda, perut anda ketika ini tidak banyak berubah. Penambahan mungkin ketara pada
kaki dan payudara. Jika doktor anda mengadakan pemeriksaan pelvik, doktor anda boleh
merasakan
sedikit
perbezaan
pada
saiz
pelvik
ketika
ini.
Pengambilan
nutrisi
anda

Pada
enam
minggu
Anda mesti memilih makanan yang berkhasiat sebagai hidangan anda. Mulai saat ini, anda tidak
boleh makan apa saja yang anda mahu. Makan makanan yang sesuai dengan jumlah yang
mencukupi. Banyakkan makan makanan yang kaya dengan zat besi, magnesium dan kalsium,
asid folik dan zink. Anda juga memerlukan serat dan air kosong bagi mengurangkan masalah
sembelit.
Makanan
yang
membantu
perkembangan
bayi
adalah:-

Roti, beras, pasta dan bijirin Sekurang-kurangnya 6 hidangan sehari.


Buah-buahan 3-4 hidangan sehari
Sayur-sayuran 4 hidangan sehari
Daging dan sumber protein yang lain 2-3 hidangan sehari
Produk tenusu 3-4 hidangan sehari
Lemak, gula dan makanan yang kurang kalori 2-3 hidangan sehari

Minggu

ke-7

Masa ini anda akan mula merasa simptom-simptom ganjil awal kehamilan seperti
loya, pedih ulu hati, kerap membuang air kecil, mendambakan makanan atau kesemuanya
mengikut nasib. Mungkin sesetengah orang yang nasibnya baik, hanya mengalami sedikit
daripada symptom ini serta tidak teruk dan ada pula mereka yang benar-benar serius.
Kepala bayi anda kini adalah anggota yang paling besar berbanding badan bayi. Ini
menunjukkan otak bayi membangun dengan pesat berbanding anggota lain. Hati juga sudah
terbentuk. Usus bayi juga mula terbentuk tetapi masih belum sempurna di dalam badan bayi
sebaliknya masih membojol keluar di tali pusat. Bayi kini berukuran 4mm hingga 5mm panjang.

Minggu

ke-8

Jika dihitung, anda sudah berada 20% perjalanan tempoh kehamilan


sebelum melahirkan bayi anda! Anda mungkin cuba untuk fahami kesengsaraan dan kesakitankesakitan sekitar awal kehamilan. Gejala kehamilan ini adalah normal berikutan peningkatan
hormon dalam badan. Walaubagaimanapun melalui pembacaan, anda akan fahami mengapa ia
berlaku
dan
cara
mengatasinya.
Apa
yang
berlaku
pada
bayi
anda?
Kini, kira-kira sudah 36 hari tempoh perkembangan janin terbentuk menjadi bentuk manusia.
Bayi kini mula menyerupai seorang bayi yang baru lahir. Otot-otot muka juga mula terbentuk.
Kelopak mata juga sudah mula timbul serta otot-otot mata juga terbentuk. Saraf yang
menghubungkan hidung dengan otak juga mula membentuk. Di jantung bayi, injap mula terbina.
Badan bayi juga mula memanjang dan lurus. Siku juga mula kelihatan serta tangan dan kakinya
mula memanjang. Hujung minggu ini bayi anda berukuran kira-kira 11mm panjang hanya
kurang
separuh
satu
inci.
Apa

yang

berlaku

pada

anda?

Sekarang rahim adalah sebesar buah anggur. Pada masa ini, rahim bukanlah satu-satunya
bahagian tubuh anda yang telah berubah, malah payudara juga mula membesar. Mungkin sudah
waktunya untuk mula membeli pakaian baru. Sesetengah wanita mungkin mula merasa
kontraksi selama kehamilan. Tetapi jangan bimbang jika tidak merasakan hal ini.
Pengambilan

nutrisi

anda

Pada

minggu

ke

lapan

Produk susu penting semasa hamil kerana ia mengandungi kalsium dan juga vitamin D yang
membantu penyerapan kalsium. Kalsium membantu menjaga tulang dan bayi memerlukannya
untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Sepanjang hamil badan memerlukan paling
sedikit 1200mg hingga 1500mg kalsium sehari. Ini bersamaan dengan 3-4 gelas susu. Kalsium
juga
membantu
mencegah
tekanan
darah
tinggi.
Selain itu tubuh menyimpan kalsium pada akhir kehamilan untuk menyusu bayi. Susu, yoghurt,
keju dan ais krim merupakan sumber kalsium yang baik. Makanan yang lain termasuk brokoli,
bayam, ikan salmon, ikan sardin, kacang buncis, biji-bijan seperti almond dan tauhu. Beberapa
makanan sekarang diperkaya kalsium seperti roti, bijirin dan biji-bijian. Semak pada lebel
makanan untuk mengetahui kandungan kalsium tersebut. Ada beberapa makanan yang boleh
mengganggu penyerapan kalsium seperti teh dan kopi. Elakkan makanan serta minuman
berkafien supaya bukan sahaja kalsium tetapi sumber nutrisi lain juga dapat diserap dengan
baik.

Minggu

ke-9

Di trimester pertama, keguguran selalu terjadi pada mana-mana janin yang


tidak tumbuh secara sempurna atau dengan kata lain cacat. Dikatakan 80% janin cacat akan
gugur.
Apa

yang

berlaku

pada

bayi

anda?

Bayi anda kini berukuran lebih sedikit dari satu inci panjang. Anggaran kasarnya sebesar sebiji
anggur. Tangan dan kaki bayi kini lebih panjang. Kepala dan tengkuk juga membesar. Kini
kelopak mata sudah meliputi mata. Cuping telinga juga kelihatan sempurna bentuknya. Bayi kini
membuat beberapa pergerakan dan ini dapat dilihat melalui ujian ultrasound.
Bayi kini kelihatan seperti satu manusia walaupun masih sangat kecil. Walaupun berbentuk
manusia tetapi adalah mustahil untuk melihat jantinanya pada waktu ini kerana ianya terlalu
kecil.
Apa yang berlaku pada anda?
Rahim berkembang menyebabkan pinggang agak mengetat. Payudara pula mungkin
terasa lebih besar dan mempunyai pembuluh darah kebiruan di bawah kulit. Hal ini
disebabkan bekalan darah meningkat sekitar payudara.
Apa yang bermain di fikiran ibu?
Adalah penting bagi ibu-ibu mencari sendiri info-info tentang kehamilan dan cuba
memahami situasi yang berlaku tentang kehamilan, kelahiran dan bayi. Tidak ada
yang salah tentang ini, selain semakin banyak yang anda tahu tentang kehamilan
dan lebih bersedia akan untuk perubahan yang akan terungkap dan mempengaruhi
kehidupan ibu. Pengetahuan juga akan membuat fikiran anda tenang tentang
banyak hal yang tidak diketahui dan yang baru bagi anda. Kehamilan adalah satu
saat yang harus dinikmati dan ianya adalah perkara yang asing daripada sebelum
menjadi ibu.

Minggu

ke-10

Sekarang anda telah berjaya ke suku pertama bagi kehamilan anda. Dengan
berakhirnya minggu ke sepuluh maka berakhirnya tempoh embrio dan bermulannya tempoh
janin pula. Kecacatan kongenital kebanyakan berlaku sebelum hujung minggu 10. Tempoh
kritikal bayi adalah bergantung kepada anda. Sepanjang tempoh janin, beberapa kecacatan
boleh berlaku. Walaubagaimanapun, kita haruslah mengambil tindakan bagi mengurangkan
stress
dan
sinaran
radioaktif.
Tiub-tiub di dalam paru-paru bayi anda sedang lengkap terbentuk manakala usus-ususnya telah
berpindah dari tali pusat kepada rongga abdomen bayi. Tunas rasa bayi juga mula terbina dan
jika bayi anda seorang perempuan, ovarinya mula turun ke pinggul. Bayi anda masih sangat
ringan panjangnya kira-kira 1 ke 1 inci dan beratnya hanya 5 gram.

Minggu

ke-11

Berat dan panjang bayi adalah berbeza mengikut bayi dan kehamilan. Anda
telah mula merasakan perut anda buncit. Kadang-kadang anda mungkin merasa beremosi
walaupun dengan perkara yang remeh. Kadang-kadang mungkin merasa sangat gembira dan
kadang-kadang
boleh
merubah
kepada
sedih
dengan
tiba-tiba.
Bayi anda kini berukuran 1 - 2 inci (4.4-6 cm) panjang dengan beratnya kira-kira 8 gram. Bayi
anda kini dianggarkan sebesar sebiji buah limau nipis. Pertumbuhan janin pada ketika ini sangat
pesat. Kepala terbentuk hampir setengah dari panjang bayi. Kuku-kuku jari juga mula kelihatan.
Genitalia luar bayi juga mula terbentuk dan dalam 3 minggu lagi organ seks bayi akan siap. Dan
jika keguguran berlaku pada ketika ini, jantina bayi mungkin boleh dilihat.

Minggu

ke-12

Jika anda mengalami mabuk hamil sejak beberapa minggu lepas, anda
mungkin boleh mengharapkan perubahan setelah berakhirnya minggu ini. Walaubagaimanapun,
ini tidak bermakna mabuk hamil tidak lagi mengganggu anda sehingga bayi dilahirkan.
Bayi anda kini berukuran 2 inci (6cm) panjang dan beratnya pula satu auns. Sejumlah kecil
rerambut mula tumbuh pada badan bayi anda. Kuku pada jari tangan dan jari kaki mula tumbuh
dan tunas-tunas gigi kekal pertama bayi juga mula terbentuk. Sistem penghadaman bayi juga
kini berfungsi menghasilkan pengecutan menolak makanan ke usus-usus. Sistem saraf bayi juga
masih di dalam peringkat awal untuk matang. Pundi amnion juga mengandungi lebih kurang 1
auns bendalir dan pada masa anda melahirkan bayi nanti ia boleh mencapai 3 4 biji cawan
bendalir. Doktor juga mampu mengesan denyutan jantung bayi melalui satu alat dipanggil
doppler. Bayi kini aktif bergerak di dalam perut anda tetapi anda masih belum dapat merasainya.

Trimester
Minggu

mengalami

Kedua
ke-13

Tahniah! Anda telah memasuki trimester ke-dua dimana pada mereka yang
morning
sickness
mula
berkurangan.

Pertumbuhan bayi pula sangat cepat ketika ini. Panjang bayi telah berganda daripada
panjangnya di usia 7 minggu. Ianya berukuran lebih kurang 2 hingga 3 inci panjang dan
beratnya pula mencapai 13-20 gram dan secara kasarnya besarnya sebiji buah peach. Satu
perubahan yang menarik adalah kepala bayi sama besar dengan badannya. Ini menunjukkan
pertumbuhan otak bayi amat pesat waktu ini. Pada minggu ke-21 nanti, kepala bayi satu per tiga
daripada badannya dan apabila lahir kelak kepala bayi satu per empat daripada badannya.
Wajah bayi ketika ini hampir menyamai seorang manusia sekarang dimana matanya sudah mula

membentuk dan wajahnya mula terbentuk. Genitalia luar pula membentuk dan ketika ini bayi
boleh dibezakan samada lelaki atau perempuan. Peti suara bayi juga mula terhasil ketika ini.
Tangan bayi juga mula membentuk struktur dimana 27 ketul tulang disatukan menjadi bentuk
tangan. Bagitu juga dengan kaki bayi dan juga jari-jemari mula membentuk termasuk tumit bayi.

Minggu

ke-14

Kini anda mula merasa bertenaga daripada minggu-minggu di trimester


pertama. Trimester kedua adalah masa yang amat santai dan merasa lapang menikmati
kehidupan kehamilan anda. Semoga rasa loya dan keletihan yang dilalui semasa trimester
pertama menjadi satu kenangan dan inilah masa anda seronok menikmati kehamilan anda.
Di trimester pertama fokus adalah lebih kepada pertumbuhan kepada sistem-sistem badan janin
yang pelbagai dan trimester kedua lebih memberi fokus kepada pertumbuhan janin. Proses
pembentukan bayi akan menjadi lebih aktif pada ketika ini. Dalam satu bulan ini, bayi anda akan
menggandakan panjangnya dan menggandakan sehingga empat kali ganda berat badannya.
Telinga bayi telah berpindah daripada bahagian leher ke bahagian kepalanya. Matanya juga
beransur-ansur berpindah kedudukannya daripada bahagian sebelah kepala ke bahagian
hadapan muka bayi. Leher bayi mula panjang dari asalnya dan dagunya tidak lagi menyentuh
dada. Seksual bayi juga berkembang. Ia menjadi lebih ketara bagi menceritakan samada bayi
tersebut
bayi
lelaki
atau
perempuan.
Saiz bayi kini sebesar penumbuk anda pada kira-kira 4 inci atau 9cm panjang manakala
beratnya pula mencecah 25 gram. Ada alat-alat khas yang boleh mendengarkan jantung bayi
anda.

Minggu

ke-15

Sekarang perut anda sudah mulai membuncit dan akan kelihatan seperti
ibu-ibu hamil lain. Mungkin anda juga merasa kurang selesa dengan perubahan tersebut.
Bayi kini berukuran 4 inci panjang dan beratnya pula kurang 2 auns. Kulit bayi ketika ini
lutsinar dan ditutup dengan rambut lembut yang dipanggil lanugo. Bayi anda bergerak aktif tetapi

anda masih belum merasai pergerakan tersebut sehingga beberapa minggu lagi. Pada masa ini
bayi
anda
mungkin
menhisap
jarinya!
Matanya masih lagi dalam proses pergerakan ke bahagian tengah muka yang masih luas
jaraknya. Cuping telinga mula membentuk dengan pesat. Tulang-tulang juga mula terbentuk.
Jika satu sinar X dibuat, rangka bayi anda boleh kelihatan. Bayi anda akan menyamai rupa
manusia
dalam
beberapa
hari
ini.

Minggu

ke-16

Kini anda mungkin mula serius mencari pakaian hamil di pusat


membeli-belah. Ketika ini juga adalah masa untuk anda membezakan pergerakan bayi ataupun
angin di dalam perut anda. Anda juga mungkin tertanya-tanya tentang perubahan kulit dan
rambut
anda
yang
mengalami
sedikit
perubahan.
Bayi anda sedang berenag di dalam satu kolam kecil cecair amnion (Kira-kira satu cawan
bendalir yang telah terkumpul pada peringkat ini). Bendalir ini memainkan satu peranan penting
dalam pembentukan bayi anda iaitu untuk system pulmonari. Cecair amnion itu membolehkan
bayi anda menghirup utero memasuki paru-paru bayi. Bendalir tersebut memberi perlindungan
untuk bayi sebagai antiseptic untuk menyekat pertumbuhan bacteria. Oleh itu bayi dapat
dilindungi sebelum ia dilahirkan. Tali pusat bayi terlekap di bahagian bawah badan bayi. Kakinya
lebih panjang daripada tangan dan ini boleh dilihat di mesen pengimbas (ultrasound).
Sesetengah wanita dapat merasakan pergerakan bayi pada ketika ini tetapi mungkin agak keliru
dengan rasa angin dalam badan. Panjang bayi kini mencapai 11.5cm manakala beratnya
80gram.

Minggu

ke-17

Sekarang anda sudah berada pada pertengahan trimester kedua. Anda


mungkin mencari beberapa maklumat yang berkaitan dengan kehamilan seperti kaki kejang dan
sebagainya. Ini adalah satu proses biasa semasa kehamilan. Anda juga mungkin merasakan
sesak
nafas
dan
sembelit
dalam
beberapa
tempoh
masa
ini.

Bayi anda kini berukuran 11-12cm panjang dan beratnya mencecah 100gram. Anggaran
besarnya sebesar tapak tangan. Lemak atau tisu adipos mula membentuk dalam permulaan
minggu ini dan hingga ke beberapa hari berikutnya. Lemak adalah penting untuk pengeluaran
haba dan metabolisme. Air dalam badan bayi kini sebanyak 89 gram. Jika bayi anda adalah bayi
perempuan, tiub fallopian sedang terbentuk. Jika sesetengah daripada ibu hamil masih belum
merasa pergerakan bayi, anda akan merasainya tidak lama lagi. Pergerakan ini mungkin tidak
dirasai setiap hari tetapi semakin hari anda akan merasa kekerapan pergerakan tersebut.

Minggu

ke-18

Kebanyakan wanita hamil tidak sabar-sabar untuk melakukan ultrasound


bagi melihat perkembangan bayi anda. Sebaiknya kosongkan pundit kencing anda sebelum
melakukan ultrasound bagi mendapatkan imej yang jelas kerana pundit kencing yg dipenuhi air
memaparkan
imej
gelap
dan
kadang-kadang
menghalang
imej
bayi.

Apa
yang
berlaku
pada
bayi
anda?
Bayi anda kini memasuki 14cm panjang manakala beratnya pula kira-kira 150 gram. Bayi anda
menyambung pertumbuhannya tetapi pertumbuhannya sedikit perlahan. Bayi kini mempunyai
rupa bentuk manusia normal. Bulu badannya menjadi lebih kesat. Bulu matanya pula mula
tumbuh pada kelopak mata bayi. Bibir mula terbentuk. Tunas rasa mula terbina. Tidak kira
jantinanya, bayi kini mula membentuk puting pada bahagian atas dada. Ketebalan plasenta kini
kira-kira setengah inci dan pada masa anda melahirkan bayi nanti ia akan menjadi 1 inci tebal.
Apa
yang
berlaku
pada
anda?
Tambahan berat badan anda sepatutnya naik sekitar 4.5 5.8 kilogram. Bagaimanapun ianya
berbeza dari individu kepada individu lain. Jika didapati berat badan anda tidak naik sperti julat
tersebut, cepat-cepat lah rujuk kepada doktor anda. Anda masih ada separuh lagi masa
kehamilan untuk berat badan meningkat naik. Pilihla makanan yang mengandungi nutrisi yang
baik. Mungkin anda akan kerap merasa lapar daripada sebelum kehamilan. Dengan itu ambillah
makanan ringan yang berkhasiat setiap 2-3 jam dimana ia mampu membekalkan makanan yang
cukup
untuk
bayi
anda.
Pengambilan
nutrisi
anda.
Zat besi adalah penting semasa kehamilan. Kira-kira 30mg sehari zat besi diperlukan bagi
memenuhi keperluan yang semakin bertambah disebabkan peningkatan isipadu darah dalam
badan. Elakkan minum kopi, the atau coca-cola sewaktu mengambil makanan yang kaya
dengan zat besi kerana ianya mampu menghalang badan daripada menyerap zat besi yang
diperlukan. Jika anda merasa letih, kepeningan atau sembelit atau anda senang jatuh sakit, itu

bermakna anda mungkin kekurangan zat besi. Satu cara mudah untuk mengenalpasti samada
anda kekurangan zat besi atau tidak, cuba periksa bawah mata anda. Jika anda cukup zat besi,
ianya patut bewarna merah muda gelap. Bahagian bawah pada kuku anda juga patutnya
bewarna
merah
muda.
Biasanya hanya 10 15% zat besi yang anda makan akan diserap oleh badan. Zat besi
diperlukan setiap hari bagi mengekalkan zat besi di dalam badan. Makanan yang kaya dengan
zat besi termasuklah ayam, daging merah, organ dalaman haiwan (Hati, buah pinggang,
jantung), kuning telur, bayam, kubis dan tauhu. Gabungan makanan zat besi bersama vitamin C
mampu memastikan badan menyerap zat-zat tersebut dengan lebih baik. Contohnya gabungan
makanan salad bayam dimakan bersama dengan jus oren. Jika anda mengambil makanan yang
kaya dengan zat-zat anda tidak memerlukan ubat-ubatan sebagai makanan tambahan. Tetapi
ianya harus berbincang dengan doktor supaya ia dapat mengimbangkan keperluan nutrisi
badan.

Minggu

ke-19

Anda mungkin telah biasa dengan perubahan bentuk tubuh badan baru.
Namun mungkin ada yang merasa bimbang jika perut anda terlanggar dengan apa-apa objek
sementara anda belajar untuk mengimbanginya. Jangan bimbang dengan bayi anda di dalam
tubuh anda kerana ianya dilindungi terhadap perlanggaran atau lebam-lebam.
Apa
yang
berlaku
pada
bayi
anda?
Bayi anda kini berukuran kira-kira 6 inci atau 15cm panjang dan berat kira-kira 200 gram. Pada
peringkat ini, kalenjar minyak sedang mengeluarkan verniks iaitu satu lapisan putih yang
mengelilingi badan bayi sebelum ia dilahirkan.
Apa yang berlaku pada anda?
Tambahan berat badan anda pada masa ini antara 3.6 6.3kg. Daripada berat ini, hanya 200
gram sahaja berat bayi anda. Selebihnya adalah plasenta kira-kira 170 gram, pundit amnion kirakira 320 gram, berat uterus kira-kira 320 gram, berat buah dada anda lebih kurang 180 gram
setiap satu. Selainnya adalah pertambahan darah di dalam badan anda. Jantung anda pula
sedang bekerja dua kali ganda mengikut keperluan darah yang sedang meningkat. Uterus dan
kulit anda memerlukan dua kali ganda darah daripada sebelum anda hamil dan keperluan untuk
buah pinggang pula sekitar 25 peratus.
Pengambilan nutrisi anda Penggunaan herba semasa kehamilan.
Mungkin sebelum ini anda pernah menggunakan herba-herba dan botanicals, pil-pil atau serbuk
untuk merawat penyakit. Kini setelah anda hamil, langkah yang bijak ialah meninggalkan
kesemua herba-herba tersebut tanpa nasihat doctor. Mungkin daripada anda percaya bahawa
herba-herba adalah selamat dan oleh itu anda terus menggunakannya tetapi ia boleh

mendatangkan bahaya pengambilan semasa hamil. Bebarapa herba boleh mengganggu usususus serta bayi. Oleh itu setiap pengambilan herba mestilah mendapat nasihat doctor terlebih
dahulu.

Minggu ke-20

Tahniah! Anda telah memasuki separuh masa kehamilan! Keseluruhan


kehamilan adalah 40 minggu. Kehamilan anda kini tidak boleh disorok lagi. Malah anda mungkin
mendapat perhatian daripada orang awam jika anda ke bank, naik LRT atau sebagainya kerana
mereka akan memberi laluan kepada wanita mengandung. Itupun jika mereka mempunyai
perasaan sedemikian.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai panjang hampir 16cm dan beratnya pula dalam 260gram. Kulit pada
badan bayi mulai tumbuh kepada dua lapisan epidermis dan dermis. Epidermis adalah lapisan
kulit luar manakala dermis adalah lapisan kulit yang lebih dalam. Verniks pula memberi
perlindungan pada bayi daripada cecair amnion dimana bayi anda akan berada disitu untuk
beberapa bulan lagi. Rerambut pula akan mula tumbuh sekitar minggu 12-14 dan ianya tumbuh
daripada epidermis. Rambut yang mula tumbuh adalah sekitar atas bibir dan kening bayi.
Rerambut ini ada digantikan dengan rambut yang lebih tebal iaitu follicles yang baru. Bayi anda
kini mampu membuat beberapa pergerakan dan mula menggengam tangannya, membuat
geselan dan pelbagai pergerakan yang masih belum dapat dikawal oleh otaknya.
Apa yang berlaku pada anda?
Dibahagian abdomen anda mungkin terdapat garis gelap linea nigra diantara pusat ke bahagian
pubis anda. Ia biasanya memanjang keatas ekoran daripada pembesaran uterus anda. Garisan
ini adalah disebabkan oleh perubahan hormone dan akan hilang selepas bersalin nanti.
Perkembangan uterus anda menjadi tidak sekata pada waktu ini dan biasanya akan lebih nalar
selepas minggu ke-20.
Pengambilan nutrisi anda Pemanis buatan
Ada sesetengah wanita mengamalkan diet dengan mengambil pemanis buatan. Aspartame dan
saccharin adalah pemanis buatan yang biasa digunakan di dalam makanan atau minuman.
Aspartame adalah kombinasi phenylalanine dan aspartic acid, kedua-duanya adalah asid amino.
Kandungan itu mungkin boleh mengganggu keselamatan kandungan. Anda perlu bijak
menggantikan makanan yang tidak mengandungi pemanis. Hadkan semua pemanis tiruan.
Saccarin pula tidak digunakan secara meluas sebelum ini. Bagaimanapun sesetengah makanan
atau minuman mengandungi saccarin. Penggunaannya semasa kehamilan adalah tidak begitu
selamat dan jalan yang terbaik adalah mengelak semua pemanis buatan.

Minggu ke-21

Apabila anda berada dalam separuh masa kedua kandungan, bolehlah anda
travel kemana-mana yang anda suka sebelum bayi lahir.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini berukuran 7 inci panjang atau 18cm daripada kepala ke punggung dan 10 inci
atau 25cm daripada kepala ke kaki. Beratnya pula sekitar 300gram. Dari takat ini, bayi akan
mula menumpukan beratnya daripada saiz panjangnya. Bayi akan dua kali ganda lebih panjang
nanti tetapi beratnya tetapi beratnya akan meningkat sehingga 12 kali ganda sebelum kelahiran.
Bayi membesar dengan perlahan tetapi sistem-sistem organ bayi akan mula matang.
Pada masa ini, sistem penghadaman bayi sudah mampu untuk menelan cecair amnion. Setelah
menelan, bayi akan menyerap banyak air dan lebihan air tersebut akan disalurkan ke usus
besar. Para pengkaji percaya, dengan menelan cecair amnion tersebut kemungkinan dapat
membantu dalam pertumbuhan dan pembangunan sistem penghadaman bayi untuk berfungsi
dengan baik apabila kelahirannya kelak. Kajian menunjukkan bayi mungkin menelan cecair
sebanyak 500ml dalam tempoh 24 jam. Nutrien penting yang terdapat dalam cecair amnion akan
disalurkan kepada bayi.
Apa yang berlaku pada anda?
Dengan bertambahnya pertumbuhan uterus, bahagian lain dalam tubuh juga terus bertambah
dan berubah. Anda mungkin mendapati kaki anda bengkak. Tambahan berat anda pula
seharusnya dalam lingkungan 4.5kg 6.3kg. Lilitan pinggang anda juga sudah membesar dan
saat ini anda tidak berupaya menyembunyikan perut anda dari orang lain. Kadang-kadang anda
mungkin merasa panas dari hari-hari biasa akibat perubahan metabolik dalam badan. Kerapkan
mandi boleh mengurangkan rasa panas tersebut.
Pengambilan nutrisi anda Mengidam
Sesetengah wanita mengalami keinginan sesuatu terhadap makanan mengidam. Mengidam ini
telah lama wujud dan ianya dianggap sebagai satu tanda yang tidak khusus/tidak wajib dalam
kehamilan. Mengidam ini boleh jadi baik dan boleh jadi buruk. Jika makanan yang anda idamkan
itu satu makanan yang berkahsiat, makan dalam kadar sederhana dan jika anda mengidam
makanan berlemak, kandungan gula yang tinggi, makanan rapu, berhati-hatilah! Makan sedikit
tetapi jangan terlalu membiarkan makanan itu masuk kedalam badan tanpa kawalan.
Cuba gantikannya dengan sesuatu yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan dan cubalah
melawan kehendak untuk makan yang tidak baik. Perubahan hormon dan perubahan emosional
menyebabkan perasaan mengidam itu timbul. Kadang-kadang sesetengah makanan yang anda
biasa makan sebelum hamil, menjadi tidak sesuai atau boleh membuatkan anda sakit perut.
Keadaan ini adalah biasa. Hormon-hormon tersebut boleh menjejaskan saluran pencernaan
yang boleh bertindak balas terhadap sesetengah makanan.

Minggu ke-22

Sebagaimana perut anda mengembang, fikiran anda juga tidak lari


daripada memikirkan insiden-insiden seperti terjatuh dan sebagainya. Berhati-hatilah dalam
setiap pergerakan anda sebelum sesuatu insiden buruk berlaku.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai berat kira-kira 350 gram dan panjangnya pula lebih kurang 7 inci
panjang iaitu 19cm. Bayi terus berkembang. Kelopak mata dan keningnya membentuk dan
kukunya juga dapat dilihat. Cecair amnion bertukar setiap hari di dalam badan atau sebenarnya
tiga kali cecair tersebut ditukar setiap jam. Bayi anda akan menelan cecair amnion dan
menyerap masuk ke dalam badan dan diserap keluar melalui tali pusat dan dan plasenta.
Selebihnya bayi membuang air kecil ke dalam cecair amnion tersebut. Bayi menggunakan cecair
amnion tersebut sebagai air mandiannya dan sebagai minumannya. Sementara nutrisi
diperolehi daripada cecair amnion tersebut, sebahagian besar nutrisi datang daripada plesenta.
Apa yang berlaku pada anda?
Proses pembesaran perut anda tidak menyukarkan anda ketika ini. Anda dapat duduk, berjalan
dan membongkok tanpa rasa janggal. Minumlah lebih banyak air sepanjang kehamilan ini
kerana ia dapat membantu badan anda yang memerlukan lebih cecair bagi membantu
pengedaran darah. Jika anda melihat air kencing anda jernih, bermakna anda cukup minum air
dan jika sebaliknya, minumlah air dengan lebih banyak lagi. Jika anda hendak tidur, berbaring
secara latar akan membuatkan anda rasa pening disebabkan oleh berat uterus kepada arteri
anda dan ia boleh menyebakan BP anda menurun. Bagi mengelakkannya, berbaringlah dengan
cara mengiring ke kiri atau kanan dan gunakan kaedah mengiring ini ketika melakukan senaman
di atas lantai. Elakkan berbaring secara mendatar atai meniarap semasa hamil.
Pengambilan nutrisi anda Minum Air
Air sangat penting semasa hamil. Jangan mengabaikan kerana hakikatnya air membantu badan
anda memproses nutrisi, membina sel-sel baru, menaikkan isipadu darah dan mengawal suhu
badan. Kajian menunjukkan bahawa setiap 15 kalori dalam badan kita terbakar, badan
memerlukan 1 sudu tambahan air. Untuk 2000 kalori yang terbakar, tubuh memerlukan lebih
kurang 2 liter air. Peningkatan keperluan anda pada masa ini menjadikan anda memerlukan
lebih banyak air.
Enam atau lapan gelas cawan sehari adalah baik untuk tubuh ketika ini tetapi ia tidak termasuk
minuman ringan. Susu, jus sayuran serta buah-buahan dan juga teh herba adalah pilihan lain

selair air kosong. Teh, kopi dan minuman bergas tidak dikira dan seharusnya anda perlu elak
daripada minum minuman seperti itu. Natrium dan kafien di dalam kandungan minuman tersebut
bersifat diuratik.
Air kencing anda adalah satu barometer yang bagus untuk memeriksa pengambilan air anda.
Jika ia bewarna kuning yang lembut ke jernih, ia menunjukkan anda mengambil air yang
mencukupi. Jika ia bewarna kuning tua, anda perlu menambahkan pengambilan air. Usah
tunggu anda dahaga baru minum kerana pada waktu itu anda telah pun kehilangan 1% cecair
dalam badan. Sebaiknya anda sentiasa minum sepanjang hari.

Minggu ke-23

Anda kini dapat merasakan pergerakan bayi dengan lebih jelas lagi
berbanding sebelum ini. Kadang-kadang fokus anda terhadapat pertumbuhan bayi anda
membuatkan anda lupa sebentar kepada kerja harian anda. Maklumlah, pertumbuhan bayi
adalah sesuatu yang indah untuk dinikmati dan difahami.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada ketika ini berat bayi anda menjangkaui 455 gram dan kira-kira 8 inci panjang atau 20cm.
Bayi anda kini seperti saiz anak patung kecil. Mata bayi lebih besar dan berbenjol pada peringkat
ini. Ini kerana otot di sekitar muka belum lagi diisi dengan cukup. Bayi sedang mula
menambahkan berat badannya serta otot mukanya. Apa yang mengangumkan adalah walaupun
anda telah melalui separuh masa kehamilan, bayi masih lagi seberat 1 paun.
Apa yang berlaku pada anda?
Doktor akan memantau tambahan berat badan anda serta pertumbuhan janin setiap kali lawatan
ke klinik. Setiap wanita mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza antara wanita
hamil dengan wanita hamil yang lain. Apa yang penting, setiap pertumbuhan dapat dilihat secara
terus menerus mengikut waktunya. Ini termasuklah perubahan saiz bayi, cecair amnion, plasenta
dan lain-lain. Anda mungkin akan mengalami sakit belakang, regangan di perut akibat otot-otot
uterus yang mengembang semasa kehamilan. Ia adalah normal dan banyakkan berehat.
Pengambilan nutrisi anda

Minggu ke-24

Peringkat ini anda masih dalam peringkat yang baik di dalam kehamilan. Perut
anda semakin kelihatan.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini seberat 540 gram dan lebih kurang 8 inci panjang atau 21cm. Menurut kajian
penyelidikan, terdapat 124 juta saraf yang berhubung di dalam tisu otak ketika bayi masih
berada di dalam 6 bulan kandungan. Ini menjadikan bayi anda seorang bayi yang sangat pintar
di dalam tubuh anda. Berikannya makanan yang terbaik melalui pemakanan anda!
Apa yang berlaku pada anda?
Jantung anda kini sedang mengepam untuk dua orang dan ianya bekerja kuat sebelum anda
hamil lagi. Untuk pengetahuan anda, kadar jantung anda meningkat lebih kurang 10 degupan
setiap minit semasa kehamilan.
Pengambilan nutrisi anda Pemilihan Makanan
Makanan memang menjadi satu isu besar pada wanita hamil. Ada yang makan makanan pelik
seperti makanan eksotik dan sebagainya. Sesetengahnya mungkin OK untuk dimakan tetapi apa
yang penting, makanan biasa iaitu ayam, sayuran, ikan, buah adalah pilihan yang terbaik.
Elakkan memakan makanan yang pedas.
Elakkan makan makanan yang penuh dengan garam, kalori yang banyak, berlemak, makanan
bergoreng, makanan rapu dan makanan yang bergula. Kadang-kadang amat susah untuk kita
menjaga makanan kita apabila berada diluar rumah. Biasanya wanita bekerjaya jarang
mengamalkan makanan berkhasiat apabila waktu kerja kerana kesukaran mendapatkan
makanan yang betul-betul berkhasiat dan lebih kepada makan makanan segera. Kadang-kadang
pemilihan makanan yang betul susah diamalkan apabila makan di gerai-gerai memandangkan
mereka banyak menggunakan bahan perasa dan sebagainya. Cara terbaik adalah anda patut
lebih memilih dan berhati-hati. Pastikan anda mengambil sayur dan buah-buahan dalam menu
harian anda.

Minggu ke-25

Kehamilan kadanga-kadang meletihkan, kadang-kadang mungkin kita


mengeluh tetapi sesuatu yang pasti ia tidak akan menjemukan! Kerana selalu terdapat sesuatu
yang baru untuk dipelajari, merasai dan mengalaminya.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda sekarang meningkatkan kemahiran pernafasannya iaitu menarik dan
menghembuskan cecair amnion. Latihan pernafasan ini hanya berjalan semasa bayi tidur dan

tidak sepanjang saat-satnya berjaga. Kajian ada menunjukkan fetus menarik dan menghembus
nafasnya sepanjang tidur.
Berat bayi kini kira-kira 700 gram dan panjangnya 9 inci iaitu kira-kira 22cm. Jika bayi dilahirkan
sekarang, bayi anda mempunyai peluang untuk hidup. Dengan kaedah perubatan kini seperti
alat bantuan udara, monitor dan ubat-ubatan bayi anda mampu untuk terus hidup. Tetapi
disebabkan ianya lahir dangat kecil dan ringan kira-kira 2 paun, ia tidak boleh keluar daripada
inkubator sehingga berbulan-bulan lamanya bagi mengelak sebarang jangkitan dan sebarang
masalah lain.
Apa yang berlaku pada anda?
Keadaan fizikal anda sudah menunjukkan bahawa anda hamil dan tidak dapat disembunyikan
lagi. Pada ketika ini uterus anda sudah sebesar bola sepak. Kadang-kadang merasa kebas dan
kekejangan pada tangan dan kaki. Ini adalah kerana peningkatan cecair dalam badan anda dan
memberi tekanan pada sistem saraf. Tidak perlu bimbang kerana ini bukanlah masalah yang
serius. Ia akan hilang setelah melahirkan bayi nanti dan kadar cairan dalam badan akan berada
pada tahap normal semula.
Pengambilan nutrisi anda Makanan Seimbang
Keperluan makanan haruslah seimbang dengan makanan yang kita makan. Peringkat kehamilan
ini memerlukan dos vitamin harian yang mencukupi. Sesetangah wanita memerlukan suppliment
tambahan seperti hamil pada awal remaja yang badannya tidak cukup kuat untuk hamil, wanita
yang kurang berat badan, wanita yang mempunyai satu diet yang kurang bagus sebelum hamil,
wanita yang hamil kembar, vegetarian, mempunyai tabiat makan yang buruk, mereka yang
mengambil ubat-ubatan tertentu, mereka yang tidak suka minum susu dan sebagainya
sepatutnya mengambil supplimet bagi membantu penambahan keperluan kehamilan. Dapatkan
nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa vitamin tambahan. Jangan mengambil mana-mana
ubatan tambahan tanpa nasihat doktor. Gantikan sumber mineral dan vitamin yang diperlukan
badan dengan mengambil makanan berzat.

Minggu ke-26

Pusat anda sedikit terjojol, mood anda pula selalu berubah-ubah dan
tekanan waktu kehamilan adalah satu perubahan yang biasa sewaktu hamil.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai satu lapisan lemak khas yang bertindak seperti satu penebat haba
dan akan melindungi bayi dari kesejukan apabila lahir kelak. Lemak ini dikenali sebagai brown
fat kerana warna seperti ini dilihat di kawasan tengkuk, buah pinggang dan belakang tulang
dada bayi. Ia adalah satu jenis lemak yang istimewa yang mampu melindungi bayi dan
mengekalkan bayi dalam kepanasan dan ia dijumpai dalam bayi-bayi yang baru lahir.

Berat bayi kini adalah sekitar 2 paun atau 900 gram manakala panjangnya pula adalah 9 inci
dimana lebih kurang 23cm.
Apa yang berlaku pada anda?
Perut anda akan membesar hampir setengah inci iaitu 1cm setiap minggu mulai sekarang.
Dengan diet yang sihat, tambahan berat anda pula sekitar 7.2kg sehingga 9.9kg. Kini perut anda
sudah lebih besar. Anda juga mengalami sakit belakang, kekejangan pada kaki dan sakit
kepada. Anda telah melalui dua per tiga masa hamil anda dan akan mengakhiri semester kedua
ini. Jika sblm ini pusat anda seperti biasa, tetapi sekarang ia mulai terkeluar tetapi apabila sudah
melahirkan bayi kelak, keadaan pusat menjadi seperti biasa tetapi akan mendapati ianya sedikit
meregang dan kurang kenyal berbanding sblm kehamilan.
Pengambilan nutrisi anda Makan Ikan
Memakan ikan bagus terutamanya waktu hamil. Ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan
pelbagai jenis ikan akan melahirkan bayi yang sihat dan lebih berat. Keadaan ini adalah bagus
kerana bayi yang mempunyai panjang yang lebih di dalam rahim, akan lebih sihat dan kuat
apabila dilahirkan nanti. Asid lemak Omega-3 yang terdapat di dalam ikan memainkan peranan
yang penting terutama mengurangkan kadar kelahiran pra-matang. Ia juga menghasilkan satu
hormon yang membantu menghalang darah tinggi yang biasa berlaku pada wanita hamil. Ikan
adalah pilihan yang tepat dalam pengambilan protein kerana ia selamat, rendah lemak dan tinggi
vitamin B, zat besi, zink dan selenium. Makan dalam jumlah yang banyak juga tidak
mendatangkan apa-apa kemudaratan.

Minggu ke-27

Minggu ini adalah minggu berakhirnya trimester ke-dua dimana anda akan
melangkah ke trimester ke-tiga pada minggu hadapan. Dengan itu kelahiran bayi adalah menjadi
focus utama anda pada waktu ini.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada umur ini, fetus mampu membezakan antara terang dan gelap. Penyelidikan menunjukkan
bayi di dalam rahim mampu berpaling ke arah lain jika ada satu cahaya yang terang menyuluh
pada perut ibu.
Bayi kini beratnya dalam 1kg dan panjangnya 15 inci atau 34cm.

Minggu ke-28

Pertumbuhan bayi anda kini lebih cepat setara dengan kenaikan badan
anda. Perkara-perkara yang perlu dilakukan pada trimester ketiga ini sudah mula difikirkan.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Paru-paru bayi anda telah mula menghasilkan satu bahan pada permukaannya dimana satu
detergen seperti bahan mencegah paru-paru daripada menutupi dan sebaliknya membenarkan
pengembangan untuk menghisap udara. Jika bayi dilahirkan pada waktu ini, ada peluang untuk
hidup walaupun risikonya tinggi. Kemungkinan untuk paru-paru berfungsi dengan lebih baik
diluar rahim juga meningkat.
Bayi anda panjangnya kini mencecah lebih kurang 14-16 inci iaitu 35cm panjang dan beratnya
pula 2.5 paun bersamaan 1.1kg. Otaknya sedang lancar dan rambut dikepalanya lebih panjang
dan badannya sudah berisi.

Minggu ke-29

Anda kini sudah berada masa kehamilan dan hanya tinggal 11 minggu
sebelum anda bertemu bayi anda.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada ketika ini, bayi anda sudah mempunyai deria pendengaran yang tajam. Bayi mungkin
terkejut dengan bunyi-bunyi yang kuat (walaupun kadangkala reaksi bayi anda lambat daripada
bunyi bising dengan tindak balas bayi). Sesetengah bunyi, bayi anda sudah dapat
mengecamnya (Jika ia sudah biasa didengarkan kepadanya) dan sudah tentunya degupan
jantung anda, sistem penghadaman anda serta bunyi aliran darah anda sudah sebati dengan
bayi. Bunyi-bunyian seperti itu boleh mendodoi bayi untuk tidur kerana bunyian itu sudah biasa
baginya. Bayi anda juga dapat mendengar suara anda dan suara-suara ahli keluarga lain.

Minggu ke-30

Kadangkala sukar untuk percaya yang anda kini tinggal lagi 10 minggu untuk
kelhiaran bayi anda. Terdapat sikit lagi perkembangan di dalam saiz fetus, plasenta, uterus dan
cecair amnion yang akan meningkatkan dari segi saiz dan jumlah.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi sudah boleh mula membuka kelopak matanya. Bulu matanya dan keningnya sudah
terbentuk dengan baik. Beratnya kini mencecah 3 paun atau 1.4kg dan panjangnya adalah 17
inci bersamaan dengan 38cm. Dua per tiga daripada saiznya yang bakal dilahirkan. Tahap
antibodi bayi kini bersamaan dengan ibunya. Jika dilahirkan, bayi akan dapat bertahan tetapi
masih dalam kerumitan. Berita baiknya, jika bayi dilahirkan pada saat ini, 85% bayi berpeluang
cerah untuk terus hidup dan peluang hidup terus meningkat jika bayi dilahirkan pada 35 minggu
ke atas.

Minggu ke-31

Anda mungkin menghadapi masalah dalam mencari kedudukan yang selesa


untuk tidur sekarang ini. Beberapa minggu lepas ianya cuma masalah kecil. Ini membuatkan
anda tidak sabar dengan ketibaan bayi anda dan anda pasti mengimpikan bayi anda berada di
dalam dakapan anda.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Beberapa cecair amnion perlu dibuang bagi memenuhi ruang untuk bayi yang semakin
membesar dan ini bermakna cecair amnion yang dihasilkan anda berkurang separuh daripada
bulan lepas. Dengan pengurangan cecair tersebut pergerakan bayi lebih terasa kuat.
Walaubagaimanapun pergerakan bayi akan kurang drastik dan dramatik mulai takat ini.
Paru-paru bayi juga lebih matang dan sudah bersedia untuk hudup di luar rahim. Bayi berlatih
dengan menggunakan cecair amnion untuk bernafas. Berat bayi kini lebih kurang 1.6kg dan
panjangnya 18 inci bersamaan dengan 40cm.

Minggu ke-32

Mungkin anda tertanya-tanya adakah anda telah melakukan yang terbaik


buat bayi dalam kandungan anda.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda tidur dan terjaga dalam masa yang tidak tetap. Walaubagaimanapun, anda
merasakan sukar untuk mengetahui samada bayi anda tidur atau jaga kerana ianya sangat aktif
sepanjang masa.
Minggu ini bayi sudahpun seberat 1.8kg dan panjangnya pula menjangkaui 18.9 inci iaitu 42cm.

Minggu ke-33

Kehamilan adalah sesuatu perubahan besar dalam hidup wanita. Selain dari
tekanan fizikal seperti keletihan, loya, perubahan saiz dan bentuk badan, anda akan merasa
kebimbangan dalam melahirkan bayi, membesarkan bayi dan sebagainya. Walaubagaimanapun
tekanan yang berlebihan akan memudaratkan. Carilah masa untuk bersantai dan jika anda takut
untuk menghadapi kelahiran, jangan baca kisah-kisah kelahiran orang lain yang menyakitkan.
Anggap ia sesuatu yang indah apabila anda akan mendakap bayi yang anda impikan kelak.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai berat kira-kira 2kg dan panjangnya pula 19 inci bersamaan 43cm.
Walaupun warna mata bayi anda tidak berapa kelihatan pada awal kehamilannya nanti tetapi
warna iris sudah mula kelihatan ketika ini.

Minggu ke-34

Masa ini ada perlu membuat keputusan samada bayi anda akan menyusu
penuh dengan susu ibu dan sebagainya. Jika anda ingin memberi bayi anda sepenuhnya
dengan susu ibu, carilah breast-pump yang berkualiti memerah susu dengan baik. Ianya
mungkin memerlukan anda berkorban sedikit wang untuk membeli breast-pump yang berkualiti.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Dengan satu lapisan lemak putih di bawah kulit bayi anda, bayi anda tidak lagi kelihatan
kemerah-merahan. Jari jemari bayi sudah agak panjang tetapi kuku tidak sepenuhnya tumbuh.
Bayi anda kini mempunyai berat 2.25kg dan panjangnya pula ialah 19.8 inci bersamaan dengan
44cm.

Minggu ke-35

Minggu ini anda boleh mula mencari nama untuk bayi anda.
Pilihlah nama yang baik-baik dan indah maknanya untuk bayi lelaki dan perempuan (anggap
anda tidak pasti dengan jantina bayi anda walaupun anda sudah melihatnya pada mesin
pengimbas ultrasound)
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Berat bayi anda kini 2.5kg dan lebih kurang 45cm panjang. Kini anda sudah berupaya melihat
pergerakan bayi pada perut anda. Seronok jika mengamatinya bergerak ke kiri dan ke kanan di
dalam perut anda. Daripada masa ini, bayi akan menukar posisi kedudukannya kepada
kedudukan kelahiran dimana kepala bayi menghala ke bawah. Kurang daripada 5% menghadapi
masalah punggung bayi ke bawah atau kakinya kebawah. Doktor menggalakkan kedudukan
kepala ke bawah adalah cara yang paling selamat melahirkan bayi jika tidak bayi mungkin
menghadapi sedikit masalah dan perlukan rawatan kecemasan.

Minggu ke-36

Sekarang anda akan melahirkan anak anda dalam beberapa minggu lagi.
Anda mungkin memikirkan apa yang dilakukan oleh bayi anda sebelum ia dilahirkan. Isi masa
anda dengan pelbagai bacaan berilmiah mengenai bayi dan penjagaannya.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Ruang untuk bayi bergerak di dalam perut anda semakin sempit. Bayi membesar sedikit
perlahan sehingga dilahirkan kelak. Bulan ini berat bayi akan meningkat sekitar 25% sahaja.
Sebagai contohnya, bayi akan mempunyai berat sekitar 2.75kg dan panjang 21 inci atau 46cm
tetapi apabila tiba waktu kelahiran kelak, berat bayi sekitar 3.4kg dan panjangnya sekitar 54cm.
Berat dan panjang ini adalah purata berat dan panjang bayi. Sesetengah bayi mungkin lebih
kecil dan ada yang lebih besar.
Sekitar minggu ini, bayi berkembang dan tiada masalah jika ia dilahirkan pada bila-bila masa
mulai sekarang. Paru-parunya telah mula matang untuk bernafas apabila lahirnya kelak. Ruang
yang sempit ini menyukarkan bayi untuk bergerak dan kadangkala anda tidak merasa ia banyak
bergerak seperti sebelum ini.

Minggu ke-37

Anda mungkin tertanya-tanya tentang adakah anda berdaya untuk melawan


sakit sewaktu bersalin kelak. Banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah semoga
segalanya berjalan dengan lancar.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda memperolehi antibodi penting daripada anda untuk melindunginya nanti
memandangkan bayi yang baru lahir lemah dari ancaman melawan penyakit. Jika anda memilih
untuk memberinya susu ibu selepas dilahirkan, ianya satu pilihan yang bijak kerana bayi akan
terus menerima antibodi serta pengimunan semula jadi daripada anda. Para doktor menasihati
agar penyusuan terus daripada susu ibu sehingga bayi berusia 6 bulan. Berat bayi anda kini 3kg
dan panjangnya pula 21 inci iaitu 37cm.
Jika anda memilih untuk menyusukan, anda akan menjadi tambahan ke atas pada kekebalan
selepas kelahiran. Bayi anda menerima 'pengimunan semula jadi' untuk enam bulan lagi selepas
kelahirannya dengan susu ibu. Para doktor akan menasihatkan bahawa anda telah bayi anda
melalikan permulaan pada umur dua bulan. Bayi anda menimbang hampir 6.5lb (3kg) dan

adalah berkenaan 21in (47cm) lama.

Minggu ke-38

Pada peringkat ini anda mungkin merasakan bayi anda telah mula turun ke uterus
iaitu kedudukan yang paling baik untuk melahirkan bayi. Sekarang, proses kelahiran sedang
bermain-main difikiran anda.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada peringkat ini bayi telah mula mengambil tempatnya iaitu kepala ke bawah untuk
memudahkan proses kelahiran. Posisi ini adalah posisi mejoriti bayi-bayi yang akan dilahirkan
kelak. Bagaimanapun, jika bayi anda masih belum berada di dalam posisi yang sepatutnya, dia
masih mempunyai dua minggu lagi untuk mendapatkan kedudukan yang tepat.

Anda mungkin juga menyukai