Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGU

KEDUABELAS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

BILANGAN JURNAL : KE- 12


MINGGU PRAKTIKUM : KEDUABELAS
TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN : 18 – 22 APIL 2010
TAJUK JURNAL : MASALAH MURID TIDAK MENONJOL DIRI DALAM KELAS

1. MASALAH / PERISTIWA

Satu lagi masalah yang telah saya menghadapi adalah, masalah murid tidak
menonjol diri dalam kelas. Didapati segelintir murid dalam kelas saya yang tidak banyak
mendampingi diri dan tidak suka menonjolkan diri dalam kelas. Keadaan ini telah
menyebabkan saya tidak dapat membaca sikap dan masalah yang mereka hadapi.
Kebiasaannya murid yang lemah yang menimbulkan masalah ini.

2. ANALISIS

Di dalam kelas, saya terdapat sesetengah pelajar yang tidak suka menonjolkan
diri dalam kelas. Mereka juga kurang mengangkat tangan apabila guru tanya soalan
kepada murid. Apabila guru sendiri memberi peluang kepada murid untuk menjawab
mereka tidak menggunakan peluang tersebut. Mereka hanya diam sahaja apabila minta
jawapan. Antara nama pelajar yang menimbulkan masalah ini adalah Kishshedran,
Kugendran dan ramai lagi. Masalah ini, dapat dilihat dengan jelas semasa
melaksanakan aktiviti drama.
3. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Bagi mengatasi masalah ini, pada mulanya saya akan mengadakan aktiviti
hujahan dalam kelas. Saya akan meminta beberapa orang untuk berhujah dengan
menyatakan pandangan dan pendapat mereka. Saya juga akan memberi ganjaran
kepada orang yang memberi jawapan yang penuh dan betul. Selain itu, saya juga akan
menjalankan aktiviti yang membolehkan murid-murid boleh menjawab. Antaranya
adalah kuiz, drama, permaianan dana banyak lagi.

4. TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN

Dengan ini, saya akan mengadakan aktiviti kumpulan, permainan dalam kelas.
Aktiviti yang seronok akan dapat menarik minat murid untuk menjadi aktif dalam kelas.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai