Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal : ke – 7

Minggu Praktikum : Ketujuh

Tarikh / peristiwa : 7 – 11 Mac 2016

Tajuk Jurnal : Minggu Peperiksaan

Pada minggu ketujuh ini, kesemua murid di SK Taman Bukit Teratai menduduki ujian
bulanan yang berlangsung selama seminggu. Bagi tahap 1 (tahun 1,2 dan 3) ujian mereka
berlangsung selama 3 hari sahaja yang bermula dari hari isnin sehingga hari rabu. Manakala
bagi murid tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) pula ujian mereka berlangsung sepanjang 4 hari yang
bermula dari hari isnin sehingga hari khamis. Sesi pengajaran dan pembelajaran pada minggu
tersebut hanya berlangsung selepas waktu rehat tetapi tidak kesemua kelas seperti itu kerana
terdapat juga kelas yang tamat peperiksaan lewat seperti tahap 2.

Pada minggu peperiksaan ini, saya telah diberi tugas untuk menjaga kelas sewaktu
peperiksaan dijalankan. Sepanjang saya menjaga kelas tidak kira dari tahap satu atau dua.
Terdapat pelbagai ragam mereka semasa menjawab kerana ada diantara mereka yang berbual,
berjalan ke tempat rakan, cuba menjeling melihat kertas jawapan dan bising. Perkara ini saya
cuba kurang dengan memberi nasihat supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut kerena ia
akan mengganggu rakan lain yang sedang menjawab soalan.

Disemak oleh Guru Pembimbing : Di Semak oleh Pensyarah Pembimbing :

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal : ke – 8

Minggu Praktikum : Kelapan

Tarikh / peristiwa : 14 – 18 Mac 2016

Tajuk Jurnal : Cuti Penggal Semester 1

Proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan kerana kesemua warga
Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Teratai bercuti sempena cuti penggal pertama. Sesi
pengajaran dan pembelajaran akan disambung pada minggu hadapan yang bermula pada hari
isnin (21 Mac 2016).

Disemak oleh Guru Pembimbing : Di Semak oleh Pensyarah Pembimbing :

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal : ke – 9

Minggu Praktikum : Kesembilan

Tarikh / peristiwa : 21 – 25 Mac 2016

Tajuk Jurnal : Masalah kerjasama dalam kumpulan

Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini adalah masalah murid tidak menunjukkan
semangat kerjasama dalam kumpulan. Apabila guru meminta murid memilih ahli kumpulan
sendiri, mereka bertengkar antara satu sama yang lain kerana berebut ahli kumpulan dan
apabila guru membahagikan kumpulan secara rawak, mereka tidak dapat berkomunikasi
dengan baik dan tidak dapat memainkan peranan dalam kumpulan dengan baik.

Masalah ini terjadi kerana ada rasa berpuak-puak antara mereka. Saya mengatakan
sedemikian berikutan murid yang kurang bijak tidak dapat bercampur dengan murid yang bijak
kerana tidak diterima dan perkara ini lebih kepada unsur diskriminasi. Bagi mengatasi masalah
ini, saya telah memikirkan 2 cara yang berkemungkinan mampu mengatasi masalah ini.

1. Guru perlu membahagi secara seimbang dimana terdapat murid pandai dan kurang
pandai
2. Guru perlu menerapkan nilai kerjasama dalam diri murid agar mereka dapat
menunjukkan sikap kerjasama antara ahli kumpulan

Disemak oleh Guru Pembimbing : Di Semak oleh Pensyarah Pembimbing :

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal : ke – 10

Minggu Praktikum : Kesepuluh

Tarikh / peristiwa : 28 Mac – 1 April 2016

Tajuk Jurnal : menangani masalah disiplin murid di dalam kelas

kita sedia maklum bahawa setiap murid ini mempunyai kerenah yang bermacam-
macam. Kadang kala mampu memberi tekanan kepada saya sebagai guru mengajar. Semasa
saya mengajar banyak murid yang tidak memberikan tumpuan ketika mengajar kerana ada
diantara mereka berbual dengan rakan, suka menjerit dan mengganggu rakan. Perkara ini
sedikit sebanyak mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

jadi sebagai langkah yang perlu saya ambil terhadap murid ini adalah dengan
mengenakan pendekatan positif seperti memberikan gula-gula kepada murid yang senyap
semasa belajar. Selain itu, saya turut menggunakan psikologi seperti menyuruh murid senyap
sekiranya hendak pulang ke rumah. Perkara ini dapat membantu memperbaiki cara kawalan
kelas ketika mengajar.

Disemak oleh Guru Pembimbing : Di Semak oleh Pensyarah Pembimbing :

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal : ke – 11

Minggu Praktikum : Sebelas

Tarikh / peristiwa : 4 – 8 April 2016

Tajuk Jurnal : Aktiviti Menghias Halaman Sekolah

Pada minggu ini, saya dan rakan praktikum yang lain telah diberi tanggungjawab oleh
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Puan Fatimah untuk menghias halaman sekolah. Kami
ditugaskan untuk mengecat semula tayar terpakai untuk dijadikan pasu bunga bagi menghias
kawasan sekolah. Aktiviti ini turut dibantu oleh Yand Dipertua PIBG sebagai tanda sokongan
beliau terhadap aktiviti yang kami jalankan. Aktiviti ini mengambil masa selama 5 hari bermula
dari hari isnin sehingga jumaat.

Pada mulanya kami mengalami beberapa masalah dalam menyiapkan hiasan pasu
bunga ini kerana kami perlu menggunakan cat minyak sebagai bahan mewarna. Ini kerana
setiap kali cat terkena pada tangan akan menyebabkan warna tersebut sukar ditanggal dari kulit
dan memaksa kami menghilangkan kesan tersebut menggunakan minyak tanah. Jalan
penyelesaian yang kami ambil adalah dengan memakai sarung tangan tebal bagi mengelakkan
cat tidak terkena pada tangan.

Kami juga bertugas menjaga tayar yang telah dicat ini secara bergilir-gilir kerana diantara kami
perlu menghadirkan diri ke kelas untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
kami perlu menjaga tayar tersebut kerana khuatir akan ada murid yang memegang tayar yang
telah dicat itu.

Disemak oleh Guru Pembimbing : Di Semak oleh Pensyarah Pembimbing :

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai