Anda di halaman 1dari 1

Bilangan Jurnal : ke 3

Minggu Praktikum : 1

Tarikh Peristiwa/Kejadian : 28 JAN 2016

Tajuk : sesi perkenalan bersama dengan murid

Pada hari khamis bersamaan dengan 28 Jan 2016, kami tiba di sekolah seperti
biasa. Sesampai sahaja di bilik guru kami berbincang mengenai masalah-masalah
yang dihadapi sepanjang minggu ini.

Sesudah itu kami telah mendapat slip kelas ganti. Setiap seorang daripada kami
telah mendapat 4 jam seorang bagi menggantikan guru yang tidak dapat datang ke
sekolah atas alasan-alasan tersebut.

Kami sempat berjumpa dengan PK Kokurikulum iaitu En Ibrahim bagi


membincangkan mengenai kelas ganti yang diberikan terlalu banyak sehingga
menyebabkan kami guru praktikum tidak mempunyai masa untuk membuat tugasan.

Selepas itu, kami juga sempat bertanyakan mengenai jadual yang akan diberikan
pada hari jumaat dan telah membincangkan mengenai jam yang sepatutnya
diberikan pada guru-guru praktikum.

Selepas itu, kami pun masuk kelas ganti masing-masing dan membuat sesi
perkenalan bersama dengan murid-murid. Pada pukul 1.20 petang kami pun balik ke
rumah masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai