Anda di halaman 1dari 1

DOA PERPISAHAN PUAN HJH ASNIA

Ya Allah Ya Rahman Ya RAHIMM…Engkaulah Pengurnia kenikmatan dan


kesejahteraan

Kami rafakkan kesyukuran atas izin dan inayah Mu , dengan nikmat kesihatan dan
kesejahteraan Mu, dengan nikmat ketenangan dan ketenteraman Mu, dapat kami
berkumpul pd pagi yg berbahagia ini dlm Majlis sempena perpisahan Guru Besar yg
amat kami sayangi Pn Hjh Asnia Bt Yusoff.

Ya Allah Tuhan yang menyampaikan segala hajat dan permintaan,

Sesungguhnya kami amat menyedari dengan penuh keinsafan bahawa kami hamba
Mu tidak terlepas dari sunnah alam kurniaan Mu, kegelapan malam disulami dengan
siang terang benderang, setiap pertemuan ada detik perpisahan, justeru dengan
kudrat dan iradah Mu serta kuasa kun fayakun Mu, jadikan majlis bersama insan
yang diraikan sebagai pertemuan yang penuh keberkatan dan kasih sayang,
perpisahan selepasnya, penuh dengan kesejahteraan dan keamanan.

Ya zaljalaliwal ikram,

Sesungguhnya Engkau amat menyayangi hamba Mu yang apabila melaksanakan


tugasan dan amanah dengan tekun dan teliti sehingga mencapai tahap cemerlang,
oleh itu kurniakanlah kepada insan yang kami raikan, Pn Hjh Asnia Bt Yusoff,
pemimpin kami yg tidak pernah kenal erti lelah, penggerak kami yg sentiasa positif
tatkala kami jatuh gugur, dia jualah pencetus inspirasi buat guru-guru untuk
memanusiakan manusia untuk terus menyumbang bakti menabur jasa di tempat
baru dengan penuh iltizam.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Penyayang,


Jadikan tangisan perpisahan sebagai benteng kami daripada api neraka kerana titisan
air mata yang tumpah ke tanah lantaran eratnya ukhuwwah, kukuhnya mahabbah
dalam suasana kerja penuh mawaddah sesungguhnya hidup bersaudara tersangat
indah.

Ya Allah berilah bahagia kepadanya, hapuskan dukanya, berkatkan rezekinya,


kurniakan ksihatan yg brpanjangan buatny, kukuhkan hatinya dalam melalui denai
kehidupan semakin mencabar ini,

Semoga hari-hari yang telah berlalu di SK TENGKERA DUA dengan segala kenangan
suka duka, susah senang, pahit manis melalui kesatuan hati dan emosi, keserasian
minda serta tindakan, mendapat ganjaan dari al-Rahman, kepada Allah kita berserah
moga amalan mendapat berkah.

YA AZIZ YA GHAFURR
AmpunkanLAH dosa2 kami, dosa2 ibubapa kami dan dosa sekelian Muslimin dan
Muslimat walau di manapun berada.

Anda mungkin juga menyukai