Anda di halaman 1dari 1

DOA PERPISAHAN GURU BERPINDAH

‫ِبْس ِم اِهلل الَّرمْح ـِن الَّر ِح ْيِم‬


‫ا َاَحْلْم ُد ِ ِهلل َر ِّب اْلَعاَلِم َنْي َو اْلَعاِقَبُة ِلْلُم َّتِق َنْي َو َال ُعْد َو اَن ِإَّال َعَلى الَّظاِلِم َنْي َو الَّصَالُة َو الَّسَالُم َعَلى‬
‫ِه ِع‬ ‫ِلِه‬ ‫ِل‬ ‫ِء‬ ‫ِف‬
‫َأْش َر ْاَألْنِبَيا َو اْلُمْر َس َنْي َو َعَلى َءا َو َصْح ِب َأَمْج َنْي‬.
Ya Allah Engkaulah Pengurnia kenikmatan dan kesejahteraan
Kami rafakkan kesyukuran atas izin dan inayah Mu , dengan nikmat kesihatan dan
kesejahteraan Mu, dengan nikmat ketenangan dan ketenteraman Mu, kami dapat
menghadiri Majlis sempena meraikan pertukaran Puan _____________________________
pada pagi yang berbahagia ini.

Ya Allah Tuhan yang menyampaikan segala hajat dan permintaan,


Sesungguhnya kami amat menyedari dengan penuh keinsafan bahawa kami hamba Mu
tidak terlepas dari sunnah alam kurniaan Mu, kegelapan malam disulami dengan siang
terang benderang, setiap pertemuan ada detik perpisahan, justeru dengan kudrat dan
iradah Mu serta kuasa kun fayakun Mu, jadikan majlis bersama insan yang diraikan sebagai
pertemuan yang penuh keberkatan dan kasih sayang, perpisahan selepasnya, penuh dengan
kesejahteraan dan kedamaian.

‫يا اهلل يا قدير يا عظيم يا حليم يا جبار انك على كل شىيء قدير‬
Sesungguhnya Engkau amat menyayangi hamba Mu yang apabila melaksanakan tugasan
dan amanah dengan tekun dan teliti sehingga mencapai tahap cemerlang, oleh itu
kurniakanlah kepada insan yang kami raikan, Puan ________________________, pendidik
bangsa, pencinta budaya untuk terus menyumbang bakti menabur jasa di tempat baru
dengan penuh iltizam.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Penyayang,


Jadikan tangisan perpisahan sebagai benteng kami daripada api neraka kerana titisan air
mata yang tumpah ke tanah lantaran eratnya ukhuwwah, kukuhnya mahabbah dalam
suasana kerja penuh mawaddah sesungguhnya hidup bersaudara tersangat indah.

Ya Allah berilah bahagia kepadanya, hapuskan dukanya, berkatkan rezekinya, sihatkan


jasmaninya, ikhlaskan hatinya dalam melalui denai kehidupan semakin mencabar, kerja
pendidik menuntut sabar insya Allah ganjaran menanti daripada al-Jabbar. Jadikanlah segala
amal bakti yang dicurahkan dalam perkhidmatan selama di sekolah ini sebagai satu ibadah
yang mendapat keberkatan dan kerahmatan daripadamu.

Semoga hari-hari yang telah berlalu di SK ________________ dengan segala kenangan suka
duka, susah senang, pahit manis melalui kesatuan hati dan emosi, keserasian minda serta
tindakan, mendapat ganjaran daripada al-Rahman, kepada Allah kita berserah moga amalan
mendapat berkah. Ampunkan dosa kami, dosa ibubapa kami dan dosa sekelian Muslimin
dan Muslimat walau di mana berada

‫َر َّبَنا َءاِتَنا ىِف الُّد ْنَيا َح َس َنًة َو ىِف ْاآلِخ َر ِة َح َس َنًة َو ِقَنا َعَذ اَب الَّنار َو َص َّلى اهللُ َعَلى َس ِّيِدَنا َحُمَّم ٍد َو َعَلى‬
‫ِم‬ ‫ِهلل‬ ‫ِه ِع‬ ‫ِلِه‬
‫َءا َو َصْح ِب َأَمْج َنْي َو اَحْلْم ُد ِ َر ِّب اْلَعاَل َنْي‬

Anda mungkin juga menyukai