Anda di halaman 1dari 2

DOA JAMUAN AKHIR TAHUN

‫صحْ ِب ِه َأجْ َم ِعي َْن َوِإلى‬


َ ‫صلَّى هللاُ َع َل ْي ِه َو َسلَّ َم َو َع َلى آلِ ِه َو‬ َ ‫إ َلى َحضْ َر ِة ال َّن ِبيِّ ْالمُصْ َط َفى‬
ِ ‫ت َشيْ ٌء هَّلِل‬ َ ‫ت اَألحْ َيا ِء ِم ْن ُه ْم َواَأل‬
ِ ‫مْوا‬ ِ ‫ت َو ْالمُْؤ ِم ِني َْن واَ ْلمُْؤ ِم َنا‬
ِ ‫َكا َّف ِة ْالمُسْ لِ ِمي َْن َو ْالمُسْ لِ َما‬
، ‫ الحمد هلل الذي هدانا لهذا وماكنا لنهتدي لوال أن هدانا هللا‬... ‫َل ُه ُم ْال َفات َِح ُة‬
‫ والصالة والسالم على سيد األنام بلغ الرسالة ونصح األمة وكشف الغمة‬.

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,


Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami
untuk berada dan menghadiri …………………………………………………………………..
Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki ,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-
Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan
menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami memohon kehadrat-Mu
semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai salah satu wadah untuk kami
bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami dan juga
demi membangunkan dan memartabatkan
Sekolah ........................................................................... di persada arus
perdana kecemerlangan pendidikan negara. Satukanlah hati-hati kami sebagai
murrabi, azatizah, pendakwah, pencetus trnformasi yang mampu menghadapi
cabaran yang semakin hebat.
Amin Ya Rabbal’alamin Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka
kuatkanlah kami dalam kerja berpasukan ; Kurniakanlah kami kekuatan
kesatuan hati umpama kesatuan hati pemuda ashabul kahfi , sehingga kami
mampu mengharungi susah senang, suka duka, pahit manis bersama dalam
melaksanakan amanah dan tugas kami , Jadikanlah hati-hati kami mampu
meleburkan segala kepentingan peribadi demi mencapai semangat kekitaan
yang tinggi demi merealisasikan cita-cita yang murni.
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami
nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ;
kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami
untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami dan sahabat
sejawatan kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda
berbuat demikian; Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan
bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan
masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi
mungkar .
ya Allah kami amat menyedari dengan penuh keinsafan bahawa kami hamba-
Mu tidak akan terlepas dari sunnah alam kurniaan-Mu, kegelapan malam
disulami siang yang terang benderang, setiap pertemuan itu ada detik
perpisahannya, justeru dengan kudrat dan iradah-Mu serta kuasa ungkapan
kun fayakun-Mu , maka jadikanlah pertemuan kami bersama insan yang
diraikan sebagai pertemuan yang dipenuhi dengan keberkatan dan kasih
sayang, jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang penuh
dengan kesejahteraan dan keamanan.
. ‫ َوارْ ُز ْق ُه م َِن ْال َحالَ ِل َو َج ِّن ْب ُه َع ِن ْال َح َر ِام‬، ‫ َوَأ ْت ِم ْم ِن َّي َت ُه َو َت َق َّب ْل ضِ َيا َف َت ُه‬، ‫الط َع ِام‬
َّ ‫ِب َه َذا‬ َ ‫صاح‬ َ ْ‫اللَّ ُه َّم َباِرك‬
‫ت َس ْهالً َر َّب َنا َظلَ ْم َنا َأ ْنفُ َس َنا َوِإنْ لَ ْم َت ْغفِرْ لَ َنا‬َ ‫ت َتجْ َع ُل ْالح ُْز َن ِإنْ شِ ْئ‬ َ ‫اللَّ ُه َّم الَ َس ْه َل ِإالَّ َما َج َع ْل َت ُه َس ْهالً َوَأ ْن‬
‫ار وصلى هللا‬ َ ‫ لَ َن ُك ْو َننَّ م َِن ْال َخاسِ ِري َْن َر َّب َنا آ ِت َنا ِفي ال ُّد ْن َيا َح َس َن ًة َ ِوفي اآلخ َِر ِة َح َس َن ًة َوقِ َنا َع َذ‬I‫َو َترْ َحمْ َنا‬
ِ ‫اب ال َّن‬
‫هلل َربِّ ْال َعالَـ ِمي َْن‬ ِ ِ ‫على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين َو ْال َحمْ ُد‬

Anda mungkin juga menyukai