Anda di halaman 1dari 1

BACAAN DOA SEMPENA MAJLIS PEMBUKAAN

TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT PASUKAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Amat Penyayang,


Sesungguhnya Segala Pujian hanyalah untukmu Ya Allah, Tuhan yang mempunyai
kekuasaan dan zat yang tiada tandingan, tiada daya upaya kami sebagai hambamu
yang daif ini melainkan sentiasa mengharapkan limpah ihsan dan rahmat mu.
Berkatkanlah Ya Allah sepanjang yang kami lalui dengan penuh keredhaan dan
keampunan Mu.

Ya Allah
Tuhan yang menganugerah keselamatan dan kesejahteraan, di malam yang
mulia ini sempena majlis PEMBUKAAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT
PASUKAN ini kami panjatkan kesyukuran ke hadratmu Ya Allah dengan limpah
kurniamu kami dapat berhimpun dan berkumpul menadah tangan memohon
keampunanmu.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim


Tuhan yang menyempurnakan segala hajat dan permintaan, kami pohonkan
limpah ihsan mu semoga apalah kiranya memberi hidayah dan riayah mu kepada
kami kukuhkan perpaduan, pereratkan hubungan silaturrahim diantara kami
permudahkanlah segala urusan yang akan kami laksanakanya.

Ya Allah,
Kurniakanlah ketabahan dan kesungguhan kepada kami dalam
melaksanakan amanah Mu. Tetapkanlah iman dan keyakinan di sudut hati-hati
kami, pancarkanlah sinar hidayah serta taufiq Mu yang berpanjangan. Tujukkan lah
kami kejalan yang lurus, jalan yang Engkau telah beri nikmat kepada mereka
bukanya jalan orang yang Engkau murkai dan jalan–jalan orang yang sesat.

Ya Allah, Keluarkan kami dari kegelapan ragu-ragu, kurniakanlah kami


dengan sinar kefahaman, bukakanlah pintu hati-hati kami, bukakanlah bagi kami
pintu ilmu, dan hiasilah kami dengan akhlak yang baik dan kasih sayang.

Ya allah jadikanlah majlis kami mendapat rahmat dan perpisahan kami nanti
mendapat berkat.

Anda mungkin juga menyukai