Anda di halaman 1dari 2

Doa Mesyuarat Agung PIBG

.
Ya Allah, Kami rafakan kesyukuran penuh pengharapan, kurniakanlah
pertemuan kami ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami
memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada
segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
Ya Zaljalaliwalikram, Berkatilah majlis ini, kurniakanlah rahmah dan
hidayahMu , agar Mesyuarat Agung PIBG pada pagi ini berjalan dengan
lancar dan penuh dengan kebaikan. Semoga dengan inayahMu jua kami
mendapat idea-idea yang baik dan bernas untuk memajukan dan
meningkatkan pencapaian akademik serta sahsiah pelajar-pelajar sekolah
ini.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinanMu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan
yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan
semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul
tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan pendidik , berusaha
menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti
akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di
arena pendidikan perdana amnya.
Kurniakanlah jua kepada kami anggota yang sihat lagi kuat, minda yang
cerdas lagi terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi
mantap. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa
berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan
negara. Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak kami jasmani
dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin
takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal yang istiqomah
digenggam keikhlasan.
Ya Allah! Perbaikilah hubungan silaturrahim diantara kami dan lembutkan
antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan keselamatan dan lepaskan
kami daripada kegelapan kepada cahaya dan jauhkan kami daripada
sebarang kejahatan samada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah,
kurniakanlah keberkatan pada pendengaran dan penglihatan kami , hatihati kami dan keluarga kami , keturunan kami dan terimalah taubat kami,
sesungguhnya Engkau Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang ,
jadikanlah kami orang yang bersyukur di atas segala nikmatMu, sentiasa
memujiMU atas segala anugerahMu, menerima dengan redha setiap
pemberianMu dan sempurnakan nikmatMu ke atas kami.

Ya Allah. Jadikanlah sebaik-baik umur kami hingga akhirnya dan sebaikbaik perbuatan kami hingga kesudahannya dan sebaik-baik hari kami,
disaat kami bertemuMu.

Anda mungkin juga menyukai