Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal :3

Minggu Praktikum : Ketiga


Tarikh Peristiwa : 9 Mei 2022
Tajuk Jurnal : Keceriaan dan kebersihan kelas

1. Masalah/ peristiwa
Setelah dua minggu saya berada dan mengajar di sekolah tersebut, saya mendapati masalah utama
yang perlu saya beri perhatian terlebih dahulu ialah keadaan dan kebersihan kelas. Hal ini kerana,
keadaan kelas dan kebersihan menjadi salah satu aspek penting dalam menjalani pembelajaran.
Salah satu faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran murid ialah suasana dan iklim
bilik darjah (Rosnini dan Ramlah, 1998). Salah satu aspek yang perlu diambil berat dalam
mewujudkan iklim bilik darjah yang baik ialah suasana fizikal. Penyelidikan menunjukkan suasana
fizikal bilik darjah memberi sumbangan kepada tahap pembelajaran murid. Guru perlu memastikan
susun atur di dalam bilik darjah mesti teratur dan kelengkapan bilik darjah yang mencukupi sebelum
memulakan sesi persekolah atau pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru perlu memastikan
bilik darjah berada dalam keadaan bersih dan sesuai untuk mengadakan proses pengajaran dan
pembelajaran.

2. Analisis masalah
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:

a) Kesedaran murid tentang keceriaan dan kebersihan kelas dan diri sendiri berada ditahap
yang amat rendah.
b) Kepentingan kebersihan kelas dan diri bagi pembelajaran amat kurang dalam diri setiap
murid.
c) Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga kebersihan kelas.
d) Sikap malas dalam diri murid untuk membersihkan kelas.
e) Sikap sambil lewa murid-murid terhadap kebersihan kelas.

3. Cadangan

a) Saya akan meminta murid-murid mengutip sampah yang berada di bawah meja dan di
sekeliling mereka selepas bacaan doa.
b) Saya memperuntukkan 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas dan bersedia untuk
sesi pangajaran dan pembelajaran.
c) Menasihatkan murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam islam.
d) Saya cuba memberi motivasi dan kesedaran kepada murid-murid dengan membuat
hubungkait di antara kebersihan, proses belajar dan kehidupan mereka boleh dan
bersesuaian.

4. Tempoh penyelesaian
9 Mei 2022 – 12 Mei 2022

5. Tindakan susulan
Saya akan merekod perkembangan kerbersihan kelas dalam jurnal refleksi akan datang.

Rujukan
Ragbir. (2011). Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif untuk KPLI (Sekolah Rendah). UG.Press
Selangor.

Kamarudin Hj Husin (1993) Pedagogi 3 Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Selangor Darul
Ehsan: Longman Malaysia Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai