Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL PRAKTIKUM

Minggu Praktikum: 6

Tarikh: 18 September 2022

Tajuk Jurnal: Kebersihan Kelas

1. Isu yang Difokuskan


Saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas 5 as-Siddiq
dan 4 As-siddiq. Pada minggu ini saya dapati tahap kebersihan di dalam kelas tersebut
berada pada tahap yang rendah. Hal ini disebabkan, terdapat sampah serta kertas-
kertas yang tidak dibuang di dalam tong sampah dan dibiarkan berada di atas lantai
kelas. Perkara ini menimbulkan suasana yang tidak kondusif untuk meneruskan sesi
pengajaran dan pembelajaran.

2. Analisis Isu yang Difokuskan


Berdasarkan analisis yang dibuat, kebersihan kelas tersebut berada pada tahap yang
rendah kerana terdapat sampah seperti plastik makanan yang tidak dibuang di dalam
tong sampah yang telah disediakan di luar kelas. Perkara ini menyebabkan kelas
kelihatan tidak bersih dan kondusif bagi para murid. Selain itu, faktor waktu selepas
rehat juga memberikan kesan kerana murid membawa baki makanan mereka dari
kantin dan membiarkan plastik makanan mereka berada di atas meja atau lantai kelas
Hal ini menyebabkan sampah berada di merata-rata tempat di dalam kelas walaupun
tong sampah sudah disediakan di luar kelas.

3. Kajian Lampau
Menurut Mok Soon Sang (2011), guru memainkan peranan sebagai perancang,
pengelola, pengarah dan pengawal di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, guru
memainkan peranan untuk membuat teguran agar murid bertindak dengan sewajarnya
bagi memastikan bilik darjah berada dalam keadaan yang kondusif sebelum memulakan
sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, menurut Syed Ismail & Ahmad Subki
(2010), kejayaan guru mengurus bilik darjah dapat dilihat melalui kejayaan guru
membentuk budaya displin, menghargai alam sekitar dan mematahu setiap arahan
yang diberikan oleh guru
4. Cadangan dan Idea Penyelsaian Masalah
Berdasarkan analisis isu yang telah dilakukan, saya mencadangkan beberapa idea
penyelesaian isu tersebut antaranya ialah :
I. Mewujudkan peraturan bahawa kelas mesti berada di dalam keadaan bersih
sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula
II. Berbincang dengan murid mengenai hukuman yang akan diberikan
III. Memberi hukuman terhadap murid yang membuang sampah di merata tempat di
dalam kelas

5. Tempoh Masa Penyelsaian


1 Hari

6. Tindakan Susulan
Saya akan mengambil tindakan dengan mewujudkan peraturan bahawa kelas mesti
berada di dalam keadaan bersih sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran
bermula. Selain itu, saya juga akan berbincang dengan murid mengenai hukuman
yang akan diberikan sekiranya terdapat murid yang melanggar peraturan yang
ditetapkan serta saya juga akan memberikan hukuman terhadap murid yang
membuang sampah di merata tempat di dalam kelas.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan


18 September 2022

8. Keberkesanan Langkah yang Dilaksanakan


Tindakan yang dilaksanakan dilihat berjaya dan memberikan kesan yang positif. Hal ini
dapat dilihat melalui keadaan bilik darjah yang nampak lebih bersih berbanding sebelum
ini. Murid juga dilihat membuang sampah di dalam tong sampah yang sudah
disediakan.

9. Kesimpulan
Saya berpuas hati dan gembira dengan perubahan yang terhasil daripada peraturan
yang diwujudkan. Murid juga dilihat mematuhi peraturan dengan baik dan sesi
pengajaran dan pembelajaran juga dapat dijalankan dengan baik dan di dalam keadaan
yang kondusif serta bersih berbanding sebelum ini.
Rujukan

Mok Soon Sang .(2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Maskon. (2010). Budaya dan Pembelajaran.
Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai