Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 2 TAHUN 3

TUGASAN 1 : PENULISAN
NAMA PELAJAR : MUHAMMAD HASIF BIN MOHD ASRI
ANGKA GILIRAN : 2020092340211
NO KAD PENGENALAN : 011022-03-0969
KUMPULAN/UNIT : PIM 6
KOD DAN NAMA KURSUS : PENGAJIAN AKHLAK (PIMK 3103)
NAMA PENSYARAH : USTAZ RAHIM BIN MOHAMED
TARIKH TERIMA : 24 JANUARI 2023
TARIKH HANTAR : 21 FEBRUARI 2023

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

1
KANDUNGAN

1.0) PENGHARGAAN…………………………………………………………………….3

2.0) PENGENALAN……………………………………………………………………….4

3.0) ISU SEKS SIBER…………………………………………………………………….4-5

4.0) PUNCA-PUNCA BERLAKU ISU KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA

4.1) Kurang Pemantauan Dari Ibu Bapa….…………………………………………….5-6

4.2) Pengaruh Media Sosial………………………………………………………………6-7

4.3) Kurang Didikan Agama & Moral……………………………………………………7-8

5.0) LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU KERUNTUHAN AKHLAK

5.1) Peranan Daripada Pihak Ibu Bapa…………………………………………………8

5.2) Pelaksanaan Kempen Kesedaran Secara Dalam Talian………………………..9

5.3) Pelaksanaan Sesi Bimbingan Dan Kaunseling…………………………………..9-10

6.0) KESIMPULAN…………………………………………………………………………10

7.0) LAMPIRAN…………………………………………………………………………….11

8.0) RUJUKAN……………………………………………………………………………..12

2
1.0) Penghargaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian
dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana memberi kekuatan kepada saya
dalam usaha menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustaz Rahim bin Mohamed selaku


pensyarah bagi kursus Pengajian Akhlak (PIMK3103) yang telah banyak memberi tunjuk
ajar kepada saya sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Semoga segala tunjuk ajar dan
pengorbanan tuan kepada saya akan dibalas oleh Allah. Selain itu, saya mendedikasikan
ucapan terima kasih kepada pusat pengajian Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali
Ismail kerana telah membekalkan dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada saya
dalam usaha melengkapkan tugasan kerja kursus ini dengan efisien.

Seterusnya, saya juga ingin memberikan penghargaan kepada keluarga saya


terutamanya ibu saya, Mazidah Binti Ali dan bapa saya, Mohd Asri Bin Ab Rahman yang
menjadi tulang belakang dan sentiasa memberi sokongan moral kepada saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Selain itu, tidak dilupakan kepada semua sahabat yang telah
membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung
dalam menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

3
2.0) PENGENALAN

Akhlak mampu mencerminkan keperibadian diri seseorang individu. Akhlak yang


baik dapat mendorong seseorang itu melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Imam Al-
Ghazali (w.550 H/1111 M) telah mengemukakan definisi akhlak sebagai suatu sifat yang
tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan baik dengan mudah
dengan tidak memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu (Siti Rohmah, 2021). Imam
Al-Ghazali menggariskan di sini bahawa akhlak merupakan satu sifat semula jadi yang ada
dalam diri seseorang itu tanpa perlu dipaksa untuk melakukannya. Dengan adanya akhlak
yang baik ini mampu mendorong seseorang itu menjauhi perkara dan perbuatakan yang
dapat merosakkan masa hadapan mereka. Kesimpulannya, akhlak itu merupakan tabiat,
adab, sifat semulajadi yang ada dalam diri seseorang individu tersebut dan diamalkan dalam
kehidupan harian. Tanpa akhlak yang mulia, maka berlakunya isu-isu keruntuhan akhlak
yang banyak terjadi dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja yang berpunca
daripada penerapan akhlak yang lemah dalam diri mereka seperti isu merempit, dadah,
clubbing, gangsterisme, ponteng, seks siber, anak luar nikah dan sebagainya.

3.0) ISU SEKS SIBER

Seperti mana yang kita lihat, semakin berkembang kemajuan teknologi pada masa
kini, semakin meningkat isu keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Hal ini kerana faktor
kemajuan teknologi menjadi salah satu medium penyebaran yang pantas tentang perkara-
perkara yang dapat meruntuhkan akhlak remaja pada masa kini. Antara salah satu isu yang
dikaitkan dengan kemajuan teknologi ialah seks siber dan ponografi. Seks siber ini dapat
didefinisikan sebagai salah satu perbuatan yang melakukan hubungan komunikasi dua hala
melalui perantaraan media sosial dengan menghantar mesej yang lucah sama ada
berbentuk ayat dan huruf atau foto yang berunsurkan lucah (Muhammad Adnan & Nurani,
2018). Isu seks siber ini meningkat seiring berkembangnya dengan kemajuan teknologi
pada masa kini. Menurut keratan akhbar, Pada tahun 2020, ia menunjukkan peningkatan
ketara iaitu sejumlah 596 kes atau 5.5 peratus daripada aduan keseluruhan manakala
statistik terkini (sehingga akhir Ogos 2021), jumlah aduan gangguan dalam talian ialah
sebanyak 301 kes atau mewakili 9.4 peratus aduan keseluruhan," kata Dr Mohd Khairie.
(Muhamaad Razis Ismail, 2021). (Rujuk (Rajah 1.0) bahagian Lampiran).

4
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan tersebut kita dapat lihat isu seks siber ini
semakin meningkat dari tahun ke tahun akibat kemajuan teknologi pada masa kini. Selain
itu, kita juga lihat, kanak-kanak sudah didedahkan dengan penggunaan gajet sejak dari kecil
lagi. Penggunaan gajet itu diberikan oleh ibu bapa kerana apabila kanak-kanak melihat gajet
mereka akan fokus kepada gajet dan tidak menganggu ibu bapa mereka serta tanpa
mendapat pengawasan daripada ibu bapa. Selain itu juga, remaja pada masa kini masing-
masing sudah memiliki gajet mereka tersendiri. Jadi penggunaan gajet mereka itu adalah
tanpa batasan dan mereka bebas melihat apa sahaja. Hal ini juga mampu mendorong
mereka ke arah isu seks siber yang berlaku secara dalam talian dan bermula daripada seks
siber ini juga mampu mendorong seseorang individu itu terlibat dengan seks luar nikah dan
isu zina. Dalam satu kajian lain, tabiat menonton ponografi ini mampu menyumbang ke arah
krisis keruntuhan akhlak di mana kesan tontonan membawa kepada ketagihan seksual yang
buruk dan tidak normal disebabkan penonton ponografi akan beraksi berdasarkan apa yang
dilihat, berfantasi dan berakhir dengan keputusan atau hasil yang merosakkan seseorang
(Nasarudin, Tengku Intan & Sabri, 2018). Selain itu juga seks siber dan ponografi ini juga
mampu membawa kepada masalah zina dimana Allah melaknat orang yang melakukan zina
berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Isra ayat 32 :

َٰ ًَ ‫ى ًۖ إنَّ ًهۥُ ك‬
َ ‫َان فَ ِحشَةً َو‬
َ ‫سا ٓ ًَء‬
ً‫س ِبيل‬ ِ ً‫َو ًَل ت َ ْق َربُوا‬
ِ ًَٰٓ َ‫ٱلزن‬
Artinya: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan
yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32).

4.0) PUNCA-PUNCA BERLAKU ISU KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA

4.1) Kurang Pemantauan Dari Ibu Bapa

Antara salah satu punca berlakunya isu keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
ialah kurangnya pemantauan daripada ibu bapa. Hal ini kita lihat kebanyakan ibu bapa pada
zaman sekarang sibuk bekerja demi anak-anak mereka tanpa mereka mengambil berat
aktiviti harian anak-anak mereka. Mereka menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab
mendidik itu kepada guru sekolah sedangkan ibu bapa merupakan insan yang paling dekat
dan lebih mengenali anak-anak mereka. Ibu bapa juga tidak sempat meluangkan diri untuk
keluar bercuti bersama anak-anak dan juga tidak mengambil peluang untuk mendengar
permasalahan anak-anak mereka kerana terlalu pentingkan pekerjaan. Ibu bapa perlu sedar
bahawa mereka merupakan pendidik pertama dan pendidik berterusan kepada anak dan

5
merupakan orang yang paling bertanggungjawab dalam proses pembangunan dan
pembesaran anak-anak kerana anak yang diasuh dan dididik oleh ibu bapa ini akan
membesar dengan apa jua ilmu yang dibekalkan oleh ibu bapanya dan juga mempelajari
pelbagai sikap dan tingkah laku yang terjana dalam persekitaran keluarag (Suresh Kumar,
2021).

Oleh itu bekalan ilmu dan akhlak itu penting untuk diberikan oleh ibu bapa kepada
anak mereka. Jadi apabila anak-anak tidak memperolehi ilmu tersebut dan berasa jauh
dengan ibu bapa mereka, maka mereka lebih berani untuk mencuba perkara baharu kerana
mereka merasakan tiada siapa yang mempedulikan mereka. Selain itu juga, ibu bapa pada
zaman sekarang banyak mendedahkan anak-anak mereka dengan gajet dari kecil lagi
supaya anak-anak fokus pada gajet dan tidak menganggu mereka. Apabila anak-anak
dibiarkan menggunakan gajet tanpa pengawasan hal ini mendorong mereka terdedah
dengan perkara-perkara yang dapat menjerusmuskan mereka ke dalam isu keruntuhan
akhlak seperti seks siber pengaruh rempit, penyalahgunaan dadah, seks luar nikah dan
sebagainya. Melalui gajet ini remaja akan lebih terdedah dengan dunia luar dan menjadi
mangsa kepada pengaruh isu tersebut. Jika mereka sudah mula terdedah dengan isu
keruntuhan akhlak ini, maka amat sukar untuk mereka melarikan diri kerana maklumat-
maklumat peribadi mereka didedahkan dan mereka akan mula seronok melalukan perkara
tersebut.

4.2) Pengaruh Media Sosial

Pada zaman kini, setiap individu itu tidak terlepas daripada penggunaan media sosial
dalam kehidupan mereka. Boleh dikatakan setiap individu itu mempunyai akaun media
sosial yang sering dilayari mereka pada setiap hari sama ada golongan muda mahupun tua
dan tidak terlepas juga buat golongan remaja yang mana kita lihat kehidupan mereka
banyak dihabiskan di media sosial sahaja. Kemajuan teknologi komunikasi terus
berkembang pesat tidak hanya di ruang publik, tetapi juga memasuki ruang perivasi setiap
individu (Harry Purwanto, 2021) Jadi media sosial merupakan medium yang cepat dan
pantas dalam penyebaran maklumat-maklumat dan berita yang dapat merosakkan akhlak
dan minda remaja pada masa kini kerana zaman remaja merupakan zaman dimana mereka
mempunyai keinginan untuk mencuba perkara baharu. Jadi isu-isu yang boleh merosakkan
akhlak remaja sangat banyak disebarkan di media sosial.

6
Selain itu juga, kita dapat lihat banyak akaun-akaun kumpulan di media sosial
dicipta bagi mengumpulkan golongan remaja dan di dalam kumpulan tersebut juga mulalah
berlakunya isu-isu penyebaran perkara yang tidak diingini seperti video mereka melakukan
aksi seperti merempit, merokok, menghisap dadah, ponteng, clubbing dan sebagainya. Jadi,
apabila golongan remaja melihat aksi tersebut mereka mempunyai keinginan untuk
mencuba sesuatu perkara baharu tanpa berfikir panjang akibat buruk jika terjebak dengan
perkara tersebut. Remaja tekenal dengan sikap mencuba perkara baru kerana sesuatu yang
baru dianaggap mencabar dan apabila dapat dilakukan ia adalah sesuatu kebanggaan
(Arieff Salleh & Wardah, 2006). Semakin berkembangnya teknologi komunikasi dan
informasi di era persaingan bebas dan media sosial menjadi medan baru untuk saling
memberikan informasi serta pengaruh (Harry Purwanto, 2021).

4.3) Kurang Didikan Agama dan Moral

Pendidikan amat penting sebagai salah satu usaha dan wadah membentuk jati diri
seseorang individu itu. Pendidikan dalam islam bertujuan mencipta manusia yang baik,
dalam erti kata yang lain memiliki akhlak yang terpuji, iaitu manusia yang secara material
dan spiritualnya insaf terhadap tanggungjawab dirinya kepada Allah (Ahmad Munawar,
Zakaria, Mohd Yusof & Mashitoh, 2012). Pendidikan agama dan moral dianggap tidak
penting pada masa kini kerana masyarakat lebih mementingkan subjek akademik yang
mana akan memasuki peperiksaan sahaja. Faktor ini menyebabkan para pelajar tidak
menganggap subjek pendidikan islam dan moral itu tidak wajib dan tidak memberikan fokus
yang baik ketika guru menyampaikan ilmu pengetahuan. Oleh itu, apabila mereka
mengenepikan subjek ini maka, mereka akan terjerumus ke dalam gejala yang dapat
merosakkan akhlak kerana mereka tidak dapat membezakan di antara perkara yang
dibenarkan dan dilarang dalam islam. Selain itu juga, gaya hidup segelintir keluarga yang
kurang mengamalkan penghayatan Islam ini juga mampu menyebabkan anak-anak itu lebih
mengamalkan budaya barat dan menganggap aktiviti-aktiviti yang dapat merosakkan akhlak
itu merupakan aktiviti yang tidak salah kerana tidak mendapat pendedahan yang cukup.

Contohnya, seperti mana yang kita tahu dan lihat pada masa kini, isu seks siber dan
seks luar nikah sering berlaku dan berada dalam tahap yang membimbangkan. Jadi,
pendidikan dalam isu seks ini juga penting bagi membuka minda golongan remaja bahanya
isu seks ini di sisi agama bahkan dapat menjatuhkan maruah dan masa depan mereka.
Islam menganjurkan pendidikan seks ini dimulakan awal sebelum anak mencapai
kesempurnaan kematangan seksual kerana jika meremehkan hal ini akan mengundang
bahaya seperti pembentukan peribadi yang tidak berakhlak, anak tidak mengetahui cara

7
menyeimbangkan jiwa dan kehendak naluri seks dan keupayaan anak membebaskan diri
daripada pengaruh nafsu seksual (Harlina & Noralina, 2007). Jadi seiringan itu, anak-anak
juga perlu diajar dengan ilmu agama iaitu perbuatan yang dibernarkan dalam islam serta
dilarang dalam islam dan mereka perlu ditekankan bahawa isu-isu tersebut dapat
meruntuhkan akhlak mereka dan juga dibenci oleh Allah kerana pendidikan mampu
membentuk peribadi diri seseorang individu tersebut.

5.0) LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU KERUNTUHAN AKHLAK

5.1) Peranan Daripada Pihak Ibu Bapa

Seperti mana yang dikupaskan bahawa salah satu punca berlakunya isu keruntuhan
akhlak ialah berpunca daripada kurangnya perhatian daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu
memainkan peranan yang besar dalam memantau setiap gerak geri anak mereka kerana isu
keruntuhan akhlak ini berlaku di luar waktu persekolahan di mana para guru tidak sempat
untuk memantau tindakan anak murid di luar waktu persekolahan. Kebanyakan remaja akan
menggunakan waktu selepas waktu persekolahan untuk terlibat dalam aktiviti seperti dadah,
merempit dan sebagainya. Jadi, bagi ibu bapa yang menghabiskan masa mereka di tempat
kerja mereka tidak mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh anak mereka selepas waktu
persekolahan. Jadi, ibu bapa perlu meluangkan sedikit masa untuk memantau anak mereka
selepas waktu persekolahan. Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk mengambil anak di
sekolah bagi mewujudkan hubungan yang akrab di antara ibu bapa dan anak tersebut. Hal
ini juga bagi mengelakkan mereka mengikuti rakan-rakan yang terjebak dengan isu-isu
keruntuhan akhlak remaja selepas waktu persekolahan.

Selain itu juga ibu bapa perlu memerhatikan dan peka terhadap setiap gerak geri
anak mereka bagi memastikan anak mereka tidak terlibat dengan aktiviti yang
mencurigakan. Ibu bapa juga perlu meluangkan masa mereka bersama dengan anak-anak
bagi memberi ruang untuk anak-anak bercerita dan meluahkan masalah kepada ibu bapa
dan juga menggunakan waktu cuti persekolah dengan membawa anak-anak bercuti. Jika ibu
bapa tidak ada masa untuk diluangkan bersama anak-anak, akibatnya mereka akan
terpengaruh dengan faktor luaran lain bagi menggantikan tempat ibu bapa mereka (Arieff
Salleh & Wardah, 2006). Akhir sekali, ibu bapa perlu mengehadkan penggunaan telefon
pintar dan sentiasa menyemak penggunaan telefon pintar anak mereka bagi memastikan
mereka tidak melihat dan terjebak dengan perkara yang boleh merosakkan akhlak mereka
seperti terlibat dalam isu-isu keruntuhan akhlak yang tular pada masa kini kerana telefon
pintar merupakan medium penyebaran yang sangat pantas pada masa kini.

8
5.2) Pelaksanaan Kempen Kesedaran Secara Dalam Talian

Media sosial mampu memberikan pengaruh yang hebat dan besar kepada individu
yang menggunakannya. Walaupun berita yang disampaikan itu tidak sahih dan palsu, tetapi
sesetengah individu itu memilih untuk mempercainya dan menularkannya sebelum
menyiasat kesashihannya. Jadi pihak berwajib perlu menggunakan kesempatan ini untuk
melaksanakan kempen kesedaran. Melalui platform inilah, pelbagai bentuk kempen
kesedaran boleh dilaksanakan sama ada melalui gambar, video, ucapan, lakonan dan
sebagainya. Contohnya kempen tersebut boleh dijalankan berbentuk video kerana video
merupakan antara konten yang terbaik dan penting dalam trend media sosial sekarang ini
(Syahida Shahrel, 2022). Jadi, penghasilan sesuatu kempen itu perlu menarik supaya ianya
dapat menjadi tumpuan orang ramai untuk ditontoni dan apabila kempen tersebut dihasilkan
dalam keadaan yang menarik, maka masyarakat akan membaca dan menonton isi yang
disampaikan di dalam kempen yang dijalankan tersebut.

Jadi pihak bertanggungjawab mahupun individu yang bertanggungjawab perlu


melaksanakan kempen kesedaran seperti pihak kerajaan, guru, ibu bapa serta anggota
masyarakat dan memasukkannya ke dalam media sosial. Selain itu juga, masyarakat dapat
membantu mengurangkan isu keruntuhan akhlak ini dengan menunjukkan contoh teladan
yang baik di media sosial seperti melakukan aktiviti yang berfaedah seperti bersenam,
meluangkan masa bersama keluarga, bercuti dan sebagainya supaya dapat diteladani dan
dicontohi oleh golongan muda dan memasukkan aktiviti seharian mereka itu ke dalam media
sosial. Jadi jika, semua pihak mendapat kesedaran untuk melaksanakan perkara ini maka,
isu yang tular di media sosial hanyalah isu yang baik-baik sahaja dan juga meminimumkan
penularan aktiviti yang boleh merosakkan akhlak remaja masa kini kerana media sosial
merupakan medium yang paling pantas dalam menyebarkan sesuatu perkara.

5.3) Pelaksanaan Sesi Kaunseling Di Sekolah

Sesi kaunseling merupakan proses menolong individu yang normal dan


menyelesaikan masalah berkaitan tugas-tugas perkembangan dan keadaan hidupnya yang
bertujuan bagi mengenali diri, permasalahan, penyesuaian, menenteramkan emosi dan
fikiran yang dihadapi klien (Aziz, Nasir, Jazimin, Sofian & Md Noor, 2009). Sesi kaunseling
ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu golongan remaja yang terjebak dalam isu
keruntuhan akhlak supaya dapat membebaskan diri mereka daripada aktiviti-aktiviti yang
tidak berfaedah. Sesi kaunseling ini penting bertujuan untuk mendengar permasalahan dan
luahan diri murid tersebut dan mengapa mereka menjebakkan diri mereka dalam isu-isu

9
seperti berikut. Melalui sesi kaunseling ini juga memberikan peluang kepada pelajar untuk
meluahkan apa yang mereka rasa sehingga menyebabkan mereka boleh terjebak dalam isu
keruntuhan akhlak ini.

Jadi guru boleh memainkan peranan yang penting di sini untuk mengenal pasti murid
yang bermasalah dan juga murid yang dikenal pasti terjebak dengan isu keruntuhan akhlak
untuk diberikan sesi kaunseling ini. Jadi apabila seseorang guru itu telah berjaya mengenal
pasti pelajar-pelajar tersebut, maka satu sesi perbincangan akan diaturkan antara pihak
kaunseling dan pelajar tersebut. Selain itu juga, ibu bapa juga perlu memainkan pernan
penting untuk mengenal pasti perubahan tingkah laku anak mereka yang berubah secara
mendadak untuk dihantar ke sesi kaunseling. Sesi kaunseling ini juga dilaksanakan bagi
mengenal pasti punca berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja sama ada
disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya, kurangnya kasih sayang dan kurangnya ilmu
agama yang kukuh. Melalui sesi kaunseling ini, pelajar akan dibantu untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapinya dan membantu mereka keluar daripada belenggu tersebut dan
mereka akan hidup bebas daripada masalah tersebut dan membina masa depan yang
berkualiti dan cemerlang.

6.0) KESIMPULAN

Kesimpulannya isu keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja ini bukannya satu isu
yang biasa dan perlu diabaikan bahkan isu ini perlu dipandang serius oleh semua pihak
kerana remaja merupakan pewaris Negara. Hal ini kerana, jika seseorang individu yang
sudah terjebak dengan isu keruntuhan akhlak ini dan tidak dibantu, maka masa depannya
akan musnah. Selain itu juga, Negara pada masa kini sedang mengejar arus kemodenan
dan ianya juga menjadi cabaran yang besar untuk golongan remaja untuk mengelakkan diri
mereka daripada terjebak dengan isu keruntuhan akhlak danpengaruh budaya barat.Jadi,
semua pihak perlu bekerjasama dan bertanggungjawab dalam mebanteras dan
membendung isu ini supaya Negara dapat melahirkan pemuda dan pemudi yang berkualiti
dan mampu memimpin Negara suatu masa nanti.

10
7.0) LAMPIRAN

Berikut merupakan keratan-keratan akhbar yang membuktikan isu-isu gejala


keruntuhan akhlak yang berleluasa pada zaman kini dari semasa ke semasa.

Rajah 1.0
https://www.sinarharian.com.my/article/195172/SUARA-
https://www.hmetro.com.my/WM/2021/09/758169/gangg
SINAR/Analisis-Sinar/Gejala-merempit-anak-muda-terus-
uan-seksual-alam-maya
menular

https://www.sinarharian.com.my/article/183546/BERITA/Nasional
/Isu-masalah-ketagihan-dadah-topik-hangat-minggu-ini
11
8.0) RUJUKAN

Arieff Salleh & Wardah. (2006). Membentuk Jati Diri Remaja. Selangor: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Arieff Salleh & Wardah. (2006). Remaja Sukses. Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd.

Aziz, Nasir, Jazimin, Sofian & Md Noor. (2009). Kemahiran Bimbingan & Kaunseling.
Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Harlina & Noralina. (2007). Kesihatan Reproduktif Remaja Panduan Untuk Ibu Bapa & Guru.
Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd.

Harry Purwanto. (2021). Media Sosial Bebas Awas Kebablas. Surabaya: Media Karya
Surabaya.

Siti Rohmah. (2021). Buku Ajar Akhlak Tasawuf. Jawa Tengah: PT. Nasya Expanding
Management.

Suresh Kumar. (2021). Pemupukan Hubungan Etnik : Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik
Anak. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Syahida Shahrel. (2022). 40 Idea Konten Media Sosial. Selangor: WasaPower Group Sdn.
Bhd.

Muhamaad Razis Ismail. (2021, September 22). Gangguan seksual alam maya.

Harian Metro; New Straits Times.

https://www.hmetro.com.my/WM/2021/09/758169/gangguan-seksual-alam-

maya

Muhammad Adnan, & Nurani. (2018). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (pp.

978–967).

http://conference.kuis.edu.my/pasak3/images/eprosiding1/PASAK3_1103.pdf

Nasarudin, Tengku Intan & Sabri. (2018). Menangani Keruntuhan Akhlak Masa Kini Menurut

Islam. Jurnal Al-Turath, 3(1). http://journalarticle.ukm.my/15742/1/62-138-1-PB.pdf

Ahmad Munawar, Zakaria, Mohd Yusof & Mashitoh, & . (2012). Islam dalam pendidikan dan

hubungannya dengan pembentukan jati diri bangsa Melayu di Malaysia - UKM Journal

Article Repository. Journalarticle.ukm.my.

https://doi.org/http://journalarticle.ukm.my/6096/1/JD005862_37-50.pdf

12

Anda mungkin juga menyukai