Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN JURNAL PRAKTIKUM

Minggu Praktikum: 5

Tarikh: 11 September 2022

Tajuk Jurnal: Gangguan Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran

1. Isu yang Difokuskan


Pada minggu kelima, saya mendapati terdapat gangguan yang berlaku di dalam bilik
darjah seperti membuat bising, mengganggu rakan sekelas dan keluar masuk bilik
darjah tanpa izin. Terdapat lebih enam orang murid yang didapati membuat gangguan
tersebut. Mereka tidak mengendahkan larangan yang telah saya berikan. Hal ini
menyebabkan kawalan kelas menjadi tidak teratur dan kelas menjadi bising.

2. Analisis Isu yang Difokuskan


Punca berlakunya gangguan tersebut disebabkan tiada ketegasan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ketika pertama kali mengajar di dalam kelas
tersebut, saya tidak menunjukkan reaksi muka yang serius. Hal ini menyebabkan
segelintir murid berani untuk membuat bising. Kesan daripada isu ini adalah proses PdP
menjadi kurang berkesan dan objektif sukar untuk dicapai.

3. Kajian Lampau
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Ragbir (2010), contoh tingkah laku disruptif
ialah suka membuat bising dan menjejaskan kelicinan proses PdP. Hal ini selaras
dengan perkara yang terjadi kepada saya ketika mengejar di tahun 4 As-Siddiq dan 5
As-siddiq. Mereka berlari dan berjalan di dalam kelas menyebabkan rakan yang lain
turut terganggu.

4. Cadangan dan Idea Penyelsaian Masalah


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah:
i. Mewujudkan peraturan-peraturan yang tegas.
ii. Memberikan ganjaran kepada murid yang berdisiplin.
iii. Memberi hukuman atau denda kepada murid yang bising.

5. Tempoh Masa Penyelsaian


1 Minggu

6. Tindakan Susulan
Saya bersikap lebih tegas dengan mereka dan akan mengambil tindakan dengan
menyenaraikan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua murid yang diajar
oleh saya serta menyenaraikan ganjaran dan denda yang sesuai oleh semua murid.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan


18 September 2022

8. Keberkesanan Langkah yang Dilaksanakan


Tindakan susulan yang telah dilaksanakan oleh saya telah menunjukkan impak yang
positif. Hal ini dapat dilihat melalui penurunan tahap kebisingan di dalam bilik darjah.
Walaupun masih lagi terdapat satu atau dua orang murid yang membuat bising,
gangguan tersebut kurang menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

9. Kesimpulan
Kesimpulannya, gangguan dalam proses PdP dapat dielakkan apabila seorang guru
bersikap lebih tegas dengan murid-murid. Mereka akan menunjukkan rasa hormat
terhadap guru mereka. Hal ini telah menjadikan disiplin kelas tersebut lebih baik.

Rujukan

Singh, R. K. (2010). Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif Untuk KPLI (Sekolah Rendah).
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai