Anda di halaman 1dari 2

Minggu Praktikum: 5

Tarikh: 14.9.2022

Tajuk Jurnal: Kebersihan dan keceriaan bilik darjah tidak diurus dengan baik.

1. Isu yang difokuskan:

Kebersihan dan keceriaan kelas merupakan satu faktor penting bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar. Namun begitu, menurut pemerhatian saya, rata-rata
semua kelas yang saya masuki berada dalam keadaan yang kurang memuaskan. Kelas yang
sedemikian ialah kelas 2 Ibnu Khaldun, 5 Ibnu Sina dan 6 Ibnu Sina.

2. Analisis isu yang difokuskan:

Hasil daripada pemerhatian saya, murid sering membuang sampah ke lantai sahaja apabila
melakukan aktiviti pdp lebih-lebih lagi semasa melakukan aktiviti seni. Sampah yang berupa
kertas atau plastik makanan tersebut terkumpul di bawah meja tempat duduk murid. Apabila guru
memberi arahan untuk membersihkan kawasan tempat mereka, murid memberi alasan untuk
tidak mengutip sampah tersebut dengan alasan sampah itu bukan hasil perbuatannya. Hal ini
amat mengecewakan saya kerana mereka sangat mementingkan diri sendiri dan tidak mahu
bekerjasama membersihkan kelas lantas mengakibatkan kebersihan kelas merudum.

3. Kajian lampau terhadap isu (pengalaman atau kajian masa lepas)

Menurut pengalaman saya semasa bersekolah di SM Sains Kuala Selangor, pihak sekolah
mengarahkan kepada semua warga sekolah untuk menguatkuasakan keceriaan dan kebersihan
kelas. Setiap minggu akan diadakan penilaian kelas bagi mendapatkan tempat terbaik keceriaan
dan kebersihan. 3 kelas yang terbaik akan diumumkan pada perhimpunan mingguan dan
dianugerahkan hadiah berupa hamper.

4. Cadangan dan idea penyelesaian masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti,
saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah:

I. Melaksanakan sistem merit dan penalti


II. Mengadakan pertandingan mingguan keceriaan kelas
III. Memberi peringatan tegas kepada murid tentang kepentingan membersihkan kelas.

5. Tempoh masa penyelesaian

1 bulan

6. Tindakan susulan:
Galakkan memberi hadiah bagi kelas yang bersih seperti hamper supaya memupuk semangat
persaingan yang sihat kepada murid.

7. Tarikh tindakan susulan

3.10.2022

8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan:

Tindakan yang telah saya laksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian memberi
impak positif oleh semua murid.

9. Kesimpulan refleksi

Hasil cadangan ini agak memuaskan kerana murid dapat mendisiplinkan diri dan rajin membersih
serta menceriakan kelas.

10. Rujukan

Alvin Ng Lai Onn (2017) Mengajar Anak Anda Tentang Hormat & Tanggungjawab Artikel
Pengasuhan Positif. Daripada URL: https://mypositiveparenting.org/ms/2017/11/06/mengajar-
anak-anda-tentang-hormat-tanggungjawab/ pada 15/8/2022

Anda mungkin juga menyukai