Anda di halaman 1dari 3

Jurnal Refleksi

Minggu 8 ( 21 Mac 2016 25 Mac 2016)


Pada minggu ke-8 berpraktikum, saya sempat memasuki semua kelas untuk
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya telah membuat pemerhatian ke atas
kelas 5 Ilmu yang merupakan kelas saya mengajar mereka subjek Matematik.

Masalah
Antara masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah keadaan kelas 5 Ilmu
bersepah, kotor dan tidak terurus. Hal ini telah menyebabkan saya merasa tidak kondusif
dan selesa untuk menjalanakan sesi pengajaran dan pembelajaran pada minggu ini.

Analisis Masalah
Saya mengajar mata pelajaran matematik bagi murid-murid di kelas tersebut. Apabila
saya memasuki, saya mendapati keadaan kelas tersebut bersepah, kotor dan tidak terurus.
Walaubagaimanapun saya telah memberikan 5 minit kepada semua murid di dalam kelas
tersebut untuk membersihkan kelas mereka dan kembalikan keadaan kelas kepada
keadaan yang kondusif untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada
pendapat saya antara sebab keadaan sebegini berlaku ialah seperti berikut

Kesedaran murid tentang kebersihan kelas dan diri sendiri berada di tahap rendah.

Kepentingan kebersihan kelas dan diri bagi pembelajaran amat kurang dalam diri
setiap murid.

Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga kebersihan kelas.

Sikap malas dalam diri murid untuk membersihkan kelas.

Sikap sambil lewa murid-murid terhadap kebersihan kelas.

Cadangan
Masalah sebegini perlu diatasi dengan segera. Hal ini kerana keadaan sebegini akan
berterusan jika tiada tindakan yang selanjutnya. Masalah ini juga baru bermula. Oleh itu,

masalah ini perlu diatasi pada awal permulaannya. Antara cadangan untuk mengatasi
masalah ini ialah seperti berikut :

Saya perlu meminta murid-murid mengutip sampah yang berada di bawah meja dan
di sekeliling mereka setiap kali saya memasuki kelas mereka.

Saya akan memperuntukkan 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas mereka


dan bersedia untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

Saya akan cuba memberi motivasi dan kesedaran kepada murid-murid dengan
membuat hubungkait di antara kebersihan, proses belajar dan kehidupan mereka
sekiranya boleh dan bersesuaian.

Saya akan mengingatkan mereka supaya membersihkan kelas sebelum saya masuk
ke kelas tersebut.

Tempoh penyelesaian
Saya akan cuba menyelesaikan masalah ini sebelum tamatnya praktikum iaitu
hujung bulan ini 29/4/2016.

Tindakan susulan
Saya akan memberikan markah bagi kebersihan kelas bagi setiap kali saya masuk
ke kelas tersebut. Mana-mana murid yang didapati mempunyai sampah berdekatan dengan
mereka, saya akan menarik token pembelajaran kumpulan bagi kumpulan yang mereka
menyertai. Bagi murid yang sentiasa mengamalkan keberesihan pula, bintang ganjaran
akan ditambah pada kumpulan yang murid tersebut menyertai.

Kesimpulan
Saya berharap dengan mengaplikasikan cadangan yang saya nyatakan di atas dapat
mengembalikan keadaan kelas tersebut kepada keadaan yang kondusif dan murid-murid
juga dapat menyedari mengenai kepentingan menjaga kebersihan diri dan persekitaran
mereka

(________________)

(________________)

Tandatangan Pelajar Guru

Tandatangan Guru Pembimbing

Tarikh:

Tarikh:

(______________)
Tandatangan Pensyarah Pembimbing

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai