Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENDAHULUAN

Pada massa kini, profesion seorang guru mempunyai banyak cabaran yang perlu
dihadapi. Ini adalah disebabkan guru perlu menghadapi kanak – kanak yang
mempunyai perbezaan individu. Oleh sebab itu, guru harus merancang strategi yang
tepat agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.
Guru juga berperanan dalam mewujudkan kebersihan bilik darjah dan persekitran yang
kondusif. Oleh hal yang demikian, guru bukan sahaja menghadapi cabaran dalam
mengajar kanak – kanak tetapi juga dalam pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
murid – murid. Menurut Alberto dan Troutman (1986), pengurusan bilik darjah boleh
didefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber
pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid ketika menyediakan suatu iklim yang
sesuai untuk pembelajaran. Dalam mewujudkan kebersihan bilik darjah dan
persekitaran yang kondusif guru menghadapi pelbagai masalah kebersihan. Oleh itu,
terdapat model pengurusan masalah disiplin dan teknik modifikasi tingkah laku yang
boleh digunakan bagi mengatasi masalah kebersihan tersebut.

2.0 MASALAH KEBERSIHAN DI DALAM BILIK DARJAH DAN PERSEKITARAN


SEKOLAH
Terdapat dua cabaran yang perlu guru hadapi iaitu masalah kebersihan di dalam bilik
darjah dan persekitaran sekolah. Masalah kebersihan yang terdapat di dalam bilik
darjah adalah murid sering membuang sampah di bawah meja. Ini adalah kerana murid
sukar untuk membuang sampah ke dalam tong sampah kerana tong sampah hanya di
sediakan di penghujung bucu kelas dan menyebabkan murid membuang sampah di
bawah meja kerana mempunyai ruang dibawahnya. Ini mengakibatkan sampah
berlonggok dan buku tidak dapat disusun di bawah meja. Oleh hal yang demikian, buku
diletakkan di atas meja dan berselerak menjadikan murid tidak dapat membuat nota
atau latihan dengan selesa. Seterusnya, murid melekatkan gula getah di bawah kerusi
atau meja. Masalah ini juga sering berlaku kerana murid gemar mengunyah gula getah
dan apabila perisa gula getah tersebut sudah habis murid melekatkannya di bawah meja
atau kerusi kerana mudah daripada membuangnya di dalam tong sampah serta tidak
nampak daripada sudut pandangan atas meja. Ini mengakibatkan keadaan bawah meja
kotor kerana habuk dan debu melakat pada gula getah tersebut. Semut dan lipas juga
tertarik kepada gula getah tersebut menjadikan kelas tidak bersih dan murid tidak dapat
belajar dengan tenang kerana lipas dan semut berkeliaran. Selain itu, masalah yang
dihadapi pada persekitaran sekolah adalah sampah dibuang di luar tingkap. Ini
disebabkan oleh murid yang duduk berhampiran dengan tingkap di dalam bilik darjah
mencampakkan sampah ke luar tingkap kerana lebih mudah dan tidak perlu bangun
daripada tempat duduk. Ia mengakibatkan sampah berselarak di persekitaran sekolah
dan kawasan sekolah menjadi kotor. Akhir sekali, masalah yang dihadapi adalah murid
membuang sampah di dalam longkang. Apabila sampah terkumpul di dalam longkang,
ianya tersumbat dan aliran air di dalam longkang tidak berjalan lancar. Oleh sebab itu
apabila hujan atau terdapat air mengalir, sampah – sampah terkumpul menghalangnya
dan mengakibatkan air bertakung serta bau busuk. Ini megakibatkan murid tidak dapat
belajar dengan selesa kerana bau busuk serta mendapat penyakit seperti AEDIS
dariipada nyamuk akibat jentik – jentik hidup pada takungan air tersebut. Menurut Haliza
Hamzah dan Jey Nesamalar Samuel (2016) menyatakan pengurusan bilik darjah
melibatkan usaha guru untuk membentuk persekitaran bilik darjah yang murid akan
berasa selamat, selesa dan seterusnya dapat belajar dengan berkesan. Oleh sebab itu
terdapat model pengurusan bilik masalah disipilin yang boleh digunakan oleh guru bagi
mengatasi masalah kebersihan ini.

3.0 MODEL PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN (MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS)


Menurut Jacob Kounin (1970), menyatakan bilik darjah yang teratur bergantung
kepada kemahiran guru mencegah masalah daripada berlaku dan bukannya
menyelesaikan masalah yang telah berlaku. Oleh hal yang demikian, bagi mencegah
masalah kebersihan di bilik darjah dan persekitaran sekolah guru boleh menggunakan
model akibat logikal Dreikurs. Dreikurs menekankan bahawa guru perlu mengenal pasti
punca salah laku. Berdasarkan penyataan diatas, guru perlulah mengenal pasti punca
murid tidak mengamalkan kebersihan. Sebagai contoh, murid membuang sampah di
luar tingkap, guru perlulah mengenal pasti mengapa murid melakukan sedemikian.
Seterusnya, murid perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan
disiplin bilik darjah. Peranan guru berdasarkan penyataan diatas adalah, guru
hendaklah berbincang bersama murid untuk mengatasi masalah yang dikenalpasti.
Sebagai contoh, guru mengumpul semua pelajar dan duduk dalam bentuk bulatan dan
berbincang mengenai cara untuk mengatasi masalah pembuangan sampah. Cara ini
membantu murid membina peraturan kebersihan sendiri tanpa guru menentukan
peraturannya. Ianya lebih afektif kerana murid tidak dipaksa untuk mengikut peraturan
tetapi perlu melaksanakan peraturan yang dicipta sendiri. Cara ini juga membantu murid
untuk memikul tanggungjawab yang memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang
lain. Guru juga perlu menunjukkan akibat bilik darjah dan persekitran sekolah yang kotor
seperti lipas berkeliaran atau jentik – jentik yang terdapat pada takungan air bagi mereka
lebih bertanggungjawab untuk mengamal kebersihan. Akhir sekali, Dreikurs
menyatakan guru tidak sepatutnya menggunakan dendaan dan cuba mengelakkan
pujian kerana kedua – duanya akan mengakibatkan murid bergantung kepada tindakan
guru bukannya daripada kemahuan sendiri. Berdasarkan penyataan berikut, jika guru
mengenakan dendaan atau pujian, maka murid hanya akan mengamalkan kebersihan
apabila guru hendak mengenakan dendaan atau hanya ingin mendapatkan pujian
semata – mata. Oleh sebab itu, guru hendaklah menunjukkan rasa bangga pada murid
yang mengamalkan kebersihan bagi menggalakkan mereka meneruskan amalan
tersebut dan bukannya memberikan pujian atau dendaan. Seterusnya. Guru juga perlu
tahu motif – motif tingkah laku bermasalah bagi mencegah masalah kebersihan dengan
lebih berkesan. Dreikurs (1968), mendapati bahawa tingkah laku bermasalah yang
berpunca daripada motif - motif berikut iaitu mendapatkan perhatian, mencabar kuasa,
membalas dendam dan mempamerkan kekurangan. Oleh hal yang demikian, Dreikurs
telah mencadangkan beberapa langkah seperti yang berikut iaitu, kenal pasti motif
murid, bantu murid memahami motif yang ditunjukkan, bntu murid menukar matlamat
salah kepada matlamat sebena, bombing murid bertanggungjawab ke atas matlamat
baharu dan bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya. Oleh itu, guru perlulah
mengetahui langkah – langkah berikut untuk menangani masalah kebersihan bilik darjah
dan persekitaran sekolah dengan lebih berkesan dan afektif.

4.0 TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU (SISTEM TOKEN)


Menurut Dr. Ragbir Kaur, guru-guru perlu menggunakan satu sistem pengurusan
tingkah laku bermasalah dengan membuat pemantauan dan penilaian terhadap tingkah
laku bermasalah di dalam bilik darjahnya. Proses merekod ini amat penting dalam teknik
memodifikasikan tingkah laku (Dr.Ragbir Kaur, Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk
Kpli,2008). Oleh hal yang demikian, masalah kebersihan oleh murid di sekolah perlulah
di pantau dan di nilai terlebih dahulu.supaya dapat mengaplikasikan teknik yang sesuai
kepada mereka bagi menyelesaikan masalah kebersihan di dalam bilik darjah serta
persekitaran sekolah. Oleh hal yang demikian teknik modifikasi yang boleh digunakan
adalah sistem token. Menurut buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku oleh
Halizah Hamzah dan Jcy Nesamalar Samuel (2016), token berfungsi seperti wang yang
dapat ditukar dengan barangan digemari atau aktiviti yang menyeronokkan. Token amat
sesuai kerana ia akan membuatkan murid – murid untuk berusaha dan bersaing untuk
mendapatkan token supaya mereka memperoleh ganjaran yang digemari. Ganjaran
tersebut perlulah diminati oleh murid seperti makanan atau alat tulis. Jika menggunakan
barangan yang tidak digemari, mereka akan mengelak daripada mendapatkan token
tersebut dan mengakibatkan tingkah laku bermasalah yang lebih teruk. Oleh itu, bagi
mengatasi masalah kebersihan di dalam bilik darjah dengan menggunkan teknik
modifikasi tingkah laku ini adalah guru perlu menyenaraikan tugas yang boleh
mendapatkan token dan pamerkan di papan kenyataan. Contohnya, meja terbesih atau
susunan buku paling kemas di bawah meja. Seterusnya guru perlu perhatikan murid
dan berikan token yang berbentuk pelekat secara mingguan kepada pelajar yang
menepati senarai yang dipamerkan. Murid yang mendapat pelekat paling banyak pada
hujung setiap bulan boleh menukarnya untuk membeli alat tulis atau makanan di kantin.
Seterusnya, bagi kawasan persekitaran guru perlu lakukan aktiviti luar bilik darjah
secara sebulan sekali. Agihkan murid – murid kepada kumpulan dan berikan tugas
berbeza kepada setiap kumpulan. Sebagai contoh, membersih longkah atau menyapu
daun kering. Kemudian, berikan token kepada kumpulan yang menyelesaikan tugasan
yang paling cepat, kemas dan bersih. Token tersebut berbentuk pelekat yang berlainan
daripada pelekat di dalam kelas dan kumpulan yang mendapat token dibenarkan keluar
rehat awal dan menukar token tersebut untuk membeli makanan di kantin.

5.0 PENUTUP
Kesimpulannya, masalah kebersihan dalam kalangan murid – murid perlulah diberi
perhatian yang banyak oleh guru – guru di sekolah kerana jika dibiarkan berterusan
ianya amat sukar untuk dicegah apabila mereka meningkat dewasa dan mengakibatkan
masalah yang lebih serius seperti vandelisme. Masalah kebersihan ini bukan sahaja
memberi kesan kepada murid tetapi memberi kesan juga kepada masyarakat sekeliling
seperti penyakit yang boleh membawa maut seperti AEDIS. Oleh sebab itu, guru
haruslah berusaha mengembleng tenaga untuk mewujudkan kebersihan bilik darjah dan
persekitran yang kondusif agar murid – murid penyampaian pengajaran dan
pembelajaran dapat disampaikan dengan bereksan dan melahirkan generasi yang
pembersih dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Anda mungkin juga menyukai