Anda di halaman 1dari 4

Nama : Nordiyanah Binti Nordin

Opsyen : TESL(SK) Jan 2013 Intake


Guru sebagai pengurus bilik darjah.
Kerjaya guru merupakan kerjaya yang paling mulia dimuka bumi ini, ini adalah tugasan
guru bukan sahaja mengajarkan ilmu pengetahuan, tetapi guru juga bertanggungjawab
untuk membentuk murid-muridnya. Didalam agama Islam sekalipun ada menyebut bahawa
salah satu cara untuk memastikan ganjaran pahala yang berpanjangan setelah mati ialah
dengan ilmu bermanfaat yang telah diajarkan semasa hidup. Namun perlu kita ketahui
bahawa selain mengajar, guru juga masih mempunyai peranan dan tanggungjawab lain
yang perlu digalas. Salah satu daripada peranan guru ialah sebagai pengurus didalam bilik
darjah. Menjadi seorang pengurus bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Guru perlulah bijak
menguruskan bilikdarjahnya agar sentiasa dalam keadaan aman dan terkawal. Peranan
guru sebagai pengurus bilik darjah ini bolehlah dianalogikan seperti kapten dan anak-anak
kapalnya. Jika kapten kapal gagal mengurus anak-anak kapalnya, maka nama baik kapal
akan tercemar, begitu juga guru, jika guru tidak bijak menguruskan kelasnya, maka nama
baik kelasnya akan tercemar dan segala urusan tidak dapat dijalankan dengan lancar.
Antara peranan guru sebagai pengurus dalam bilik darjah ialah menguruskan tingkah
laku dan disiplin murid. Pelbagai langkah boleh diambil oleh guru bagi memastikan disiplin
murid didalam bilik darjah dapat dikawal dan salah satu daripadanya ialah menetapkan
peraturan disiplin yang ketat. Sebelumnya, guru haruslah berbincang terlebih dahulu dengan
muridnya tentang peraturan yang ingin dibuat kemudian barulah guru menampal senarai
peraturan kelas yang perlu dipatuhi di sudut kelas atau dimana-mana kawasan dalam kelas
yang senang dilihat dan dirujuk oleh kedua-dua guru dan juga murid. Sebagai contoh
peraturan kelas yang patut dipatuhi ialah, menyapu kelas setiap pagi, murid yang membuat
bising didalam bilik darjah akan didenda berdiri diluar kelas selama 5 minit, murid yang tidak
membuat sepah/sampah didalam kelas akan didenda membersihkan kelas pada waktu
rehat dan sebagainya.
Selain daripada itu, guru sebagai pengurus bilik darjah juga berperanan untuk
mengurus dan memastikan iklim bilik darjah dalam keadaan yang selesa, kondusif, bersih
dan aman. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada budaya yang dapat
menwujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat
pembelajaran. Guru perlulah bijak mengatur strategi untuk memastikan kelas sentiasa
berada didalam keadaan yang bersih dan aman bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan juga memastikan keselamatan murid
berada pada tahap yang aman. Antara perkara yang perkara yang boleh dilakukan oleh
guru sebagai pengurus bilik darjah ialah membuat susun atur yang bersesuaian dengan
keadaan bilik darjah dan keselesaan murid. Susun atur amat penting kerana kedudukan
susun atur yang tidak betul akan mengkaibatkan suasana pe,belajaran yang tidak selesa.
Bukan itu sahaja, guru sebagai pengurus juga perlu memastikan bahawa keadaan fizikal
seperti meja, kipas papan tulis berada dalam keadaan yang baik. Jika berlaku sebarang
kerosakan, guru perlulah membuat laporan kerosakan dengan segera agar tiada
permasalah timbul yang akan menganggu murid.
Seterusnya,sebagai pengurus yang baik, tugas guru bukan hanya tertumpu kepada
keadaan persekitaran pembelajaran yang kondusif sahaja, tetapi juga usaha untuk
mewujudkan hubungan positif guru dan murid bagi mengalakkan pembelajaran berjalan
dengan lancar( (A.Rahman, 2009). Guru perlulah memikirkan cara bagaimana untuk
mengalakkan komunikasi dan hubungan yang mesra dengan murid-murid didalam bilik
darjah. Hal ini amat penting, kerana tanpa interaksi yang harmoni, bilik darjah akan menjadi
kacau bilau dan tidak aman kerana tiada persefahaman dan interaksi wujud antara guru dan
murid. Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan interaksi ialah dengan
menetapkan sistem pembelajaran yang efektif seperti melakukan aktiviti kerja berkumpulan,
dimana murid akan berpeluang untuk berinteraksi bersama rakan-rakan, guru pula
membimbing mrid-murid melakukan kerja mereka. Urusan pembahagian kumpulan murid
haruslah dibahagikan dengan adil dan tidak bersikap berat sebelah. Dalam satu kumpulan
guru perlulah mengumpulkan murid yang terdiri dari pelbagai tahap kecerdasan agar
mereka semua boleh bersama-sama bekerjasama menyelesaikan sebarang tugasan yang
dibagikan.
Guru sebagai pengurus dalam bilik darjah perlu menguruskan rutin dalam bilik darjah.
Rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti pengurusan harian bilik darjah. Ia juga adalah satu
prosedur yang tetap dan perlu dijalankan sebagai aktiviti harian bilik darjah. Rutin
pengurusan bilik darjah yang sistematik bukan hanya membentuk persekitaran bilik darjah
yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga meningkatkan
semangat kekitaan murid, keselamatan dan meningkatkan disiplin kendiri murid. Tambahan
pula, ia menjimatkan masa dan tenaga guru dan murid, dan memupuk sikap yang baik
dalam diri murid seperti bersifat koperatif dan bertanggungjawab. Guru perlu menerangkan
kepada murid tentang rutin bilik darjah pada awal tahun. Semua murid perlu faham dan
jelas tentang rutin, peraturan dan prosedur bilik darjah supaya mereka boleh menjalankan
tanggungjaawab mereka secara ikhlas dan sukarela. Contoh rutin bilik darjah termasuklah
mengambil kehadiran murid, memungut yuran, menyusun kerusi dan meja serta
menyiapkan jadual bertugas.
Terdapat beberapa jenis rutin antaranya ialah rutin kelas (bukan akademik) dimana
guru perlu mewujudkan persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif dan membuat
beberapa peraturan dan prosedur asas bilik darjah untuk memudahkan proses pelaksanaan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengurusan peraturan dan
kebersihan bilik darjah juga bertujuan untuk mengurangkan masalah disiplin dan
memastikan bilik darjah berada dalam suasana yang kondusif. Contoh rutin bilik darjah:
mengurus kebersihan bilik darjah, termasuk menyapu lantai, menyusun kerusi dan meja
serta membersihkan papan tulis, membentuk peraturan dan jadual bertugas murid.
Yang kedua ialah rutin pembelajaran dimana rutin jenis ini berlaku dalam pada setiap
hari dan ini membantu menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Prosedur yang
betul sewaktu menjalankan rutin adalah penting dan murid harus melibatkan diri secara
langsung di mana perlu. Contoh rutin pembelajaran: memungut buku latihan, menanda
latihan, mengagihkan sumber dan buku.
Yang seterusnya iaah rutin interaksi dimana dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah menekankan aktiviti yang berfokuskan murid. Interaksi
seperti interaksi murid-murid dan guru-murid adalah digalakkan. Murid perlu tahu prosedur
bertanya atau menjawab, perkara yang diharapkan semasa berada di pusat pembelajaran
semasa menjalankan perbincangan dan aktiviti bilik darjah yang lain.
Didalam bilik darjah, guru juga berperanan untuk mengurus pentaksiran yang terdiri
daripada dua proses utama iaitu pengukuran yang melibatkan penggunaan alat untuk
mengumpulkan nilai kuantitatif atau maklumat pencapaian pembelajaran individu. Yang
kedua ialah penilaian proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada pengukuran.
Terdapat dua bentuk pentaksiran iaitu pentaksiran formatif - sebelum dan semasa
pengajaran. bertujuan mengesan kemajuan murid dan sejauh mana objektif pengajaran
tercapai dan pentaksiran sumatif - dilaksanakan hujung semester atau penggal untuk
memperoleh pencapaian murid dan bertujuan untuk pemberian gred dan sijil
Pentaksiran dalam bilik darjah perlu diuruskan dengan efesien kerana pentaksiran
ianya dapat membambantu meningkatkan motivasi serta pembelajaran murid, daimana
murid terdorong untuk memberikan perhatian dan berusaha lebih jika mereka tahu akan
dinilai manakala pentaksiran yang tidak efisien boleh melemahkan semangat murid untuk
belajar, menimbulkan rasa tidak puas hati, kurang bermotivasi dan mungkin masalah tingkah
laku. Yang terakhir sekali tugas guru sebagai pengurus dalam bilik darjah ialah merekod
data dan mengurus sember maklumat diri setiap murid didalam kelas bagi melincinkan
sebarang urusan kelak.
Sebagai kesimpulannya, pengurus yang berwibawa sentiasa bersungguh-sungguh
menjalankan tugas yang diamanahkan, kreatif dan innovatif, dedkasi, adil, cekap, mesra,
periang, bertimbangrasa, bersikap terbuka, tenang, sabar dan sentiasa bersedia untuk
mendengar rungutan, kritikan dan teguran yang dianggap sebagai cabaran dalam kerjaya.
Pengurusan tanpa cacat (zero defect) yang peka dan sentiasa mencari pendekatan baru
untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan serta kekurangan yang menjadi punca kepada
pembaziran dan kegagalan di samping memiliki gaya pengurusan kualti yang mencakupi
semua aspek bagi meningkatkan produktiviti, keberkesanan program dan bertindak dengan
cekap.

Anda mungkin juga menyukai