Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Classrooms should have classwide activities in which students are provided an


opportunity to work together toward common goal. Students acquire a sense of
significance from doing significant things, from being active participants in their own
education.

(Hardin, 2008, p. 148)

Ungkapan di atas memaparkan suasana yang diperlukan untuk di dalam bilik darjah
di sekolah. Pengurusan bilik darjah hendaklah dilihat dengan lebih meluas lagi
kerana ia tidak hanya tertumpu pada susun atur meja dan kerusi malah, kita
hendaklah menitikberatkan aspek yang lain seperti penglibatan murid. Hal ini
termasuklah bagaimana usaha cikgu untuk mewujudkan murid-murid untuk bekerja
sebagai satu kumpulan untuk mencapai satu misi yang sama. Aktiviti yang dijalankan
hendaklah mampu menarik minat murid untuk menyertai serta memberi kerjasama
seratus peratus terhadap aktiviti tersebut. Tambahan pula, keadaan ini secara tidak
langsung akan menjadikan pembelajaran dalam bilik darjah menjadi pembelajaran
koperatif, iaitu memupuk semangat kerjasama. Apabila semangat kerjasama berjaya
dipupuk, sifat-sifat yang tidak elok dapat disingkirkan dari diri murid itu sendiri seperti
mementingkan diri sendiri. Pengurusan bilik darjah yang mantap akan membolehkan
murid-murid belajar secara maksimum. Ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata
seorang intelektual dimana pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat
memaksimumkan peluang pembelajaran (Weinsten, 2006). Ini bermaksud murid-
murid akan berusaha untuk melibatkan diri sepenuhnya dan secara holistik. Apabila
murid berjaya melibatkan diri sepenuhnya, ini juga akan memotivasikan diri mereka
untuk mencuba sesuatu yang baru dan menjadikan mereka aktif di dalam bilik
darjah. Suasana seperti ini perlu diwujudkan di dalam bilik darjah pada zaman
sekarang. Oleh itu, hubungan yang kuat antara guru-guru dan murid-murid untuk
menjadikan suasana yang kondusif, proaktif, selesa, sesuai dan berkesan agar
objektif pembelajaran berjaya dicapai.
ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF.

1.1 Pengurusan bilik darjah dari aspek fizikal.


Susun atur fizikal di dalam bilik darjah boleh menampakkan autoriti, stail
pengajaran seseorang guru, menimbulkan rasa kesepunyaan dan membolehkan
interaksi di dalam kelas. Bilik darjah yang teratur, kemas dan bersih dapat
memberikan gambaran keselesaan kepada murid dan mereka hendak berada di
dalam bilik tersebut. Keadaan ini memberikan kesan kepada kemampuan guru
menguruskan kelasnya dengan berkesan. (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar
Samuel, 2008). Iklim sekolah yang berkesan terhasil apabila sekolah aman,
cantik, selamat dan cukup ruang untuk belajar (Shahril, 1997). Terdapat
beberapa garis panduan untuk menjadikan persekitaran fizikal bilik darjah
kondusif.

1.1.1. Kebersihan bilik darjah


Kebersihan bilik darjah menjadi tanggungjawab guru dan murid kelas itu
tersendiri. Guru hendaklah memastikan adanya tong sampah, penyapu,
pemadam papan putih serta bulu ayam. Seelok-eloknya guru hendaklah
memastikan keadaan kelas dalam keadaan yang bersih sebelum memulakan
pengajaran dan memastikan murid-murid menjalankan tugas masing-masing
seperti yang tercatat dalam jadual bertugas kelas.
1.1.2. Pengcahayaan
Selain itu, guru hendaklah memberi perhatian kepada pengcahayaan bilik
darjah tersebut. Pengcahayaan yang cukup akan memudahkan proses
pembelajaran murid-murid. Lampu hendaklah sentiasa dalam keadaan baik
supaya mudah digunakan apabila perlu. Sebarang kerosakan hendaklah
dilaporkan dengan segera oleh guru kelas supaya tidak menjejaskan murid-
murid. Masalah akan timbul apabila kelas pada waktu petang di mana
masalah silau akan timbul. Oleh itu, guru hendaklah bijak menyelesaikannya
dengan memasang langsir.

1.1.3. Pengudaraan
Pengudaraan yang baik juga penting di mana pintu dan tingkap kelas
hendaklah sentiada dibuka. Keadaan bilik darjah yang panas akan
menyebabkan murid berasa ngantok, tidak selesa dan keletihan.
1.1.4. Perabot bilik darjah
Perabot seperti kerusi dan meja hendaklah mencukupi dan berada dalam
keadaan yang baik dan selamat. Kerusi dan meja tersebut hendaklah sesuai
dengan peringkat umur di mana kerusi bagi murid darjah satu hendaklah lebih
pendek daripada kerusi murid darjah lima. Setiap perabot di dalam bilik darjah
tersebut hendaklah berfungsi dan digunakan dengan baik.

1.2 Pengurusan bilik darjah dari aspek psikososial.

Menurut Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2008), psikososial merujuk
kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran
sosialnya. Persekitaran bilik darjah dalam aspek psikososial lebih dikenali
sebagai iklim bilik darjah. Iklim bilik darjah yang sihat mengamalkan hubungan
sesama murid, hubungan guru dengan murid, semangat bekerjasama, tolong-
menolong, toleransi, berbaik sangka, penerimaan, penghargaan dan rasa
selamat. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan
iklim bilik darjah yang sihat. Kepimpinan dan keupayaan guru untuk
menguruskan hubungan dalam bilik darjah, penyediaan rutin bilik darjah,
pelaksanaan peraturan bilik darjah secara adil serta bahasa dan bentuk
komunikasi dan interaksi yang diamalkan membawa kepada pewujudan
persekitaran psikososial yang membantu pembelajaran. Persekitaran bilik
darjah dalam aspek psikososial lebih dikenali sebagai iklim bilik darjah. Iklim
bilik darjah yang sihat mengamalkan hubungan sesama murid, hubungan guru
dengan murid, semangat bekerjasama, tolong-menolong, toleransi, berbaik
sangka, penerimaan, penghargaan dan rasa selamat. Guru memainkan
peranan yang amat penting dalam menentukan iklim bilik darjah yang sihat.
Kepimpinan dan keupayaan guru untuk menguruskan hubungan dalam bilik
darjah, penyediaan rutin bilik darjah, pelaksanaan peraturan bilik darjah
secara adil serta bahasa dan bentuk komunikasi dan interaksi yang diamalkan
membawa kepada pewujudan persekitaran psikososial yang membantu
pembelajaran.Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi
menjamin pengurusan bilik darjah yang kondusif. Salah satunya adalah
kemahiran berkomunikasi dan ianya teras kepada pembentukan budaya yang
positif dalam bilik darjah. Komunikasi merupakan aspek penting dalam
pengurusan bilik darjah. Oleh kerana pengurusan bilik darjah melibatkan
manusia iaitu guru dan murid, perhubungan antara mereka sentiasa wujud
dan penting. Proses sosialisasi tidak akan berlaku di bilik darjah sekiranya
tidak wujud komunikasi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat
perbezaan individu pelajar di dalam sesebuah bilik darjah.

1.3 Peraturan dan Rutin Bilik Darjah

1.3.1 Peraturan Bilik Darjah


Semasa membentuk peraturan di dalam bilik darjah, guru perlu memberikan
perhatian kepada beberapa perkara seperti ayat peraturan mesti ringkas dan
jelas. Peraturan yang dibentuk seeloknya bermakna dan dipersetujui oleh murid-
murid atau membentuk peraturan bersama murid. Hadkan bilangan peraturan
kerana jika terlalu banyak peraturan akan mengelirukan murid. Peraturan yang
dibentuk seharusnya adil dan bertujuan untuk membantu proses pembelajaran.
Akhir sekali peraturan bilik darjah haruslah selaras dengan peraturan sekolah
dan tidak bercanggah dengannya.

1.3.2 Rutin Bilik Darjah


Guru sebagai pentadbir menjalankan rutin seperti menanda jadual kedatangan,
menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan menyimpan bahan-bahan
seperti buku cerita, menyemak dan memulangkan buku latihan, mengutip yuran
dan lain-lain . Murid-murid pula boleh menjalankan rutin seperti membersihkan
bilik darjah,membuka tingkap dan pintu, membersihkan papan hitam, mengedar
dan menghantar buku latihan, menyusun meja dan kerusi, menghias bilik darjah
dan mengemas kini bahan-bahan pada papan kenyataan. Rutin yang dilakukan
oleh guru dan murid itu akan menghasilkan kelas yang kondusif jika dilakukan
dengan terurus dan terancang. Antara contoh rutin bilik darjah, setiap hari, murid
yang bertugas dikehendaki membersihkan kelas sebelum sesi pembelajaran
dimulakan. Contohnya , menyapu sampah, mengelap tingkap, memadam papan
hitam dan membuang sampah. Murid-murid hendaklah berdiri di tempat masing-
masing untuk memberi ucapan salam kepada guru yang akan mengajar.
Sebelum memulakan sesi pembelajaran, murid dikehendaki membaca doa
penerang hati. Antara contoh lain rutin bilik darjah agar kelas dalam keadaan
kondusif ialah sebelum keluar rehat, murid perlu memastikan kelas dalam
keadaan bersih, tidak bersepah dan susuanan meja dan kerusi dalam keadaan
baik. Kemudian, sebelum pulang, murid-murid dikehendaki mengutip sampah
dan membersihkan bilik darjah mereka. Apabila murid sudah biasa dengan
tingkah laku sedemikian, maka akan lahir kelas yang kondusif kerana masing-
masing tahu peranan dalam bilik darjah.

1.4 Kualiti Peribadi Guru


Kualiti peribadi seorang guru merupakan suatu senarai yang amat panjang. Ada
sesetengah kualiti ini sememangnya sudah ada pada jiwa seseorang guru
tersebut. Ada pula guru yang perlu dilatih atau diingatkan tentang kualiti yang
diperlukan untuk membantunya dalam pengurusan bilik darjah.

1.4.1 Bersemangat Tinggi


Guru hendaklah bersemangat dan proaktif dalam usaha untuk memotivasikan
muridnya supaya mereka dapat merasai keinginan guru tersebut untuk mengajar.
Sebagai contoh, guru tersebut bercakap dengan penuh bersemangat, suara
yang kuat, menggunakan nada suara yang sesuai dan melakukan aksi-aksi yang
sesuai dengan perkara yang diajar.
1.4.2 Sensitif dan peka
Sensitif disini bukan hanya guru perlu sensitif kepada masalah murid malah, guru
juga hendaklah peka dengan perbezaan belajar dan keperluan muridnya. Guru
hendaklah mengubahsuai cara pengajarannya dengan mengambil kira
perbezaan yang wujud di dalam bilik darjah. Ini membolehkan semua murid
berpeluang untuk belajar. Murid akan termotivasi untuk belajar jika keperluan
mereka diberikan perhatian. Contohnya, seorang guru matematik hendaklah
memberikan soalan yang lebih mudah kepada muridnya yang tidak paham
subjek tersebut berbanding murid yang sudah paham.
1.4.3 Bersikap peramah, mesra dan berusaha mengenal muridnya.
Guru hendaklah bijak beramah mesra dengan murid-murid. Contohnya, cuba
luangkan masa pada waktu petang untuk beriadah bersama murid-murid. Selain
itu, guru juga hendaklah berusaha untuk mengenal setiap murid di dalam bilik
darjah tersebut. Misalnya, apabila guru memanggil murid dengan namanya,
murid akan merasakan dirinya penting dan dikenali oleh guru.

1.5 Pengurusan Masalah Disiplin


Pengajaran memepengaruhi tingkah laku dan tingkah laku juga mempengaruhi
pembelajaran. Oleh itu, disiplin bilik darjah dianggap sebahagian daripada
pengurusan bilik darjah yang meliputi arahan, komunikasi, struktur dan
pengurusan bilik darjah.(Charles, 2008). Ahli psikologi tingkah laku telah
mencadangkan 5 Model Pengurusan Disiplin yang boleh dijadikan panduan
ketika mengajar.
1.5.1 Model Modifikasi Tingkah Laku oleh B.F.Skinner
B.F.Skinner mendapati tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa-apa
yang berlaku sebaik sahaja sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Model ini
menggunakan prinsip peneguhan dimana terdapat dua peneguhan, iaitu
peneguhan positif dan peneguhan positif. Sebagai contoh, murid yang
menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak membuat bising, melakukan
kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan tepat pada masanya akan
diberikan ganjaran(peneguhan positif). Untuk peneguhan negatif, katakan ketika
guru sedang mengajar, murid leka membaca komik di belakang. Oleh itu, guru
bertindak merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid kembali
menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.
1.5.2 Model Disiplin Asertif Canter
Model ini menegaskan bahawa guru mempunyai hak untuk menentukan
peraturan-peraturan di dalam bilik darjah dan memastikan murid mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. Murid berhak mendapatkan suasana
pembelajran yang tenang dan tenang. Manakala menjadi hak guru mengajar
tanpa gangguan. Sebagai contoh, murid-murid dibawa melawat Zoo Negara
apabila mereka berjaya mendapat A dalam ujian Matematik.

1.5.3 Model Akibat Logikal Dreikurs


Model ini menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di
dalam bilik darjah. Guru perlu mengenal pasti punca salah laku yang dilakukan
murid tersebut dan murid tersebut perlu dibimbing untuk memahami peraturan di
dalam bilik darjah. Dreikurs (1968) mendapati bahawa tingkah laku bermasalah
berpunca daripada motif-motif yang berikut;
1.5.3.1 Mendapatkan perhatian.
Murid-murid ingin mendapatkan perhatian guru dengan melakukan tingkah
laku yang mengundang kemarahan guru. Sebagai contoh, Ali mengetuk
meja tanpa sebab sehingga membuat kelas bising dan dimarahi oleh
Cikgu Amir.
1.5.3.2 Mencabar kuasa.
Adakalanya tindakan guru menyebabkan murid berasa tertekan dan
dipinggirkan. Oleh tiu, mereka bertindak mencabar kewibawaan guru
seperti enggan memberi kerjasama. Sebagai contoh, Alex sengaja
melanggar peraturan kelas yang telah ditetapkan Cikgu Asraf.
1.5.3.3 Membalas dendam.
Murid tidak menunjukkan salah laku disebabkan tindakan yang dikenakan
oleh guru. Mereka melihat tindakan guru itu sebagai tidak adil dan akan
mencari jalan untuk membalas dendam terhadap guru tersebut.
Contohnya, Allan telah menconteng dinding tandas kerana dia telah
dirotan olh guru disiplin atas kesalahan disiplin yang dia lakukan.
1.5.3.4 Mempamerkan kekurangan.
Apabila murid tersebut gagal mendapat pengiktirafan melalui motif-motif di
atas,maka mereka akan mula bertindak memencilkan diri atau
meminggirkan diri. Mereka akan cuba mencapai matlamat ini degnan
menunjukkan kekurangan diri. Sebagai contoh, Firdaus tidak membuat
kerja kumpulan yang telah diberikan kepadanya kerana dia tidak suka
cikgu tersebut.
1.5.4 Model Pengurusan Kelompok Kounin
Model ini bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru
terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah. Kounin menekankan bahawa
terdapat 5 faktor dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilik darjah.

1.5.4.1 Withitness kepekaan dan kesedaran guru dalam mengawasi


pergerakan di dalam bilik darjah pada setiap masa.
1.5.4.2 Pertindanan kebolehan guru mengawal bilik darjahnya lebih dari
satu situasi dengan serentak.
1.5.4.3 Kelicinan kelancaran aktiviti P&P di dalam bilik darjah dapat
membantu guru mengawal salah laku di dalam bilik darjah.
1.5.4.4 Momentum Guru memulakan proses P&P dengan menarik
perhatian murid terlebih dahulu dan mengekalkan rentak tersebut
sehingga tamat proses P&P.
1.5.4.5 Kepekaan kelompok Guru hendaklah peka dengan sekumpulan
murid yang aktif dan pasif di dalam bilik darjah agar tidak melakukan
salah laku disipin.

1.5.5 Model Terapi Realiti oleh William Glasser.


Teori ini menekankan tingakah laku manusia didorong oleh keperluan untuk
memenuhi keperluan psikologi asas. Glasser juga menegaskan pengajaran
mesti dilaksanakan lebih ke arah membimbing, tidak menggunakan paksaan
dan bukan bersifat memerintah. Oleh itu, kurikulum dan pengajaran perlu
berfokuskan kepada empat keperluan asas ini iaitu;

1.5.5.1 Kasih sayang


Peneguhan-peneguhan yang diberikan hendaklah sesuai supaya
murid-murid dapat mengekalkan keharmonian bilik darjah.
1.5.5.2 Mempunyai kuasa dan kawalan
Murid-murid mempunyai pilihan untuk memilih aktiviti-aktiviti bilik
darjah yang bersesuaian dengan minat dan kecenderungan
mereka.
1.5.5.3 Kebebasan
Kanak-kanak memerlukan kebebasan tetapi pada masa yang
sama, ibu bapa dan guru-guru perlu mangawasi dengan
memberikan kebebasan yang bersesuaian dengan peringkat
umur mereka.

1.5.5.4 Keseronokan
Guru perlu memikirkan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan
murid-murid dan pada masa yang sama meningkatkan tahap
pembelajaran mereka.

1.6 Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran Guru

Proses P&P yang menarik dapat menarik minat murid untuk belajar dan dapat
mewujudkan suasana kelas yang kondusif. Untuk mewujudkan suasana
tersebut, guru perlu menguasai beberapa jenis pengetahuan seperti
pengetahuan am, pengetahuan ikhtisas sebagai seorang guru dan pengetahuan
tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sebagai contoh, sebagai
Guru Matematik, guru tersebut hendaklah mengetahui program LINUS yang
telah diperkenalkan. Selain itu, guru juga perlu mempunyai kemahiran pedagogi
dan kemahiran ICT dalam pendidikan. Guru-guru mestilah memahami objektif
pengajaran tersebut supaya boleh dikaitkan dengan model-model pengajran
yang sesuai. Penggunaan ICT juga hendaklah diterapkan kerana kita harus akur
dengan arus permodenan dunia masa kini. Contohnya, penggunaan LCD dan
Projektor dapat memudahkan lagi proses P&P dimana murid akan terhibur jika
guru dapat menunjukkan video-video yang menarik. Tambahan pula, guru perlu
memahami konsep, prinsip dan struktur subjek yang di ajar dengan mendalam.
Apabila guru tersebut memahami isi kandungan subjek tersebut dengan
mendalam, guru tersebut dapat memberikan contoh dan mengaitkan dengan
kehidupan seharian. Murid-murid akan lebih mengingati jika contoh yang
diberikan adalah berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh,
seorang cikgu matematik membawa kek di dalam bilik darjah untuk mengajar
pecahan kepada murid-murid.

1.7 Perancangan Kokurikulum


Penting bagi kita untuk merancang jika kita hendak mendapatkan suasana bilik
darjah yang kondusif. Sebelum merancang, seorang guru tersebut hendaklah
tahu matlamat yang hendak dicapai dan maklumat berkaitan pelajar di dalam
bilik darjah tersebut. Terdapat beberapa aspek yang perlu dirancang untuk
mewujudkan suasana kelas yang kondusif.

1.7.1 Sukatan pelajaran


Guru hendaklah mengajar sesuatu topik dalam matapelajaran tersebut
mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Ini kerana jika guru tersebut tidak
mengikut sukatan yang telah ditetapkan ini akan mengakibatkan murid-murid
tertekan apabila diajar terlalu banyak ilmu pada satu-satu masa. Contohnya,
Cikgu Amir mengajar 5 topik matapelajaran Sains pada satu-satu masa akan
menyebabkan muridnya gagal dalam peperiksaan Sains baru-baru ini.

1.7.2 Penilaian Berterusan


Penilaian mesti dilakukan secara berterusan supaya guru boleh merancang
proses P&P kepada murid-murid. Cara ini membantu kedua-dua golongan
iaitu guru dan pelajar menyedari tahap pencapaian dan kemajuan pelajar.
Setiap penilaian hendaklah diberitahu kepada murid supaya mereka tahu di
mana tahap kemajuan mereka. Sebagai contoh, keputusan ujian bulanan bagi
matapelajaran Matematik telah diberitahu kepada murid-murid tahun 5
Anggerik oleh Cikgu Allan.
1.7.3 Strategi/kaedah/teknik/pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru harus mempelbagaikan teknik pengajaran supaya murid yang berlainan
kemampuan dapat menerima setiap ilmu yang diajarkan. Pelbagai
strategi/pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam proses P&P. Antaranya
ialah :

1.7.3.1 Pengajaran Direktif


Dalam pengajaran ini, murid dikehendaki untuk meniru tingkah laku atau
kemahiran yang ditunjuk cara atau disampaikan oleh guru. Pengajaran
jenis ini melibatkan penggunaan latih tubi, praktis, pembelajaran masteri
dan pengajaran langsung. Sebagai contoh, Cikgu Alex menyuruh anak
muridnya membuat demonstrasi bagaimana hendak melukis bentuk
segiempat pada papan putih setelah beliau membuat demonstrasi terlebih
dahulu.
1.7.3.2 Pengajaran Mediatif
Pengajaran ini menitikberatkan murid untuk membuat penilaian sendiri
terhadap isu-isu kontroversi, menghormati pandangan orang lain dan
menggunakan proses-proses alternatif. Guru akan menerima semua
pendapat muridnya tanpa membuat penghakiman terhadap idea tersebut.
Semua idea diterima dan dihujahkan oleh murid sendiri. Contohnya, Cikgu
Khairul mengadakan pertandingan bahas diantara murid lelaki dan
perempuan dalam kelas 6 Bestari.
1.7.3.3 Pendekatan Induktif
Pendekatan ini dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju
ke arah generalisasi (J.M Kierzek dan W. Gibson, 1960). Pendekatan ini
boleh membantu pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasakan
pemerhatian atau contoh-contoh yang diperolehi. Contohnya, seorang
guru sains menyuruh anak muridnya menguji benda disekeliling makmal
dengan magnet dan mencatat hasil kajian mereka. Pada akhirnya, murid
berjaya membuat generalisasi bahawa magnet hanya menarik benda yang
diperbuat daripada logam sahaja.
1.7.3.4 Pendekatan Deduktif
Seorang guru akan mengemukakan satu konsep/hukum/generalisasi
dengan menerangkan definisi sebelum memberikan beberapa contoh
untuk memperjelas kefahaman. Pendekatan ini lebih menggalakkan murid-
murid untuk menaakul untuk mendapatkan fakta/contoh tertentu daripada
peraturan umum. Dalam proses penaakulan, murid-murid akan
mengumpul fakta untuk membuktikan satu penyataan itu benar atau tidak.
Contohnya, seorang guru sains menerangkan bahawa magnet akan
menarik benda yang berasaskan logam sahaja dan guru tersebut akan
mengemukakan soalan Adakah magnet akan menarik pemadam?. Murid-
murid akan menjalankan eksperimen untuk menguji soalan tersebut dan
akhirnya murid-murid berjaya merumuskan bahawa magnet hanya menarik
benda logam sahaja berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan.

1.8 Peningkatan Profesionalisme Guru


Perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan menjadikan tugas
guru semakin mencabar. Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru
kerana itu mendorong dan membantu guru menyampaikan pengajaran
kepada murid-murid. Perubahan dan perkembangan dalam sistem
pendidikan menjadikan tugas guru semakin mencabar.Pelbagai program
telah dianjurkan oleh kerajaan untuk meningkatkan profesionalisme guru di
Malaysia. Antaranya ialah ;

1.8.1 Kursus Dalam Perkhidmatan


Kursus seperti ini diadakan untuk membantu guru meningkatkan
prestasi dalam tugasan yang semakin canggih dan mencabar.
Secara tidak langsung juga, peningkatan kemahiran itu akan
bertambah lagi apabila guru berkenaan berkongsi pengalaman
dengan rakan-rakan yang tidak berkesempatan dan berpeluang
menghadiri kursus tersebut. Penguasaan ICT serta memiliki
sifat-sifat yang berakhlak mulia aka meningkatkan lagi tahap
profesionalisme seorang guru tersebut. Contohnya, IPG Kampus
Raja Melewar telah mengadakan Kursus Adobe Photoshop
kepada guru-guru sekolah rendah yang terpilih bagi menambah
ilmu pengetahuan baru disamping dapat mempelbagaikan
kaedah P&P.
1.8.2 Kolaborasi
Peningkatan kendiri seorang guru dapat dibuat melalui usaha
kerjasama dengan guru-guru lain yang memiliki kelayakan
akademik serta latihan ikhtisas yang sama. Kolaborasi berbentuk
profesional yang dibuat mestilah mencapai matlamat pendidikan
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Dalam pentadbiran
sekolah juga mesti wujud guru-guru yang bercirikan kolaboratif,
koperatifdan kesejawatan untuk kemajuan sekolah itu sendiri.
Sebagai contoh, Cikgu Azrul yang pandai melukis mengajar
rakan sejawatnya asas melukis supaya boleh dipraktikkan di
dalam bilik darjah.
1.8.3 Peningkatan Kendiri

Anda mungkin juga menyukai