Anda di halaman 1dari 9

USAHA-USAHA RON CLARK

MENANGANI MASALAH
DISIPLIN DALAM BILIK
DARJAH

ADAM
MASTURA
‘IZZATI
AISYAH
*Cara penyelesaian masalah yang diterapkan Clark adalah
dengan menggunakan pendekatan humanistik. Clark
menganggap bahawa semua muridnya merupakan
manusia yang baik dan memiliki sifat positif di dalam
diri mereka. Setiap murid-muridnya memiliki
kemampuan yang sama dan tidak menganggap mereka
kurang dari orang lain.

*Dari pendekatan ini Ron mengajarkan mereka bukan


hanya sekadar mengejar akademik, tetapi beliau
mengajarkan nilai-nilai kehidupan melalui berbagai
aktiviti dan juga melalui dedikasinya kepada murid-
murid tersebut dalam bentuk perhatian hingga
merelakan dirinya yang sakit untuk tetap mengajar
murid-muridnya.
*Penyelesaian masalah yang dilakukan Clark adalah
dengan mengubah pandangan murid-muridnya mengenai
siapa dirinya dan menanamkan nilai bahawa dirinya
berharga.

*Clark juga memberikan perhatian dan menggunakan


cara yang kreatif sehingga muridnya tidak bosan dan
dapat belajar daripada keinginan yang timbul dalam diri
sendiri.

*Clark bersikap sebagai guru dan kawan bagi muridnya. Ia


bahkan membantu muridnya dalam kehidupan peribadi
mereka dan menjadi jawapan untuk masalah yang
mereka hadapi.
Mr. Clark melakukan perubahan dengan murid-murid di
dalam kelas dengan cara meletakkan peraturan antaranya :
1. Kita adalah keluarga,
2. Kita saling menghormati,
3. Perlu masuk dan keluar kelas dengan cara berbaris.

*Beliau juga melakukan kerjasama dan pendekatan kepada


orang tua agar boleh diajak bekerjasama dalam
pekerjaan rumah dan memberikan pengajaran tambahan
di rumah.
Melakukan berbagai kegiatan pembelajaran yang
menyeronokkan agar muridnya termotivasi untuk belajar
seperti yang dilakukan oleh Mr. Clark diantaranya:

1. Menggunakan berbagai media gambar di dalam kelas


2. Bercerita dengan memberi tema pada situasi
pembelajaran
3. Menggunakan media muzik untuk mengingati sesuatu
pelajaran
4. Melakukan pendekatan individual dengan murid-
muridnya agar lebih rapat dan muridnya berasa
terbuka untuk berkongsi masalah dan pendapat.
*Beliau menggunakan cara yang disukai dan dapat
membuat muridnya merasa selesa dan gembira
sepanjang proses pembelajaran.

*Mr. Ron Clark cuba mendalami murid-muridnya yang


memiliki masalah satu per satu kemudian beliau
berusaha menanganinya. Dia rela mengorbankan
waktunya untuk membantu muridnya agar dapat belajar
dan menjadi lebih baik lagi.
*Mr. Clark mengajar dengan cara baru, iaitu jika para
muridnya diam dan mendengar pengajarannya selama 15
saat, ia akan meminum satu kotak susu. Cara itu
diterima dengan baik walaupun Mr. Clark merasakan
mual dan hampir muntah.

*Pada waktu rehat, Mr. Clark cuba untuk berhibur dengan


muridnya dengan cara bermain bersama, seperti
bermain lompat tali. Awalnya, ia tidak diterima tapi
lama-kelamaan mereka menerima Mr. Clark dengan baik
kerana kelihatan menyeronokkan dan menghiburkan.
* Mr Clark juga mendapatkan cara belajar yang sesuai dengan
minat muridnya, iaitu dengan memasukkan isi pelajaran
dalam irama muzik. Kaedah ini amat menyeronokkan. Isi
tentang sejarah Amerika disampaikan sambil menari hip hop
dan muzik rap yang dipasang di radio. Para murid menyambut
baik kaedah tersebut.

* Mr. Clark juga rela memberikan pelajaran tambahan, seperti


belajar matematik dengan cara kebiasaannya iaitu bermain
catur. Para murid berusaha keras untuk ujian yang akan
diberikan Mr. Clark. Berdasarkan hasil ujian tersebut, mereka
mendapat keputusan yang memuaskan.
*Menjelang ujian akhir, Mr. Clark sakit kerana terlalu
penat. Ia membuat kaedah belajar secara rakaman
video. Proses belajar melalui video tersebut berjalan
dengan baik. Hasil ujian akhir mereka sangat
mengejutkan kerana ada murid mendapat markah yang
lebih tinggi dari kelas pertama di sekolah itu.

Anda mungkin juga menyukai