Anda di halaman 1dari 2

TEMA : KEBERSIHAN PERSEKITARAN SEKOLAH

Persekitaran sekolah yang ceria menjadikan murid lebih bersemangat untuk belajar
dan mengejar kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Cadangkan langkah-langkah bagi memastikan kebersihan persekitaran sekolah
sentiasa terjaga.
“Kebersihan adalah keindahan. Orang yang menjaga kebersihan adalah
pekerjaan mulia”
Kata-kata di atas menunjukkan kepentingan kebersihan dalam kehidupan.
Kata-kata hikmah tersebut juga membuktikan bahawa kebersihan perlu diberi
perhatian dalam kehidupan. Seperti yang kita sedia tahu, dalam Islam telah
menjelaskan bahawa kebersihan itu separuh daripada iman. Kebersihan terbahagi
kepada dua iaitu kebersihan rohani dan fizikal. Tahukah anda bahawa kebersihan
fizikal akan mempengaruhi kebersihan rohani? Sehubungan dengan itu, kawasan
sekolah haruslah dalam keadaan yang bersih supaya pelajar dapat menuntut ilmu
dengan lebih selesa. Namun, seperti yang kita lihat pada zaman ini, kebanyakan
sekolah di Malaysia berhadapan dengan masalah kebersihan. Walhal, pelbagai
solusi telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk memastikan sekolah-sekolah di
negara kita sentiasa bersih. Apabila dikaji semula, punca sebenar segala usaha
pihak kerajaan dan sekolah tersekat adalah kerana sikap pelajarnya sendiri. Maka,
sebagai murid, kita seharusnya bekerjasama dengan pihak sekolah demi
merealisasikan usaha mereka. Jadi soalnya, apakah langkah-langkah berkesan bagi
memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih? Kemelut ini akan dibincangkan satu
persatu demi kemaslahatan pelajar dan pihak sekolah.

Dalam dunia yang dilingkari arus pemodenan ini, remaja tidak sedar akan
kepentingan menjaga kebersihan persekitaran mereka. Sikap mereka yang tidak
prihatin dan individualistik telah menyebabkan kebersihan kawasan sekolah telah
terabai. Kebersihan ialah tanggungjawab bersama. Kita harus berpegang pada kata-
kata tersebut. Hal ini terjadi demikian kerana, menjaga kebersihan sekolah bukan
sahaja amanah pekerja-pekerja yang diupah. Kita juga sebahagian daripada warga
sekolah seharusnya membantu mereka memastikan sekolah sentiasa bersih. Maka,
kita seharusnya kita perlu melakukan anjakan paradigma dengan memperbaik dan
memantapkan sahsiah diri. Oleh itu, kita perlu membantu meringankan beban
pekerja pembersihan sekolah dengan memastikan dalaman kelas sentiasa bersih
dan ceria. Bukan itu sahaja, koridor kelas juga perlu dipastikan kebersihannya
kerana menjaga kebersihan persekitaran sekolah tanggungjawab bersama warga
kelas dan dibantu oleh pekerja pembersihan. Sebagai gambaran yang lebih jelas,
apabila kita terlihat sampah di luar kelas, kita seharusnya mengambil sampah
tersebut dan membuang sampah itu ke dalam tong sampah. Tindakan ini harus
dilakukan supaya kita dapat meringankan beban pekerja-pekerja tersebut. Allah
berfirman “barang siapa memudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan
urusannya”. Jadi, kita apabila kita menukar cara kita berfikir dan tidak meletakkan
beban pada orang lain serta berkongsi tanggungjawab maka semestinya kawasan
persekitaran sekolah akan terjamin kebersihannya.
Rentetan itu, kita juga perlulah menyertai program atau aktiviti yang telah
dilancarkan oleh sekolah. Sekiranya sekolah kita menjalankan aktiviti bulan
kebersihan, kita harus memberi sambutan agar aktiviti tersebut berjalan lancar.
Misalnya, pertandingan mengutip sampah setiap hari. Setiap kelas akan disediakan
sebuah tong sampah. Pada penghujung hari, guru yang bertugas akan mencatat
jumlah kasar sampah yang terkumpul mengikut kelas. Setiap bulan, kelas yang
mengumpul sampah terbanyak akan diberi hadiah berupa hamper atau baucer
pembelian di koperasi sekolah. Oleh itu, pelajar-pelajar setiap tingkatan sewajarnya
turut serta dalam aktiviti sebegini terutamanya pelajar tingkatan lima. Alasan yang
mengatakan bahawa mereka sibuk belajar tidak boleh diterima kerana aktiviti ini
tidak mengambil waktu pengajaran dan pembelajaran pelajar. Maka benarlah,
penyertaan murid dapat memberi impak yang positif terhadap kebersihan sekolah.

Tidak dilupakan juga, kita seharusnya menggunakan prasarana sekolah


dengan berhemah. Menurut kes-kes yang berlaku di kebanyakan sekolah, pelajar-
pelajar tidak menghargai malah mereka telah merosakkan kemudahan sekolah. Hal
ini dibuktikan apabila tandas pelajar berbau busuk dan pintu tandas pula dicabut.
Sebilangan pelajar melaporkan bahawa tandas mereka tidak bersih. Padahal,
kekotoran tersebut berpunca dalam kalangan mereka juga. Pam tandas rosak akibat
cara penggunaan pam yang tidak berhemah. Kes vandalisme ini telah membawa
kepada ketidakselesaan kepada pelajar sendiri. Bak kata peribahasa Melayu,
meludah ke langit, muka juga yang basah. Sebaliknya, jika prasarana tandas
digunakan dengan betul, pasti kebersihan tandas dapat dipelihara. Oleh itu, pelajar
mestilah bijak dan berhemah apabila menggunakan tandas sekolah.

Sebagai pengitlakan, kebersihan sekolah dapat dipelihara jika warganya


cakna tentang kebersihan. Bersihkanlah sesuatu meskipun itu bukan tugas anda.
kebersihan itu menenangkan jiwa. Kata-kata mutiara tersebut menerangkan bahawa
walaupun kita sebagai pelajar yang ditanggungjawabkan untuk menuntut ilmu di
sekolah, kita juga sepatutnya menjaga kebersihan sekolah bukan sahaja di dalam
kelas. Hal ini dikatakan demikian kerana, suasana yang kondusif dan bersih akan
mempengaruhi minda dan jiwa kita. Maka, kita akan lebih selesa dan ilmu akan
mudah dipelajari. Akhirnya, usaha pelbagai pihak juga seharusnya seutuh Tembok
Besar China, bagai aur dengan tebing dan bagai dakwat dengan kertas. Semoga
sekolah kita sentiasa berada dalam keadaan bersih. Sebelum kudis menjadi nanah,
sebelum nanah menjadi barah, sebelum barah menjadi tokak, ambillah inisiatif yang
berkesan demi memelihara kebersihan sekolah.
Sumber: Murid 5 Cendekia BRASS 2019

Anda mungkin juga menyukai