Anda di halaman 1dari 2

Tanggungjawab Pelajar Dalam Menjaga Kebersihan Sekolah

Sekolah yang bersih dapat memberi gambaran bahawa para pelajar di sekolah tersebut
peka dan prihatin terhadap kebersihan.Para pelajar mempunyai
tanggungjawab dan peranan yang sangat penting untuk menjadikan sekolah sentiasa
berada dalam keadaan bersih dan ceria.
Mula-mula sekali, pelajar-pelajar mestilah memastikan bilik darjah, sebagai tempat
untuk menimba ilmu pengetahuan, sentiasa bersih dan kemas. Dalam hal ini, pelajarpelajar haruslah menjaga kebersihan bilik darjah dengan membersihkannya semasa guru
tiada di dalam kelas. Para pelajar harus membuang sampah ke dalam bakul sampah yang
disediakan di dalam bilik darjah. Selain itu, para pelajar perlulah bertugas mengikut jadual
tugasan yang telah sediakan dengan penuh tanggungjawab. Sekiranya bilik darjah bersih
dan ceria pastinya para pelajar dapat belajar dengan tenang dan selesa.
Seterusnya, murid-murid hendaklah menjaga kebersihan persekitaran sekolah
dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Pihak pengawas juga haruslah
memainkan peranan dengan mengambil tindakan terhadap para pelajar yang
mengotorkan kawasan sekolah. Selain itu, para pelajar hendaklah menjaga harta benda
sekolah dengan baik iaitu tidak mengotorkan, menconteng atau merosakkan harta benda
sekolah. Para pelajar juga haruslah bekerjasama memelihara pokok-pokok bunga yang
terdapat di pekarangan sekolah supaya sentiasa hidup dengan subur agar dapat
mencantik kan dan menceriakan kawasan persekitaran sekolah.
Keadaan persekitaran sekolah yang cantik dan ceria ini, mampu memberi ketenangan
kepada para pelajar agar dapat belajar dengan sempurna.
Selain itu, pelajar hendaklah melibatkan diri dalam kempen kebersihan yang
dianjurkan oleh pihak sekolah.Para pelajar boleh menyertai aktiviti yang diadakan dalam
kempen tersebut umpamanya,
gotong-royong, pertandingan kelas terbersih, pertandingan mengarang, pertandingan
melukis poster dan lain-lain lagi.Kempen kebersihan yang dianjurkan oleh pihak sekolah
sememangnya mampu
menjadikan sekolah kita bersih dan ceria, selain dapat memupuk semangat cinta akan
kebersihan dalam kalangan para pelajar.
Para pelajar juga haruslah membantu guru membersihkan setiap tempat di sekolah
untuk menjamin keceriaan sekolah. Pelajar-pelajar boleh menolong guru membersihkan
bilik guru agar sentiasa bersih dan kemas. Para pelajar juga harus bersikap ringan tulang
dengan membantu guru mengecat dinding sekolah, melukis mural dan lain-lain lagi.
Sebagai kesimpulannya, para pelajar harus memikul tanggungjawab menjaga
kebersihan dan keceriaan sekolah kerana bersih itu indah. Jika sekolah kita bersih dan
indah pastinya, sekolah akan menjadi tempat kita menimba ilmu pengetahuan dengan

mudah dan berkesan agar dapat melahirkan modal insan menjelang wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai