Anda di halaman 1dari 3

Laporan Minggu Bahasa Peringkat Sekolah

Sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan telah mengadakan minggu bahasa


peringkat sekolah dari 17 Jun 2013 hingga 21 Jun 2013.
Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu Sekolah
Kebangsaan Seri Kemajuan.Tujuan program ini adalah untuk memantapkan
penggunaan bahasa Melayu dan memberi peluang kepada semua murid menyertai
pertandingan berbahasa.
Sempena minggu bahasa ini,pihak penganjur telah mengadakan pelbagai
pertandingan seperti pertandingan bercerita, mengarang cerpen, pidato,
mendeklamasikan sajak dan kuiz.
Semua murid tahap satu dan tahap dua telah mengambil bahagian dalam
pertandingan itu.Sebelum pertandingan dijalankan,Pn.Hajah Mariyati binti Haji
Sapuan ,Guru Besar sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan telah merasmikan
program ini.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.Hampir setiap
acara yang dipertandingan disertai lebih 30 orang peserta.
Pada hari yang terakhir, telah diadakan majlis penyampaian
hadiah.Hadiah- hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar.Murid-murid yang
berjaya akan mewakili sekolah jika ada pertandingan di peringkat zon nanti.

Dilaporkan oleh, 27 JUN 2013
Amirulrasyhid
(AMIRUL RASYHID BIN JASLAN )
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan.









Pengalaman Menyaksikan Kemalangan Jalan Raya

Keadaan cuaca sungguh redup pada petang itu. Aku menggorak langkah
meninggalkan perkarangan sekolah. Tiba-tiba , aku terdengar bunyi yang kuat.
Akumemusingkan kepala ke arah bunyi.
Aku melihat suatu kemalangan di simpang jalan. Kemalangan itu berlaku di
kira-kira 100 meter dari sekolah dan melibatkan sebuah bas dan sebuah lori.
Banyak orang mengerumuni tempat kemalangan itu. Sesetengah kenderaan
bergerak perlahan untuk melihat kemalangan itu. Keadaan di tempat kemalangan itu
telah menjadi huru-hara.
Aku berasa cemas lalu berlari dengan cepat ke sebuah pondok telefon yang
berhampiran. Aku menelefon talian kecemasan.
5 minit selepas itu, polis pun tiba di tempat kejadian untuk mengawal lalu lintas.
Tidak lama kemudian, 3 buah ambulans dan pasukan bomba dan penyelamat
sampai di tempat kejadian. Pasukan bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa
dari kenderaan tersebut lalu ambulans menghantarkan mangsa-mangsa
kemalangan tersebut ke hospital.
Aku melihat mangsa-mangsa berlumuran darah. Ada pula yang tidak
sedarkan diri. Aku terdengar suara budak-budak menangis dan suara mangsa
mengerang kesakitan. Aku berasa simpati dan kasihan terhadap budak-budak kecil
yang ketakutan. Kepala pemandu lori berlumuran darah tetapi pemandu bas pula
tidak mengalami kecederaan.
Aku terdengar ada orang mengatakan bahawa pemandu lori itu memandu
dalam keadaan mabuk. Selepas semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital,
pasukan polis serta bomba dan penyelamat pun beredar. Keadaan lalu lintas
menjadi pulih semula dan aku meneruskan perjalanan balik ke rumah.
Melalui pengalaman ini, saya belajar untuk bertindak pantas semasa
kecemasan. Kita juga perlu sentiasa berhati-hati semasa menggunakan jalan raya.








Pengalaman menyaksikan pertandingan

Sekolah saya mempunyai sebuah padang yang luas. Setiap hari, padang ini
digunakan untuk aktiviti Pelajaran Pendidikan Jasmani pada waktu pagi atau
kegiatan ko-kurikulum pada waktu petang. Suasana padang itu berubah apabila
sekolah saya mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan Sekolah
Kebangsaan Jalan Bahagia pada petang 14 Julai 2009 yang lalu.
Sebelum pertandingan bermula, murid-murid dan sebahagian daripada
penduduk kampung mula berkumpul di sekeliling padang sekolah. Mereka masing-
masing kelihatan amat teruja untuk menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut.
Ada juga murid-murid dan beberapa orang penduduk kampung yang mengunyah
makanan dan menikmati aiskrim sementara menunggu pasukan bola sepak masuk
ke padang. Di penjuru padang kelihatan seorang penjual aiskrim bermotosikal
sedang sibuk melayan kanak-kanak yang ingin membeli aiskrimnya.
Orang ramai bangun dan bertepuk tangan sebaik sahaja terlihat kelibat
kedua-dua pasukan bola sepak masuk ke padang. Setiap pasukan kelihatan
sungguh bersemangat untuk memenangi perlawanan itu. Saya juga berasa amat
gementar dan berharap pasukan bola sepak sekolah saya akan memenangi
perlawanan tersebut.
Semasa perlawanan, para pemain bermain dengan bersugguh-sungguh.
Tepukan dan sorakan kedengaran di sekeliling padang. Para pemain menunjukkan
aksi yang sungguh hebat kerana kedua-dua pasukan bola sepak ini adalah juara
dan naik juara bagi pertandingan bola sepak sekolah rendah daerah Temerloh pada
tahun lepas.
Perlawanan ini berakhir apabila pengadil meniupkan wisel penamat. Saya
bersyukur kerana perlawanan ini telah dimenangi oleh pasukan bola sepak sekolah
saya. Para pemain bersalam-salaman dengan pasukan lawan dan para pengadil
sebelum keluar padang. Saya berharap pada tahun hadapan, saya pula akan
mewakili sekolah dalam pertandingan seperti ini

Anda mungkin juga menyukai