Anda di halaman 1dari 1

"Cara-cara Menjaga Keselamatan Di Jalan Raya".

Saban hari kita mendengar dan membaca banyak berita mengenai kemalangan
jalan raya yang ngeri sehingga mengorbankan banyak nyawa dan pada masa yang
sama ramai yang mengalami kecederaan parah dan kehilangan anggota badan.

Antara cara-cara menjaga keselamatan di jalan raya ialah dengan merancang


perjalanan kita terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana banyak kemalangan
berpunca daripada pemanduan yang terburu-buru dan hendak cepat sampai ke
destinasi. Perjalanan yang tidak dirancang menyebabkan seseorang itu memandu laju
dan secara melulu kerana bimbang terlewat. Jika sesuatu perjalanan dirancang
terlebih dahulu maka seseorang itu boleh memandu dengan tenang.

Selain itu, kita semua sepatutnya mematuhi semua undang-undang dan


peraturan jalan raya. Banyak kemalangan jalan raya berpunca daripada kegagalan
mematuhi undang-undang dan peraturan. Sebagai contoh, kemalangan ngeri selalu
berlaku di kawasan jalan raya yang berselekoh tajam. Ada pemandu yang gemar
memotong kenderaan lain di tempat-tempat sebegini walaupun berbahaya dan boleh
mengundang padah. Mereka tidak menghiraukan papan tanda "Dilarang memotong"
atau garisan berkembar.

Kita juga perlu bertindak bijak sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Kita
sepatutnya memeriksa terlebih dahulu kenderaan kita. Kita mesti memastikan
semua komponen keadaan kita berfungsi dengan baik. Sistem brek, lampu isyarat,
lampu hadapan dan tayar kenderaan kita perlu berada dalam keadaan terbaik
sebelum memulakan perjalanan.

Sebagai kesimpulannya, Menjaga keselamatan di jalan raya adalah


tanggungjawab semua orang. Jika semua pengguna jalan raya menjaga
keselamatan, maka kemalangan dapat dielakkan. akhir kata, menjaga keselamatan di
jalan raya adalah tanggung jawab bersama.

Anda mungkin juga menyukai