Anda di halaman 1dari 1

Pendahuluan

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan rakan-rakan menyertai aktiviti perkhemahan yang
dianjurkan oleh pasukan Pengakap SJKC Pin Hwa 2. Seawal jam 7.00 pagi, kami telah berkumpul
di tapak perhimpunan. Saya berasa seronok kerana ini merupakan kali pertama saya menyertai
aktiviti perkhemahan. Sebelum bertolak dari sekolah, Cikgu Lee memberi taklimat ringkas
tentang perkhemahan ini.

Sebaik sahaja bas yang disewa khas tiba, kami pun bertolak dari sekolah pada pukul 7.30
pagi. Kami beratur menaiki bas. Apabila tiba di tapak perkhemahan, kami dibahagikan beberapa
kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang guru pengiring. Sejam kemudian, kami
ditugaskan untuk mendirikan khemah mengikut kumpulan masing-masing di kawasan lapang tepi
sungai. Selepas selesai tugas mendirikan khemah, kami bersama-sama mengutip kayu api seperti
yang diarahkan oleh guru di kawasan berhampiran dengan berhati-hati. Kami sempat menyediakan
hidangan ringkas sebagai juadah pada tengah hari itu iaitu sambal sardin. Kami saling membantu
supaya kerja dapat diselesaikan.

Setelah menikmati makan tengah hari, para peserta diajar cara-cara membuat gajet.
Setiap kumpulan diberikan tugasan yang harus disiapkan pada hari itu juga, Setiap ahli
bekerjasama bagai aur dengan tebing agar segala tugasan yang diberi dapat dilakukan dengan
sempurna.

Selepas itu, kami menjalani aktiviti meredah hutan. Inilah aktiviti yang saya nanti-
nantikan. Kami ditugaskan untuk mencatat nama flora dan fauna yang kami temui sepanjang
aktiviti ini dijalankan. Pokok-pokok yang terdapat di dalam hutan ini sangat besar dan tinggi-
tinggi belaka. Ini adalah kerana mereka bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari. Kumpulan
saya berpeluang mengambil gambar flora dan fauna yang agak ganjil yangtidak pernah kami temui
sebelum ini. Saya berasa sungguh teruja dan gembira.

Pada waktu malamnya, para peserta duduk mengelilingi unggun api sambil menyanyikan
beberapa lagu Tunas Puteri. Para peserta juga bermain permainan dan membuat persembahan
yang menarik . Antara persembahan yang dipersembahkan seperti lakonan, nyanyian dan
deklamasi sajak. Acara ini amat menarik minat para peserta perkhemahan kerana dapat
menghiburkan hati setelah penat melakukan aktiviti pada siang hari.

Pada hari terakhir perkhemahan, kami dikehendaki mengemas barang-barang dan


membersihkan tapak perkhemahan. Kami berpuas hati dengan aktiviti perkhemahan ini kerana
dapat menimba pengalaman baharu. Walaupun penat, kami tetap berasa gembira. Saya berharap
aktiviti ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan.

Anda mungkin juga menyukai