Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan peta minda di bawah, huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pelajar cemerlang.

Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Mematuhi masa
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Melakukan aktiviti riadah

Memberi tumpuan

Mengulangkaji pelajaran

Pelajar cemerlang sering dipandang tinggi oleh masyarakat, justeru, setiap pelajar harus berusaha untuk memiliki ciri-ciri pelajar cemerlang. Masa itu emas. Oleh itu, seorang pelajar cemerlang sentiasa mematuhi masa. Mereka akan menyediakan jadual harian agar masa mereka terurus dengan baik. Selain itu, mereka melakukan aktiviti riadah kerana mereka sedar bahawa badan cergas, minda cerdas. Seterusnya, pelajar cemerlang turut memberi tumpuan ketika cikgu mengajar agar topic yang diajar dapat difahami sepenuhnya. Akhir sekali, mengulangkaji pelajaran juga merupakan rahsia kecemerlangan mereka kerana dapat memperkukuh memori mereka. Natijahnya, seseorang pelajar hendaklah menjadikan pelajar cemerlang sebagai suri teladan agar sikap-sikap seorang pelajar cemerlang dapat dipupuk dalam diri mereka.

(105 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai