Anda di halaman 1dari 1

Amin berjalan pulang dari sekolah. Amin bertemu dengan Orickho.

Amin mengajak
Orickho berjalan bersama-sama. Mereka berjalan sambil berbual-bual. Tiba-tiba,
mereka ternampak seorang nenek sedang terbongkok-bongkok mencari sesuatu.

Amin dan Orickho berhenti lalu bertanyakan nenek itu. Nenek itu sedang
keresahan. Dia seolah-olah mencari sesuatu.Wajahnya sedih dan muram. Mereka
berasa kasihan melihatnya.

Rupa-rupanya, nenek itu sedang mencari kad bank yang tercicir. Pada
mulanya, dompetnya terjatuh di kawasan tersebut. Dompetnya telah dijumpai,
namun kad banknya masih belum dijumpai. Cermin matanya pula tertinggal di rumah.
Oleh sebab itu, dia tidak dapat melihat dengan jelas.

Mereka membantu mencari kad bank nenek tersebut. Rumput di kawasan itu
agak panjang. Tidak mustahil kad tersebut tersebut terlindung di sebalik rumput.
Akhirnya, Amin menjumpai kad yang dimaksudkan. Kad itu dijumpai berhampiran
dengan longkang. Mereka berasa gembira dapat membantu nenek itu.

Nenek itu berasa lega kerana kad yang hilang telah dijumpai. Dia hendak
membuat pengeluaran wang untuk membiayai persekolahan cucunya. Cucunya tinggal
bersama-samanya sejak kecil lagi.

Nenek itu mengeluarkan wang untuk diberikan kepada mereka sebagai upah,
tetapi mereka menolak dengan lembut. Mereka ikhlas membantu dan tidak
mengharapkan balasan. Nenek itu mengucapkan terima kasih dan mempelawa
mereka bertandang ke rumahnya jika ada kelapangan.

Anda mungkin juga menyukai