Anda di halaman 1dari 5

SMK BUKIT JAMBUL

PULAU PINANG
(U/P: GURU KELAS 2 ARIF)
31/3/2011

PUAN,

TIDAK HADIR SEKOLAH

DENGAN SEGALA HORMATNYA SAYA INGIN RUJUK PERKARA DIATAS.


ANAK SAYA BERNAMA NAVINJIT SINGH A/L NERMALJIT SINGH DARI
KELAS 2ARIF TIDAK HADIR KE SEKOLAH PADA 31/3/2011 KERANA IKUT
KELUARGA KE TELUK INTAN KERANA NENEK SAKIT TENAT DI HOSPITAL.

2. DIATAS KESULITAN YANG TIMBUL SAYA INGIN POHON MAAF .

YANG BENAR,

--------------------------------
(NERMALJIT SINGH) BAPA
TEL: 016-4833315
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapat
dengan iklim dan suasana di dalam bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai
kecemerlangan , sekolah mestilah memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di dalam
keadaan yang bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya
dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa kesemasa. Untuk mencapai tujuan ini,
pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat sesuai diadakan secara berterusan bagi
memastikan pelajar sentiasa berada di dalam keadaan yang selesa dan seterusnya dapat
mengikuti pelajaran dengan baik. Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria
hasil daripada kerjasama dan pertandingan yang sihat diantara pelajar tentunya akan
menghasilkan kecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar . Ini adalah sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sekolah ialah tempat kita belajar dan mendapatkan ilmu. Sebagai seorang pelajar,kita
seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa
jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria.Terdapat pelbagai cara untuk
menceriakan kawasan sekolah.

(Isi pertama)

     Antaranya adalah dengan mengadakan program bergotong-royong. Bergotong


royong bermaksud melakukan kerja bersama-sama. Gotong-royong bertujuan untuk
memastikan kerja-kerja dapat dijalankan dengan mudah. Selain itu, kerja dapat disiapkan
dengan cepat,bak kata pepatah,yang berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Pada
hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong.Contohnya,
pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.

(Isi kedua)

     Selain itu  adalah dengan  mengadakan taman bunga di sekolah. Taman bunga ialah
kawasan yang ditanam dengan pokok-pokok bunga. Taman bunga boleh mencantikkan
kawasan sekolah. Sekolah boleh membeli pokok bunga untuk ditanam di dalam pasu atau
di  sekeliling kawasan sekolah. Pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari
rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Oleh itu,taman bunga perlu diadakan di
sekolah untuk menceriakan kawasan sekolah.

(Isi ketiga)

     Cara lain untuk menceriakan kawasan sekolah adalah dengan mengecat semula 
bangunan. Mengecat  bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga  akan berasa
seronok untuk datang ke sekolah. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku..”
Sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh mengecat dan melukis
mural di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap,pemandangan,lukisan
dan corak.

(Isi keempat) 

     Pertandingan kelas terbersih dan terceria juga dapat menjadikan sesebuah sekolah
ceria. Pertandingan kelas terbersih ialah peraduan bilik darjah yang paling bersih dan
paling ceria. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap
hari. Elas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan.  Kelas
terbersih akan diberikan hadiah dan sijil penghargaan.

(Isi kelima)

     Selain mengadakan pertandingan pihak  sekolah juga boleh mengadakan Program
3K. Program 3K bermaksud Kesihatan,Keceriaan dan Keselamatan. Program ini boleh
menjadikan sekolah  sentiasa ceria dan selamat. Ini kerana pihak sekolah sentiasa
mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa. Oleh itu program 3K perlu diadakan di
sekolah.

     Kesimpulannya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan


sekolah.  Dalam hal ini, guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-
sama menjaga persekitaran sekolah supaya  bersih dan ceria. Sekolahku adalah
kesayanganku. (320 patah perkataan)

Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu.  Lantarannya alam sekitar kawasan
sekolah  yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah
pelajaran. Sebagai  pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah.
Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata
peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu
mengaturkan strategi yang dominan  untuk menceriakan kawasan sekolah.

Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah
mengadakan program bergotong-royong.  Aktiviti bergotong royong harus diadakan
berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga
sekolah.  Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat
bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan
cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan
dijinjing.  Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong.
Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.

Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “Program


Sekolah dalam Taman” patut diadakan dengan menanam  pokok-pokok bunga dan
tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran
sekolah lebih nyaman dan berudara segar.  Dalam situasi ini,  pelajar-pelajar juga boleh
membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah
juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai
untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam
persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.

Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula.  Mengecat bangunan
boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah
yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.”  Dengan bantuan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat.
Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk
mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah.  Kelab atau persatuan kokurikulum juga
digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap,
pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan
lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.

Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu.  Melalui
aktiviti ini,  setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan
kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja
dan kerusi.  Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap
hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas
terbersih akan diberikan sijil penghargaan.  Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk
menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas dan kantin.  Secara
anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan tabiat menjaga  kebersihan dalam
kehidupan sehari-harian mereka.

Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program  3K. Program 3K bermaksud
mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak
sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan
selamat. Hal ini demikian  kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan
penyeliaan  dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan
membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut.  Hal ini akan  memangkinkan semangat
pihak sekolah  untuk memastikan program berjaya diadakan.  Sebagai impaknya,
program 3K perlu diadakan di sekolah.

Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah.


Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga
persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.

Faedah Menjaga Kebersihan Kelas


Afiq : Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Najwa?
Najwa : Ya, Najwa bercakap di sini.
Afiq : Bolehkah saya bertanya kenapa kita perlu menjaga kebersihan kelas?
Najwa : Afiq, Kita sebagai murid-murid banyak menghabiskan masa di dalam kelas
untuk menuntut ilmu.Oleh itu,bilik darjah mestilah selalu bersih dan ceria.
Afiq : Kalau begitu, tentulah banyak faedah jika kita menjaga kebersihan kelas kita?
Najwa : Memang betul. Kelas mestilah kelihatan bersih kemas dan cantik dengan tidak
mengumpul sampah di dalam meja dan membuat sampah di dalam kelas sahaja.
Afiq : Saya sokong pendapat awak, Najwa. Di samping itu,kita boleh melatih diri kita
bersikap bertanggungjawab terhadap kelas.Ini juga dapat memupuk nilai murni di dalam
diri kita seperti berdisiplin, bertanggungjawab dan rajin untuk membersihkan kelas.
Najwa : Ekoran daripada itu,kita dapat belajar di dalam kelas dengan selesa kerana kelas
kelihatan bersih dan cantik.
Afiq : Sehubungan dengan itu, kita boleh memenangi pertandingan kelas terbersih. Kita
akan mendapat pujian daripada guru-guru. Selain itu,kita boleh menjadi contoh kepada
kelas-kelas yang lain.
Najwa : Kesimpulannya,faedah menjaga kebersihan kelas memang perlu kita amalkan
seperti yang kita bincangkan.Oleh kerana kelas perlu dibersihkan, marilah kita bersama-
sama membersihkan kelas kita esok supaya kelas kelihatan bersih dan cantik. Sesuailah
dengan slogan, 'Kelas Bersih, Belajar Selesa'.
Afiq : Baiklah Najwa, kita jumpa esok. Terima kasih.
Najwa : Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai