Anda di halaman 1dari 1

Tajuk: “Menjaga Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Kita Bersama”

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan dengan Tuan pengetua , guru-guru dan
rakan-rakan sekalian . Tajuk yang ingin saya sampaikan pada pagi ini ialah “Menjaga
Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Kita Bersama”

Hadirin sekalian ,

Sekolah merupakan tempat kita sebagai pelajar banyak menghabiskan masa. Sekolah
merupakan rumah kedua kepada kita. Justeru , sebagai pelajar, kita memikul
tanggungjawab yang amat penting dalam usaha menjaga kebersihan sekolah. Kebersihan
sekolah menjamin suasana  yang kondusif dan selesa. Persoalannya, apakah
tanggungjawab kita? 

Bilik darjah kita merupakan tempat kita menambah ilmu dan berinteraksi dengan rakan
sekelas. Suasana bilik darjah yang kondusif amatlah penting agar kita dapat belajar
dengan selesa dan efektif. Justeru, kita haruslah senantiasa berganding bahu menjaga
kebersihan dan keceriaan bilik darjah kita. Amalkan etika pembuangan sampah yang
betul. Pastikan hanya sampah kering sahaja yang dibuang di dalam bakul sampah kelas.
Apabila membuang sampah, pastikan sampah yang dibuang betul-betul jatuh dalam bakul
samapah tersebut dan bukannya di luar bakul sampah. Sampah seperti sisa makanan
haruslah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan di luar bilik darjah. Kita juga
perlulah melaksanakan tugas kebersihan yang diamanahkan kepada kita. Seandainya
setiap individu dalam kelas memainkan peranan masing-masing, sudah pasti kebersihan
kelas dapat dijaga.

Selain itu, kebersihan tandas sekolah kita juga merupakan tanggung jawab kita. Tandas
bersih, murid selesa. Kita haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing dengan pekerja
sekolah untuk menjaga kebersihan tandas . Gunakanlah tandas dengan etika yang tertib.
Antara langkah yang perlu diberi perhatian ialah kita haruslah mengepam tandas selepas
digunakan. Bersihkan lantai dengan menggunakan air paip jika kita tidak sengaja
mengotorkan lantai tersebut. Buang sampah seperti tisu dan tuala wanita ke dalam tong
sampah yang disediakan. Cuci tangan kita selepas menggunakan tandas. Pastikan air pili
ditutup sebelum meninggalkan tandas. Elakkan pembaziran air.

Akhir sekali , kita juga harus menjaga kebersihan kawasan kantin sekolah kita. Seruan
sekolah ke arah “Sifar Plastik” atau “Go Green” haruslah disahut sepenuhnya. Sebagai
murid, kita haruslah membawa bekas makanan sendiri apabila membeli makanan di kantin
sekolah. Selepas digunakan, kita perlulah membawa bekas makanan balik ke rumah untuk
dicuci. Amalan ini penting demi mengelakkan sinki air di sekolah tersumbat. Kita juga
dapat mengurangkan pembuangan sampah di sekolah. Justeru, persekitaran sekolah akan
menjadi lebih bersih dan ceria.

Kesimpulannya , kebersihan sekolah adalah tanggungjawab kita . MARILAH KITA


bersama-sama menjaga kebersihan sekolah kita. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai