Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan persekitaran sekolah sentiasa

bersih.
Sekolah ialah lokasi yang amat signifikan dalam kehidupan setiap insan yang lahir di bumi
ini. Hal ini dikatakan demikian kerana sekolah menyalurkan ilmu kepada manusia. Tanpa ilmu
seseorang tidak dapat duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan masyarakat dunia.
Sekolah juga menjadi wahana untuk mendisiplinkan murid agar menjadi manusia yang
berkualiti. Sehubungan dengan itu, kebersihan sekolah seyogianya dipelihara supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Jika
kebersihan sekolah tidak dijaga keindahan persekitaran sekolah akan terjejas. Persoalan yang
bersinar difantasi minda adalah apakah prakarsa-prakarsa untuk memastikan kawasan sekolah
sentiasa bersih? Tepuk dada tanya selera.
Sebagai mukadimah dan pembuka bicara lontaran idea perdana ialah aktiviti gotong-
royong perlu diadakan di sekolah. Hal ini amat mustahak kerana tepuk sebelah tangan takkan
berbunyi. Apabila aktiviti gotong-royong diadakan semua pihak seperti guru-guru, murid-murid
dan ibu bapa dapat bersinergi ibarat serai serumpun tebu selubang untuk mengindahkan
kawasan sekolah. Sebagai tamsilnya, ada yang menebus rumput ada pula yang membersihkan
kawasan longkang. Kumpulan yang lain akan membuang sampah sarap. Kesemua urusan ini
akan membawa perubahan yang baharu dari segi keadaan fizikal sekolah. Impaknya pembiakan
nyamuk yang menyebabkan demam denggi dapat dihapusakan. Deduksinya, aktiviti gotong-
royong adalah mustahak untuk melindungi persekitaran sekolah.
Mari kita mencapahkan lensa perbincangan dengan menganalisis kata kunci pihak sekolah
mengadakan pertandingan kebersihan kelas. Langkah ini amat signifikan kerana akan
mendorong murid-murid untuk sentiasa menjaga kebersihan sekolah. Sebagai misalnya,
mereka akan mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan membuang sampah yang
terkumpul di kelas. Rentetan daripada itu keadaan kelas akan kelihatan kemas pada setiap
masa. Suasana yang positif dapat dibina di dalam kelas agar peroleh pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Bersesuaian dengan mutiara kata di
mana ada kemahuan di situ ada jalan inisiatif murid membawa keceriaan kepada persekitaran
sekolah.
Jika disingkap dari dimensi yang lain, aktiviti kitar semula juga akan menjadi wahana untuk
membersihkan persekitaran sekolah. Sejak dahulu proses kitar semula dijadikan sebagai suatu
wadah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar. Berikutan daripada itu, bangunan sekolah
memang penuh dengan kertas peti, kaca dan buku yang lama. Kesemua bahan ini menyakitkan
mata yang memandang lalu mencatatkan pemandangan sekolah. Dalam hal ini, apabila barang
tersebut dihantar ke kilang kitar semula bukan sahaja kekotoran di sekolah dapat
diminimumkan tetapi pihak sekolah juga menerima pendapatan situasi ini sesuai dengan
ungkapan jika tidak dipecahkan ruyung manakah dapat sagunya. Justifikasinya, amalan kitar
semula menyamankan kawasan sekolah.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat seribu satu modus operandi atau strategi
untuk memperkasakan kebersihan persekitaran sekolah. Dalam konteks ini ibu bapa haruslah
mengajar anak mereka tentang kepentingan kebersihan sejak kecil lagi kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Pihak sekolah juga perlu menekankan isu kebersihan sekolah pada
setiap masa seperti diperhimpunan sekolah supaya murid-murid melupakan tanggungjawab
mereka dalam memantapkan kawasan sekolah. Amalan ini amat penting kerana keceriaan
sekolah juga memastikan kesihatan warga sekolah daripada penyakit oleh sebab peribahasa
ada menyatakan sakit datang seperti rebut pergi seperti semut. Diharapakan semoga dengan
segala uslub yang progresif persekitaran sekolah akan cemerlang, gemilang dan terbilang.

CETUSAN MINDA CIKGU T. MANOGARAN


23/3/2021

Anda mungkin juga menyukai