Anda di halaman 1dari 4

JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

Bilangan Jurnal : 3 /12


Minggu : Ketiga
Tarikh Jurnal : 26 Ogos 2022
Tajuk Jurnal : Keceriaan dan Kebersihan Kelas

1. Isu Yang Difokuskan:


Setelah 3 minggu saya mengajar di sekolah, antara masalah utama yang sering
dipandang remeh ialah isu keceriaan dan kebersihan kelas. Hal ini adalah kerana
suasana dan iklim bilik darjah mempengaruhi sesi pengajaran dan pembelajaran murid
(Raghbir, Rsnini dan Ramlah, 1988)

Seorang guru sewajarnya memastikan susun atur di dalam bilik darjah teratur dan
kelengkapan bilik darjah haruslah mencukupi sebelum memulakan sesi pengajaran.
Sehubungan itu, guru juga perlu memastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih
dan kondusif.

2. Analisis Yang Difokuskan:


Saya merasakan isu yang timbul ini disebabkan oleh:

 Kesedaran murid tentang keceriaan dan kebersihan kelas dan diri berada pada
tahap yang amat rendah.
 Sifat tanggungjawab yang kurang dipupuk untuk menjaga kebersihan kelas.
 Sikap malas dalam diri murid-muri untuk membersihkan kelas.
 Sikap sambal lewa murid-murid terhadap kebersihan kelas.
 Bilangan murid yang ramai menyebabkan kelas kelihatan sempit dan agak tidak
teratur.
3. Kajian Lampau Terhadap Isu (Pengalaman Atau Kajian Lepas)
Menurut Kamarudin (1993), kebersihan dan keceriaan kelas amat penting untuk dipupuk
dalam diri murid. Hal ini adalah kerana kebersihan dan keceriaan kelas adalah
tanggungjawab bersama. Selain daripada itu, isu ini harus diatasi agar mampu
memupuk sifat tanggungjawab dalam diri murid untuk sentiasa mengamalkan
kebersihan diri.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah


Berdasarkan isu yang dianalisiskan ini, berikut merupakan beberapa cadangan
penyelesaian masalah:

 Meminta murid-murid mengutip sampah yang berada d bawah meja dan di


sekeliling mereka seepas bacaan doa,
 Memberi masa 2 minit kepada murid-murid membersihkan kelas dan bersedia
untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
 Menasihatkan murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam
islam
 Memberi motivasi kepada dan kesedaran kepada murid dengan
menghubungkaitkan antara kebersihan, proses belajar dan kehidupan seharian
mereka

5. Tempoh Masa Penyelesaian

Satu minggu

6. Tindakan Susulan
Saya akan merekod perkembangan kebersihan kelas dari masa ke masa dengan
membuat perbezaan kebersihan kelas pada setiap hari. Alternatif ini saya laksanakan
dengan mengambil gambar kelas agar murid-murid sentiasa peka dengan kebersihan di
sekeliling mereka. Secara tidak langsung, bagi mengelakkan nama mereka dipanggil,
mereka akan siap sedia mengemas kelas sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran
bermula.

7. Tarikh Tindakan

21 Ogos 2022 -26 Ogos 2022

8. Keberkesanan Langkah yang Dicadangkan


Alhamdulillah syukur, langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu saya dalam
membantu murid menjaga kebersihan kelas mereka. Walaupun terpaksa mengambil
sedikit masa sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, isu yang telah diatasi ini
menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih lancar dimana murid belajar dalam
keadaan yang lebih kondusif dan bersih.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)

Secara kesimpulannya, kebersihan dan keceriaan kelas bukanlah menjadi isu yang
berat. Namun, isu ini adalah isu sisipan yang mampu menjadi masalah utama jika tidak
dibendungi. Disebabkan murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi
kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Maka, aspek moral dan sivik
yang harus dipupuk sejak usia muda lagi agar mampu melahirkan masyarakat minda
pertama yang mempunyai nilai moral dan sivik yang tinggi.

10. Rujukan

Raghbir (2011), Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif untuk KPLI (Sekolah Rendah),
UG. Press Selangor
Kamarudin Hj Husin (1993) Pedagogi 3 Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah.
Selangor Darul Ehsan: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
____________________________
____________________________

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai