Anda di halaman 1dari 2

Minggu Praktikum: 3

Tarikh: 22.8.2022

Tajuk Jurnal: Kawalan Kelas Yang Kurang Memuaskan

1. Isu yang difokuskan :

Pada minggu ketiga praktikum ini, saya telah menghadapi satu cabaran yang mencabar
bagi saya iaitu beberapa orang murid lelaki suka bermain dan bergurau secara kasar
seperti menendang murid yang lain.

2. Analisis isu yang difokuskan:

Kawalan kelas merupakan salah satu faktor keberkesanan PdP. Namum begitu, kawalan
kelas yang lemah boleh menyebabkan PdP tidak berjalan dengan lancar. Hal ini dapat
menyebabkan murid-murid tidak dapat belajar dengan baik.

3. Kajian Lampau :

Sistem kawalan kelas yang lemah menjadi punca utama kebanyakan proses PdP tidak
berjalan dengan baik. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa perkara seperti kurangnya
minat murid terhadap PdP serta kaedah tradisional dalam PdP masih digunakan (Eileen,
2000)

4. Cadangan Penyelesaian :

Bagi mengatasi masalah ini masalah ini:

i. Menasihati murid yang melanggar peraturan kelas.


ii. Mengenakan denda kepada murid yang membuat kesalahan seperti berdiri di
luar kelas.

5. Tempoh masa penyelesaian:

1 minggu

6. Tindakan susulan:

Semasa PdP berlangsung, saya akan memastikan murid-murid yang membuat bising
mendapat tindakan yang sepatutnya. Sekiranya murid yang sama tetap melanggar
peraturan, saya akan maklumkan perkara tersebut kepada guru pembimbing untuk
membantu saya bagi menangani murid yang bising.

7. Tarikh tindakan susulan dilaksanakan:


29.8.2022

8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan:

Tindakan susulan yang dijalankan akan memberikan pengajaran kepada murid supaya
tidak membuat sebarang masalah di dalam bilik darjah.

9. Kesimpulan:

Saya berharap dapat memikul tanggungjawab guru dengan lebih baik dan efisien pada
masa yang akan datang untuk mendidik anak bangsa negara ini.

Rujukan

Eileen Ferrance. (2000). Action Research, United States: The Education Alliance

Anda mungkin juga menyukai