Anda di halaman 1dari 2

Forum By Student

Group : D221UYIKK2-

Student Detail
NOR SYAWAL SYAHADAH BINTI AHMAD (L20212011817)

Course : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan (KPR4063)


Sem Code :

Forum Detail
Title : Forum 4

Duration : 23-00-06 00: 23-00-28 00:


Terdapat pelbagai isu dan cabaran semasa anda menjalankan kajian tindakan. Nyatakan isu dan cabaran
berkenaan. Bagaimana anda mengatasi isu berkenaan.

Forum Comment

1 NOR SYAWAL SYAHADAH BT AHMAD

L20212011817

Forum 4

Terdapat pelbagai isu dan cabaran semasa anda menjalankan kajian tindakan. Nyatakan isu dan cabaran
berkenaan. Bagaimana anda mengatasi isu berkenaan.

1) Isu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) :

- Murid-murid bermasalah pembelajaran sering mengalami masalah dalam pembelajaran sekiranya guru
menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional seperti menghafal serta pengulangan sebutan.Murid yang
bermasalah dalam pembelajaran juga dapat menyebut nombor seperti yang diajar oleh guru, tetapi murid-murid
ini tidak mengenali nombor serta tidak tahu susunan nombor asas seperti susunan nombor 1-10 dengan
betul.Masalah ini dapat dilihat dari lembaran kerja murid apabila murid dikehendaki menulis nombor asas
mengikut susunan dengan betul. Murid kelihatan keliru untuk menulis nombor mengikut susunan yang betul.

2) Isu guru

- Guru tidak menjalankan pengajaran di dalam kelas. Sebaliknya guru hanya mengedarkan latihan yang
difotostat kepada murid. Murid dikehendaki menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru sementara itu guru pula
melayari internet semasa berada di dalam kelas. Guru tidak mebimbing murid dengan cara sepatutnya yang
dilakukan oleh guru Pendidikan Khas. Masalah ini berlaku apabila guru Pendidikan Khas sendiri memandang
rendah terhadap kemampuan murid-murid ini.

3) Isu Murid

- Murid terlalu bergantung kepada orang lain. Sebagai contoh, Zambri selalu meminta bantuan daripada Fauzan
apabila guru memberi lembaran kerja yang perlu disiapkan. Masalah tingkah laku negatif yang dilakukan oleh
murid. Sebagai contoh, Shafiq selalu membuat bising di dalam kelas. Masalah ini selalu dilakukan sama ada
dalam kelas itu ada guru ataupun tidak.

4) Isu Sekolah

- Ruang kelas yang selesa untuk menempatkan enam hingga lapan orang murid dalam satu kelas
sangat diperlukan. Manakala ruang kelas yang kecil membataskan pergerakan murid dan guru untuk melibatkan
diri dalam aktiviti yang disediakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) . Hal ini akan
menyebabkan berlakunya gangguan dalam pengajaran guru. Masalah yang timbul daripada ruang kelas yang
terhad ini ialah apabila guru daripada kelas lain mengajar kelas masing-masing dan menggunakan bahan bantu
mengajar seperti radio atau alat muzik. Hal ini akan menyebabkan berlakunya gangguan dalam pengajaran
kelas lain.

Antara langkah untuk mengatasi isu proses Pengajaran& Pembelajaran(P&P) di dalam kelas ialah guru perlu
menggunakan kaedah pengajaran secara moden ataupun pembelajaran abad ke-21 bagi menarik minat pelajar.
Sebagai contohnya pembelajaran melalui pelbagai jenis platform pembelajaran digital yang berpotensi dan
mempunyai banyak ruang untuk dieksplorasi seperti Blackboard, Edmodo, Google Classroom dan ClassDojo.
Melalui platform yang tersedia, kaedah hybrid pengajaran dan pembelajaran boleh disediakan melalui kaedah
sistem pengurusan pembelajaran seperti Docebo, Udemy, Skillshare, WizIQ, Adobe Captivative Prime, dan SAP
Litmos. Selain itu guru boleh melaksanakan pengajaran sesuatu topik dengan nyanyian ataupun lakonan bagi
menarik minat pelajar terhadap topik yang dipelajari.

Langkah bagi menangani isu guru pula ialah guru perlu menjalankan pengajaran di dalam kelas.Guru tidak boleh
hanya mengedarkan latihan yang difotostat kepada murid. Jadi murid dikehendaki menyiapkan latihan yang
diberikan oleh guru sementara itu guru pula melayari internet semasa berada di dalam kelas. Guru perlu juga
membimbing murid dengan cara sepatutnya yang dilakukan oleh guru Pendidikan Khas. Masalah ini berlaku
apabila guru Pendidikan Khas sendiri memandang rendah terhadap kemampuan murid-murid ini. Pihak sekolah
juga perlu menyediakan ruang kelas yang lebih besar bagi memberi keselesaan kepada pelajar dan guru untuk
mengadakan sesuatu aktiviti di dalam kelas.

2 Menurut pendapat saudari tersebut , cabaran untuk menjalankan kajian tindakan di sekolah adalah seperti
berikut dari aspek pentadbiran.Didalam konteks ini,pentadbiran boleh dirujuk kepada dua iaitu pentadbiran di
peringkat Kementerian serta Jabatan Pendidikan dan di peringkat sekolah. Setiap sekolah dan guru amnya
diamanahkan untuk mengambil langkah inovatif di dalam memperbaiki kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Salah satu kaedah yang diwajibkan adalah keperluan menjalankan kajian tindakan.
Perlaksanaan kajian tindakan ini pula akan dipantau dan dinilai oleh Jawatankuasa Nazir sekolah. Pihak
pentadbiran di peringkat sekolah pula lazimnya mentafsirkan keperluan perlaksanaan kajian tindakan ini sebagai
suatu tuntutan untuk mereka penuhi selaku pihak yang bertanggungjawab terus kepada pihak | Jawatankuasa
Nazir.

Anda mungkin juga menyukai