Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal: Ke-6

Minggu Pratikum: Keenam


Tarikh Peristiwa: 27 Julai 2023
Tajuk Jurnal: Lewat ke Sekolah
Pensyarah: Puan Salbiyatun Binti Abd Rashid @ Shaari
Guru Pembimbing: Puan Aimi Aqilah Binti Mohd Jefri

1. Masalah / Peristiwa

Sepanjang pemerhatian saya pada minggu ini, ketika perhimpunan beberapa orang
murid ditahan kerana lewat hadir ke sekolah sedangkan sesi persekolahan iaitu
bermula dengan perhimpunan sudah dimulakan. Terdapat juga beberapa orang
murid yang hadir setelah selesai perhimpunan pagi,

2. Analisis

Saya mendapati masalah ini berpunca daripada sifat ibu bapa yang memandang
enteng untuk menghantar anak mereka awal ke sekolah. Masalah ini juga berpunca
disebabkan tiada penegasan untuk mereka hadir awal ke sekolah. Tiada hukuman
yang berat diberikan kepada murid yang hadir lewat ke sekolah menyebabkan
mereka berani untuk lewat dengan lebih kerap.

3. Kajian Lampau Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas)

Menurut Foley, (2006), cara untuk mengurus bilik darjah dengan baik bermula

dengan mengawal tingkah laku murid di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, seorang

guru perlu tegas, konsisten dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya sekiranya

murid-murid melakukan kesalahan atau kacau ganggu di dalam bilik darjah melalui

beberapa teknik yang berkesan. Dali, (2008) menambah bahawa seorang guru perlu

tegas dan berani bertindak terhadap murid dan tidak bias dalam melaksanakan

tindakan tersebut.
4. Cadangan Tindakan Susulan

Bagi mengatasi isu ini, saya telah menetapkan peraturan untuk kelas yang saya
mengajar bahawa tiada murid yang dibenarkan lewat. Sekiranya ada, mereka akan
dikenankan tindakan yang tegas. Saya juga memberikan teguran kepada semua
murid agar isu ini tiada lagi ditimbulkan pada masa yang akan datang.

5. Tempoh Penyelesaian

1 minggu

6. Tindakan Susulan

Saya memanjangkan masalah ini dapat saya aplikasikan sehingga minggu hadapan

dan minggu-minggu yang seterusnya

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

3 Ogos 2023

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Dari tindakan yang telah diambil, pada 03/ 08/2023 murid dapat tiba ke sekolah

pada waktu yang lebih baik dari sebelumnya.

Anda mungkin juga menyukai