Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGUAN (MINGGU 7)

BILANGAN JURNAL :7
MINGGU PRAKTIKUM : KETUJUH
TARIKH PERISTIWA : 22 - 26 JULAI 2019
TAJUK JURNAL : MASALAH KELEWATAN MURID KE KELAS
SELEPAS REHAT

1. ISU YANG DIFOKUSKAN


Pada minggu ini, saya mengalami masalah untuk memastikan kehadiran murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana kelewatan. Saya
menghadapi masalah ini apabila berlaku proses pengajaran dan pembelajaran di
tempat lain. Kelewatan murid-murid untuk bergerak menyebabkan ada yang
tertinggal dan tidak tahu tempat belajar sehingga habis waktu.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana tahap disiplin murid-murid terlalu rendah sehinggakan
mereka tidak endahkan arahan saya. Murid-murid akan membuat bising, serta
bergerak dengan sambil lewa dan membuang masa begitu sahaja. Maka, saya
harus menggunakan ketegasan agar murid-murid dapat mendengar arahan saya
dengan jelas dan bertindak pantas.

3. Cadangan tindakan susulan


a) Saya harus menyediakan tempat belajar yang tidak memerlukan
pergerakan yang jauh agar dapat menjimatkan masa.
b) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
c) Saya perlu belajar cara mengatasi murid-murid yang degil.
d) Saya perlu membuat satu peraturan baharu agar murid akan menjadi
lebih berdisiplin.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan: Tandatangan:
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai