Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal: Ke-7

Minggu Pratikum: Ketujuh


Tarikh Peristiwa: 2 Ogos 2023
Tajuk Jurnal: Tidak Memakai Pakaian Yang Sesuai Semasa Aktiviti
Pensyarah: Puan Salbiyatun Binti Abd Rashid @ Shaari
Guru Pembimbing: Puan Aimi Aqilah Binti Mohd Jefri

1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu ini, dapat saya perhatikan bahawa terdapat sebilangan besar pelajar
tidak memakai pakaian sukan ketika kelas pendidikan jasmani. Perkara ini membawa
impak kepada guru dan rakan rakan kelas yang lain dimana aktiviti PdPc yang
dirancang tidak boleh dilaksanakan. Semasa kelas pendidikan jasmani memerlukan
semua murid untuk terlibat aktif dalam aktiviti yang berasaskan fizikal dimana
pergerakkan seluruh tubuh badan diperlukan semasa kelas ini. Oleh yang demikian,
pakaian memainkan peranan yang penting terutamanya dari aspek keselamatan
murid. Jika pakaian murid tidak sesuai maka mereka mudah terdedah kepada risiko
untuk menerima kecederaan.

2. Analisis
Berdasarkan pemerhatian dan pertanyaan saya kepada murd-murid, perkara ini
berpunca daripada sikap ibu bapa mereka yang tidak kesah tentang pakaian anak
anak mereka. Sikap sambil lewa ibu bapa telah menyebabkan mereka tidak
mengambil berat tentang pakaian yang perlu dipakai untuk ke sekolah. Selain itu,
faktor cuaca juga menyebabkan murid tidak memakai pakaian sukan dengan alasan
pakaian yang telah dibasuh belum kering dan tidak dapat dipakai. Oleh yang
demikian, murid-murid mengambil keputusan untuk memakai uniform sekolah biasa
walaupun terdapat kelas Pendidikan Jasmani pada hari tersebut.

3. Kajian Lampau Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas)

Menurut Foley, (2006), cara untuk mengurus bilik darjah dengan baik bermula

dengan mengawal tingkah laku murid di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, seorang

guru perlu tegas, konsisten dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya sekiranya
murid-murid melakukan kesalahan atau kacau ganggu di dalam bilik darjah melalui

beberapa teknik yang berkesan. Dali, (2008) menambah bahawa seorang guru perlu

tegas dan berani bertindak terhadap murid dan tidak bias dalam melaksanakan

tindakan tersebut.

4. Cadangan Tindakan Susulan

Untuk mengatasi masalah ini, saya mengambil keputusan untuk tidak membenarkan
mereka yang tidak memakai pakaian yang sesuai untuk tidak bersukan. Hal ini untuk
mengalakkan daripada mereka tercedera semasa melakukan aktiviti yang lasak.
Dengan memakai uniform sekolah juga akan menyebabkan pakaian mereka mudah
kotor dan tidak selesa untuk menghadapi kelas selepas matapelajaran Pendidikan
Jasmani. Saya memberi amaran yang tegas kepada mereka yang tidak memakai
pakaian sukan untuk tidak bersukan supaya mereka memperoleh pengajaran untuk
kelas yang akan datang.

5. Tempoh Penyelesaian

1 minggu

6. Tindakan Susulan

Saya memanjangkan masalah ini dapat saya aplikasikan sehingga minggu hadapan

dan minggu-minggu yang seterusnya

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

9 Ogos 2023

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Dari tindakan yang telah diambil, pada 09/ 08/2023 murid dapat tiba ke sekolah

pada waktu yang lebih baik dari sebelumnya.

Anda mungkin juga menyukai