Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal: Ke-5

Minggu Pratikum: Kelima


Tarikh Peristiwa: 10 Julai 2023
Tajuk Jurnal: Pemakaian Murid Yang Tidak Kemas
Pensyarah: Puan Salbiyatun Binti Abd Rashid @ Shaari
Guru Pembimbing: Puan Aimi Aqilah Binti Mohd Jefri

1. Masalah / Peristiwa

Sepanjang sesi praktikum fasa 1, terdapat satu perkara yang sudah lama saya

perhatikan mengenai etika pemakaian murid ketika berada di sekolah khususnya dari

segi pemakaian Kemeja T. Bagi murid yang memakai kemeja T, kebanyakannya tidak

akan memasukkan baju mereka ke dalam seluar dan menampakkan etika pemakaian

yang tidak kemas ketika memakai kemeja T. Bagi murid yang memakai kemeja pula,

terdapat segelintir murid yang tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.

Misalnya, terdapat murid yang tidak memakai tali leher, tidak memasang lencana dan

tanda nama pada baju dan tidak memakai tali pinggang. Hal ini menyebabkan

pemakaian murid kelihatan tidak seragam dan tidak kemas.

2. Analisis

Saya mendapati masalah ini berpunca daripada sikap murid yang sudah menjadi

tabiat mereka untuk tidak memasukkan baju ke dalam seluar. Sebagai contoh, saya

pernah menegur seorang murid untuk tuck-in bajunya namun selepas selesai sahaja

sesi PdP, murid tersebut dengan pantas mengeluarkan kembali bajunya daripada

seluar. Hal ini juga mungkin disebabkan isu ini tidak dititikberatkan di sekolah

sehingga murid berasa selamat walaupun tidak memakai pakaian yang lengkap
3. Kajian Lampau Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas)

Menurut Foley, (2006), cara untuk mengurus bilik darjah dengan baik bermula

dengan mengawal tingkah laku murid di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, seorang

guru perlu tegas, konsisten dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya sekiranya

murid-murid melakukan kesalahan atau kacau ganggu di dalam bilik darjah melalui

beberapa teknik yang berkesan. Dali, (2008) menambah bahawa seorang guru perlu

tegas dan berani bertindak terhadap murid dan tidak bias dalam melaksanakan

tindakan tersebut.

4. Cadangan Tindakan Susulan

5. Bagi mengatasi isu ini, saya telah menegur setiap murid yang memakai pakaian yang

tidak lengkap apabila murid tersebut berselisih dengan saya dimana jua saya berada.

Penegasan juga diberi supaya murid tersebut tidak mengulangi lagi tabiat itu. Pihak

sekolah juga perlu membelikan pakaian yang lebih kemas kepada murid yang susah

dan tidak mampu untuk membeli pakaian sekolah yang lengkap.

6. Tempoh Penyelesaian

1 minggu

7. Tindakan Susulan

Saya akan cuba melaksanakannya dengan baik agar murid-murid saya dapat

mematuhi arahan untuk menjalankan aktiviti bagi menjayakan aktiviti pengajaran


dan pembelajaran yang dilaksanakan mengikut pembahagian ahli kumpulan yang

adil.

8. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

6 Julai 2023

9. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Dari tindakan yang telah diambil, pada 17/ 07/2023 murid dapat berpakaian kemas

bertambah lebih baik dari sebelumnya.

Anda mungkin juga menyukai