Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Pendidikan Jasmani

Minggu Praktikum : pertama

Tarikh peristiwa / Kejadian : 25 Julai 2016 – 29 Julai 2016

Tajuk Jurnal : Peralatan sukan yang rosak dan keadaan stor sukan
yang bersepah.

1. Masalah / peristiwa

Pengajaran bagi subjek elektif saya ialah subjek pendidikan Jasmani. Sehubungan dengan itu,
pada minggu pertama, saya dan rakan-rakan telah meninjau peralatan sukan di dalam stor
sukan sekolah. Namun, saya dan rakan-rkaan menghadapi masalah kelengkapan peralatan
sukan yang rosak dan keadaan stor sukan yang agak bersepah. Keadaan ini akan
menyukarkan saya untuk menjalankan aktiviti pengajaran bagi subjek pendidikan Jasmani.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana stor sukan agak berserabut dan keadaan peralatan yang rosak
menyebabkan sukar untuk menjalankan pengajaran bagi subjek pendidikan Jasmani. Hal ini
demikian kerana, penggunaan alatan sukan sangat diperlukan bagi mengajar subjek
pendidikan Jasmani. Tanpa peralatan yang lengkap pengajaran pendidikan Jasmani mungkin
akan terbantut dan aktiviti yang dirancang akan menjadi terhad. Bukan itu sahaja, keadaan
bilik stor yang bersepah akan menyukarkan saya untuk memilih peralatan yang diperlukan
apabila ingin melakukan aktiviti pendidikan jasmani kelak.

3. Cadangan tindakan susulan.

a)Saya dan rakan-rakan akan mengemas dan menyusun kembali peralatan-peralatan yang
terdapat di dalam stor sukan berkenaan.

b) Semua peralatan sukan akan diletakkan tanda bagi tempat atau kedudukan peralatan
sukan berkenaan agar tidak bercampur dengan peralatan sukan yang lain.
c)Saya juga akan mengklasifikasikan peralatan yang masih boleh digunakan dan peralatan
sukan yang tidak dapat digunakan lagi.

4. Tempoh masa tindakan susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Kawalan emosi murid
dengan mendekati mereka atau menyelesaikan serta permasalahan yang mereka hadapi atau
memberikan ganjaran untuk membangkit semula minat mereka melakukan aktiviti bagi
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak
dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai
sepenuhnya.

Di semak oleh Guru Pembimbing Di semak oleh pensyarah

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai