Anda di halaman 1dari 41

STP441 PRAKTIKUM JAN 2023

JURNAL
REFLEKTIF

( MINGGU 1 )

1 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

NAMA GURU : ZURLIMA BINTI JALI


NO. MATRIK : A30109180065
JURNAL REFLEKTIF 1
MINGGU PRAKTIKUM : MINGGU 1
TARIKH : 21 MAC 2023
ISU : Murid tidak berminat dengan set induksi guru.

MASALAH :
Masalah yang saya telah alami pada minggu pertama praktikum adalah murid-murid tidak
begitu menunjukkan kerjasama terhadap apa yang telah ditunjukkan semasa sesi
penagajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah semasa guru meminta murid-murid secara
suka rela menjawab soalan yang diajukan didapati murid-murid tidak memberikan reaksi
yang memuaskan sehingga guru memilih sendiri murid untuk menjawab soalan yang
diajukan tersebut.
PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN :
Kelihatan murid-murid tidak berminat dengan set induksi yang digunakan dan murid-murid
seperti keliru. Murid-murid nampak seperti tidak begitu berminta dengan set induksi yang
mungkin membosankan mereka. Pada permulaanya murid-murid nampak seperti
memandang remeh akan matapelajaran Jawi. Namun setelah guru memberikan sedikit
bayangan untuk isi kandungan pelajaran tersebut, murid-murid yang telah memahami cuba
menjawab dengan yakin. Walaubagaimanapun terdapat murid-murid yang sememangnya
tidak memahami apa yang disampaikan. Maka sebagai seorang guru keperluan untuk
menambahbaik penggunaan set induksi adalah amat penting sebagai meningkatkan
semangkat murid-murid untuk memulakan pelajaran tersebut dengan seronok dan
bermanfaat.
ANALISIS :
Masalah yang dinyatakan ini timbul disebabkan terdapat :
1) Sikap murid-murid yang menganggap mereka lebih mahir daripada guru tersebut, bangga
dengan kelebihan diri dan membandingkan kemahiran guru.
2) Set induksi yang tidak menarik dan murid-murid beranggapan ia membosankan dan
mengelirukan.
3) Tiada keyakinan untuk menjawab soalan guru dan segelintir murid-murid beranggapan
sekiranya salah jawapan mereka akan dimarahi atau di ketawakan rakan lain.

2 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

Apabila sikap dan tingkahlaku murid-murid dapat diubah oleh guru, maka sesi pengajaran
dan pembelajaran akan berlaku dengan tenang dan lancar. Oleh itu, setelah punca masalah
diketahui seterusnya guru perlu membuatkan langkah untuk mengubah sikap dan
tingkahlaku yang tidak baik kepada yang baik dan lebih baik lagi.
TINDAKAN SUSULAN :
Setelah meneliti isu yang berlaku semasa sesi praktikum daya pada hari pertama, saya
mendapati pengayaan set induksi amat penting sebelum mana-mana sesi pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Tumpuan murid-murid akan kurang apabila set induksi yang
sama setiap masa sesi pengajaran dan pembelajaran mana-mana matapelajaran. Hal ini akan
membuatkan murid-murid merasa bosan terhadap matapelajaran Pendidikan Islam dengan
bidang Jawi yang persepsi murid-murid menyatakan ianya membosan dan mengelirukan.
Oleh yang demikian, dengan pelbagai medium set induksi yang diperolehi melalui media
sosial yang begitu meluas dan banyak untuk menarik minat murid-murid. Maka set induksi
dan bahan bantu mengajar telah menjadi keutamaan dan keperluan masa kini untuk
menarik minat murid-murid untuk memberi kerjasama dalam perlaksanaan sesi pengajaran
dan pembelajaran serta menyiapkan isi pelajaran hari ini. Guru juga perlu menerapkan
murid-murid dengan nilai tingkahlaku dan kerjasama yang tinggi.
Sehubungan itu, saya akan berusaha mengatasi masalah ini dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran pada minggu yang seterusnya supaya isi pelajaran yang disampaikan diterima
oleh murid-murid dan berjalan dengan lancar serta bermanfaat.
PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN :
Berdasarkan masalah tersebut saya mengambil tindakan untuk membuat penambahbaikan
terhadap set induksi saya agar lebih mesra murid-murid dan mereka seronok serta berminat
untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik. Setelah
penambahbaikkan dilakukan saya, didapati murid-murid lebih merasa teruja dan ingin tahu
apa yang ingin saya sampaikan untuk sesi pengajaran saya. Selain itu, murid-murid lebih
memberikan kerjasama dan memberikan sepenuhnya tumpuan terhadap sesi pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini jelas apabila guru mengajukan soalan murid-murid menjawab
dengan yakin serta murid-murid akan bertanyakan soalan sekiranya merka tidak faham.
KESIMPULAN (REFLEKSI) :
Sebagai seorang pendidik tanggungjawab untuk mendidik dan mengajar murid-murid adalah
menjadi satu yang perkara yang amat penting dipengang dan difahami dengan mendalam.
Tanggungjawab untuk memastikan ilmu pengetahuan yang hendak disampaikan sampai
dengan lancar dan berkesan kepada murid-muridnya. Justeru guru perlu peka terhadap

3 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

keperluan dan kehendak murid-murid dalam sesi pengajaran yang dilaksanakan. Jelas di sini
sebagaimana murid tahun 4 Siddiq kelihatan lebih berminat dengan set induksi yang di
perbaiki saya untuk memberikan tumpuan kepada murid-murid supaya isi pelajaran mudah
difahami dan melekat dalam minda mereka.

4 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

JURNAL
REFLEKTIF

( MINGGU 2 )

5 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

NAMA GURU : ZURLIMA BINTI JALI


NO. MATRIK : A30109180065
JURNAL REFLEKTIF 2
MINGGU PRAKTIKUM : MINGGU 2
TARIKH : 28 Mac 2023
ISU : PENGURUSAN MASA YANG LEMAH

MASALAH :
Minggu ke 2 praktikum di sekolah saya, pada minggu ini dan beberapa minggu sebelum ini
saya telah menghadapi masalah berkaitan dengan pengurusan masa yang lemah. Masa saya
selalu tidak mencukupi bagi kelas 4 Siddiq sebagaimana masa yang telah dirancangkan.
Terdapat beberapa aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan tidak dapat dilaksanakan
disebabkan masa tidak mencukupi. Maka disebabkan hal ini, objektif pembelajaran pada
akhir sesi pengajaran dan pembelajaran mengalami masalah untuk dicapai sepenuhnya.
PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN :
Sepanjang masa sesi pengajaran dan pembelajaran, berdasarkan pemerhatian saya dapati
murid-murid lebih suka keluar kelas untuk ke tandas. Masa yang ada untuk sepatutnya
melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dibazirkan untuk memberikan teguran
kepada murid-murid yang sering keluar walaupun telah kerapkali minta izin keluar ke tandas
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Oleh yang demikian masa untuk sesi
aktiviti yang dirancang tersasar dari masa yang sepatutnya dirancangkan.
Selain itu juga, terdapat juga murid-murid yang bazirkan masa untuk berborak dengan
rakan-rakan semasa aktiviti pengajaran dan pemberlajaran berlaku. Maka masa yang ada
juga terbazir kerana murid yang suka berborak perkara yang tiada kaitan dengan dan proses
perlaksanaan tertangguh apabila murid lebih seronok berborak sambil bermain.
ANALISIS :
Masalah yang berkaitan mempunyai beberapa faktor tertentu yang mengakibatkan masa
pengajaran dan pembelajaran tidak mencukupi, antara faktor-faktor tersebut adalah :
1) Mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan aktiviti yang dilaksanakan,
2) Masa yang ada dibazirkan dengan perkara yang tidak munasabah, seperti kerap keluar ke
tandas dan berborak-borak berkaitan perkara di luar pembelajaran,
3) Aktiviti yang dijalankan memakan masa yang agak lama,
4) Kurang kawalan dan ketegasan guru semasa aktiviti dilaksanakan.

6 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

Daripada penelitian faktor-faktor tersebut maka dapat disimpulkan di sini bahawa guru
adalah individu penting yang memainkan peranan untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran. Sehubungan itu saya mengambil tindakan semasa perlaksanaan beberapa
aktiviti PdP supaya dapat dilaksanakan dengan lancar dan bermanfaat untuk murid-murid.
Kepekaan dan kecekapan guru dalam menangani isu ini adalah perlu agar masa yang ada
untuk pangajaran dan pembelajaran yang bermakna amat penting dan mustahak bagi
murid-murid.
TINDAKAN SUSULAN :
Terdapat beberapa cadangan tindakan susulan bagi menangani masalah yang dihadapi ini
adalah seperti berikut :
1) Sebagai guru saya perlu mempelajari dan menghayati pengetahuan berkaitan dengan
perancangan masa bagi perlaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang efektif supaya
pengurusan masa dapat dirancang dengan lebih rapi dan sempurna.
2) Sebagai guru keperluan untuk membuat perancangan 1 dan perancangan 2 pada masa
yang tertentu sekiranya terdapat sebarang masalah lain yang timbul seperti berlaku
kecemasan atau perubahan waktu pengajaran dan pembelajaran. Maka jika ada
perancangan 1 dan 2 ini guru boleh memilih salah satu supaya sesi pengajaran boleh
dilaksanakan dengan jayanya dan masa yang mencukupi.
3) Memastikan masa aktiviti yang dilaksanakan tersebut tidak terlampau panjang dan
sekiranya berlaku kesulitan masalah masa, guru boleh mengatasi secepatnya dengan
perancangan lain supaya objektif pembelajaran tidak tersasar.
4) Bimbingan serta nasihat daripada rakan guru yang berpengalaman adalah amat
diperlukan supaya perkongsian pengalaman pengurusan masa boleh diperbaiki.
Guru mempunyai peranan penting dalam mendidik dan mengasuh akhlak murid-murid
semasa di sekolah dan di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran berlaku. Walau
bagaimanapun kerjasama daripada guru dan murid-murid ketika perlaksanaan aktiviti
pembelajaran amat penting untuk mamastikan perlaksanaan berlaku dengan lancar dan
bermanfaat kepada kedua-duanya. Disamping itu, murid-murid perlu diberikan pemangkin
semangat seperti saguhati atau mata ganjaran yang boleh menarik mereka untuk membuat
yang terbaik.
PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN :
Setelah meneliti dan cuba mengatasi masalah pengurusan masa dalam jangka masa yang
ditetapkan, saya dapati murid-murid boleh memberikan kerjasama yang begitu baik
sepanjang aktiviti yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

7 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

Murid yang sering kali keluar dan berborak semasa aktiviti dilaksanakan telah berubah dan
menumpukan sepenuh perhatian semasa aktiviti dilaksanakan. Perlaksanaan aktiviti yang
murid-murid lebih baik daripada sebelumnya.
KESIMPULAN (REFLEKSI) :
Sebagai kesimpulannya, guru mempunyai tanggungjawab dalam membuat dan mengatur
pengurusan masa yang baik. Adalah amat perlu juga bagi memastikan kelancaran dalam
perlaksanaan mana-mana aktiviti atau sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan dibuat.
Ini kerana sekiranya guru tersebut lambat mengatasi atau tidak mahir mengatasi masalah
pengurusan masa dengan baik maka sudah pastilah perancangan dan objektif pembelajaran
yang telah dirancang tidak mungkin dapat tercapai dengan jayanya atau sepenuhnya. Oleh
itu, kecekapan guru menguruskan masa akan memberikan nilai tambah dalam perlaksanaan
sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermanfaat untuk murid-murid.
Sebagaimana murid-murid tahun 4 Siddiq telah bersama-sama guru dalam perlaksanaan
aktiviti dengan semangat dan keseronokan boleh dibuktikan dengan semangat mereka
menjawab soalan-soalan yang diajukan guru dengan pantas.

8 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

JURNAL
REFLEKTIF

( MINGGU 3 )

9 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

NAMA GURU : ZURLIMA BINTI JALI


NO. MATRIK : A30109180065
JURNAL REFLEKTIF 3
MINGGU PRAKTIKUM : MINGGU 3
TARIKH : 4 APRIL 2023
ISU : MURID TIDAK ATAU LAMBAT MENYIAPKAN
TUGASAN

MASALAH :
Terdapat segelintir murid-murid yang tidak atau melambat-lambatkan masa untuk
menyiapkan tugasan seperti menyalin nota atau menyelesaikan latihan yang diberikan guru
dengan masa yang telah ditetapkan. Murid-murid ini mengambil lewa dan beranggapan
tidak ada kepentingan bagi mereka untuk menyiapkan tugasan yang telah guru berikan.
Disamping itu, apabila disoal guru murid-murid tersebut akan memberikan pelbagai alasan
seperti buku lupa, tiada pensil dan sebagainya. Sebagai guru tujuan memberikan tugasan
bukan semata-mata untuk membebankan murid-murid, namun guru memberikan tugasan
supaya mereka membaca nota yang diberikan sambil menyalin nota tersebut, membuat
latihan pula untuk memastikan mereka boleh mencapai tahap yang dikhendaki dan
mencapai objektif yang dirancang.
PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN :
Berkaitan dengan masalah ini, guru seringkali berinteraksi dengan segelintir murid yang
bermasalah tidak menyiapkan dan lambat menyiapkan tugasan yang telah diberikan guru.
Kebiasaan murid-murid ini akan mengutarakan alasan yang seringkali diberikan semasa
tugasan diberikan. Murid-murid ini beranggapan kepentingan melaksanakan tugasan
tersebut hanya untuk semakan guru sahaja dan mencukupi masa sesi pembelajaran mereka.
Usaha untuk murid-murid ini menyiapkan tugasan amat mengecewakan guru. Mereka
seolah-olah beranggapan tugasan sebagai beban bagi mereka. Sekiranya tugasan atau
latihan yang guru berikan sangat sukar murid-murid boleh mengajukan soalan atau minta
bimbingan daripada guru mahupun rakan murid yang telah mahir. Namun tiada daya usaha
untuk murid-murid tersebut untuk menyiapkan tugasan dengan cepat dan kemas. Malah ada
juga yang menyiapkan tugasan tersebut bak kata pepatah” hanya sekadar melepas batuk di
tangga ‘. Dengan penulisan yang sukar untuk diterjemahkan.

10 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

ANALISIS :
Masalah ini berlaku kepada segelinti murid dalam kelas 4 Siddiq. Hal ini disebabkan oleh
beberapa faktor-faktor seperti berikut :
1) Sikap murid-murid yang beranggapan tugasan yang diberikan hanya membebankan
mereka.
2) Sikap suka berbohong dan mereka-reka pelbagai alasan untuk tidak menyiapkan tugasan
yang diberikan.
3) Kurang ketegasan guru terhadap murid-murid bermasalah seperti ini.
4) Interaksi guru dengan ibu bapa murid-murid adalah perlu bagi mengatasi masalah seperti
ini.
5) Tugasan yang diberikan terlampau banyak atau murid-murid tidak memahami isi
pelajaran dan latihan yang berkaitan.
Apabila diteliti faktor-faktor tersebut maka dapat dirumuskan secara ringkasnya bahawa
guru perlu peka terhadap sikap murid-murid, komunikasi antara guru dengan murid-murid
perlu lebih kerap lagi dan hubungan guru dengan ibu bapa murid-murid perlu di pupuk bagi
kelangsungan tahap penglibatan murid-murid dalam aktiviti dan tugasan yang telah
diberikan. Masalah ini perlu diambil tindakan guru dan diambil berat kerana sekiranya
dibiarkan murid-murid akan menjadikan hal ini kebiasaan dan akan menjejaskan tahap
penguasaan murid serta objektif pembelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya. Sikap murid
tersebut perlu diubah dengan bimbingan guru dan sokongan ibu bapa juga.
TINDAKAN SUSULAN :
Oleh kerana telah dianalisis punca masalah tersebut saya sebagai seorang guru harus
bertanggungjawab mengubah sikap murid-murid bermasalah yang tidak atau lambat
menyiapkan tugasan ini. Saya mengambil keputusan untuk memanggil murid-murid yang
bermasalah ini secara individu dan cuba mendalami masalah yang dihadapi. Setelah itu, saya
memberikan nasihat dan memberikan beberapa contoh dan sebab kenapa guru memberikan
tugasan kepada mereka. Saya juga cuba menyelesaikan masalah murid yang tidak atau
lambat menyelesaikan tugasan secara beransur-ansur mengikut kemampuan saya dan murid
tersebut.
Selain itu, saya juga akan mengubah cara pengajaran saya daripada kurang tegas kepada
yang lebih tegas demi kepentingan murid-murid. Saya tidak mahu murid-murid beranggapan
saya seorang guru yang lemah dan tidak memperdulikan mereka yang tidak menyiapkan
tugasan yang diberikan. Saya telah memberikan amaran sebelum memberikan tugasan agar
murid menyiapkan tugasan dalam masa yang diberikan dan sekiranya tidak siap murid

11 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

tersebut akan diberikan hukuman dihadapan rakan-rakan murid. Saya melaksanakan


ketegasan ini kerana untuk tujuan mendidik murid-murid agar bertanggungjawab dengan
amanah yang diberikan guru harus diselesaikan dengan secepatnya. Selain itu, saya
berharap murid-murid lebih peka dan mengamgbil berat terhadap tugasan yang perlu
disiapkan tersebut.
Seterusnya, saya juga mengambil keputusan melibatkan ibu bapa dan memberikan masalah
anak-anak mereka semasa hari muafakat yang diadakan. Saya berharap ibu bapa boleh
berkerjasama untuk memastikan anak-anak membawa buku atau alat tulis yang
secukupnya .
PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN :
Setelah membuat beberapa tindakan susulan berdasarkan beberapa faktor yang dikenalpasti
didapati murid-murid telah berubah sikap untuk menyiapkan tugasan dan latihan yang
diberikan dalam jangka masa yang ditetapkan. Apabila disoal semula, murid-murid tersebut
menyatakan bahawa mereka sedar kepentingan mereka perlu menyiapkan tugasan yang
diberikan dan berazam tidak mementingkan diri lagi. Sehubungan itu, sebagai guru saya juga
membuat satu perubahan dengan mengadakan pertandingan menulis dengan tulisan kemas
dan cepat. Murid-murid boleh melaksanakan dengan jayanya akan diberikan sedikit
ganjaran. Hal ini akan mengubah sikap segelintir murid yang beralasan dan malas membuat
tugasan yang diberikan guru. Murid-murid tahun 4 Siddiq berubah menjadi semakin rajin.
KESIMPULAN (REFLEKSI) :
Secara ringkasnya, kesimpulan bagi masalah ini bahawa sebagai seorang guru kepekaan
terhadap disiplin murid, kefahaman, kemahiran dan permasalahan lain murid-murid adalah
menjadi keutama yang perlu diambil kira. Penyelesaian perlu dilaksanakan secepat yang
mungkin agar perubahan dapat dilihat dan murid-murid juga boleh dibantu dan dibimbing
agar lebih bertanggungjawab dan berjaya dalam pelajaran. Kerjasama semua pihak amat
dipupuk agar kemenjadian murid dengan sikap dan akhlak baik dapat disemai.

12 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

JURNAL
REFLEKTIF

( MINGGU 4 )

13 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

NAMA GURU : ZURLIMA BINTI JALI


NO. MATRIK : A30109180065
JURNAL REFLEKTIF 4
MINGGU PRAKTIKUM: MINGGU 4
TARIKH : 11 APRIL 2023
ISU : MURID BISING SEMASA SESI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DIJALANKAN.

MASALAH :
Minggu ini merupakan minggu ke 4 proses pratikum yang dijalankan saya bersama
murid-murid tahun 4 Siddiq bagi matapelajaran Pendidikan Islam. Sebagaimana kelas-kelas
lain 4 Siddiq juga saya dapati memiliki masalah berbuat bising ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran ( PdP ) berlaku walaupun terdapat guru di dalam kelas tersebut. Hal ini tidak
akan berlaku sekiranya guru yang berada di kelas tersebut adalah guru yang terkenal dengan
ketegasan dan kegarangannya. Masalah murid-murid kelas 4 Siddiq yang sering berbuat
bising semasa guru bercakap dan memberikan penerangan sehingga masa akan terganggu
apabila guru terpaksa berhenti melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku untuk meredakan kebisingan dan memberikan teguran kepada murid-murid yang
terlibat. Hal ini biasa, berlaku dalam segelintir murid-murid yang tidak mengambil berat
tentang pelajaran. Masalah yang seringkali menyebabkan mereka berbuat bising adalah
seperti berborak, bergaduh, berjalan dan sebagainya. Maka sehubungan itu, saya merasakan
masalah ini perlu diselesaikan agar tidak memberikan kesan negatif kepada kelancaran
proses pengajaran dan pembelajaran saya.
PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN :
Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran saya di kelas 4 Siddiq, saya dapati bahawa
murid-murid dalam kelas tersebut lebih cenderung untuk berborak dan bermain-main
dengan rakan-rakan. Perkara ini sering berlaku semasa saya melaksanakan sesi pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas tersebut. Saya perhatikan mereka seronok berborak tanpa
mengendahkan keberadaan saya di dalam kelas tersebut. Malah ada juga segelintir
murid-murid yang berani menganggu rakan-rakan lain dan berteriakkan memanggil nama
rakan lain semasa saya sedang memberikan penerangan di hadapan kelas. Oleh kerana sikap
murid-murid yang semakin melampau ini, yang menyebabkan saya terpaksa membuat
sedikit kajian berkaitan masalah murid bising semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
saya. Saya perlu mengambil satu keputusan dan tidakan yang terbaik untuk menyelesaikan

14 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

masalah tersebut dan membantu anak murid saya agar lebih beradab dan berakhlak baik.
ANALISIS :
Daripada masalah ini terdapat beberapa faktor yang menyebabkan timbulnya masalah
murid bising semasa PdP. Antaranya seperti berikut :
1) Segelintir dari murid-murid ini merupakan antara murid yang lemah dalam pelajaran,
2) Murid-murid ini merasakan mereka memerlukan perhatian dan tunjuk ajar.
3) Tiada keyakinan diri untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran,
4) Kurang minat atau tidak berminat dengan matapelajaran tersebut, dan
5) Guru kurang tegas dalam memantau disiplin murid semasa dalam kelas.
Maka berdasarkan hasil penelitian beberapa faktor tersebut yang menyebabkan
murid-murid ini menimbulkan masalah semasa sesi PdP saya. Disamping itu juga faktor lain
juga boleh menyebabkan murid-murid bising adalah berkaitan dengan suasana dan
persekitaran dalam bilik darjah. Kedudukan murid-murid dalam bilik darjah menyebabkan
murid-murid lebih cenderung untuk berborak disebabkan susun atur yang tidak sesuai.
Contohnya, murid-murid yang suka berborak di tempatkan dekat dengan murid yang suka
berborak dan membuat masalah.
TINDAKAN SUSULAN :
Sebagai tindakan terhadap masalah berikut berdasarkan faktor-faktor yang dikenalpasti saya
sebagai guru adalah perlu menasihati dan membentuk sikap serta keperibadian yang baik
untuk anak didik saya. Dalam menyelesaikan masalah ini sikap murid-murid haruslah dikawal
dan diberikan nasihat agar tidak berbuat bising semasa sesi PdP berlaku. Tindakan yang
perlu saya lakukan adalah seperti berikut :
1) Harus peka dengan keperluan murid seperti memastikan murid yang lemah perlu
diberikan perhatian dan bimbingan.
2) Memupuk keyakinan diri murid dengan motivasi sebelum sesi PdP dilaksanakan.
3) Membuat perubahan susun atur kedudukan murid-murid yang bermasalah suka
membuat bising di dalam kelas.
4) Merancang satu aktiviti yang lebih menarik semasa PdP agar murid tiada masa untuk
bermain atau berborak perkara yang tiada kaitan.
5) Ketegasan guru perlu ditingkatkan dan memberikan hukuman yang bersesuaian kepada
murid yang berbuat bising semasa PdP. Contoh, menulis hukuman dalam buku “ Saya tidak
akan buat bising lagi ” .
Dalam tempoh seminggu masa praktikum ini saya akan cuba melaksanakan tindakan
tersebut agar ada perubahan kepada sikap murid-murid tahun 4 Siddiq ke arah yang lebih

15 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

baik. Kerjasama daripada semua pihak amat saya perlukan untuk mengalas tanggungjawab
tersebut.
PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN :
Hasil daripada beberapa tindakan yang telah saya lakukan, boleh dilihat beberapa
perubahan yang berlaku terhadap murid-murid yang sering melakukan masalah berborak
dan membuat bising semasa PdP berlaku. Antara perubahan yang ketara adalah murid lebih
fokus dan memberikan kerjasama dalam sesi PdP yang berlaku. Murid tersebut lebih banyak
mengemukakan soalan berkaitan ketidakfahamnya dan memerlukan saya membuat
penerangan secara lebih teliti dan mendalam. Berkaitan ketegasan saya menggunakan
kaedah denda kepada murid-murid yang berborak dan berbuat bising tersebut dengan kadar
sejumlah wang yang tabungan dan dimasukan dalam tabung kelas yang disediakan oleh
Ketua Kelas untuk keperluan kelas. Sekiranya tidak dapat melunaskan denda murid tersebut
akan didenda dengan merangkak mengelilingi blok sambil berjanji “ Saya Tidak Akan Buat
Bising Lagi”. Maka dengan itu, murid-murid secara drastik berubah daripada bising kepada
senyap semasa PdP dilaksanakan. Hanya bersuara apabila di tanya soalan oleh guru atau
bertanya soalan kepada guru bagi ketidak fahaman semasa sesi PdP tersebut .
KESIMPULAN (REFLEKSI) :
Secara ringkasnya disimpulkan bahawa murid-murid memerlukan perhatian dan kepekaan
guru untuk membentuk peribadi dengan adab dan akhlak yang baik. Berdasarkan perubahan
yang begitu jelas tersebut dapat diperhatikan jika dibandingkan dengan kebiasaan mereka
bising semasa PdP berubah kepada lebih baik dan khusyuk mendengar dengan teliti
penerangan guru setelah tindakan susulan dilaksanakan. Maka pendekatan yang telah
digunakan saya buat telah menampakkan hasil dan sesi PdP berlangsung dengan lebih lancar
dan bermanfaat kepada semua murid.

16 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

JURNAL
JURNAL

REFLEKTIF

( MINGGU 5 )

17 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

NAMA GURU : ZURLIMA BINTI JALI


NO. MATRIK : A30109180065
JURNAL REFLEKTIF 5
MINGGU PRAKTIKUM : MINGGU 5
TARIKH : 18 APRIL 2023
ISU : Tidak meminta izin atau mengangkat tangan
untuk menjawab soalan atau bertanya soalan.

MASALAH :
Pada minggu ke 5 proses praktikum saya bersama murid-murid tahun 4 Siddiq dan mengajar
matapelajaran Pendidikan Islam. Sepanjang proses praktikum, saya perhatikan murid-murid
dalam kelas 4 Siddiq menjadi kebiasaan tidak meminta izin atau tidak pun mengangkat
tangan untuk mengajukan soalan atau menjawab soalan. Semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran ( PdP ) berlaku sekiranya ada sesi soal jawab kebiasaan mereka akan
berebut-rebut menjawab soalan sehingga menjadikan suasana kelas riuh rendah.
Disebabkan masalah murid-murid tidak mengangkat tangan untuk menjawab atau bertanya
akan menjadikan proses PdP akan terganggu.
PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN :
Disebabkan kebiasaan murid-murid menjawab mana-mana soalan dari guru, tidak
mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang diajukan secara rawak proses PdP tidak
berjalan dengan lancar sehingga terdapat murid-murid bergaduh disebabkan berebut-rebut
menjawab tersebut. Sesi PdP yang berlangsung menjadi riuh rendah apabila saya
mengajukan soalan secara rawak tanpa menyebut nama murid-murid tertentu untuk
menjawab soalan tersebut. Murid-murid akan berteriakan menjawab soalan yang diajukan
sehingga saya tidak boleh mendengar jawapan yang betul dan memakan masa untuk
meredakan kembali suasana riuh rendah tersebut. Hal ini seringkali berlaku semasa PdP
sehingga mengundang rasa tidak selesa bagi guru baru dan guru-guru lain. Murid-murid
tidak akan mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru dan meminta izin daripada guru
untuk bertanyakan soalan adalah salah satu masalah yang berkaitan adab. Oleh itu, saya
bergitu mengambil berat hal ini dan ingin menyelesaikan masalah ini.
ANALISIS :
Kelas 4 Siddiq menpunyai jumlah 19 orang murid satu jumlah tidaklah terlalu ramai. Namun
apabila mereka menjawab secara serentak akan menjadikan satu kelas tersebut menjadi

18 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

riuh rendah. Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti adalah seperti berikut :
1) Kurang kepekaan guru terhadap sikap dan tingkah laku murid-murid.
2) Guru kurang ketegasan semasa proses PdP dijalankan.
3) Guru kurang mahir berkaitan teknik mengawal bilik darjah.
4) Soalan yang diajukan menyebabkan murid-murid berasa teruja untuk menjawab.
5) Murid-murid merasakan mereka tidak perlu mengangkat tangan untuk menjawab soalan.
Oleh itu, tanggungjawab utama adalah untuk memastikan proses PdP berjalan lancar dengan
mengambil kira kepimpinan dan kepekaan guru terhadap beberapa faktor yang dinyatakan
di atas.
TINDAKAN SUSULAN :
Sebagai seorang guru, saya juga seharusnya perlu berusaha dan bersedia untuk membuat
satu perubahan bagi memastikan segala masalah yang dihadapi murid-murid dapat
diselesaikan atau dilakukan perubahan secara berperingkat. Maka saya mengambil tindakan
untuk mengatasi atau mengurangkan masalah yang dihadapi ini seperti berikut :
 Menyatakan ketegasan dalam sesuatu arahan atau menetapakan sesuatu peraturan
kepada murid-murid semasa proses PdP dan peraturan semasa murid-murid ingin
menjawab soalan yang diajukan guru. Antara peraturan tersebut adalah mengangkat
tangan dahulu dan meminta izin untuk menjawab soalan guru. Murid-murid yang ingin
menjawab soalan daripada guru perlu menunggu kebenaran daripada guru. Sekiranya
peraturan dilanggar dan murid-murid tidak mendengar arahan akan dikenakan denda
yang telah ditetapkan guru.
 Murid-murid yang mendengar soalan yang diajukan guru diminta bertenang. Murid
diberi arahan agar terlebih dahulu mengangkat tangan dan meminta kebenaran untuk
menjawab. Soalan yang dijawab dengan betul akan diberikan gajaran atau kata pujian.
Begitu juga murid-murid yang berjaya mendengar arahan guru dan memberikan
kerjasama yang baik perlu diberikan sokongan dan pujian. Hal ini merupakan satu
motivasi bagi semua murid agar lebih beradab.
 Nasihat dan sokongan guru amat diperlukan. Kepekaan guru terhadap tingkah laku dan
sikap murid adalah perlu untuk menjadi murid-murid beradab dan berakhlak dalam
setiap perlakuan mereka.
 Berusaha untuk meminta bimbingan dan nasihat daripada rakan-rakan guru yang
berpengalaman atau guru pembimbing untuk mengetahui lebih mendalam beberapa
teknik untuk mengawal murid dalam bilik darjah
 Berusaha untuk lebih mengenali tingkah laku serta sikap murid-murid melalui

19 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

bahan-bahan ilmu dan maklumat lain sebagai panduan.


PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN :
Setelah saya melakukan beberapa tindakan susulan yang berkaitan dengan beberapa faktor
yang menyebabkan murid-murid bermasalah tidak mengangkat dan meminta izin menjawab
dan bertanyakan soalan, saya telah dapati bahawa murid-murid yang kebiasaan bising
semasa menjawab soalan guru dan tidak mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru
telah berubah sikap daripada tidak beradab menjadi lebih beradab. Murid-murid yang ingin
menjawab soalan yang diajukan bersedia mengangkat tangan dan menunggu kebenaran
daripada guru untuk menjawab. Maka dengan ini suasana kelas lebih tenang dan proses PdP
dilaksanakan dengan lebih selesa dan lebih muda ilmu yang disampaikan diserap atau
diterima. Selain itu, dengan nasihat yang disampaikan murid-murid lebih berakhlak dan
beradab dengan saya mahupun mana-mana guru atau rakan-rakan yang lain.
KESIMPULAN :
Sebagai ringkasan daripada kupasan masalah yang dibincangkan saya berkaitan murid tidak
meminta izin atau mengangkat tangan untuk menjawab soalan atau bertanya soalan, saya
simpulkan bahawa tanggungjawab guru bukan hanya mendidik malah guru juga perlu
mengasuh keperibadian insan agar lebih cemerlang dan berakhlak baik. Tanpa guru maka
murid-murid akan membiasakan diri dengan cara sikap tanpa adab dan akhlak yang baik.
Setelah melaksanakan beberapa tidakan susulan dapat diperhatikan bahawa perubahan
yang begitu jelas berbanding sebelumnya. Murid-murid akan mentaati dan mengikut segala
arahan dan peraturan daripada guru supaya lebih berdisiplin, beradab dan berakhlak.
Dengan kerjasama di antara guru dan murid, proses PdP akan berjalan lancar dan
bermanfaat untuk semua disamping murid-murid akan gembira dan ceria semasa menuntut
ilmu.

20 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

JURNAL
REFLEKTIF

( MINGGU 6 )

21 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

NAMA GURU : ZURLIMA BINTI JALI


NO. MATRIK : A30109180065
JURNAL REFLEKTIF 6
MINGGU PRAKTIKUM : MINGGU 6
TARIKH : 2 MEI 2023
ISU : Murid yang bersikap malas.

MASALAH :
Setelah beberapa minggu praktikum yang saya laksanakan bersama murid-murid kelas 4
Siddiq, saya mendapati terdapat murid yang bersikap pemalas dalam segala hal. Sikap malas
ini jelas tercatat dalam buku displin yang berkait dengan hal-hal disiplin. Saya sebagai guru,
sikap malas murid boleh menganggu proses pengajaran dan pembelajaran ( PdP ) kerana
apabila tugasan yang diberikan murid tidak laksanakan dengan betul dan tidak kemas malah
tak disiapkan langsung. Selain itu, murid yang bersikap malas ini menganggu PdP dengan
masa yang digunakan di sekolah hanya untuk bermain, menganggu rakan atau tidur semasa
PdP.
PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN :
Daripada pemerhatian saya bermula minggu pertama praktikum dan hingga minggu ini
muird kelas 4 Siddiq terdapat segelintir mereka memiliki sikap malas yang amat
menyebabkan saya kurang senang. Apabila saya memberikan tugasan dan meminta
kerjasama murid-murid menyiapkan pada masa yang ditetapkan, murid-murid yang
mempunyai sikap malas ini akan memberikan pelbagai alasan untuk dia tidak mahu
menyiapkan tugasan tersebut sebagaimana rakan-rakan lain. Selain itu, terdapat juga arahan
yang diberikan kepada semua murid untuk laksanakan. Contohnya, arahan mengambil
wudhu’ dengan betul tetapi murid ini akan melakukan hanya ala kadar sahaja atau dia
langsung tidak mahu melakukan arahan tersebut. Malah ada yang lebih parah lagi semasa
proses PdP murid tersebut akan tidur semahu-mahunya, walaupun guru atau rakan murid
mengejutkannya untuk bangun dari tidur untuk mencuci muka. Murid-murid yang memiliki
sikap malas ini sememangnya mencabar keimanan seorang guru. Oleh itu, saya rasa masalah
seperti ini begitu serius dan perlu untuk diselesaikan kerana akan memberi impka kepada
masa depan dan keperibadian generasi yang bakal memimpin masa depan kelak..
ANALISIS :
Masalah murid yang bersikap malas ini berpunca daripada beberapa faktor-faktor yang telah

22 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

saya perhatikan dan analisis daripada latarbelakang murid-murid terbabit. Antara beberapa
faktor tersebut adalah :
1) Murid tersebut tidak cukup tidur dan rehat semasa di rumah kerana leka bermain gajet.
2) Kurang perhatian ibu bapa.
3) Sikap sambil lewa murid yang beranggapan belajar tidak penting.
4) Kepekaan guru terhadap murid-murid dan membiarkan sahaja tanpa tindakan.
Berdasarkan beberapa faktor tersebut telah menggambarkan punca masalah murid-murid
malas melaksanakan tugasan atau arahan guru malah sehingga tertidur semasa PdP.
Penyelesaian masalah berdasarkan faktor-faktor tersebut memainkan peranan penting bagi
memastikan murid tersebut mampu membuang sifat malas secara beransur-ansur dan
menbuang terus dalam dirinya. Sekiranya guru tiada tindakan terhadap beberapa faktor
tersebut malah murid-murid ini akan menganggap perlakuan dan sikapnya adalah betul
serta akan melihat perspektif belajar tersebut tidak penting untuk masa depannya.
TINDAKAN SUSULAN :
Setelah menganalisis beberapa faktor yang merupakan punca kepada masalah murid
bersikap malas ini, seterusnya saya akan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi
masalah ini. Pada mulanya saya mengubah tahap ketegasan saya dengan lebih tegas kepada
murid-murid yang bermasalah semasa proses PdP. Ini bertujuan untuk mengatasi
murid-murid yang bersikap sambil lewa semasa proses PdP supaya lebih bertanggungjawab
untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa belajar. Seterusnya, saya
akan memanggil murid yang bermasalah tersebut bersemuka secara individu dan
bertanyakan masalah yang dihadapinya sehingga memiliki sikap malas tersebut. Nasihat,
teguran serta sokongan perlu untuk murid yang bermasalah tersebut. Dengan
memotivasikan diri mereka maka mereka akan merasakan diri mereka lebih dihargai.
Selain itu, sebagai guru sememangnya tugas dan tanggungjawab membimbing murid tidak
dapat dipikul seorang diri. Kerjasama dari semua pihak terutama ibu bapa amat penting bagi
membantu menyelesaikan masalah anak murid tersebut. Sebagai ibu bapa dan keluarga
kepekaan dan keperihatinan terhadap masalah anak mereka semasa disekolah perlu diambil
tahu. Maka hubungan ibu bapa dan guru perlu dipupuk bukan hanya semasa hari
kecemerlangan murid sahaja malahan hari muafakat juga perlu dihadiri ibu bapa untuk
membantu menyelesaikan masalah anak-anak mereka semasa di sekolah.
Seterusnya, tindakan susulan yang saya buat adalah mendapatkan pandangan dan teguran
daripada rakan guru yang lebih berpengalaman dan guru pelatih lain untuk mengatasi sikap
murid yang malas tersebut dari berterusan. Saya juga akan mendapatkan tips atau cadangan

23 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

yang bersesuaian bagi mengawal emosi murid dan tingkahlaku murid semasa sesi PdP
berlaku daripada pelbagai sumber berkaitan..
PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN :
Hasil daripada tindakan susulan yang telah dilakukan, berdasarkan pemerhatian saya
bahawa murid-murid yang bermasalah telah berkurangan sikap malas dan tidak lagi tertidur
semasa sesi PdP dijalankan. Murid ini lebih memberikan tumpuan semasa sesi PdP dan
sering mengajukan soalan apabila tidak faham atas penerangan saya. Namun apabila
diberikan tugasan murid-murid ini begitu lambat menyiapkan tugasannya daripada
rakan-rakan lain. Ada kala dia tidak langsung menyiapkan tugasan tersebut.
Seterusnya saya memberikan sedikit teguran kepada murid tersebut dan memberikan
sedikit penerangan kepentingan tugasan yang perlu dia siapkan. Saya juga memberikan
galakan untuk dia terus berubah dan rajin membuat tugasan yang diberikan guru. Saya juga
telah menjanjikan akan memberikan ganjaran sekiranya dia benar-benar akan berubah
daripada sikap malas kepada sikap yang rajin. Perubahan ini demi kepentingan
kehidupannya dimasa depannya.
KESIMPULAN (REFLEKSI) :
Secara ringkasnya saya simpulkan bahawa dalam kelembutan guru perlu ada ketegasan demi
untuk memastikan murid-murid sentiasa menghormati dan patuh akan segala arahan yang
guru berikan. Kepekaan dan keperihatinan guru amat perlu demi memastikan keperluan dan
kepentingan murid dapat dipastikan agar penyampaian ilmu boleh diterima oleh semua
murid. Disamping itu, kerjasama guru dan ibu bapa juga perlu dipupuk demi memastikan
anak-anak didik diberikan perhatihan sewajarnya.

24 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

JURNAL
REFLEKTIF

( MINGGU 7 )

25 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

NAMA GURU : ZURLIMA BINTI JALI


NO. MATRIK : A30109180065
JURNAL REFLEKTIF 7
MINGGU PRAKTIKUM : MINGGU 7
TARIKH : 9 MEI 2023
ISU : Masalah Murid Kurang Memahami Isi Pelajaran

MASALAH :
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran minggu ini, saya dapati murid-murid lambat
memahami isi pelajaran yang telah diterangkan. Saya membuat penerangan satu persatu isi
pelajaran namun murid masih lagi keliru dengan isi pelajaran yang disampaikan.
Murid-murid diperhatikan tidak memberikan tumpuan dan kerjasama semasa guru
memberikan penerangan.
PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN :
Pada minggu ini, berdasarkan pemerhatian saya melalui sesi PdP yang saya laksanakan saya
dapati bahawa murid-murid kurang memahami isi pelajaran yang saya ajarkan atau
terangkan. Hal ini kerana saya mendapat tidak balas yang begitu lemah dan dan lambat
apabila saya memulakan langkah pertama dengan set induksi sebelum saya meneruskan
kepada langkah pembelajaran yang seterusnya. Daripada penelitian saya, hanya segelintir
sahaja dari murid-murid yang memahami isi pelajaran yang saya terangkan diawal sesi PdP.
Selain itu juga, terdapat juga murid-murid yang tidak memberikan tumpuan kepada proses
PdP yang dijalankan. Perkara ini menyebabkan proses PdP menjadi lambat disebabkan guru
terpaksa memberikan penerangan berulang-ulang disamping memberikan peringatan
berkali-kali agar murid-murid menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap isi pelajaran
yang saya sampaikan. Oleh kerana, saya tidak begitu berpuashati dengan situasi murid
kurang faham dan tidak mampu untuk menjawab soalan yang saya ajukan secara rawak.
Maka saya perlu melakukan sesuatu tindakan untuk mengatasi masalah ini.
ANALISIS :
Dengan tanggungjawab sebagai guru, saya akan cuba mengenalpasti punca-punca yang
menyebabkan murid-murid tidak memahami isi pelajaran yang disampaikan. Antara
punca-punca yang boleh dikenalpasti adalah :
1) Murid-murid tidak memahami sepenuhnya penyampaian nota dengan tulisan jawi.
2) Murid telah mempelajari sehingga beranggapan isi pelajaran yang diajarkan adalah sama
dan mereka cepat merasa bosan tanpa memikirkan isi pelajaran yang disampaikan.

26 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

3) Murid-murid kurang tumpuan semasa guru memberikan penerangan.


4) Guru kurang kemahiran yang pelbagai untuk menyampaikan isi pelajaran.
5) Guru menggunakan kaedah dan langkah pengajaran yang lebih kurang sama untuk semua
tajuk pembelajaran.
Setelah meneliti segala punca masalah yang dialami murid-murid, maka saya akan mula
membuatkan tindakan susulan untuk memastikan isi pelajaran yang disampaikan difahami
oleh murid-murid agar objektif pembelajaran tercapai dengan mudah dan berjaya. Segala
punca masalah ini telah saya senaraikan dan kenalpasti jalan penyelesaian bagi memastikan
kelancaran urusan menyelesaian masalah murid secepat mungkin.
TINDAKAN SUSULAN :
Berdasarkan punca masalah yang murid-murid hadapi berkaitan kefahaman terhadap isi
pelajaran sebagai seorang guru saya bersedia membantu murid-murid yang mengalami
masalah ini. Saya juga telah mengambil beberapa langkah yang sesuai disamping cuba
mengambil inisiatif yang boleh gunapakai untuk membantu murid-murid ini. Antara tidakan
saya adalah:
Sebagai guru saya perlu mengadakan sesi soal jawab secara rawak dan spontan yang
berkaitan dengan pelajaran yang diajarkan hari ini. Melalui inisiatif ini secara tidak langsung,
guru dapat mengenalpasti murid yang tidak memberikan perhatian semasa PdP. Disamping
itu dapat menguji ingatan dan kefahaman isi pelajaran yang disampaikan guru.
Guru juga perlu memperbanyakan kaedah untuk penyampaian isi pelajaran agar murid lebih
berminat dan teruja dengan setiap penampilan guru masuk untuk menyampaikan pelajaran.
Selain itu, aktiviti berbentuk permainan juga boleh meningkatkan kehafaman murid
terhadap isi pelajaran yang dirancang.
Kepekaan guru terhadap keterlibatan murid dalam proses PdP juga merupakan tindakan
yang lebih penting. Ini kerana apabila murid-murid yang tiada tumpuan secara spontan guru
akan memanggil murid tersebut ke hadapan kelas dan meminta murid tersebut membaca
dengan jelas dan lantang nota yang diberikan. Secara tidak langsung murid tersebut akan
berusaha untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan.
Seterusnya, bagi murid yang tidak memahami nota dalam tulisan jawi adalah memerlukan
kecekapan guru untuk membimbing murid-murid lemah jawi dengan pelbagai aktiviti yang
membangkitkan semangat murid untuk mahir membaca dan menulis jawi dengan baik.
Dalam hal ini kerjasama dan usaha bersama guru dan murid amat penting dalam menangani
masalah murid tidak memahami isi pelajaran.
PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN :

27 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

Seterusnya setelah ditelitikan bahawa segelitir murid yang tidak memahami isi pelajaran
telah berusaha untuk lebih peka dengan penyampaian guru tersebut. Selepas penelitian
tindakan susulan, kemudian guru adalah perlu membuat beberapa tindakan yang
sewajarkannya untuk membuat keputusan yang lebih baik untuk keperluan murid-murid.
Dengan mempelbagaikan kaedah yang dilaksanakan untuk sesi PdP akan lebih menarik
minat murid-murid untuk belajar dan memahami kandungan isi pelajaran yang disampaikan.
Guru perlu melibatkan murid-murid dalam sesi PdP dengan meminta mereka
menyumbangkan idea untuk lebih memahami isi pelajaran dengan lebih baik.
Maka dengan beberapa langkah ini guru dan murid dapat melaksanakan sesi PdP dengan
bersemangat dan gembira serta perkongsian bahan bacaan dari semua rakan dan guru
memudahkan murid lebih memahami dan membuat perubahan terhadap persepsi mereka
terhadap penyampaian guru berkaitan isi pelajaran tersebut.
KESIMPULAN (REFLEKSI) :
Secara peribadi pandangan saya, sebagai guru kita perlu bijak dengan menggunakan
pelbagai teknik pembelajaran agar tiada murid tercicir daripada arus kefahaman terhadap
sesi proses pembelajaran mereka. Perkara ini jelas melalui kefahaman yang ada, semoga
murid-murid diterangkan hati mereka untuk memahami isi pelajaran. Kerjasama yang
diberikan oleh murid dengan guru adalah merupakan satu elemen yang penting bagi
menjayakan proses PdP agar murid-murid memahami.

28 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

JURNAL
REFLEKTIF

( MINGGU 8 )

29 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

NAMA GURU : ZURLIMA BINTI JALI


NO. MATRIK : A30109180065
JURNAL REFLEKTIF 8
MINGGU PRAKTIKUM : MINGGU 8
TARIKH : 16 Mei 2023
ISU : Tidak Menjaga Kebersihan Diri Dan Bilik Darjah.

MASALAH :
Sepanjang minggu praktikum saya bersama dengan murid-murid kelas 4 Siddiq, saya
perhatikan terdapat segelintir murid-murid yang tidak mengambil berat akan kebersihan diri
dan kelas mereka. Apabila saya masuk ke kelas tersebut pasti kelihatan kelas begitu
berselerak dan lantai kotor dengan sampah sarap yang seperti tidak pernah disapu. Selain
itu, terdapat juga murid yang selekeh dengan pakaian yang tidak begitu kemas dan bersih.
Malahan kepekaan mereka terhadap kebersihan sangat rendah, ini jelas apabila selepas
mereka makan pada waktu rehat didapati serpihan makan atau lebihan minuman yang tidak
dibuang di atas meja mereka sehingga guru yang memberikan arahan untuk mereka
membersihkan.
PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN :
Sebagai guru saya sering memerhati penampilan murid-murid saya. Saya perhatikan
terdapat segelintir murid-murid yang tidak menjaga kerbersihan dan kekemasan pakaian
mereka dan juga kasut yang sangat kotor. Murid-murid mengambil lewa untuk memakai
pakaian yang sesuai semasa sesi persekolahan. Contoh, semasa kelas KAFA sememangnya
telah ditetapkan dengan pakaian baju kurung dan berbaju melayu bersama samping tetapi
terdapat murid-murid menggunakan baju sukan dan seluar tracksuit. Walaupun telah
berkali-kali diberikan teguran mereka hanya mengikuti dalam minggu tersebut tetapi pada
minggu seterusnya mereka akan menggunakan pakaian baju sukan dan seluar tracksuit
tersebut semula. Begitu juga minggu ini telah diperhatikan mereka menggunakan pakaian
tersebut.
Selain itu, lebih menyedihkan apabila guru masuk untuk memulakan sesi PdP terlihat satu
pemandangan yang tidak begitu menyenangkan mata dengan persekitaran bilik darjah yang
sangat kotor dengan sampah. Oleh kerana itu, guru terpaksa memberikan arahan kepada
murid agar berkerjasama menyapu sampah dan menyusun meja dengan teratur sebelum
sesi PdP. Proses pembersihan ini akan memakan masa sehingga menyebabkan proses PdP
tertangguh untuk beberapa minit. Akan tetapi ia sememangnya perlu untuk dibersihkan

30 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

kerana hal ini akan menganggu proses PdP dengan persekitaran yang kotor dan berselerak.
Maka tindakan adalah perlu untuk menyelesaikan isu tersebut dari berlarutan.
ANALISIS :
Kebersihan melambangkan perwatakan dan keperibadian seseorang manusia dikaca mata
masyarakat. Oleh itu kebersihan perlu dititik beratkan dan diterapkan sejak awal lagi kepada
murid-murid ini agar diamalkan. Sehubungan itu, saya meneliti punca daripada masalah
yang murid-murid kelas 4 Siddiq hadapi adalah terdapat beberapa punca yang boleh
dikenalpasti seperti :
1) Murid-murid tidak ditekankan dan diasuh dengan kebersihan dan kekemasan diri.
2) Kurang pendedahan terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kekemasan diri.
3) Sikap murid yang tidak mementingkan kebersihan dan menganggap perkara kebersihan
dan kekotoran perkara biasa.
4) Kurang ketegasan guru dan tiada jadual khusus untuk pembersihan kelas yang relevan
dengan masa petang PdP KAFA.
Daripada beberapa punca di atas sebagai guru tindakan seterusnya akan diambil untuk
memastikan murid-murid dalam keadaan kemas dan bersih.
TINDAKAN SUSULAN :
Saya seharusnya perlu mendapatkan kerjasama daripada murid-murid agar boleh melakukan
perubahan dalam memastikan segala masalah yang dihadapi murid-murid boleh
dikurangkan atau diatasi sepenuhnya. Sebelum memberikan beberapa teguran kepada
murid-murid, penampilan guru perlu ditunjukkan dalam keadaan kemas. Seterusnya rangka
tindakan susulan bermula dengan memberikan motivasi kepada murid-murid berkaitan
kewajipan dan keperluan menjaga penampilan diri dalam keadaan bersih dan kemas.
Disamping juga penekanan kepentingan menjaga kebersihan kelas atau di mana juga berada
agar dalam keadaan bersih, kemas dan selamat untuk semua.
Guru memberikan penerangan dan pendendahan secara langsung dalam masa yang
ditetapkan agar murid-murid boleh diberikan bimbingan untuk menitik beratkan kebersihan
dan keterampilan diri serta kewajiban menjaga kebersihan persekitaran. Dengan
pendedahan ini murid-murid akan menyedari bahawa kepentingan terhadap kebersihan diri
dan di mana sahaja mereka berada.
Seterusnya, saya telah membuat satu perancangan dengan menyediakan satu carta pakaian
kemas yang perlu disahkan guru apabila murid-murid berpakaian kemas semasa turun ke
sekolah. Murid-murid yang mendapat bintang yang disahkan guru akan mendapat ganjaran
pada akhir bulan sesi persekolahan oleh guru. Manakala untuk penjagaan kebersihan kelas,

31 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

guru telah membahagikan murid kepada beberapa kumpulan untuk setiap hari persekolahan
dengan penggunaan jadual yang relevan untuk semua. Guru memberikan peringatan
kumpulan yang bertugas jika kelas dalam keadaan kotor sebelum sesi PdP akan diberikan
denda kepada semua ahli.
Semua perancangan dan tindakan susulan memerlukan kerjasama semua pihak bagi
memastikan kebersihan diri murid-murid dan persekitaran bilik darjah dalam keadaan
bersih, kemas dan selamat sebelum sesi PdP dilaksanakan bagi memastikkan sesi PdP boleh
berlaku dengan lancar dan selesa.
PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN :
Setelah tindakan susulan telah dilaksanakan, saya telah perhatikan bahawa penampilan dan
pemakaian murid-murid kelihatan kemas dan bersih serta telah memakai pakaian yang
sepatutnya untuk Kelas KAFA. Selain itu juga, kelihatan kelas begitu bersih kerana
murid-murid yang bertugas mengikut jadual yang telah saya ditetapkan. Saya rasa gembira
kerana murid-murid memiliki rasa tanggungjawab dalam diri mereka untuk menitik beratkan
kebersihan dalam apa jua yang berkaitan dengan diri mereka. Perubahan yang telah mereka
lakukan ini telah mendapat pujian dari saya dan guru-guru lain kerana sebelum ini
penampilan murid dan persekitaran kelas 4 Siddiq amat teruk dan menjijikkan. Kerjasama
yang mereka berikan membuatkan saya rasa terharu kerana semangat untuk mereka
berubah begitu besar sehingga mereka begitu cepatnya berubah. Saya berharap perubahan
ini berkekalan sampai bila-bila agar proses PdP boleh dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan.
KESIMPULAN (REFLEKSI) :
Daripada hasil pemerhatian, tindakan dan perlaksanaan terhadap masalah yang berlaku
kepada murid-murid, maka saya simpulkan bahawa setiap perubahan memerlukan
kerjasama dari semua pihak. Hal ini kerana tanpa kerjasama yang padu perubahan dari yang
negatif kepada positif adalah mustahil. Selain itu setiap individu memerlukan sokongan dan
nasihat dari individu lain untuk melakukan perubahan kerana setiap individu tidak semua
boleh melihat kekurangan dalam diri. Sebagaimana murid-murid yang memerlukan guru
untuk membimbing, menasihati dan mendidik mereka untuk memastikan kebersihan diri
dan persekitaran mereka boleh berubah kepada yang lebih baik. Apabila diri dan
persekitaran bersih, maka suasana untuk menerima ilmu akan lebih selesa dan selamat.

32 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

JURNAL
REFLEKTIF

( MINGGU 9 )

33 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

NAMA GURU : ZURLIMA BINTI JALI


NO. MATRIK : A30109180065
JURNAL REFLEKTIF 9
MINGGU PRAKTIKUM : MINGGU 9
TARIKH : 6 JUN 2023
ISU : Tidak Mengikut Arahan Dan Bermasalah Tingkahlaku.

MASALAH :
Murid-murid tidak mengikut arahan dan mempunyai masalah tingkah laku yang begitu
membimbangkan. Pada minggu ini saya melaksanakan aktiviti projek inovasi, terdapat
beberapa arahan telah saya terangkan untuk dipatuhi semua, namun murid-murid yang
dimaksudkan tersebut tidak mengikuti arahan yang saya berikan malahan membuat bising
dan bermain. Saya juga telah berikan teguran namun murid tersebut hanya berhenti
sebentar kemudian menyambung semula bising dan bermain. Sehubungan itu, proses
pengajaran dan pembelajaran ( PdP ) terganggu dan mengambil masa untuk
melaksanakannya. Maka saya mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini agar
PdP seterusnya boleh berlaku dengan lancar.
PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN :
Rentetan masalah murid yang tidak mendengar arahan dan bermasalah dengan tingkahlaku
seperti bising, menganggu rakan, bermain dan sebagainya. Murid-murid ini sukar untuk
dikawal dengan hanya memberikan teguran sambil lewa sahaja. Malah dengan dendaan
atau hukuman murid-murid ini tidak merasa serik atau takut. Disebabkan masalah ini
penerangan yang disampaikan guru akan berulang-ulang bagi murid-murid yang tidak dapat
mendengar disebabkan segelintir yang berbuat bising. Sehingga masa PdP seringkali tidak
mencukupi apabila proses PdP melibatkan mana-mana tugasan dengan aktiviti PdP.
Selain itu, murid juga degil dan tidak arahan yang diberikan guru untuk melaksanakan
tugasan yang diberikan. Akibatnya tugasan yang dihasilkannya tidak langsung menepati
kehendak perancangan PdP dan secara tidak langsung menggagalkan objektif PdP.
Murid-murid ini juga memiliki sikap tidak mahu berkerjasama dengan rakan-rakan lain dalam
kumpulan. Kebiasaannya murid ini akan melaksanakan tugasan sendiri atau langsung tidak
melaksanakan tugasan malah menjadi penganggu kepada rakan-rakan yang melaksanakan
tugasan yang diberikan.
ANALISIS :
Daripada masalah ini terdapat beberapa punca yang menyebabkan murid-murid tidak

34 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

mendengar arahan dan mempunyai masalah tingkahlaku. Antara punca-punca berikut


adalah :
1) Hubungan guru dengan murid tidak mesra atau serasi.
2) Persekitaran bilik darjah yang tidak konduksif.
3) Murid tidak berminat untuk belajar.
4) Murid tidak faham dengan penyampaian dan arahan guru.
Berdasarkan beberapa punca-punca di atas, masalah murid tidak mendengar arahan dan
bermasalah tingkahlaku semasa PdP dalam bilik darjah juga disebabkan guru kurang
ketegasan dan cara komunikasi antara guru dengan murid perlu diperbaiki dengan pelbagai
pendekatan yang lebih baik dan berkesan.
TINDAKAN SUSULAN :
Setelah meneliti punca daripada masalah murid tidak mendengar arahan dan bermasalah
tingkahlaku ini, saya telah merangka beberaoa pelan tindakan susulan untuk menyelesaikan
dan mengatasi masalah tersebut. Perancangan pelan tindakan adalah seperti berikut :
a) Sebagai guru adalah perlu memupuk serta membina hubungan yang lebih baik dan
mesra dengan murid-murid tersebut.
b) Komunikasi guru dengan murid-murid boleh ditambah baik disamping dengan
ketegasan dalam setiap arahan yang diberikan. Guru perlu mencari kaedah yang lebih
berkesan untuk menyampaikan arahan agar murid tidak merasa mereka terbeban
dengan arahan.
c) Ubah sikap guru yang sering memberikan teguran dalam keadaan beremosi atau marah
apabila murid tidak mendengar arahan atau berbuat bising. Perubahan perlakuan guru
kepada lebih positif dengan pendekatan yang berlemah lembut dan tegas semasa
memberikan teguran dan diselitkan dengan kata nasihat.
d) Mendekati murid-murid yang bermasalah tersebut untuk berbincang masalah yang
dihadapinya agar murid tersebut menyedari kesilapan dalam tingkahlakunya.
e) Persekitaran bilik darjah perlu diubah daripada tidak kondusif kepada lebih kondusif
agar suasana semasa proses PdP boleh berlaku dengan lebih santai dan tenang tanpa
ada tekanan dengan arahan yang membebankan murid.
Saya akan cuba menyelesaikan masalah ini dengan pengurusan masa yang lebih effektif dan
teratur agar dapat memastikan kelancaran proses PdP berlangsung dengan berkesan dan
bermanfaat untuk murid-murid. Sekiranya masalah tersebut tidak juga boleh saya
selesaikan, maka sudah pasti objektif PdP yang telah dirancangkan tidak akan tercapai
sepenuhnya. Oleh itu, kerjasama murid-murid dan rakan guru lain untuk bersama saya

35 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

menyelesaikan isu ini amat diharapkan.


PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN :
Setelah tindakan susulan telah saya laksanakan dengan gigihnya, murid-murid dalam kelas 4
Siddiq yang mempunyai masalah sukar mendengar arahan dan bermasalah tingkah laku
telah banyak berubah ke arah yang lebih positif. Walaupun perubahan berlaku secara
beransur-ansur namun saya gembira apabila murid-murid tersebut lebih menghormati saya
dan juga guru lain. Hal ini telah saya dengar daripada rakan guru yang lain memasuki kelas
tersebut yang sememangnya menghadapi masalah dengan murid-murid tersebut yang tidak
mendengar arahan dan sangat nakal.
Perubahan ini berhasil atas kerjasama semua rakan guru yang telah membimbing saya untuk
memotivasikan murid-murid tersebut agar boleh berubah sikap dan tingkahlaku mereka.
Saya tidak akan berhenti menasihati mereka begitu sahaja, malah saya akan sentiasa
meneruskan usaha ini agar murid-murid saya menjadi insan terdidik dengan akhlak dan adab
yang baik.
KESIMPULAN (REFLEKSI) :
Secara ringkasnya saya simpulkan berkaitan pengalaman perlaksanaa PdP yang berhadapan
dengan murid-murid yang sukar untuk menerima sebarang arahan dan nakal ini, saya
merasakan ianya satu cabaran yang begitu besar kerana berhadapan dengan emosi saya dan
murid-murid. Oleh itu, saya berusaha memotivasi murid-murid untuk memberikan
kerjasama agar masalah yang dihadapi ini boleh difahami murid-murid dan masalah ini boleh
diselesaikan secepatnya. Sebab dan akibat apabila masalah ini berlarutan juga perlu
diketahui agar murid-murid lebih matang untuk mengubah diri menjadi murid-murid yang
memahami dan mendengar segala nasihat dan teguran guru-guru yang mendidik mereka.
Apabila murid-murid telah menerima dan melaksanakan perubahan ke arah yang lebih baik
segala perancangan PdP akan berjalan lancar dan objektif PdP akan tercapai dengan jayanya.

36 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

JURNAL
REFLEKTIF

( MINGGU 10 )

37 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

NAMA GURU : ZURLIMA BINTI JALI


NO. MATRIK : A30109180065
JURNAL REFLEKTIF 10
MINGGU PRAKTIKUM : MINGGU 10
TARIKH : 13 JUN 2023
ISU : Kelemahan Dan Kekurangan Kaedah Dan Teknik Pengajaran
Dan Pembelajaran.

MASALAH :
Pada akhir sesi praktikum saya bersama murid-murid tahun 4 Siddiq di SK Haji Bujang
Rangawan Putin ini, saya telah banyak menerima nasihat, tunjuk ajar dan sokongan daripada
rakan guru dan guru pembimbing. Kelemahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
( PdP ) saya adalah menggunakan kaedah dan teknik yang sama dalam set induksi dan PdP
saya. Oleh yang demikian semasa proses PdP saya, interaksi dua hala tidak begitu
memberangsangkan kerana murid-murid sudah menjangkakan apa yang akan saya
terangkan dan berikan kepada mereka. Saya seringkali kekurangan kaedah dan teknik yang
berkesan untuk diterapkan dalam PdP yang dirancangkan. Disebabkan itu, proses PdP
kurang lancar dan berkesan serta objektif pembelajaran tidak semua yang tercapai
sepenuhnya.
PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN :
Secara ringkasnya kaedah pengajaran adalah salah satu cara yang digunakan untuk
mengaplikasikan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar yang digunakan oleh
seseorang guru untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya.
Teknik pengajaran juga difahami dengan suatu penguasaan kemahiran atau gaya
penyampaian isi pelajaran kepada murid-murid dengan beberapa langkah yang sesuai. Oleh
itu, keperluan seorang guru menguasai kemahiran teknik pengajaran yang betul dan
pelbagai adalah lebih baik kerana ia akan membawa satu sesi PdP tersebut lebih jelas
berkesan dan menarik. Hal ini kerana apabila teknik pengajaran menarik dan berkesan maka
PdP tersebut secara tidak langsung objektif akan tercapai. Sebagai guru, saya perlu mencipta
kelainan mengikut kreativiti sendiri dalam menggunakan kaedah pengajaran atau
menggabungkan beberapa kaedah yang sesuai dalam suatu sesi PdP agar murid-murid lebih
berminat dan teruja dengan gaya penyampaian yang sentiasa berubah-ubah setiap masa.
Setiap kaedah yang dicipta perlu ada kepentingan dalam PdP dan mempunyai daya tarikan
yang tersendiri dengan tujuan untuk menarik minat murid-murid. Namun, dalam

38 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

penggunaan sesuatu kaedah tersebut, saya perlu menguasai beberapa teknik yang mudah
dalam melaksanakan proses PdP. Saya amat memerlukan kerjasama dan bimbingan dari
pensyarah pembimbing saya dan rakan guru lain agar proses PdP saya boleh dilaksanakan
dengan berkesan dan diminati murid-murid.
ANALISIS :
Dalam menganalisis masalah tersebut terdapat beberapa faktor yang saya perlu ketahui
adalah seperti berikut :
1) Guru perlu meneroka pelbagai kaedah dengan teknik-teknik berkesan dan tidak tertakluk
kepada buku rujukan sahaja.
2) Guru meminta bimbingan dan kaedah-kaedah yang menarik dan berkesan daripada
guru berpengalaman atau guru pembimbing.
3) Guru perlu mengambil pandangan murid-murid berkaitan kaedah yang digunakan untuk
penyampaian setelah PdP dilaksanakan.
4) Guru perlu mempelbagaikan pengetahuan berkaitan mencipta kaedah pengajaran yang
diminati murid dan berkesan.
Daripada analisis saya di atas dengan beberapa faktor yang perlu diperbetulkan oleh saya
dengan kerjasama murid-murid, rakan guru dan guru pembimbing. Perubahan pada kaedah
pengajaran dan pembelajaran saya adalah untuk tujuan menarik minat murid-murid
belajar dan memperbaiki penyampaian PdP agar berkesan dan mudah difahami.
TINDAKAN SUSULAN :
Sehubungan dengan analisis faktor yang menjadi punca berlakunya masalah saya tersebut
maka saya perlu melakukan beberapa tidakan susulan untuk menyelesaikannya untuk sesi
PdP di masa akan datang. Saya perlu mendapatkan nasihat daripada rakan guru lain atau
guru pembimbing saya supaya saya boleh mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran
dan pembelajaran yang saya gunakan. Justeru saya akan mengambil beberapa langkah
seperti berikut untuk menambahbaik lagi penguasaan saya dalam kaedah dan teknik untuk
sesi PdP saya. Dengan mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran, proses PdP akan
lebih berkesan dan diminati murid-murid. Disamping itu, saya juga meminta pandangan
murid-murid terhadap sesi PdP yang mereka lalui bersama saya. Melalui pandangan
murid-murid akan saya jadikan tips untuk memperbaiki kaedah yang digunakan demi untuk
pendidikan murid-murid.
Saya juga melakukan beberapa pemerhatian dalam proses PdP rakan guru lain dengan
tujuan untuk mengembangkan idea untuk saya mempelbagaikan kaedah dan teknik PdP.
Pemerhatian saya bertujuan mengambil contoh kaedah dan teknik PdP mereka dan adakah

39 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

boleh digabung jalin dengan kaedah dan teknik yang saya gunakan. Dengan ini, kaedah dan
teknik PdP yang akan diaplikasikan boleh dipelbagaikan untuk satu sesi PdP. Selain itu, saya
akan memperbanyakan bahan bacaan dan kajian berkaitan dengan kaedah dan teknik PdP
yang boleh saya aplikasikan dalam mata pelajaran yang saya ajar agar ianya lebih berkesan
dan menarik minat murid-murid untuk menerokainya.
Justeru, kerjasama dari pelbagai pihak amat saya perlukan untuk mempelbagaikan dan
memperkuatkan kaedah dan teknik PdP yang saya gunakan agar proses PdP yang dijalankan
berkesan dan diminati semua lapisan murid-murid. Segala idea dan kerjasama tersebut lebih
bermanfaat untuk saya aplikasikan dalam PdP dimasa seterusnya.
PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN :
Pada masa PdP seterusnya saya akan mencuba mengunakan kaedah yang telah saya
gabungkan. Contohnya, kaedah inovasi lompat petak. Kaedah ini memerlukan murid-murid
dan guru sama-sama bermain sambil belajar. Maka dengan ini murid akan merasa seronok
bermain dan disamping itu kemahiran membaca boleh diterapkan.
Daripada perlaksanaan kaedah dan teknik tersebut sesi PdP berjalan lancar, murid-murid
lebih aktif dan tidak bosan. Hal ini telah melibatkan interaksi dua hala guru dengan murid
yang berkesan dan menarik. Melalui kaedah ini juga murid-murid boleh diberi peluang
bercakap serta berani mencuba sesuatu yang baharu. Maka dengan saya mempelbagaikan
kaedah dan teknik proses PdP akan lebih menyeronokkan dan lebih berkesan. Perubahan
jelas apabila murid-murid sentiasa menantikan guru masuk dan teruja dengan pelbagai
kaedah yang baharu diketengahkan guru. Guru-guru lain sering kali memberikan beberapa
tips menarik agar sesi PdP tidak kaku dan membosankan. Dengan itu, saya sentiasa
memanfaatkan perkongsian tersebut untuk menambahbaik kaedah dan teknik yang saya
gunakan.
KESIMPULAN (REFLEKSI) :
Kesimpulannya, guru perlu peka dan rajin mencari dan membuat pemerhatian serta
menganalisis beberapa masalah yang berkaitan murid dan guru agar proses PdP yang
dijalankan berkesan, menarik serta memberi manfaat yang berguna kepada murid-murid.
Justeru itu, saya sebagai guru perlu lipat gandakan usaha dalam memperbaiki dan membuat
perancangan aktiviti yang lebih manarik dan berkesan sama ada secara formal atau tidak
formal demi untuk murid-murid lebih memahami dan lebih seronok untuk belajar. Hal ini
juga memerlukan interaksi antara guru dan murid agar kaedah dan teknik PdP baru boleh
dipelbagaikan dan dikekalkan keberkesanannya.

40 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( SEM JAN 2023 )

# Pelajar yang sedang mengikuti program BEd (Bahasa Melayu) wajib menulis dalam bahasa
Melayu
# Student who is completing the BEd (TESL) must write the journal in English.
Font: CALIBRI
Fon: CALIBRI
Point : 11
Poin : 11
Spacing: 1.5
Jarak: 1.5
Pages for ONE JOURNAL WRITING: Minimum of THREE (3) PAGES and NOT EXCEEDING FIVE
(5) PAGES.
Muka surat untuk SATU PENULISAN JURNAL: Minimum TIGA (3) MUKASURAT dan TIDAK
MELEBEHI LIMA (5) MUKASURAT
You may include/add any illustration in your journal such as: pictures, mind maps,
sketches/drawings and others to further explain the journal writing.
Anda boleh memasukkan apa sahaja ilustrasi dalam jurnal anda seperti: gambar, peta
konsep, lukisan dan lain-lain bagi menjelaskan lagi penulisan jurnal ini.

41 ZURLIMA BINTI JALI (A30109180065)

Anda mungkin juga menyukai