Anda di halaman 1dari 3

Kaedah Dan Teknik Pengajaran Imam Ahmad Bin Hanbal

Kumpulan: 1. Asmaa` Diyanah binti Lahuri


2. Nur Najihah binti Muhammad Ramiz
3. Nurul Fatihah binti Saat

BIODATA IMAM AHMAD BIN HANBAL

 Nama Sebenar : Ahmad Bin Muhammad bin Hanbal


 Lahir di Baghdad pada tahun 164H/780M.
 Pengasas Mazhab Hanbali yang merupakan satu daripada mazhab yang empat.
 Dinamakan Imam Hanbali bersempena nama datuknya iaitu Hanbal bin Hilal As-
Syaibani.
 Merupakan seorang ahli sunnah yang terbesa, soleh dan zuhud.
 Meninggal dunia pada tahun 241H/855M ketika berusia 77 tahun.

Dari aspek Pendidikan

 Dianugerahkan daya ingatan yang kuat


 Dapat menguasai bahasa Arab dan kesusateraan serta berbolehan dalam bidang
penulisan (dalam usia yang masih muda).
 Antara guru-guru Imam Ahmad termasuklah:
i) Imam As-Syafie Rahimahullah
ii) Waqi’ Bin Jarrah
iii) Sufian bin Uyainah
iv) Qadhi Abu Yusuf
v) Bashar bin Al Mufadal
 Diberi gelaran Al-Malik -kehebatannya menghafal lebih 700 000 hadis.
Teknik dan kaedah Contoh

Pengajaran Pengajaran Imam Ahmad dalam pendekatan perseorangan


dapat dibuktikan daripada suasana majlis ilmu yang
dikendalikan olehnya seperti yang dinyatakan dalam buku “
Pokok Pengajaran Imam- Imam Mazhab hal.269. Antaranya
berbunyi; “ Imam Ahmad di dalam pengajarannya,
adakalanya meriwayatkan hadis dan adakalanya
memberikan fatwa”. Hal ini jelas membuktikan bahawa tradisi
pengambilan hadis akan melalui proses penghafalan antara
pengambil dengan periwayat, ini sudah semestinya
mengambil pendekatan perseorangan.
Pengajaran berkumpulan Imam Ahmad telah menggunakannya dalam pengajaran di
masjid. Pengajaran ini amat sesuai dengan suasana masjid
yang terbuka. Jika masjid boleh menampung jumlah murid
yang ramai, maka pendekatan pengajaran berkumpulan
amat sesuai. Ini dikenali sebagai kelas umum atau terbuka.
bercerita Teknik bercerita mudah menarik minat seseorang, dapat
menumpukan perhatian mereka dan pembelajaran dapat
berjalan dengan baik. Dengan itu, pembelajaran dalam
keadaan yang ideal penerimaannya akan menjadi lebih
kekal. Hal ini dapat dijelaskan semasa Imam Ahmad
menyampaikan hadis, beliau akan menceritakan tentang
rawi- rawinya satu persatu
Bersyarah Pengajaran oleh Imam Ahmad di masjid sudah pasti dalam
bentuk kelas terbuka. Imam Ahmad menggunakan teknik
bersyarah atau proses satu hala
Perbincangan Teknik ini digunakan oleh Imam Ahmad dalam
pengajarannya. Dalam merumuskan sesuatu pendapat
dalam bidang feqah, Imam Ahmad lebih gemar mengadakan
perbincangan kerana beliau menyedari bahawa dalam
memahami ilmu fikah antara satu tempat dengan tempat
yang lain amat berbeza, mengikut kesesuaian masa, tempat
dan keadaan.
Hafalan dan latih tubi  “ Imam Ahmad ini di majlisnya adakala meriwayatkan hadis”.
Petikan ini membuktikan bahawa teknik hafalan dan latih tubi
merupakan satu keperluan dalam pengajaran Imam Ahmad
dalam meriwayatkan hadis. Hafalan bermaksud hafalan
secara rasional melibatkan fahaman bermakna tentang
prinsip- prinsip yang diperlukan termasuk sepatah demi
sepatah. Antara ciri hafalan adalah: - Memikirkan -
Mengulang - Menyebut

Anda mungkin juga menyukai