Anda di halaman 1dari 6

Membuat ulasan kritis terhadap video pendidikan ​https://www.youtube.com/watch?

v=mOKmjYwfDGU
yang ditonton dalam konteks teori pembelajaran, konsep asas dan elemen Seni dalam Pendidikan.
Panjang ulasan kritis adalah 1000 patah perkataan.

1. Pengenalan

Sesebuah pengajaran yang berkesan dapat dinilai daripada tahap pencapaian murid
selepas selesai sesi pengajaran. Menurut Intan, Fazilah, Maznah, Alawiah (2001), teknik
pengajaran yang berkesan berlaku apabila tenaga pengajar mengaplikasi teori
pembelajaran dan menggunakan asas serta elemen seni bagi mengukuhkan sesuatu
pembelajaran dan impak pada akhir pembelajaran, tiga domain murid daripada aspek
kognitif, afektif dan psikomotor dapat dikembangkan secara holistik. Justeru, guru harus
menguasai semua teori pembelajaran dan menggunakan elemen seperti muzik,
pergerakan dan warna semasa Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di dalam dan di
luar bilik darjah (Sherman, 2011; Reimer, 2004). Penggunaan pancar indera murid
secara maksimum berupaya merangsang kognitif murid untuk berinteraksi dan proses
pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan (Wong, Isa, Rafidah, 2016).

2. Ringkasan Video

Video tersebut telah dimulakan dengan set induksi yang cukup baik. Aktiviti ​pull up yang
telah ditonjolkan oleh persona berupaya menggambarkan aktiviti cergas menyebabkan
kita tercunggap. Persona seterusnya membawa pendengar ke dimensi lain dengan
menunjukkan aktiviti manusia seperti berlari akan menyebabkan mereka kepenatan dan
akhirnya mengakibatkan kita tercungap-cungap. Perkara ini telah diterangkan jelas oleh
persona bahawa aktiviti cergas memerlukan oksigen yang banyak untuk dibekalkan
keseluruh badan. Persona telah menggunakan minyak sebagai perlambangan kepada
oksigen. Tanpa bahan bakar (minyak) kereta tidak dapat bergerak ke mana-mana.
Begitu juga dengan manusia, tanpa bekalan oksigen yang mencukupi manusia akan
tidak dapat bergerak dan akhirnya menyebabkan kematian. Perkara ini secara tidak
langsung menunjukkan peranan oksigen dalam kehidupan manusia.

Seterusnya, persona membawa pengguna kepada perjalanan yang harus dilalui


oleh udara (oksigen) untuk dibekalkan kepada sel tubuh badan. Udara akan disedut
melalui hidung dan ditapis oleh bulu hidung bagi memastikan udara yang lebih bersih
memasuki badan. Udara itu seterusnya mengalir ke peparu melalui saluran yang
dipanggil trakea dan dibahagikan kepada peparu kanan dan kiri menggunakan saluran
bronkus. Pada bahagian bronkus terdapat bulu-bulu halus dan mukus dirembeskan
yang berfungsi menangkap zarah-zarah kecil seperti habuk dan asap. Di peparu, proses
pertukaran oksigen berlaku dan karbon dioksida dikeluarkan. Proses ini telah diceritakan
dengan begitu baik. Persona turut berkongsi berkaitan peranan diafragma yang
mengawal pernafasan manusia dan membahagikan bahagian rongga toraks dan
abdomen. Video juga menunjukkan bahawa peparu merupakan satu-satunya organ
yang boleh terapung di atas air dan purata manusia akan bernafas sebanyak 200, 000
kali sehari.

3. Analisis Video

3.1. Analisis Video Berdasarkan Konteks Teori Pembelajaran


Video yang dihasilkan merupakan sebuah video yang mengaplikasi teori
pembelajaran secara holistik. Perkara ini dapat dilihat melalui tiga elemen utama
yang digunakan dalam video merangkumi pelbagai unsur seperti muzik,
pergerakan, alam sekitar dan ruang dimensi pelbagai. Menurut Horvard (2006)
kecerdasan individu dapat dibahagikan kepada 9 aspek berbeza merangkumi;1)
bahasa; 2) logik-matematik; 3) ruang; 4) muzik; 5) kinestetik; 6)interpersonal; 7)
intrapersonol; 8) naturalist; dan 9) existential. Kesemua aspek ini telah diguna
pakai bagi memastikan semua pendengar yang mempunyai pelbagai kecerdasan
rawak akan berminat dan mudah memahami konteks perbincangan khususnya
dalam kalangan kanak-kanak. Pendekatan teknik pembelajaran yang
merangkumi semua komponen kecerdasan berupaya merapatkan jurang
kefahaman murid berkaitan sesuatu topik (Hamidahi, 2012) yang akhirnya
menyebabkan tahap kognitif mereka meningkat.

Selain daripada aspek tersebut, video tersebut telah mengamalkan teori


pembelajaran yang telah disarankan melalui teori pembelajaran Hoka Hoki yang
telah dimonopoli oleh Ned Herman. Otak manusia yang terbahagi kepada
hemisfera kanan dan kiri mempunyai kecendurungan yang berbeza (Daniel, &
Payne, 2011). Menurut teori Hoka (otak kanan) Hoki (kiri), otak kanan banyak
mempengaruhi dan menyumbang ke dalam bidang visual dan seni seperti ritma
dan irama manakala otak kiri pula lebih dominan kepada perkara analitikal dan
analisis seperti logik dan urutan (Campbell, 2008). Dalam video yang telah
digunakan, pereka video berjaya menyeimbangkan kedua-dua komponen ini
dalam cara yang sungguh kreatif. Menurut Lombroza (2003), melalui proses
pembelajaran yang menggunakan hemisfera otak kanan dan kiri berupaya
mengukuh pengetahuan murid dengan baik malah meningkatkan daya kreativiti
dan inovatif.

3.2. Analisis Video Berdasarkan Konsep Asas dan Elemen Seni Dalam Pendidikan

Secara asasnya terdapat tiga elemen seni dalam pendidikan merangkumi seni
visual, muzik dan pergerakan yang berupaya meningkatkan kualiti sesuatu
pembelajaran (Gojmerac, 2018; Ghulam, Khuram, Naqvi, Nadeem, 2015;
Gartison, 2013). Ketiga-tiga elemen ini berupaya menarik minat murid untuk
mendalami sesuatu topik dengan lebih berkesan (Kishore, 2003). Kombinasi
yang telah digunakan oleh editor menyebabkan murid lebih seronok dan faham
terhadap topik yang cuba disampaikan. Penggunaan warna yang pelbagai
merangsang mereka untuk berfikir dan memerhati persekitaran mereka dan
membentuk pengalaman baru sebagaimana sarana teori konstruktivisme
Vygotsky.

Pergerakan yang telah ditunjukkan oleh persona berupaya merangsang


murid untuk berfikir. Pergerakan dan pembelajaran yang tidak terlalu kompleks
memudahkan pemahaman murid dan mengelakkan keciciran maklumat (Saghir,
Abid, Ayesha, Khadija, Misbah, 2016). Menurut ​Piaget dan Inhelder (1969),
kanak-kanak khususnya lebih memahami perkara yang lebih bersifat konkrit
berbanding abstrak. Justeru pembelajar melalui visualisasi sewajarnya
meningkatkan tahap kefahaman mereka. Penggunaan warna lembut seperti biru
dan kuning akan menarik perhatian murid untuk memberi fokus. Pereka telah
menggunakan warna-warna tertentu dan pergerakan yang menonjol agar
penonton memberi fokus pada aspek yang ingin ditekankan. Menurut Kunari
(2006), tindakan sebegini berupaya memastikan penonton lebih fokus kepada
aspek tertentu dan mengingati peristiwa semasa.
4. Penambahbaikan kelemahan

Video yang berdurasi 3 minit 52 saat ini menunjukkan penggunaan asas dan elemen
seni yang cukup menarik. Walau bagaimanapun untuk persekitaran di Malaysia
khususnya di luar bandar, penggunaan bahasa Inggeris menyebabkan sebilangan besar
kanak-kanak tidak memahami isi kandungan dan aspek perbincangan topik. Menurut
Farhan (2020), pembelajaran khususnya bagi subjek matematik dan sains sewajarnya
dalam bahasa ibunda. Khususnya di Malaysia, penguasaan dan penggunaan bahasa
Inggeris adalah masih pada tahap lemah terutama pada kawasan luar bandar (Adibah,
Azizah, 2017). Oleh hal yang sedemikian, video sewajarnya dialih ke dalam bahasa
ibunda iaitu bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu (bahasa ibunda) dalam
pembelajaran sains dan matematik berupaya meningkatkan tahap kefahaman murid
dalam sesuatu topik dengan lebih baik.

Dalam video tersebut juga tiada penerapan aspek seperti kerohanian dan moral.
Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21), guru sewajarnya memupuk nilai-nilai positif dalam
proses pembelajaran agar dapat melahirkan murid yang bersyukur dan berakhlak mulia
(Norazri, 2015). Pembentukan nilai ini haruslah dilakukan dalam semua subjek yang
didedahkan kepada murid. Perkara sebegini akan menjadi murid lebih dekat kepada
Pencipta dan mencapai objektif kerajaan yang mensasarkan murid harus cemerlang dari
semua aspek merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial (JERIS).
Menurut Khairi dan Asmawati (2010), dalam apa-apa proses pembelajaran, salah satu
input yang harus diberikan penekanan merupakan sorotan nilai-nilai yang positif dan
membina.

5. Kesimpulan
Pada pendapat saya, video yang telah direka merupakan sebuah hasil yang begitu baik
yang telah mengaplikasikan teori pembelajaran serta asas dan elemen seni yang
pelbagai. Perkara ini berupaya meningkatkan kefahaman dan minat mereka terhadap
topik yang telah dibincangkan. Namun, terdapat beberapa aspek yang harus
dipertimbangkan seperti peralihan bahasa kepada bahasa ibunda dan kekurangan
penerapan nilai dalam proses pembelajaran. Dalam dunia pendidikan, pengajar
sewajarnya mengaplikasikan teori pembelajaran dan teknik pengajaran secara
maksimum agak hasil pembelajaran mencapai tahap yang telah ditetapkan (Suresh,
2011).
Rujukan

Adibah Abdul Latif, Azizah Abu Hanifah. (2017).​ Penguasaan Dan Penggunaan Bahasa
Inggeris Dalam Kalangan Pelajar Pkpg Kemahiran Hidup Universiti Teknologi
Malaysia.​ Ijazah Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.

Campbell, V. J. (2008). The Implications of Ned Herrmann’s “Whole-brain” Model For


Violin Teaching: A Case Study. Ijazah Sarjana. Universiti Stellenbosch,
Stellenbosch, South Africa.

Daniel, J. S. & Payne, T. B. (2011).​ The Whole-Brain Child: Revolutionary Strategies to


Norture Your Chlid’s Devoloping Mind.​ New York: Delacorte Press.

Farhan Nasir (2020, Februari 3). Melihat Jerman: Mengapa Sains, Matematik perlu
dalam bahasa ibunda. ​Malaysia Kini​. Diakses pada Mac 4, 2020 daripada
https://www.malaysiakini.com/news/509324

Gartison, B. (2013). Integrating Music And Movement Into An Early Childhood Education
Curriculum. Ijazah Sarjana. Universiti Ball State, Muncie, Indiana

Ghulam Shabiralyani, Khuram Shahzad Hasan, Naqvi Hamad, Nadeem Iqbal. (2015).
Impact of Visual Aids in Enhancing the Learning Process Case Research: District
Dera Ghazi Khan.​Journal of Education and Practice.​ 6(19). 226- 234.

Gojmerac, I. (2018). ​Importance of Music in Education System​. California: SAGE


Publishing.

Hamidahi Mohamed. (2012). Kecerdasan Pelbagai Dalam Mata Pelajaran Kemahiran


Hidup. (Ijazah Sarjana Pendidikan). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor,
Malaysia.

Horvard, E. G. (2006). Multiple Intelligences: New Horizons in Theory and Practice. New
York: Basic Books.

Intan Safinas Mohd Ariff Albakri, Fazilah Idris, Maznah Ibrahium, Alawiah Ibrahim.
(2001). Kaedah Pengajaran Berkesan : Antara Keperluan Pelajar dan Realiti
Pengajaran Pengajian Jarak Jauh. Jurnal Pengajian Umum Bil. 81-95.

Khairi Othman, Asmawati Suhid. (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam
Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan.​ SEA
Journal of General Studies.​ 117-130.

Kishore, N. C. (2003). ​Educational Technology.​ New Delhi: Abhishek Publication

Kunari, C. (2006). Methods of Teaching Educational Technology. New Delhi: Discovery


Publishing House

Lombroza, T. (2003, Disember 2). The Truth About The Left Brain / Right Brain
Relationship. National Public Radio. Diakses pada Mac 4, 2020 dari
https://www.npr.org/sections/13.7/2013/12/02/248089436/the-truth-about-the-left-
Brain-right-brain-relationship

Norazri Mohd Zaidin. (2015). Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran Ke Arah Pembentukan Sahsiah Pelajar Di Kolej Kemahiran
Tinggi Mara. Ijazah Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn, Johor, Malaysia.

Piaget, J., & Inhelder, B. (1969). The Psychology of the Child (H. Weaver Trans.). New
York, NY: Basic Books.

Reimer, B. (2004). New brain research on emotion and feeling: Dramatic Implications
For Music Education. ​Arts Education Policy Review​. 106(2), (21-27).

Saghir Ahmad, Abid Hussain Ch, Ayesha Batool, Khadija Sittar, Misbah Malik. (2016).
Play and Cognitive Development: Formal Operational Perspective of Piaget’s
Theory. ​Journal of Education and Practice. ​7(28). 72-79.

Sherman, L. (2011). ​Music, Brain Development, And Healthy Aging​. [video file]. Diakses
daripada ​http.www.ohsu.edu/xd/health/music-and-the-brain.cfm

Suresh Kumar. (2011). ​Penglibatan Ibu Bapa India Dalam Pendidikan Anak-anak: Satu
Kajian Perbandingan Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Dan Sekolah
Kebangsaan Di Daerah Kerian, Perak Darul Ridzuan​. (Ijazah Doktor Falsafah).
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai