Anda di halaman 1dari 3

JURNAL REFLEKSI

Minggu 2 (07 Februari 20xx 11 Februari 20xx)


Masalah:
Setelah mendaftar dan melapor diri di Sekolah Kebangsaan Padang Melangit,
Beseri, Perlis. Saya telah diamanahkan dan diberi tanggungjawab oleh Guru
Penolong Kanan 1 iaitu Puan Sharifah Naziran binti Syed Taha dan guru
pembimbing iaitu Puan Normah binti Yusoff untuk mengajar Pendidikan
Agama Islam Tahun 3 dan Tahun 4. Hasil perbincangan dengan mereka,
maka saya menerimanya dan bersetuju dengan apa yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah.
Setelah dua minggu saya berada dan mengajar di sekolah tersebut,
saya mendapati masalah utama yang perlu saya beri perhatian terlebih
dahulu ialah keadaan dan kebersihan kelas. Hal ini kerana, keadaan kelas
dan kebersihan menjadi salah satu aspek

penting dalam menjalani

pembelajaran.
Mengikut Rosnini Abu dan Ramlah Hamzah dalam buku Pedagogi 1
(1998), salah satu factor yang mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran
murid ialah suasana dan iklim bilik darjah.Salah satu aspek yang perlu
diambil berat dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang baik ialah suasana
fizikal. Penyelidikan menunjukkan suasana fizikal bilik darjah member
sumbangan kepada tahap pembelajaran murid. Guru perlu memastikan
susun atur di dalam bilik darjah mesti teratur dan kelengkapan bilik darjah
yang mencukupi sebelum memulakan sesi persekolah atau pengajaran dan
pemelajaran. Selain itu, guru perlu memastikan bilik darjah berada dalam
keadaan bersih dan sesuai untuk mengadakan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Analisis:
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:

Kesedaran murid tentang kebersihan kelas dan diri sendiri berada ditahap yang
amat rendah.

Kepentingan kebersihan kelas dan diri bagi pembelajaran amat kurang dalam diri
setiap murid.

Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga kebersihan
kelas.

Sikap malas dalam diri murid untuk membersihkan kelas.

Sikap sambil lewa murid-murid terhadap kebersihan kelas.

Cadangan:

Saya akan meminta murid-murid mengutip sampah yang berada di bawah meja
dan di sekeliling mereka selepas bacaan doa.

Saya memperuntukkan 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas dan


bersedia untuk sesi pangajaran dan pembelajaran.

Menasihatkan murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam


Islam.

Saya cuba memberi motivasi dan kesedaran kepada murid-murid dengan


membuat hubungkait di antara kebersihan, proses belajar dan kehidupan mereka
sekiranya boleh dan bersesuaian.

Tempoh Masa:
14 Februari 20xx 25 Februari 20xx (2 Minggu)
Tindakan Susulan:
Saya akan merekod perkembangan kerbersihan kelas dalam jurnal refleksi
akan datang.

Penilaian Kejayaan:
Penilaian kejayaan ini akan dicatat selepas setiap seminggu projek ini
bermula. Iaitu pada 18 Februari 20xx dan 25 Februari 20xx
Pelajar A
IPG Kampus X
.

Anda mungkin juga menyukai